Sunday, May 31, 2009

GO TO HELL- Oleh Samseng SPR pusat mengundi SMK mengkuang

Dari laman Rakyat Marhaen, ini la pegawai spr yg memaki hamun perugas pr...ayat paling power kepada petugas pr 'GO TO HELL'

PEGAWAI SPR YG TERSANGGGAT PROFESSIONAL

Buat SPR , sekalung tahniah kerana dapat melahir kan se org lagi manusia tak ada adap.
Seperti mana yg telah di ketahui ramai, spr yg mengendali kan prk ini tidak lebih hanya balaci , sohcai kepada tuan2 besar mereka yg berada kat putra jaya, Berapa bnyak undung2 baru, arahan arahan baru yg putra jaya keluarkan tanpa di ketahui oleh pencacai di penanti, antara nya :

a) arahan meruntuh kan khemah berukuran 20' x 20' , sedangkan persetujuan telah dibuat sbelum prk.

b) hanya khemah berukuran 8' x 8' sahaja yg di benaR kan

c) kebenaran membawa pengundi dengan kereta tanpa perlukan pelekat rasmi spr, persetujuan telah di ambil sebelum prk. kereta tanpa pelakat spr tidak boleh di gunakan untuk membawa pengundi.

d) memberi kebenaran kepada parti yg tidak bertanding mengadakan ceramah di dalam kawasan pilihan raya

e) memberi kebenaran parti yang tak bertanding memasang banner,juga menaik kan bendera parti.

Nak senaraikan satu persatu?
tak larat nk tulis, cukup banyak...
cukup setakat ini , slamat berkenalan pegawai spr yg merasa kan dirinya hebat.

Saturday, May 30, 2009

jalanraya segera...instant

Di Penanti, sunyi sepi pilihan raya kecil itu tanpa ada bunyi steamroll, meratakan jalan baru, membaiki jalan yg sedia dlam keadaan baik,tiada perasmian balai raya yang memang telah dirasmikan berberepa tahun dulu, kali ni rasmi semula pasal dah cat baru, tiada pemimpin, tiada menteri berjiwa rakyat yg nk melawat org miskin,org tua, tiada bantuan basikal, pemberian beras dan barang makanan, tak lupa juga, bantuan MEE SEGERA kat penduduk penanti, sebab ape?
semua dah tau, lau UBN tak bertanding, memang tak adalah projek segera di jamin 10 hari siap,

Kita nantikan pula prk kat Manik Urai nanti,,
MACAM2 ADA....

Jalan raya ni, memang dah ada dalam peruntukan nak buat, kebetulan pula ada prk, Ini bukan projek pilihan raya, tapi peruntukan dari kerajaan malaysia,

Akan ada pemimpin yang sama2 memasak kat majlis kenduri, akan ada pemimpin yang naik basikal melawat ke kampong2 untuk bertanya khabar rakyat, ( pemimpin berjiwa rakyat) tp untuk 10 hari je...

Tunggguuuu...

Thursday, May 28, 2009

Mee segera - PRK Manik Urai

SPR telah menetap kan 6 julai sebagai hari penamaan calun,dan 14 julai pula sebagai hari pilihan raya kecil DUN Manik Urai. Sebelum ni, banyak janji janji UBN pada setia PRU juga pada PRK,
Mari kita tengok, apekah janji-janji, projek2 mee segera yg nk mereka tabur kan,,tungguuuuuuuuu
mee segera cepat di masak,sedap dimakan,cepat pula di buang..dan hanya puak yg makan mee segera yg tak putus je yg masih percaya,masih mengagungkan ubn..yg selebih nya,puak kroni yg berkepentingan,tu je yg masih ada lg,

Sepanjang jalan KePenanti

Sepanjang jalan dari sungai dua menuju ke penanti cukup meriah dengan lambaian kain2 pemidang,poster pkr, juga poster calon bebas, tapi yg pelik nya, ada juga parti yg tak bertanding nyelit2 kan bendera keris tak besarung tu,,,eeee malu nya, ajak masuk bertanding tak mau, pas tu org sebuk letak poster, depa pun sama sebuk juga gantung bendera , tak ke membazir nama nya,, SPR buta ke?

Tuesday, May 26, 2009

Mufti ikhlas kerana ilmu atau ?

'Orang yang mogok lapar, sama seperti golongan yang berputus asa dalam perjuangannya, sedangkan islam melarang umat nya berbuat demikian'
Ulasan Datuk Noh Gadut

nak tanya la datok,sape yg buat mogok lapar tu?
sape pulak yang anjurkan puasa sunat tu?

Datuk, nk bagi ulasan atau fatwa pun, bagi baca lapuran sampai habis dulu, jangan suka2 hati je bagi ulasan, Jangan dengar hasutan,

Bukan la pengikut juga pimpinan Pas, Pkr sebodoh yang datuk sangka kan, kalau pengikut pas yang mengaku islam nk buat puasa sunat, biar aje la, juga kalau penyokong PKR yg bukan islam nk buat mogok lapar, biar kan la,,,tapi masaalah nya, belum buat lagi, polis dah tangkap..pelik tu,

Mana la datuk dapat lapuran bodo yang kata penyokong pas nk buat mogok lapar?
mana punya laporan bodo yg datuk baca...
kesian kat datuk...

pantun org dulu2

ikut cakap enggang, makan buah beluluk
ikut cakap UBN, dengan datok sekali terjun masuk lubuk...

Ibrahim ali kempunan nak tabur bunga,



Kita tabur bunga

'Kita mengalu-alu kan tindakan mereka, tetapi jika mereka mahu buat mogok lapar, pastikan mereka buat sampai mati, nanti kita akan tabur bunga kepada mereka sebagai pahlawan demokrasi'
datok ibrahim ali

Lapan wakil rakyat termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkanTujuh ADUN yang ditahan: Speaker yang digugurkan V Sivakumar (DAP-Tronoh), Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (PKR-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) dan Lim Pek Har (DAP-Menglembu)..

baru nk buat dah kena tahan, tak sempat mati lagi, nampak nya tak dapat la datok nak tabur bunga,

Depa nk puasa sunat ke, nak mogok lapar ke, depa punya pasal la,,,awat hang nak kesah?

demokrasi cara hang lain, menang pilihan raya atas bantuan Tok Guru,pastu hang tibai balik Tok Guru, lepas ni sape nk dengar cakap hang lagi...


Monday, May 25, 2009

Shafie yg Sengal,siapa pembangkang kat Kedah tu?

BALING 24 Mei - Formula turun ke padang untuk mendekati rakyat yang digariskan oleh UMNO bagi menawan kembali hati rakyat negeri ini berbeza dengan cara turun ke padang yang diamalkan oleh para pembangkang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apabila pemimpin pembangkang turun ke padang untuk bertemu rakyat, mereka hanya tahu bercakap dan menabur janji semata-mata.

"Lain halnya dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) apabila mereka turun ke padang untuk bertemu rakyat.

"Kami datang bertemu rakyat untuk memberi peruntukan, bagi rumah dan kemajuan dan tidak pernah kami datang hanya untuk bersalam kosong," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis ramah mesra UMNO Bahagian Baling dan perasmian serentak Mesyuarat Agung UMNO cawangan itu di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini. (LAGI)

Awat la orang umno kedah tak kasi tau pak menteri ni,,DATO,KAT KEDAH NI,UBN YG JADI PEMBANGKANG,AWAT LA DATO NI SENGAL SANGAT...

Macam mana lah leh jadi pengerusi perhubungan ni,,menda senang pu tak tau, Datok, umno kedah tak suka ngan datuk, jadi paham2 aje la..

Media yg melapurkan nya pun 3x sengal,hahahaha

Nak tergelak..Cik Min buat lawak

Calun bebas penanti,Cik Min bekas ahli pkr kata, Anuar ibrahim pujuk dia jgn masuk bertanding,dan kalau menang dalam prk 31 mei ini,Anuar nk lantik dia jadi KM1 penang...
sakit nya perut aku....

Puasa ,mogok lapar

Setelah membaca ulasan dari utz Ahmad Awang,baru la aku faham,macam tu upa nya, fikiran aku di selewengkan oleh media ubn, memang sial la depa ni.

Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok). Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.
Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.
"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Kenapa la mufti perak kata haram plak?
macam ne yg di katagori kan haram,alahai tok mufti.Menda elok,jangan la suka2 hati kata haram, naik menyampah,meluat bila dengar tok mufti bagi ulasan,Banyak yg tak betui,jangan kerana duit,tok mufti ilang pertimbangan,











.

BELUM LAGI PERNAMAAN CALUN,DAH CAKAP BESAR

Saya akan ke sana (Manek Urai) Selasa ini untuk melihat segala persiapan dan kita berpendapat ada harapan untuk BN menang kerusi DUN Manek Urai. "Kita bukan takbur atau ingin mendahului takdir tetapi jika dilihat rekod Manek Urai pada 2004, kita (BN) pernah menang jadi di mana-mana kawasan yang kita pernah menang bererti tidak mustahil untuk kita menang lagi," kenyataan ini telah dikeluarkan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Ahmad Maslan.

Macam tu la ...kalau nama nya UMNO,tak sah kalau tak cakap besar, kat bkt gantang, bkt selambau, kuala terngganu, sblum prk..bukan main lain mendabik dada,kami akan menang besar, sampai masa, rakyat yang tentu kan...terlungkup semua,

salah satu sebab tak masuk bertanding kat Penanti pasal takut kalah, tak gitu ketua penerangan selangor?

Saturday, May 23, 2009

UBN dah umum nk letak calon kan Manik Urai

Lawak gila ni

Kat Penanti UBN tak mau letak calon kerana suatu pembaziran masa,tenaga dan duit rakyat. Mereka mengadakan mesyuarat sebnyak 3 kali baru letak keputusan tak nk bertanding,

Kat Manik Urai pulak, tanpa ada mesyuarat ape2, depa dah umum nk bertanding,

Kat manik Urai PRK tu free je ke?
Tak buang masa?
Tak bazir kan duit?
Tak takut kalah ke?

Kat Penanti kena lawan PKR...( takut)
Kat Manik Urai kena lawan PAS (berani)

Ape punya turrrrr dah.

Cuba la tahan sikit nafsu tu,tunggu sampai PRU 13 baru masuk bertanding, ni bila ada PRK sat nk bertanding sat tak mau bertanding.

Macam budak2 je..

Friday, May 22, 2009

APA KATA MEREKA? KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN

Mengulas keputusan mahkamah , peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, “negara kita mempunyai hakim-hakim luar biasa dengan kebolehan luar biasa.”

Presiden Majlis Peguam Malaysia K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa-kuasa Sultan sebagai menjangkau parlimen atau dewan undangan negeri.

“Keputusan hari ini hanya membuatkan rakyat lebih marah dan mempercepatkan kejatuhan BN,” kata Kit Siang.

Ketua Pemuda Angkatan Keadilan Pemuda Samsul Iskandar berkata, keputusan tiga hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas, bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar sah sebelum ini.

Hakim Md Raus Sharif, hakim Zainun Ali dan hakim Ahmad Maarop adalah hakim hakim yang menghakimi mahkamah rayuan petang 22 mei 09

kan ku bawa rakyat perak menghayati semangat ghandi dan mendela pejuang idola ku

Dengan penuh gembira, mb perak(lantikan mahkamah) tersenyum bergaya, nasib baik tak melompat macam kera kena belacan ( penyokong2 nya tak tau la pulak) diatas kemenangan nya di beri kuasa penuh oleh mahkamah rayuan petang td.
Sekarang beliau telah berkuasa, dan mungkin beliau akan membawa semangat ghandi mandela didalam pentadbiran nya,

SEMUA BLOG YG ADA WIDGET FOLLOWERS AKAN TERKENA VIRUS.

biaqpi sampaikan pesan..
Salam,

Ni nak habaq sikit kat kedahlanie, pengujung yang menggunakan internet explorer menghadapi masalah "Operation Abort" bilamana memasuki blog ini.

Kes ini sama juga sepertimana blog biaqpila hadapi.Pendek kata semua blog yang ada widget FOLLOWERS akan terkena virus ini.

Untuk menyelesaikan masalah ini kita perlu mengeluarkan widget FOLLOWERS dari blog.


Sekian, Harap maklum

Terima kasih

Zambry MB Sah dari Mahkamah,Nizar MB Sah pilihan rakyat Perak

Tahniah buat Zambry yang telah berusaha untuk menjadi MB perak melalui perintah mahkamah, ape lagi,tak mau minta restu rakyat pula ke?
Rakyat berebut2 nk bagi restu pada mu.
Bila lg nk bubar kan DUN perak?

Bagaimana dengan PRK di Kelantan ini?

Kalau di Penanti,alasan UBN tak nk bertanding dalam PRK kerana tak mau membazir masa dan wang rakyat, kerana kata mereka,prk tu sekadar mainan politik PR.
Bagaimana pula di Manik Urai kelantan ini...
masih ada alasan lain UBN untuk tidak masuk bertanding?

Al fatihah. ADUN Manik Urai Kelantan kembali ke rahmatullah


Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Keputusan Penghakiman Mahkamah Rayuan petang ini pukui 3.30

Keputusan mahkamah rayuan bagi zambry abd kadir mengenepi kan hak dan keputusan mahkamah tinggi yg mengesah kan ke sahihan yb nizar akan di ketahui pada petang ini,
permohonan nizar untuk 5 org hakim mendengar kes tersebut telah ditolak dengan alasan surat permohonan lambat diterima. Cuma 3 org hakin sahaja yg mendengar dan menghakimi mahkamah rayuan tersebut.

Ape keputusan nya,petang ini kita akan tau,,,berdoa la.

Thursday, May 21, 2009

Khir rujuk peguam


Ketua Pembangkang didalam kerajaan Negeri Selangor (UBN) bersama dengan 4 lagi adun yang di gantung oleh Speaker Dun Selangor hendak merujuk pengantungan nya kepada peguam.
Kata Khir lagi, deliau dan 4 adun itu berasa seperti telah terhukum kerana mereka dari pembangkang. Mereka berasa kesal dan seperti di zalimi.
Beliau berazam akan terus memberi teguran kepada Selcat juga kerajaan negeri .
Beliau juga menuduh kerajaan negeri takut UBN akan membuat lapuran penyelewengan tentang kerajaan negeri semasa membuat sambutan 100 hari PR memrintah Selangor....

Rasa-rasa nya bnyak yg tak kena lapuran metro ini,,berita ini hanya membuat pusingan supaya pembaca berfikir seolah Khir Toyo sengaja di zalimi oleh Kerajaan Negeri Selangor,,,pada hakikat nya, pergantungan Khir adalah kerana penyelewengan nya sewaktu menjadi MB selangor dulu.


Ingat bangkai/bau busuk yg di buat nya dulu boleh di tutup macam tu je.sorry la ye.
Terima aje le.

Taraf Rumah Rakyat Termiskin

Harian Metro melapur kan, sebuah rumah pprt yang di duduki oleh sebuah keluarga di Tanjung Sepat kuantan, tidak di lengkapi saluran pembetungan najis walaupun tandas di sedia kan.

Pelik kan,baut rumah,siap ngan tandas,tp saluran tandas tak ada, gila ape pemaju tu?
Tak ada ke pegawai kerajaan yang memantau pembinaan rumah pprt tu?

Peruntukan untuk membina rumah tu tak cukup ke?
atau peruntukan nya hilang di tengah jalan ?

Tuesday, May 19, 2009

DR MOHD KHIR TOYO (BEKAS MENTERI PENYAPU)


Bekas mb selangor yg memberi hadiah penyapu kepada ketua jabatan kuala selangor semasa beliau berkuasa dahulu telah di kena kan pergantungan oleh dun selangor selama setahun berikutan kegagalan beliau menghadiri perjumpaan jawatan kuasa khas, keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.
Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.
koran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohd Khir Toyo sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Dalam siasatan Selcat selama lapan hari Mac lalu, para saksi memberi keterangan bahawa berjuta-juta ringgit dana syarikat pelaburan kerajaan negeri, telah disalahguna oleh Balkis - Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Selangor - yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir - Datin Zaharah Kechik - sewaktu beliau menjadi menteri besar.

pak long misai- ala tak pe nya,setakat kena gantung,ape ada hal.berapa sen sgt, duit yg dia ada pun dah tak abis makan pun.

Dulu malu kan org,,,sekarang ape dah jadi? Masa nya dah tiba,,ada di sapu keluar dari dun....

Monday, May 18, 2009

Ada apa- ape ke ni...???? Ni balai polis ke atau kilang sos haji ramli

Ish ish.. kerajaan Malaysia dah tak ada peruntukan ke nk buat papan tanda balai polis pokok sena kedah ni,tak kan la guna peruntukan haji ramli nasi kandar kot.dah tu..ada iklan sos cili cap jagung,,fuh setiap anggota dalam balai tu dapat berapa botol se org untuk stok sebulan?

malu weh...

Bila harimau sudah menaip

ETALING JAYA: Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak. { sini }

Andai Tok Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Hang Tuah atau Leftenan Adnan masih hidup, maka menangis teresak-esaklah mereka. Bukan kerana kesaakitan dan penderitaan yang dialami, tetapi kerana "Anak Melayu" (ehem ehem) lebih mengagungkan pejuang dari Tanah India daripada Pejuang Tanah Melayu.

Harimau tidak nampak persamaan di antara MB Perak (haram atau halal tolak tepi dulu) dengan Mahatma Gandhi. Adakah mereka berdua itu:
  • sama penderitaannya? Rasanya Tidak.
  • sama perjuangannya? Rasanya Tidak.
  • sama keturunannya? Tidak pastilah pulak. Peratusannya mungkin ada.
  • sama tona kulitnya? Tak mahu komenlah!

Tetapi, nasib baik MB Perak masih waras untuk memilih Mandela atau Gandhi. Kalau dipilihnya George W Bush, parah jugak!

Harimau: banyak perkara baik yang dibawa UMNO, tetapi maaf. Tang kemelut Perak, Harimau tidak bersetuju.

Kalau takut..Duduk diam diam na..


Anuar berpesan....kepada yg takut,duduk diam- diam ye.

DAYUS- Kalah sebelum bertarung, Macam jantan mati pucuk

Berita yg aku baca dari blog Kedah la ni...

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang dijadual 31 Mei ini.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib berkata Dewan Tertinggi mengambil keputusan itu kerana kekosongan di DUN itu bukan disebakan oleh peruntukan dalam pembangkang, sebaliknya hanya mainan politik pembangkang.

"Kekosongan itu disebabkan PKR (Parti Keadilan Rakyat) nak selesaikan masalah dalaman, oleh kerana ia merupakan satu mainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.

"BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan memulihkan ekonomi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN kira-kira dua jam.

Ditanya sama ada keputusan itu disebabkan BN bimbang ditewaskan, Najib berkata hal itu tidak timbul kerana parti itu tetap akan menghadapi rakyat semasa pilihan raya umum akan datang. "kita tidak mahu terjerumus dalam politik pembangkang," katanya.

Berhubung sama ada keputusan itu akan mengecewakan pengundi-pengundi di Penanti, Najib berkata: "Saya percaya mereka akan faham. Kita masih akan b'khidmat ikut saluran."

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Malah PKR juga telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.

Selain PKR, calon bebas, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

Kenduri sepak raga tuju kat pantai robina.

Semasa tengah sebuk menuju bola,,hehehe

Pemain paling tua (yang bermisai) ,Abg Atan,dari Pekan Darat, Umo 55 tu,,,paling tua dalam pakatan t.a.t
Pemain paling muda.umo 6 tahun,adik mazmy
Wajah wajah hensome abg sepak raga tuju t.a.t

Saturday, May 16, 2009

Penilaian menengah rendah ?

Ini lah wajah perdana menteri malaysia yg ke 6,beliau mengistihar kan, men war-war kan, beliau la perdana menteri rakyat, kita patut berbangga, 2,3 hari selepas mengangkat sumpah sebagai pm, beliau terus mencemar maruah, melawat petaling street, melawat pudu raya, menaiki komuter.dalam 2,3 jam lawatan tersebut, media cetak juga media eletronik terus memberi gelaran tersebut ..
PMR = Perdana menteri rakyat
aku ada berberapa rancangan lain , yg lebih menampak kan pm kita ini sebagai pemimpin berjiwa rakyat..

Kengkawan,sok ari minggu.jom pantai robina.Mamu buat kenduri


Salam sejah tera kengkawan yg dok kat telok air tawar,jom esok kita lepak kat taman permainan pantai robina,sedara kita Mamu Shah rukh Khan nk buat kenduri kesyukuran, semua dia support, tp mkanan bawa sendiri, buah kelapa free bnyak.
jum..............

Menteri kata,rakyat tidak mahu dun di bubar kan kerana tidak mahu kekecohan berlaku.

Aku jadi heran la, ramai menteri yg kata rakyat tak mahu dun perak di bubar kan, dari mana sumber suara rakyat yg menteri tu dapat?
Ada kah dari pungutan suara secara rambang?
Dari pungutan sms?
Dari cakap- cakap dari orang bawahan nya atau sekadar dari pandangan fikiran nya sahaja?
Zahid Hamidi kata, rakyat Perak tidak mahu pilihan raya di ada kan, tak mau nanti kerajaan keluar belanja yg banyak, betul rakyat kata macam tu?
siapa kah dia maksud kan rakyat tu?
Hanya dia sorg yg tau..

Noraini abd razak,Utusan Malaysia.16 mei

Ikut pe yg dia tulis, kalau la datok sagor atau datok maharajalela masih hidup lagi.mesti depa pun sedih dengan ape yg terjadi di negeri perak skarang ni.
tulis noraini lg,kehendak bubar kan dun ada lah kehendak pemimpin pebangkang kerana dengki akan ubn memegang kuasa di dun perak.beliau juga menulis, itu adalah mejoriti kehendak rakyat, betul ke ape yg di tulis nya?
untuk pengetahuan noraini. 2 adun yg lari,melompat masuk ke ubn itu bukan kehendak rakyat perak.nereka melompat masuk kerana nk menghalang diri dari kes rasuah.rakyat tidak memenangan kan mereka diatas tiket ubn,tp atas tiket pkr.
semasa mereka melompat masuk, ada ke mereka bertanya kepada rakyat di kawasan mereka .setuju atau tidak .
ubn usah bermegah nyata kan rakyat menyokong mereka,bukan rakyat yg membolehkan mereka mempunyai mejoriti dalm dewan,hanya sekadar adun katak seramai 3 ekor tu aje, dan kerana itulah perlu nya DUN Perak di bubarkan.
Mangkok ayun ....
tak perlu nk belit2 cerita,semua org dah tau...

Thursday, May 14, 2009

Zambry di tangkap polis kerana menceroboh.

Eh betul ke ape yg aku tulis ni,tp gambar dia atas macam ye je.kalau betul bagus la.kalau tak betul pun aku doa bg betul

Selsema babi -Influenza H1N1

Allah dah mengharam kan babi sentuh,makan dan pe pun kecuali menyebut nama babi,Mengikut mereka selain dari Islam,daging babi la yg paling sedap,daripada kulit sampai la ke organ dalaman nya,semua boleh guna, dah hampir semua antara muslim/islam di malaysia telah memakan nya,betul ke?
Berapa bnyk produk makanan yg mengguna kan lemak babi sebagai penganti lemak tumbuhan?
berapa bnyak barangan kulit yg di hasilkan dari kulit babi?

Wednesday, May 13, 2009

Minyak nak naik harga lagi

Sy telah copy paste kn dr blog Angkasanuri.Blogspot.Com

Tajuk - 1Malaysia : Harga minyak dinaikkan, Rakyat diketepikan, Pemimpin didahulukan.

Bermula 1 September ini harga minyak minyak RON 97 yang berharga RM 1.80 seliter akan dinaikkan sebanyak 20 sen menjadi RM 2.00. Langkah itu berikutan pengenalan minyak RON 95 yang dikatakan lebih berkualiti yang akan dijual pada harga RM 1.75 seliter. Manakala minyak RON 97 yang digunakan oleh kebanyakan kenderaan hari ini akan dijadikan minyak premium.

Atas alasan apa minyak kegunaan majoriti rakyat itu dijadikan produk premium tidak pula dinyatakan dengan munasabah dan meyakinkan. Apa yang menimbulkan kemusykilan pak cik mak cik di kampung ialah kenapa kerajaan memperkenalkan minyak baru yang dikatakan lebih berkualiti dari minyak RON 97 tetapi dijual dengan harga lebih murah. Lebih menghairankan pak cik dan mak cik ini ialah minyak RON 97 akan terus berada di pasaran walaupun minyak RON 95 diperkenalkan. Secara logiknya menurut pak cik dan mak cik tersebut kerajaan sepatutnya menarik semula penjualan minyak RON 97 apabila minyak RON 95 diperkenalkan.

Kata pak cik dan mak cik itu lagi ini semua membuktikan bahawa sebenarnya minyak RON 97 yang ada di pasaran sekarang adalah lebih baik daripada minyak RON 95 sebab itulah minyak RON 97 dilabel sebagai minyak premium. Nampaknya mak cik dan pak cik berkenaan bertambah pening kepala yang tak hilang lagi kesan daripada keadaan haru biru politik di Perak.


Senyum la kambing utusan

Otak kambing buat sup sedap,cicah ngan kicap,

betui ke sikap nizar mengaibkan?
kelakuan kambing-kambing dalam dun perak baru2 ni yang angkat speaker sivakumar sekali ngan kerusi nya itu nk kata macam mana ye?

la..kambing mana boleh pikir.kesian kambing juga yg dapat nama.

Mahatma Ghandi,mahatma 'zambry' ghandi


Kekuatan Ghandi terletak pada idea dan tubuh badannya yang tidak berbaju. Melalui Perarakan Garam, beliau telah berjaya menjalinkan hubungan antara orang Hindu, Buddha dan Muslim. Hubungan ini dinamakan Khilafat. Kemudian terbentuklah Kongres Kebangsaan India yang telah berjaya menghimpunkan pelbagai penganut agama di India. Usaha tanpa senjata oleh Ghandi ini telah berjaya memerdekakan India daripada penjajah British. Britishpun tidak menyangka yang mereka akan kalah kepada seorang tua yang tidak berbaju. Bahkan pada tahun 1936, Ghandi dengan pakaian tanpa bajunya telah menyertai Persidangan Meja Bulat bersama PM England di London. Bagi Ghandi tidak ada ertinya memakai baju jikalau rakyat tidak berbaju. Baginya pemimpin mesti sentiasa ada idea. Idea untuk menyatu, memesra dan membangunkan ekonomi rakyat sebelum rakyat boleh berdikari.

Tapi MB DPulau hanya ada idea untuk menghuru-harakan negeri Perak. Konon MB DPulau adalah pejuang setaraf Ghandi ... pirrahhh mabuk

Ish sape ni. pakaian macam pakaian org india,nampak macam pakaian mahatma ghandi je, tapi muka macam yb perak.

ooo teman lupa,semalam dalam sidang media,dia kata perjuangan nya sama macam mahatma ghandi, masuk mahkamah keluar mahkamah sebab nk jd mb perak,

bila plak mahatma ghandi duk perak?
bila plak mahatma ghandi berebut nk jd mb?
perjuangan mana kah yg sama antara zambry dengan mahatma ghandi ?
ada siapa yg tau?

Wajah Nelson 'Zambry' Mandela

Kenal tak kamu gambar siapa kah diatas ini. inilah Nelson 'zambry' mandela, menteri besar tak sah kerajaan ubn perak.

Perjuangan nya sama macam perjuangan nelson. cuma beza sikit,nelson mendela berjuang untuk semua kaum dan tidak untuk diri sendiri, dan tak pernah nk berebut jawatan menteri besar.

Nelson 'zambry' mendela ini pula,berebut nak jadi menteri besar,walau pun mahkamah dah istihar dia bukan menteri besar perak yg sah, tepi masih juga ia cuba nk mentabalkan diri sendiri sebagai mb.
Perjuangan nya yg mana sama dengan perjuangan nelson mendela sape pun tak tau,sendiri yg angkat mertabat sebagai pejuang.

GILO MOROYAN GAMAK NYA MAMAT NI.

Dari dua keping gambar yg anda lihat di atas,bagaimana ahli pakatan sepak raga tuju membersihkan taman rekriasi pantai robina, sepatut nya tempat tersebut di bersih atau di selenggara kan oleh kontraktor tapi ape kan daya,pekerja kontraktor ilang entah kemana,kalau nk bersih,pengguna sendiri la yg bersihkan, telah bnyak lapuran yg di buat pada pihak mpsp,,lansung tak ada tindakan,
Untuk pengetahuan semua,rumah yg berhormat adun t.a.t dato' jahara hamid hanya 100m je dari taman tersebut...
kalau tengok dari tingkap pun nmpak akan taman tersebut, nk buat macam mana dia sebuk kan,masaalah setempat bukan nya di ambil kesah,sedang taman tersebut hanya di belakan banglo nya sahaja.

Pakatan Sepak Raga Tuju T.A.T

Gambar ahli ahli pakatan sepak raga tuju telok air tawar,dari kanan ke kiri.yg berdiri berbaju hijau tu,saudara ron(main merata), sebelah nya saudara alang(main tolak-tolak aje) , berbaju putih tu,saudara faizal (kole kawan sebelah aje), berbaju kuning,saudara mamu (menantu nyonya mansout) , berbaju biru, saudara mus(elooook),yang duduk bersila baju itam tu, pak lan (pulas sungai dua), yg bersila baju ijau tu,saudara majid couch jari telunjuk...

Kawasan rekriasi pantai robina, tempat pakatan sepak raga tuju t.a.t bertemu pada setiap sabtu dan ahad ,masa diantara pukui 9 pagi hingga 6 petang.sila la datang ...

Berita panas , Zambry mengaku dia cucu cicit Mahatma Ghandi

Semalam dalam sidang akhbar selepas bersidangnya mahkamah rayuan,zambry telah berucap,dia kata perjuangan nya lebih kurang dengan perjuangan nelson mandela,perjuangan mahatma gandi.

Betul ke?

Persamaan yg nampak,bukan perjuangan tapi warna kulit je yg sama.

Setakat berebut nk kuasa memerintah,bukan perjuangan nama nya,itu bangang, semua dah minta nk bubar kan dun,awat takut?

Mahkamah dah kata hang tu menteri besar tak sah @ haram,terima je la hakikat nya,

Semakin hari,semakin meluat rakyat Malaysia nengok perangai kamu,perangai parti kamu,rasa nya tak lama dah riwayat hidup kamu tu,kamu pun dah 63 tahun dah,dah nyanyuk pun.E2 kalau iut tarikh asal masa zaman tengku,tapi lau ikut zaman madey.baru 20 tawon je.

zambry zambry,,,,sedanq diri la sikit
. memalukan org pangkoq je,,

Tuesday, May 12, 2009

Mahkamah rayuan gantung mb nizar

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Saya ingin menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka,"

Saya juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali , sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan,"

Saya mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat.

GANTUNG AJA MANA YG TAK RETI,MANA KERAJAAN MANA PARTI POLITIK

ni adalah pendapat peribadi dari Pendikar Gunung Kriang dari blog beliau. Menggantung Pegawai Kerajaan Perak Sangat Tidak Bijak! Saya terpegun seketika apabila membaca berita ini yang dipetik dalam banyak blog pro-PR:

"Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim. Sehubungan dengan itu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad dilantik untuk memangku tugas Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta merta.

Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.

Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah."

Saya tahu blog nyamuk saya ini terlalu kecil dan tidak dibaca oleh ramai orang. Pelawat yang mengunjungi pun tak ramai, jarang sangat dapat lebih 1,000 pelawat sehari. Tapi walaupun tak ramai yang membaca, untuk kepuasan diri sendiri saya hendak beri komen ini:

Saya SANGAT TIDAK SETUJU dua orang pegawai kanan negeri Perak (SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri) digantung tugas. Mengapa saya tak bersetuju?

Selanjutnya klik Pendikar Gunung.

Isa: Sepatutnya... Kerajaan Pakatan Rakyat telah lama membuang parasit/virus positif umno karat ini. Merekalah yang terlebih dahulu sepatutnya dinyahkan dari SUK seawal mengambil alih kerajaan selepas PRU-12. Ini terbukti kerana tahap kesetiaan mereka bukannya kepada Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, tetapi kesetiaan mereka lebih kepada parti yang memerintah.

Ini adalah kerana mereka tidak tahu untuk membezakan kesetian berkhidmat untuk kerajaan atau kesetiaan berkhidmat kepada parti, dua konsep yang berbeza. Akibat menyimpan mereka inilah, huru hara negeri perak dibuatnya.

Jadi keputusan yang dibuat adalah lebih kepada segi keselamatan, bukannya dendam, apatah lagi setelah mengetahui peranan mereka dalam menumbangkan kerajaan perak yang sah. Cari dan korek lagi muka-muka pengkhianat dalam SUK yang terlibat dengan rampasan kuasa, termasuklah Pak Guard sekali.... ha...ha..ha... Selamat berjuang....

Dan aku masih tertunggu-tunggu satu lagi nama "kah...kah...kah... gAntong sampai mati.... puaka seperti lu... itu saja jawapannya.. atau dilontarkan... mana nak ku lontarkan... puaka durjana ini... pandai-pandai korang la... na lontar kemana pun semua puaka-puaka tu..."

Cepat nya mahkamah bersidang.

Mahkamah Rayuan bersidang serta merta sebaik permohonan difailkan

PUTRAJAYA, 12 Mei: Sebaik sahaja difailkan permohonan, Mahkamah Rayuan terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini.

Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan.

Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Peguam Umno Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.

Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jama 11 pagi tadi.

Turut hadir ke mahkamah adalah dua ADun Bebas pro BN iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

Sumber dari Siasah

Isa: Ha...ha...ha... Cepatnya Mahkamah bersidang!!!!

perak yang aman

aku dah pusing merata,surf semua blog yg ada,tak ada cerita yg terbaru tentang perak...kira dah aman la ni.ok la tu.

Monday, May 11, 2009

Menteri Besar (HARAM) paling singkat 96 hari je

Bekas menteri besar dari UBN merupa kan mb yg paling singkat duduk di kerusi panas menteri besar perak.
Pesan org tua tua dulu, kalau bukan taraf kita nk duduk tempat yg panas,nanti ketulahan,silap2 mau berkudis pungkoq nanti, rasa2 nya, tak lama lg adalah pungkoq seseorang yg berkudis, tumbuh bisul, bernanah dan berulat,kalau tak nampak kat pungkoq,mesti nampak kat muka nya...hehehehe.

sape la gamaknya kan...
sendiri mau ingat la...kan dah cakap,berani buat berani tanggung la...
sekarang siape yg malu...mereka dan gerobolan mereka juga...

Selamat sejahtera MB Perak yang sah

Telah di buktikan di mahkamah,bahawa Datuk Seri Nizar adalah menteri Besar Perak yang sah, secara tidak langsung,persidangan DUN Perak pada 7 Mei yg lepas tak sah,Bagitu juga dengan pelantikan speaker dato ganesen tu tak sah dan selama2 nya tak sah pun,mana dia ada mengangkat sumpah pun, semua nya haram.

Mana lah Yb Zambry bin Kadir nk letak muka?

Mungkin esok lusa, DUNPerak akan di bubar kan, minta la restu rakyat ye..
selamat memindah kan barang dari pejabat mb, selamat menjalani pergantungan,untuk peringatan.Yang betul akan tetap betul,yang salah tetap salah.

Kejadian 7 May (black day) DUN Perak akan tetap berada dalam ingatan, tetap tertulis dalam sejarah bertapa hina dan kotor nya UBN membuat onar di Perak.Terima kasih UBN kerana telah menyerlah kan sifat kehinaan,kejijikan kamu dalam merebut kuasa,

Eeeeeeeeeee malu nya aku,muka macam tampal kulit ba alif ba ya.

Hati hati dengan sos luar negeri

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun
masakkanlah.

Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls...... dikunyah rasa asin-asin. Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.
Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..
Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla..... ... pork minced meat!
Astaghfirullaahal aziim....... ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..
Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk
membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.
ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM.

0 Hantar Pautan pada catatan ini

Serunding Babi dari indonesia

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

bullet buttonDendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
bullet buttonAbon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
bullet buttonAbon/dendeng sapi asli cap ACC
bullet buttonDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
bullet buttonDendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.
0 Hantar Pautan pada catatan ini

NIZAR ATAU ZAMBRY ??????

Setakat ni..dah kui 2 petang,aku tak tau lg mahkamah dah pilih siapa yg sebenar nya mb perak yg sah.

NIZAR ATAU ZAMBRY ??????

Pagi Isnin yg cerah,secerah matahari pagi yg menyinar,bagi yg tiada masaalah,tentu malam tadi dapat tidor dengan nyenyak,bagi rakyat Malaysia, berapa ramai agak nya tidor terganggu,tak boleh tidor atau memang lansung tak boleh nk pejam mata,Diantara nya yg aku agak2 tak boleh nk tidor ialah :
1. Perdana Menteri Malaysia -Datok Najib bin Razak
2. Datok Nizar
3. Datok Zambry
4. Hakim2 mahkamah

Hari ni akan tau siapakah menteri besar perak yang sah.
Siapa ye?
Nizar atau Zambry?

Sunday, May 10, 2009

CSI

Aku baru je selesai menonton Csi Miami dan Csi Suprime Sunday.Menarik juga cerita nya tak heran la kalai rancangan nya mendapat rating terbanyak,Siasatan yg terperinci,tepat dan yg paling penting tiada pilih kasih atau pilih individu tertentu,baik yg kaya,ternama,bintang filem,model ,anggota polis mau pun badan penyaiasat spt FBI, tak berkecuali.
Mungkin ada yg berkata,ala tu cita tv mana nk sama di alam nyata,
Fikir fikir kan la kalau la di negara kita ini,para penyiasat,polis,sprm dan bnyak lagi jabatan2 yang benar jujur dan ikhlas , tentu aman negara ini.

Rasa malu bila fikir kan,dinegara yg di perintah oleh yg bukan islam,contoh nya amerika,england.dan banyak lagi.kejujuran ,sifat tanggung jawab ada lah menjadi amalan, Di negara ku,raja nya islam,pm nya islam,dan separuh dari warnga negara nya islam,tp mengapa tiada kejujuran,sifat tanggungjawab di dalam amalan harian?
Memang bukan semua nyaa begitu, tp yang nampak depan mata terutama nya badan penguatkuasa undang2,jauh menyimpang dari etika sebenar.

kalau la polis malaysia sperti anggota CSI, tentu ramai yg akan di kena kan hukuman,
CSI versi Malaysia.

kita mulakan dulu dari PM yang bersara yang masih ada sahinggalah pm yg sedang memerintah skarang.Menteri menteri.menteri2 besar setiap negeri..Ada siapa yg berani jamin mereka semua nya bersih?

Kita beralih pula pada para peguam,pada ketua2 polis,ketua kastam,dan semua ketua ketua jabatan2 berunifom yg ada, bersih dari sebarang salah laku?

Banyak nya,,,

Nak periksa juga ke parti politik?

doktor doktor?

bnyak nya,,,pening-pening.Tido lg baik dari memikir kan kerja org,

Berani buat,berani tanggung.

terfikir la pulak

Sambil sambil menjala kat tepi bendang td,terpikir aku,macam mana depa boleh lantik speaker dewan undangan negeri perak sedang kan speaker masih ada dlam dewan,speaker yang haram tu boleh menjalan kan tugas plak..eh bila masa nya dia angkat sumpah?
senang betul. setahu aku yang buta tentang undang dun,setiap yang duduk dalam dun kena ada surat watikah perlantikan,ada surat perkenan sultan,kana angkat sumpah sultan,
Bila speaker baru dun dapat surat watikah,bila dia dapat perkenan sultan dan bila plak dia angkat sumpah?
makna nya dia ni speker haram,yang haram tu NAJIS ...
Dengar cerita,sultan ke,sutan ke atau setan yang berasal dari pangkor yang beri arahan speaker halal di angkut ngan kerusi2 nya sekali masuk kedalam setor,di kurung selama dua jam.Setan pangkor tu la yang beri watikah,beri surat pekenan dan seterus sudi mencemar sial angkat sumpah speaker baru yang haram tu,,
Donia donia..kerana kuasa kamu ilang akai upanya..
sedutan dari filem ibu mertua ku
' mengapakah kau lahir di dunia sebagai manusia,kan lebih baik kalau kau jadi hewan?
kan hewan tak ada akai.yang tau nya.makan n buat anak,mmmm lantak la engkau zambry oooi.buat la pe yang engkau pikir betui.Agak2 nya mesti perbuatan kau ni dapat sokongan padu rakyat perak kan...mohon la restu rakyat perak ye..cepat2 la bubar kan dun..rakyat perak pakat nk bagi restu.kalau tak dapat restu,,dapat batu pun ok juga,,,

assalamualaikum.pagi ahad yang cerah

Pagi2 la aku dah sarapan kat kedai cik mat.Pagi lg dah dengar cita politik.Pakcik2 yg balik kuliah subuh dok sembang je..semua pasai politik perak.ini menunjuk kan..suasana politik perak mendapat perhatian semua warga malaysia.
23 mei ni penamaan calun kat penanti,30 mei ngundi...mari kita tengok sape yg menang,pada peringkat ini..aku rasa puak gerombolan x kan menang juga,
kui 9 nanti,aku nk antar wife p belajar ngaji.pastu aku terus je nk p pantai robina,main sepak raga,ari minggu ni ramai kengkawan yg datang.

Saturday, May 9, 2009

sabtu yang tenang

Dari pukui 8 td lg aku dok melawat/membaca tulisan bloggers..kebnyakan nya menyifat kan dun perak macam pasar.macam permainan budak kampong main pondok2. Buat mb haram dari bee end umeno yg gila kuasa..sedar la..tiada restu rakyat untuk kamu dalam dewan tersebut,yg ada cuma restu pdrm aje.kamu nk kuasa,amik la,,tp ingat bukan selama nya kamu berkuasa.samapai masa,kamau akan jatuh juga,Peristiwa di dun perak akan tetap abadi dalam sejarah,ketahui la,tiada satu detik pun kejadian dalam dun perak tu yg mampu kamu sorok kan dari pengetahuan rakyat,dan rakyat tau,siapae sbenar nya pengkhianat,siapa penderhaka.siapa yg mengamal kan politik rimba.
kamu kata kamu dapat sokongan padu rakyat perak...bubar kan je dun perak kalau kamu anak jantan,
cakap aje boleh la,buat nya belum tentu kamu berani,,sebab nya,,,bee end /umeno bukannya ada teloq.berani pasai ada PDRM je.Jantan ada teloq tapi penakut.bukan jantan nama nya,tp dayus namanya .potong bagi itik makan ye..

Friday, May 8, 2009

kesiannya (PRU 12)

GAMBAR TAHUN LEPAS NI.MASA PRU 12

Kesian tau ,harap2 banner je yg terbalik.kawasan kubu kuat bee end tu..tapi tak seorang pun yang nk tolong pebetui. ni la yg di katakan harapkan penyokong,penyokong tak guna seduit.Mamat kat banner tu dah bersara dah,kat mana la dia gamak nya sekarang ni.,

banner pru 12 yang lepas

Banner di atas ada lah banner yg di gantung oleh penyokong pakatan rakyat..pikir-pikir kan lah yang mana kah boleh kita percaya...gunakan akal fikiran yang waras

ini lah banner yag di pasang oleh puak gerombolan bee end, ada akal...fikirkan sejauh mana benar nya tulisan pada banner tersebut.Gunakan akal di kepala.bukan kepala lutut..

Pusara atau kubur...

Semua telah sedia maklum,barang siapa yang telah mati,yakni telah tidak benafas,tidak bernyawa lagi kan di semadi kan kedalam tanah,kalau mati nya di atas daratan,Kalau matinya di atas kapal,yakni di tengah lautan ,seperti 40-50 tahun yg lepas,mayat nya akan di semadikan kedalam lautan.disitu lah tanah perkuburannya,
Tapi kalau lah yang mati itu sebuah parti politik contohnya umeno/bee end..dimana kah nk kita semadikan? Muzium?
Dalam keadaan sekarang,ramai yg berharap parti itu mati,''kecik2 taknak mampus dah 50 tahun menyusahkan org'
Kalau la parti tu nyusahkan selain bangsa melayu ,kira ok la la,ni tidak, melayu yang jadi penyokong kuat kuat parti tu la yang di perbodoh bodoh kan ..parti yg menjamin org melayu,parti untuk ketuanan melayu.parti kedaulatan raja-raja.
Hampeh keledek,haram sesen pun tak boleh pakai lagi kata-kata dan janji pemimpin mereka.
Tak lama lagi,parti tu akan di talkin kan sebelum di kambus masuk ke muzium.Barang siapa yang nak mengikut parti tersebut.silakan la..
Kalau setakat penyokong akar umbi yg kurang akal nk menipu,melanun harta rakyat tu,kalau nk bertukar arah,,silakan kan la..tapi pemimpin yg besar2 tu..yang kaki melanun,kaki menipu,,besama para bembodek,penjilat tu...kirim salam..boleh jalan la kamu bersama parti kamu tu...
Boleh jalan ke mana?
pusara atau kubur bagi yg bernyawa,ke muzium bagi logo atau keris tak bersarung tu...

indah nya suasana kg ku Simpang Pelangai

Gambar di atas di ambil sebelum perjalanan pulang dari kg ku spg pelangai menuju utara,Perjalanan mengikut n9 ini lebih cepat 3 jam berbanding melalui jalan manchis,telemong,karak dan menuju bentong,naik ke genting highland dan turun ke batang kali,
Di sempadan ini..perjalanan cuma 1.30 jam saja untuk sampai ke kajang dan setrus nya ikut highway ke bkit beruntung.
kg ku pelangai sama semacam 20 tahun yg lalu..bila kg ku nk maju,harap kan yb jadi mb...sampai sudah nya mcm tu juga.kalau la 63 juta tu digunakan untuk membangunkan pelangai kan bagus..bg bantuan pada mereka yg miskin/dhaif kan elok..ni tak.63 juta cuma nk bayar denda je...
alahai org pelangai..bila la nk pk yg bernas sikit,,,harap kan umeno/bee end..mampuih la kita weh..harap nk bantu melayu.depa la yg bg rebah melayu ni..x boleh harap langsung

GOJI...siape yg dah jadi ahli,yg dah minum? baca lah,,,hehehe

ondscene.my

Untuk paparan lebih menarik dan mesra pelawat, anda boleh melawat blog baru http://ondscene.my/ yang masih dalam proses pembinaan dan ujian.


14 April 2009

GOJI?


Sg Chua
Kajang ,
Selangor
14 April, 2009 Pernahkah anda mendengar perkataan Goji?
Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya.

Semuanya atas dasar, makanan kesihatan. Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu.
Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas. ------------------------------------------------------
Kebenaran itu biasanya amat berat untuk diterima atau ditelan lebih-lebih lagi setelah kepercayaan diletakkan akan sesuatu perkara/hal.
Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini.
Goji?
Kira-kira 6 bulan lalu, saya pernah dipaksa untuk membeli produk yang didakwa produk kesihatan ini oleh seorang rakan.
Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati.

Dan sehingga sekarang, ketiga-tiga paket itu masih ada dalam simpanan saya tanpa langsung ada keinginan dari saya untuk mencuba..
Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya dedahkan di sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada saya selama ini.
Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian kesihatan sejak 5 tahun lalu. Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak terfikir oleh akal fikiran ini.

Dan berani saya katakan, kes sebelum ini, semuanya bermotifkan keuntungan atas angin dan tamak serta penipuan yang amat terancang serta sistematik.
Saya adalah wartawan yang samasekali tidak akan memutar belitkan apa jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku.
Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui, sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang.
Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal.
Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan.
Dalam kes ini, hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra.
Saya boleh memilih untuk tidak pergi dalam serbuan ini dan mendiamkan diri, kerana saya merupakan satu-satunya wartawan membuat liputan serbuan ini.

Dan serbuan akan hanya tinggal serbuan tanpa pendedahan kerana anggota penguatkuasa bukan wartawan dan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.

Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini.
Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram.

Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan.

Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota.

Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama.

Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen..

Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut.
Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu.

Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’.

Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama.
Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih.

Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang.

Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin.
Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses.

Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut.

Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan tertahan.

‘Sildenafil’ hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu.
Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya.
Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui :

- kira-kira 60 ribu paket ;Goji’ yang telah siap dibungkus.
-10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh berisi serbuk ‘Goji’ yang belum dibungkus.

-Berpuluh ribu label bungkusan dan kotak kosong mempunyai label ‘Goji’ terbabit.

- Beberapa mesin memproses dan membungkus ‘Goji’.

Dan, ‘Goji’ yang dirampas, adalah sama seperti ‘Goji’ yang dipaksa beli dari rakan tempohari.

Di masa yang sama, serbuan di pusat pengedaran di Kuchai Lama, turut merampas kira-kira 30 ribu paket ‘Goji’ yang telah siap dibungkus.
Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta ringgit.

Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan ‘Goji’ terbabit tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh pihak lain di luar Malaysia.

Manakala sebagai barangan kesihatan, tiada nombor kelulusan KKLIUM pada bungkusan.

Dan pemerhatian juga mendapati, 'Goji' terbabit sebenarnya diproses dan dibungkus di kilang ini dan bukannya diproses di luar negara.