Monday, August 31, 2009

Kenaikan harga minyak, petanda kenaikan harga barangan lain... Mekasih kerajaan, ini lah hadiah yang kami tunggu tunggu.

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.
Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.
Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tentu nya penyokong2 UBN amat berbangga kerana kerajaan pimpinan mereka telah menghadiah kan kepada semua rakyat yang bukan ahli atau penyokong UBN dengan kenaikan harga minyak

Mereka orang orang umno atau bn tidak termasuk di dalam senarai rakyat yang membeli minyak dengan harga baru, bukan kah telah di beritahu, barang siapa yang menyokong umno,bn akan mendapat kesenangan,limpahan kemewahan mahu pun pembangunan yang tak terfikir.

Biarkan penyokong PR sengsara dengan kenaikan ini....

Menjelang Aidil fitri ini, boleh la orang2 umno berbelanja sakan. kerana setiap sen kenaikan harga minyak akan di bahagi bahagi kan pada seluruh ahli umno,

2 sept 2009 ini, bolehlah ahli gerombolan kepala lembu mengada kan perarakan ucapan terima kasih diatas kenaikan harga minyak ini...

Bonus sempena hari raya aidil fitri dan 52 tahun merdeka...MINYAK SUDAH NAIK. Hadiah untuk semua

Harga minyak naik? - UTUSAN MELOYA
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.
Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.
Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tu la pasal, kebanyakan rakyat malaysia buat bodoh je bila tiba hari merdeka, upa nya ada hadiah bonus hari kemerdekaan, dan rakyat berebut2 mendapatkan nya,,Mekasih malaysia

Hari kepala lembu telah di istiharkan pada 29 Ogos setiap tahun mulai 2009.UBN

Mulai tahun ini 29 Ogos 2009 telah di istiharkan sebagai hari perhimpunan kepala kepala lembu.Ini telah di catat kan di dalam diari se gerombolan lembu2 di ketuai oleh bapak lembu...

Siapa... bapak lembu le... sape lg...

Sendiri mau ingat la.

Perhimpunan Kepala Lembu, sok2 buat pulak perhimpunan kepala babi ye.

Seluruh rakyat Malaysia melihat aja segerombolan tokey2 lembu mengada kan perhimpunan kepala lembu baru2 ini,

Berdasarkan fakta, ini lah kejadian yang pertama kali berlaku,setelah hampir 52 tahun merdeka.

Kenapa tak bawa sekali daging lembu tu, ooo daging hangpa makan, kepala nya hang pa buang, perangai tak elok,

Sikit hari lagi,,,buat perhimpunan kepala babi pulak ye, baru la ok...nanti lembu2 tak la kecewa sangat...

Tokey Lembu Kat depan Pejabat MB Selangor, Semoga maju jaya


Atas ni ialah gambar Ketua Pemuda UMNO Selayang... dia ni salah seorang yang terlibat dalam perhimpunan kepala lembu di Shah Alam...

Ketua Pemuda UMNO Selayang..? dok sebok hal dekat Shah Alam apahal..?


Merdeka- tetapi masih terjajah dalam kepongpong UBN

Aku la ni berada kat Kedai Mamak Salam kat Raja Uda,,,dalam dan luar kedai ada kat 100 rakyat malaysia, melayu, cina india singh, semua nya buat macam biasa je menyambut hari kemerdekaan, kenapa macam ni?

Kenapa tiada lansung semangat seperti yang pemimpin sering laungkan 1 malaysia?

Kemerdekaan hanya penting bagi org politik je,,,bagi rakyat marhaen, biasa je,,,merdeka atau tak, sama je..

Ape yang rakyat mahukan ada sesuatu yang berlainan, ape beza nya merdeka tahun ini berbanding tahun lepas atau tahun2 sebelum ini?

Tiada beza nya, hanya pemimpin je yang beria2 nak sambut, rakyat buat bodoh je,

Berapa banyak sejarah kemerdekaan yang telah di selewengkan. berapa ramai pemimpin umno yang mendakwa, mereka lah pejuang kemerdekaan, tetapi semua nya adalah pembohongan semata2.

Siapakah Burhanudin Helmi, Pak Sako,Siapakah Mat Kilau, Dato Bahaman, dan beratus lg nama yg telah dilupakan,

Mereka yang berjuang melawan Jepun, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, mereka juga berjuang untuk Melaysia,

Ape yang nampak,konon nya pemimpin UMNO lah yang berusaha kearah kemerdekaan, pembohong besar,

Rakyat telah jemu dengan cerita cerita ini,,

Pemimpin nak bermegah,,megah la,,,tak kena pergi nya pun...

PEMIMPIN BERMEGAH, RAKYAT MENYAMPAH...TUNGGU LA PRU 13 INI....

Sunday, August 30, 2009

Lembu- Sehari sebelum merdeka.

Tak disangka2 ada kepala lembu yang jatuh dari langit semasa perarakan memprotes pembinaan kuil di s 22, baru ini,

Memang tak disangka2. telah berumur hampir 52 tahun merdeka, masih ada lg pikiran yang terjajah oleh fahaman sempit,

Siapa la punya kerja ni...

Sengaja mencetus isu agama dan ketegangan kaum.

Jangan lah berfikir, bila berada di bwah naungan UMNO, kamu semua bebas melakukan ape saje.di mana letak nya akal fikiran yang waras? kat kepala lutut ke?

Ngo(k)2 tu fikir mereka hebat, sebenar nya, mereka itulah musibat,ini lah dalang2 pembuat kacau dalam negara yang aman ini.

Musang yang berbulu ayam, yang mengaku islam, memperjuangkan islam, dalam islam tidak ada suruhan menghina agama lain.

Mengaku melayu, tetapi tak ada pun nilai kemelayuan pun,

Kalau tercetus nya ketegangan kaum, Ngo(k) inilah punca nya,,,

Berani buat berani tanggung.

Slogan dan laungan semangat ,UMNO selain hidup melayu, take beer.. Idea bangsat.

Idea yang bangsat....

Hilang sudah laungan hidup melayu, berganti pula hidup arak, siap bawa kain rentang lagi, macam nak sambut maulud nabi je..

Penjualan arak kat kedai serbanika 24 jam tu adalah kecil berbanding kilang carlberg kat sungai way tu,,,dah bertahun2 kilang tu ada kat sana,

Kat dalam MAS juga, telah bertahun2 dihidangkan minuman tersebut,

Berapa ramai melayu yang juga menagku islam yangjadi lembaga pengarah kat kilang arak tu..

Berapa banyak dah cukai dari kilang arak tu yang kerajaan dah amik...

ish,,, tak pernah pulak tengok ada puak2 ni nak protess.

Baru sedar ke?

Atau sekadar nak jadikan isu je...

TAKBIR...Allah hu akbar. jadi laungan Pas

Take beeer jadi laungan ?????

Ada akai...pakai..
Ada otak pikir....

Kesian nya....

Ikut burung enggang. makan buah beluluk
Ikut cakap(?) terjun masuk lubuk...

Lembu yang bangang atau bangang macam bapak lembu?



Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".


Dalam sedar, penunjuk perasaan dari ngo(k) ngo(k) melayu ini mengundang ketegangan kaum, dan secara sedar juga mereka menjatuh kan maruah islam.

Jika ada selepas ini penganut agama lain yang memijak al quran, memijak huruf2 khat yang tertera Allah juaga muhammad sebagai tanda protes, jangan salah kan sesiapa,

SALAH KAN NGO(K) NGO(K) INI...MEREKA YANG MEMULAKAN PERMAINAN INI, JUGA SALAH KAN UMNO, KERANA MEREKA LAH DALANG DI SEBALIK INI.


Hebat sungguh berdemo dengan kepala lembu, konon nak memprotes. konon tidak mau ada ketegangan kaum, sebenar nya bapak lembu itu memang sengaja nak mencetuskan kan ketegangan kaum.

Maka berarak la lembu2 itu dengan membawa kepala lembu, mana punya lembu la yang mengesyorkan dibawa kepala lembu tu sekali...

Bravo.bravo...dulu kata kalau berdemo, sama ngan berok..sekarang sudah tukar la,,,berdemo jadi LEMBU...

Kat melaka dulu.. bawa kepala babi, la bawa kepala lembu...ape dah jadi..

Rasa hebat ke?

Nanti bawa pula kepala kambing ke, gajah ke..bawa kepala rimau pun tak pe..

Berasa hebat sangat ke..nmpak macam lembu juga,,,

buat yang tak tau,,,baca la ini,,,dan baru tau isu sebenar yang lembu2 ni nak protes...

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”. -YB Khalid Samad

Thursday, August 27, 2009

Woi... hangpa nak mampuih ngan aku ke?

Hangpa ingat hangpa pakai ijau aku takut ke? Hangpa pikir hangpa boleh menang ka?

setakat peniaga, mana leh lawan ngan peguam kami,,,,,

Kami la pelindung, kami la penjaga kekuatan, kedaulatan maruah melayu...

Ni la gamaknya pe yang wanita singa umno ni jerit kan...

Sabar cik kak...ANDA KALAH LAGI..

huhuhu 7-1

Faktor kekalahan/ faktor kemenangan pas

Faktor-Faktor Kekalahan PAS Di Permatang Pasir :

1.Calon PAS Ustaz Salleh Man telah 6 kali bertanding dalam pilihan raya. Beliau umpama barangan 'recycle'.

a. Calun umno adalah peguam yang di lucutkan hak sebagai peguam. barangan luput

2. Salleh Man mempunyai watak seorang yang tamak dan gila kuasa atau masuk bakul dan angkat sendiri.

b. Rohaizat pun ape kurang nya, dalam media utusan,berita hairan, terpangpang,,,peguam lawan peniaga, bukan masuk bakul angkat sendiri?

3. Salleh Man bukan anak tempatan Permatang Pasir berbanding dengan calon BN yang sememangnya diakui anak tempatan. Penduduk Permatang Pasir mahukan wakil rakyat daripada anak tempatan.

c. Anak tempatanpun pecah amanah, nak buat pe

4. Kenyataan Nik Aziz, penyokong UMNO tidak dapat masuk syurga telah mengecewakan pengundi Permatang Pasir kerana kedapatan ayah, ibu, adik, abang, kakak dan saudara mara orang PAS yang menyokong UMNO.

d. Kenyataan Muhyiden Yasin kata Anuar pengkhianat melayu juga telah mengecewakan pengundi permatang pasir.

5. Salleh Man adalah pilihan dari pimpinan atas tetapi bukan pilihan dari bawah iaitu penduduk Permatang Pasir sendiri.

e. Rohaizat sendiri adalah pilihan zahid hamidi,,, bukan nya pilihan penduduk permatang pasir.

6. Kecaman dan fitnah terhadap calon BN, Rohaizat telah menimbulkan rasa simpati pengundi kepada Rohaizat.

f. Rasuah barangan,pakaian,duit juga telah meninbulkan kebencian kepada bn.rasuah yang terang terangan.

7. Penduduk Permatang Pasir juga simpati kepada keluarga Rohaizat yang malu di atas kebiadaban PAS memburukkan calon BN.

g, Calun bn memang buruk perangai, pecah amanah. berbini dua tapi bini di tinggalkan, elok ke pengai macam tu?

8. Penduduk mahu lihat BN membuktikan janji untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai 'Anak Emas'.

h. Anak emas ape nya,, bukan penduduk yang dapat,, YB ubn lah yang dapat, dah banyak contoh yang ada, baru setahun jd YB, harta ngalah kan tokey kedai emas, sape yang jadi anak emas?

9. Calon PAS, Salleh Man tidak menjanjikan apa-apa pembangunan di Permatang Pasir sebaliknya hanya mahu menjadi Yang Behormat sahaja.

i. Calun umno pun sama, takat boleh berjanji je la,,ape yang dia boleh buat?

10. Ceramah-ceramah pembangkang tidak mendapat sambutan kerana rakyat sudah bosan dengan ceramah sindir dan maki hamun.

j. Ceramah bn la yang tak mendapat sambutan, kerana ceramah hanya berkisar membela melayu, ape yang di bela? bahasa? tanah? raja2?
ceramah yang tak memberi sebarang makna,

11. Mahfuz selaku pengarah pilihanraya kecil permatang pasir begitu agresif menghentam peribadi calon BN mulai hari penamaan calon lagi menyebabkan orang menyampah kepada PAS.

k. Majlis peguam telah mengeluarkan surat, yang membuktikan calun bn didapati bersalah, harus kah kesalahan itu di tutup, bukan kesalahan lalu lintas, ini kesalahan pecah amanah 164 ribu, bukan nya sikit,, harus perkara ini di diam kan?

12. Pembangkang bertindak liar macam 'babi hutan melanyak kebun' dengan memotong banner 'anak emas', poster di potong dan dibuang. Pengundi kecewa dengan sikap kurang ajar PAS yang tidak profesional.

l. Babi babi tu bn yang punya, bn lg la tak professional nya, nak bagi rasuah pun..kc la ngan duit betul,bukan duit palsu.

13. Pusat hiburan dan penjualan arak secara terbuka berleluasa di dalam DUN Permatang Pasir.

m. Satu fitnah yang cukup nyata, penjualan botol arak kosong kat pusat recycle tu ada la,,,

14. Orang Mat Sapu memberi undi kepada calon BN kerana mereka kecewa Mat Sapu tidak dicalonkan.

15. Kaum Cina beralih arah menyokong BN kerana mereka mahukan pembangunan dan bukan cakap-cakap kosong sahaja seperti yang diamalkan PAS.

n. Orang cina lagi la tak percaya kat umno, kalau bangsa sendiri pun dia tindas. inikan pula bangsa lain. Cina pun faham telunjuk lurus kelingking berkait. Umno boken nya boleh di percayai pun.

16. Orang PAS kecewa kerana PAS telah tersasar dari perjuangan asalnya setelah bekerjasama dengan DAP.

o. Bukan nya org Pas, tetapi org umno sendiri yang kecewa, pasal Dap telah mula kenali, siapa pas.

17. Pengundi meragui Anwar kerana beliau sedaya upaya ingin menggugurkan kes liwatnya, ramai orang kata "Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah".

p. Bukanya meragui Anuar, tetapi si saiful tu...macam mana 3 doktor buat pemeriksaan, lansung tak terdapat kesan ape2. Rakyat meragui, mahkamah,polis, sprm,spr dan segala macam jabatan kerajan lagi.

18. Penduduk kecewa kerana tiada pembangunan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh semenjak menang pilihan raya kecil.

q. Hanya yang buta hati, buta mata je yang tak nampak pembangunan yang Anuar bawa,, hanya lah sati siri fitnah dari ribuan fitnah yang di tabur kan.

19. Pengundi kecewa dengan sikap angkuh dan bongkaknya Mafzuh selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir mendakwa beliau tahu berapa undi yang PAS akan perolehi dan berapa jumlah pengundi akan keluar.

r. Terlebih lagi la bongkak nya, zahid hamidi, muhyidin yasin, rais yatim, sharizat jalil,langsung tak tau ape,,hanya dok kata, rakyat dah mengubah undi pada bn..


20. Pengundi muda 'nampak pasir' teringat samaada PAS atau BN yang lebih layak. Ternyata bagi mereka BN lebih layak kerana PAS tidak menjanjikan apa-apa berbanding BN.

s. Hujan emas kalau menang, dapat tak tau lg. lebih baik la hujan pasir,,,ia lebih nyata,
bn mampu berjanji...tp tak mampu nak tunaikan


bn kalah lg 7 -1

Wednesday, August 26, 2009

Anak emas- kalah jua akhir nya, Slogan dan janji yang tak boleh di gunapakai, semua rakyat dah tau,

Bermula pujukan kat Manik Urai lagi, rakyat di sana nak di jadikan 'anak emas' kerajaan, nak di sogokkan dengan jambatan 12 juta, pembangunan dan sebagai nya, semua nya tak mampu untuk menarik mianat pengundi untuk mengundi UBN, Ubn kalah ngan majoriti tipis... Klah juga nama nya,

Mngapa?

Kat Permatang Pasir, sekali lagi, kenyataan sogokan slogan anak emas di mainkan semula, harap2 boleh mengurang undi, semakin bertambah lagi ada la...

Mengapa?

Rakyat telah mula belajar, ape pun yang UBN nyata kan tidak semesti nya benar, slogan anak emas hanya rempah ratus penyedap halwa telinga buat pengundi aje,

Contoh terbaik adalah di Negeri Terenganu, betapa berjanji bersungguh2 nya Derih Jusuh kepada rakyat Terengganu, Pilih la kami,(baca umno) kami akan membawa perubahan, pembangunan yang tak pernah rakyat terenganu fikirkan,, Memang Derih Jusuh mengotakan janji nya,,

Hasilnya, Monsoon Cup, hasil ilham Mantan Paklah yang kesian melihat rakyat ganu yang tak dapat keluar kelaut sewaktu ribut monsoon melanda, Rakyat di sogok untuk menjaya kan kejohanan yang menelan belanja beratus juta,

Maka pantai di tambak, di jadi kan marina perahu layar dari pasukan seluruh dunia, rumah rakyat yang berhampiran di halau dan di alihkan ketempat lain..

Rakyat ganu hanya melihat dari jauh, bertapa pemimpin Umno ganu menyambut tetamu luar negara,

Rakyat masih seperti dahulu juga, kedatangan pelancung tidak memberi sebarang makna pun kepada mereka,,,

Inilah pembangunan yang umno janjikan suatu masa dahulu di negeri terenganu,,

Anak emas...ngapa kah hanya di mana PRK yang bakal di adakan, ubn berjanji menjadikan kawasan tersebut sebagai anak emas, napa di kawasan lain tidak?

Tidak kah ini di namakan diskriminasi kerajaan kepada penduduk malaysia?

Maaf la,,,umno tiada lagi dalam hati bangsa melayu...

Umno,,,kalah lagi....mana nak letak muka?

Tuesday, August 25, 2009

Kurang 24 jam lg, PRK Permatang Pasir, Mari kita tengok siapa yang kena.kata kata Ibrahim Pendek.

Detik demi detik masa terus berjalan, pagi esok bermula 0800 am, akan terlakar la sejarah baru, PRK pematang pasir,

Bnayak analisa yang telah di buat, dari pihak UBN mahu pun PR.

Ubn dengan alasan kalau PR menang, ada hantu atau tangan2 hantu yang akan mengundi bagi pihak PAS, mereka tidak mahu berlapang dada mengakui UMNO dan sekutu2 nya telah hilang sokongan, masih nak menyalahkan orang lain,

Masih tidak mahu mengaku, calun pilihan nya adalah calun yang salah, yang lansung tidak punyai intigriti,masih nak membawa selogan undi umno untuk memperkasa kan melayu,

Disini lah kesilapan paling besar yang umno lakukan, Mewar war kan Anuar pengkhianat melayu, Nik Aziz penyeleweng agama, Bila Nik Aziz failkan saman, baru terdiam semua, bila Anuar ajak berdebat, semua kecut melarikan diri,, Mata rakyat jelas kelihatan, umno hanya melondehkan maruah mereka sendiri,

Zaman ini bukan seperti dahulu, sahinnga pernah di kata orang, kalau lah UBN letak lembu, letak kambing, mahu pun monyet, pengundi, penyokong, mahu pun ahli umno tidak akan ragu2 untuk memilih binatang tersebut sebagai wakil, punya hebat nya aura umno.

Masa telah jauh berubah, seperti kata saterawan Shahnon dulu, bau busuk kecurangan umno terhadap bangsa melayu semakin memenuhi setiap ruang yang ada,

Peguam yang dipilih, peguam yang tak boleh jadi peguam, kerana kesalahan pecah amanah, di mana lg kekuatan umno yang ada di Permatang Pasir ini,,

Bunga2 kekalahan telah nampak dari hari mula pernamaan calun lg.

Sememang nya UMNO akan kalah lg..

Monday, August 24, 2009

Peringatan buat MP yang dah melompat.dan yang akan melompat.


Usah lah berbangga jika kamu dapat melompat, ingat la kemenangan kamu dalam PRK atau PRU bukan lah kerana kekuatan keperibadian kamu seperti umpama Anuar, TGNA atau nama nama yang besar dalam politik, kemenangan kamu ada lah diatas kekuatan nama atau pengaruh parti PKR atau Pas atau Dap, pengikut2 dan penyokong memilih kamu bukan kerana nama kamu tapi kerana parti yang kamu sokong.Jangan pikir kamu menang kerana diri kamu sendiri,,,

Ambil iktibar la dari raja katak, kalau la tidak kerana PAS menyokong pada PRU yang lepas, tak usah harap la dia nak menang atas tiket bebas.

Kalau kamu tak malu pada diri sendiri, malu lah pada pengundi yang mengundi kamu dulu, sedar la diri kamu tu.

Buat MP Lunas, ada ke penyokong kamu minta kamu kuar dari PKR ?

atau suka2 hati je kamu nak keluar?

Ape alasan yang menasabah yang boleh kamu jadikan alasan selain dari hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan.?

Pengundi lunas akan mengajar kamu masa PRU nanti,,,

Ingat lah...kamu telah menipu pengundi2 kamu. telah membodoh2 kan pengundi Lunas..

Keputusan kamu keluar parti bukan kehendak pengundi yang memilih kamu dulu...

Terima la akibat nya nanti..tiada tempat untuk pengkhianat pengundi macam kamu lg...

Sunday, August 23, 2009

Hilang keyakinan pada pucuk pimpinan atau saya telah di beli dengan harta berjuta?

Adun Lunas ni bagi alasan budak 2 je untuk keluar PKR, nak kata bodoh, dah jadi YB, jangan la nak memperbodoh kan orang dengan alasan2 bodoh.

Hilang keyakinan dengan pucuk pimpinan,Sedara Mohamad Radzhi bin Salleh, cuba bagi alasan yang boleh orang percaya,

Alasan yang semacan ni sama makna nya,, saya dapat imbuhan, saya banyak utang, ada orang tolong bayar, dengan syarat,,,keluar pkr..

Dah banyak YB yang keluar parti, semua alasan yang sama, konon nya la..

Keluar la...tak pe, PKR pun tak perlu pada pengkhianat macam le... lu pikir Umno nk jaga lu ke...setakat setahun dua je ni...

Saturday, August 22, 2009

KJ- Isu hantu tak laku, kini bawa isu golongan Pemuda PAS dan PKR berpaling tadah menyokong umno. Betui ke ni?



Golongan pemuda parti Pas dan PKR mengakui akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Selasa ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Katanya, beberapa anggota Pemuda Pas dan PKR juga mahu mengadakan perjumpaan dengan beliau dan mahu menyatakan sokongan mereka terhadap calon BN itu kerana kecewa dengan calon Pas, Salleh Man. "Mereka menghubungi Ketua Pemuda Umno di sini (Permatang Pasir) dan bagi tahu nak jumpa saya secara sulit kerana mereka tidak lagi menyokong calon Pas (Salleh Man)", kata beliau pada ceramah pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di sini malam tadi. Beliau berkata, tindakan mereka itu membuktikan sokongan golongan muda terhadap BN telah meningkat termasuklah daripada anak-anak muda parti pembangkang sendiri.

TUNJUKAN BUKTI ....JIKA IA BENAR..
ATAU HANYA KATA KATA DARI LIDAH YANG TAK BERTULANG.
MEMBUKTIKAN INI ADALAH PEMBOHONGAN DARI RIBUAN SIRI SIRI PEMBOHONGAN DARI UBN



Sejak dulu lagi, bila ada PRU mahu pun PRK, pasti isu pengikut juga ahli Pas, Pkr akan berbondong keluar parti menyerah kan borang kepada umno, atas alasan sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan,

Jika di kira anggota yang konon nya keluar itu, se olah2 habis kesemuanya ahli pas atau pkr yang kelua dan menyertai umno, Hebat sungguh,

Pada hakikat nya,,, itu hanyalah mainan kata kata pemimpin umno, konon nya mereka mendapat sokongan rakyat, terutama golongan muda, kata kata buat menghibur hati sendiri je..

Pikir2 kan la, satu Malaysia dah tau siapa calun UBN, di manakah kekuatan keperibadian nya untuk menjadi pemimpin bagi penduduk Permatang Pasir?

Adalah satu kesilapan besar jika calun UBN itu di pilih menjadi pemimpin Penduduk Permatang Pasir,,, tak kan la hangpa nak kan pemimpin yang tak amanah,

Pikir2 kan lah...

Friday, August 21, 2009

Presiden PRO ISA nak jadi ahli PAS. Mamat ni sama je macam raja katak, jangan percaya specis biawak darat ni



KUALA LUMPUR 20 Ogos - Permohonan Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz untuk menganggotai Pas ditolak ketika beliau menyerahkan borang keahlian di ibu pejabat parti politik itu di sini hari ini.

Beliau yang menganggap hak beliau dinafikan oleh parti tersebut, akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebentar lagi.

La,,,dah orang tak mau, nak mengadu pulak,,,lawak sungguh. Ape punya turrr la mamat, p la masuk umno,sure depa mau punya,

Eeee tak malu nya...

Thursday, August 20, 2009

Hanya umno sahaja yang mampu membina jalanraya, parit sekolah, klinik ,hospital bangunan,kilang dan pelbagai lagi. YE KE NI? Leh caya ke?


Ketua Penerangan umno Ahmad Maslan menegaskan jika umno di beri peluang menyandang Dun Permatang Pasir akan dilambak pembangunan kerana hanya umno sahaja yang mampu membina jalanraya, parit sekolah, klinik ,hospital bangunan,kilang dan pelbagai lagi.

Ahmad Maslan yang pandai bercakap, perak kan baru je puak BN curi dari pakatan rakyat, tak ada pun lambakan pembangunan yang seperti tertulis diatas yang BN lakukan,Pahang yang sejak dulu lg mejadi tanah jajahan UBN, tak ada pun lambakan pembangunan, sama macam sebelum merdeka juga,
Awat la hang ni pandai cakap sangat, hang pun sama la macam depa, pandai berjanji je la,
Tengok Derih Jusuh masa pilihanraya umum 11 dulu, Kalau UBN memerintah ganu, rakyat ganu akan dapat melihat pembangunan yang tak terfikir pun.Ape yang rakyat ganu dapat? stadium yang runtuh?
Monsoon cup ?

Puak2 UBN ni,, cukup pandai berjanji, tunai nya entah lah..
Ni nak suruh penduduk Permatang Pasir memilih peguam yang tak ada lesen...Awat.org permatang pasir ni teruk sangat ke nak bagi DUN mereka di wakili oleh orang yang tak amanah..

52 tahun UMNO di beri amanah untuk membela nasib melayu,, aleh aleh bahasa melayu pun depa jual, pasal tanah jangan cita la...setakat ni..tanah rezab melayu hanya tinggal 39% je lagi... sape yang gadai?

UMNO le...sape lg...

SPR. Dakwat yang hangpa beli ngan harga 4 juta dulu ada lagi tak?

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan berkata, berdasarkan senarai pengundi yang dikeluarkan, terdapat 14 pengundi beralamat di rumah tersebut.

Katanya, bagaimanapun apabila disiasat dengan pemilik rumah tersebut didapati hanya tujuh pengundi yang dikenali manakala selebihnya tidak dikenali.

''Pada kita ini adalah bukti jelas terdapat kemungkinan wujudnya apa yang dikatakan sebagai pengundi hantu kerana ada pengundi yang didaftarkan di alamat yang tidak diketahui siapa mereka oleh tuan rumah sendiri.

''Jadi kita minta SPR untuk siasat segera kes ini dan tanganinya secepat mungkin sebelum berlangsungnya hari pengundian 25 Ogos ini," katanya.

SPR, Ada masa lagi kalau nak gunakan dakwat tu, tapi jangan pulak gunakan kat PRK Permatang pasir je...gunakan terus pada semua prk dan pru13 nanti.

Cepat cepat buat, nanti abang sulung kamu UMNO mengamuk pulak, Mana yang spr boleh pinda, alter, buat la sekarang, UMNO dah nak gila meraban dah tu, tanda2 tanda nak kalah semakin menyerlah, kalau spr, polis, sprm tak tolong, terlungkup UMNO nanti..

UMNO dah tak ada isu dah, bawa lah isu Anuar pengkhianat ke. Isu TGNA kata umno tak masuk syurga ke,Isu Dap hina Islam ke... ni tidak,,,isu hantu pula yang di perbesar2 kan.

Peguam yang jadi calun UMNO tu ape cerita, nampak gaya nya tak ada harapan dah tu..satu malaysia dah tau, peguam tak amanah, majlis peguam yang cakap, bukan cerita kosong dari PR pun... terima je la hakikat. Umno nak telungkup dah.


tak rasa membazir ke masuk bertanding PRK ni,

Bomoh yang mula mencari hantu.sebelum ni...bomoh tu la yang jadi hantu. Woi mangkuk, gunakan dakwat kan senang.

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini mengemukakan surat bantahan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan wujud keraguan dalam senarai pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

''Jadi hari ini saya bersama Pemuda UMNO bukan sahaja mengemukakan bantahan rasmi tetapi juga mengemukakan bukti yang berkaitan.

''Perkara ini serius kerana kita ada bukti. Bukan macam parti lawan yang bercakap kosong saja mendakwa ada pengundi hantu sana sini tetapi tak ada pun bukti," ujarnya.

Buat UMNO sekutu yang sewaktu dengan nya, kenapa sekarang baru nak kecoh tentang pengundi hantu,

Sebelum ni..Hangpa tak kesah pun, pasal hangpa yang organise hantu2 tesebut..

Dah berpuluh, malah beratus aduan polis telah dibuat, senyap je,,

Dah la calun hangpa orang yang tak amanah, hangpa buat pulak cita pengundi hantu, bukan kah hangpa ngan SPR adik beradik?

Hehehe, bunga bunga nak kalah dah mula berkembang, terima je la, tak payah la nak buat kecuh.

Selama ni hangpa la yang jadi hantu, bila rasa nak kalah, bertukar pulak jadi bomoh,

buat malu je parti melayu terbesar terkuat di dunia cuba memainkan isu hantu,

Cara paling senang, cakap kat adik hangpa SPR tu, gunakan dakwat pada jari...selesai masaalah.

Wednesday, August 19, 2009

Pecah amanah bukan kes jenayah, Dah tau tak amanah lagi mau di pilih jadi pemimpin, Boleh percaya ke ni..

BUTTERWORTH 18 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman adalah pilihan terbaik 'Itu pilihan dan hak kami, siapa mereka untuk mempersoalkan pemilihan Rohaizat. Kita juga boleh pertikai mengapa mereka pilih calon yang tidak pernah menang tetapi kita tidak akan berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat bilik operasi.

''Dan saya juga merasakan mereka ini perlu cermin muka sendiri atau ukur baju di badan sendiri," ujarnya.

Masaalah nya di sini, bukan calun yang tak pernah menang, masaalah nya calun UBN tu ada kes pecah amanah rm14o.ooo.

Pecah amanah bukan jenayah ke?

Tuesday, August 18, 2009

Gear satu dah jadi gear gostan, sape la sudi nak calon yang pecah amanah, bukan seringgit empat kupang, ratus ribu tu...



BUKIT MERTAJAM 16 Ogos - Kurang 24 jam selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman mula memasang 'gear satu' menjelang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan turun padang menemui penduduk.

Apa alasan yang sesuai bagi calun UBN ini nak membersihkan dirinya..

senang je,,, tarik diri... rasa nya kalau bertanding pun... buat kalah je...sape yang malu. umno dan pengikut nya juga,,

Seramai hampir 8 juta ahli umno... tak ada yang sesuai ke un tuk jadi calun?
ini mencerminkan bertapa kotor nya hati budi pekerti mereka,,,sampai tak ada lansung yang bersih.

Sbelum ni, kat manik urai..dalam paper, terpanpang besar. professional lawan peniaga ikan, penyudah nya, professional terkangkang di hempap jambatan... malu malu

Kat paper sehari sebelum penamaan calun. dun permatang pasir keluar berita peguam lawan peniaga, baru sehari berkempen...dah sah..peguam di tarik lesen...jadilah loyar buruk je...nampak gaya macam nak kalah lg.

boleh menang jika gunakan kuasa RM. tu je yang mampu buat..

Monday, August 17, 2009

Pasang la gear berapa pun, Keta dah kondem. tak lama lg terbarai la....

BUKIT MERTAJAM 16 Ogos - Kurang 24 jam selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman mula memasang 'gear satu' menjelang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan turun padang menemui penduduk.

Loyar buruk sungguh, BN ada berapa gear. Gear undur tak de ke..
Modal pe nak kempen ni..Nak cita anuar pengkhianat?
Nak cita DAP hina Islam,
Nak kata PAS tak jaga Islam ,,,

Ape yang bagus nya umno?
Pasang la gear berapa pun, semua dah tau, kereta dah nak kondem, lebih 52 tahun pun, nak di insuran pun dah tak boleh,

Tapi kalau dengar cita, hebat nya bukan main,calun nya peguam.. tapi sayang nama jela bekas peguam, lesen pun tak de.. jadi loyer buruk aje...x leh pakai ni...

Loyar buruk. lawyer blacklist...Calun bn kg Pasir berdengung

Saya memang seorang peguam tetapi tidak mengamalkannya sejak hampir dua tahun lalu,"Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri N11 Permatang Pasir, Rohaizad Othman membuat akuan secara terbuka bahawa beliau telah disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia. Calon BN tersebut membuat kenyataan ini selepas mendapati ada pihak yang mendedahkan bahawa lesen guamannya telah ditarik.

Ape di harap padi seberang
entah kan masak entahkan tidak
BN bangga calunnya peguam
Tau2 blacklist la pulak

Masih leh pakai lg tu,,,guna lesen loyar buruk pulak la...boleh guna mana2 perjumpaan, kedai kopi atau mana2 la...tak kesah...Janji pandai cakap. macam broker angin, permatang pasir kan dah jadi anak emas kerajaan BN, boleh la bawa jambatan Manik Urai ke PP ni..
Kalau dengar cerita, tanah kat dalam laut pun boleh emas...tp cerita je la...hakikat sbenar... x boleh pakai pun.

Bakal terterap lagi la bn kat Permatang Pasir ni...

Saturday, August 15, 2009

Tanda tangan anuar pengkhianat...Lalat lg banyak dari orang.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang mempunyai akal fikiran yang waras dan sempurna, boleh berfikir dngan jelas, pasti akan menolak dakwaan umno bahawa anuar adalah pengkhianat bangsa melayu,

Terlalu banyak bukti yang ada adalah menjurus pada pengkhaianatan umno itu sendiri lebih dari 52 tahun.

Tak perlu nak memperbodoh kan bangsa melayu lg...

Klau di perhatikan di atas meja tu...ada lebih kurang 379 ekor lalat duk membaca dan nak menanda tangan petisen kempen tersebut..

tak caya,,, tanya la itu 3 ekor penjaga pondok tu,,

Agak2 nya dah berpa juta tanda tangan yang telah di kumpul kan....
mmm entah la...

Hentam saja la labu...

UMNO berjiwa rakyat. KUNUN nya la...

Lawak sungguh, sblum ni ada juga Ibrahim Ali dengan banga nya buat seminar, perhimpunan memperkasa kan melayu,duk bersila juga atas pentas, konon jadi melayu la, ni Umno pula buat begitu..
Kalau dudk bersila macam tu nampak macam berjiwa rakyat la kot?
Nampak macam badut adala,,
Tak ada yang nak terpengaruh lakunan kerakyatan kamu semua....
1malaysia dah kenal party umno,party yang penuh kepuraan....

Friday, August 14, 2009

Apa beza ,UMNO dengan Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi?

Ape beza nya?

KUALA LUMPUR 13 Ogos - "Apa bezanya DAP dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W sehingga ahli parti tersebut dibenarkan menghina agama Islam?"

Demikian soal bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berang dengan sikap 'semua boleh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk dalam aspek menghina kesucian Islam oleh penganut agama lain.

'Karikatur Nabi Muhammad pula menyebabkan seluruh umat Islam bangkit menentang termasuk ahli Pas. Mereka juga bukan Islam dan tidak mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu di Melaka, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan syiar Islam di negara ini sepatutnya lebih ke hadapan dalam memerangi pihak yang menghina Islam.

Isa samad tak nak tanya ape beza nya, atau persamaan UMNO dengan salman Rusdi?

Lebih kurang je sbnar nya... mai kita tengok...

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

Siapa Tun DR Mahathir Mohamad ni....Isa samad,Noh Omar atau Sharizat tak kenal ke?

OOO.. Datuk datuk semua baru datang kat Malaysia ni ye... tak kenal la bekas PM ni...Orang No 1 umno ni...

kan ke lebih kurang je UMNO ngan salman tu...betul ke tak?

Betul betul....



BBPM: Penghina Islamwajar diperangi.Betui2, termasuk pemimpin2 UMNO juga,,,,Anda setuju

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, adalah tidak wajar kita membenarkan sesiapa pun menghina agama Islam. Pihak yang menghina Islam wajib diperangi.

Betui2, jangan pilih bulu kan...tapi kalau bulu tu dari UMNO, hampa pejam mata je,buat tak tau je kan,,macam sial.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kecewa dengan sikap Nik Abdul Aziz yang meletakkan politik lebih penting daripada agama.

Tak pernah pulak rasa kecewa dengan sikap pemimpin UMNO, pasal dia ni penjilat no 1...

Kesian nya...kecewa la sangat, konon pas tak pertahan ISLAM, Umat mana yang tolak hudud dilaksanakan di kelantan?

Bukan UMNO?


Thursday, August 13, 2009

Wilayah Iskandariah yang tergadai tu, Rakyat Johor tak perasan ke? Tak ada se ekar pun tanah Johor yang Anuar gadai.

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Lebih 10,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan raksasa bagi melaungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa di Padang Merdeka Batu Pahat, dekat sini Jumaat ini.

Perhimpunan anjuran bahagian-bahagian UMNO Johor itu juga bertujuan menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Tunjukkan bukti apekah yang telah Anuar lakukan sahingga di laungkan sebagai pengkhianat?

Senaraikan satu persatu, baru la boleh cakap ia pengkhianat, bukan sekadar bawa banner, kain rentang je.

Ni hanya cakap pengkhianat, tapi bukti tak ada, ape kelas macamtu, sape pun boleh cakap.

Lagi hangpa berhimpun ,lagi kuat pengaruh Anuar,

Wednesday, August 12, 2009

Sedap sungguh bahasa kontaraktor Melayu perak

Ini pejuang pejuang penegak agama, syabas.. Nak tanya sikit la...kalau tak iku berdemo ni..gamak nya tak dapat kontrek la mike semua ye..

Bahasa deme pun hebat2 juga, ape kata kalau PAS atau PKR atau Dap buat banner pulak tulis menda yang sama..

PUK##AK UMNO, sedap juga bunyi nya..

Hebat juga deme ni semua. buat demo dengan pengawasan FRU, pengawasn Polis,

Tuan Guru Nik Aziz sebut P JAHANAM DENGAN UMNO, 3 hari 3 Malam di siarkan dalam buletin utama,

Mamat ni nulis bahasa macamni, tak jadi ape pulak ye,,,syabas la, sape lagi yang nak mgampu kalau bukan mike2 semue...

Selamat berdemo kepada mereka yang kunun nya pejuang agama,

Tuesday, August 11, 2009

UMNO dan ARAK , sesuatu yang tidak kita tahu.

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.

Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA'; 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)'.

"Kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.

Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Secara peribadi saya merasa simpati kepada saudara-saudara kita dalam Umno tersebut. Mengapa ? Saya yakin dan percaya mereka tidak tahu apa yang mereka buat . Mereka membantah hanya kerana ingin membantah dan kerana kepentingan politik yang sempit. Memandangkan isu ini melibatkan Pakatan Rakyat , Umno mengambil peluang menjaja isu ini tanpa memahami isu ini dengan betul. Inilah perangai Umno. Semasa isu babi dahulu mereka mainkan isu itu macam orang gila babi- berbuih -buih mulut mereka. Akhirnya dilaporkan ada pemimpin mereka yang terbabit dalam industri tersebut .

Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.

Untuk saudara-saudaraku dalam Umno perkara pertama yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.

Ya , benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.

Atas dasar itu Umno tidak sepatutnya menyalahkan Ronnie Liu kerana Ronnie hanya merujuk kepada undang-undang yang Umno gubal sendiri – undang-undaang yang membenarkan beer dijual di kedai-kedai serbanika. Mengapakah selama ini dan sehingga sekarang ini Umno tidak pernah membuat bantahan atau berdemonstrasi menentang undang-undang yang mereka gubal tersebut. Kalau betul Umno jijik dengan arak parti tersebut sepatutnya meminta Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno meminda undang-undang yang saya nyatakan tersebut supaya penjualan beer di kedai-kedai serbanika dapat dihentikan.

Perkara kedua yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai . Sehingga kini di negeri-negeri yang Umno kuasai seperti Johor misalnya masih membenarkan minuman beralkohol seperti beer dijual dikedai-kedai serbanika seperti 7 Eleven. Mengapa kita tidak dengar bantahan oleh Umno sehingga kini. Adakah arak hanya haram di Selangor dan tidak di Johor dan negeri-negeri yang Umno perintah. Nampaknya ada “pengharaman terpilih” di sini.

Perkara ketiga jika Umno benar-benar jijik pada arak atau dalam Islam dipanggil “ummu al-khabaith ( ibu segala perkara buruk ) mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kemeneterian Dalam Negeri ( KDN ) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut.

Untuk makluman Umno , Pemuda PAS pernah menghantar memorandum bantahan kepada pihak KDN tentang hal tersebut . Semasa kami berjumpa dengan Setiausaha sulit Menteri yang bertanggungjawab beliau menyatakan kepada kami “ mengapa perlu risau iklan arak kalau kita kuat iman”. Saya menjawab kepada beliau tanda orang kuat iman adalah beliau mengharamkan apa yang Allah dan RasulNya haramkan.” Lihatlah mentaliti pemimpin Umno.

Perkara Keempat mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS ? Dan adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais ( Pengecualian ) ( Pindaan ) No 2 ( 2008 ) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008.

Akhirnya jika Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).


Mengapa puak puak UMNO ni beria ria berdemo?

Untuk menunjukan yang mereka benar2 membenci arak?

Menunjuk kan yang mereka membela Islam?

Hanya mereka yang tau, pada mata masyarakat, mereka ini tak ubah seperti BADUT. mengikut je pe yang di suruh...mangkaq juga otak depa ni, boleh buat umpan ikan duri,belukang je rupa nya, tu pun kalau ada selera ikan tu nak makan,,,

Arkhhhh ptuihh..

Macam la UMNO tu baguih sangat, tu yang halang PAS buat hukum Hudud di Kelantan tu bukan UMNO ke?

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang kerana perjuangannya lebih mulia dan bermaruah jika berada di luar pakatan itu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, ini kerana setiap kali Pas ingin menegakkan syariat dan kemuliaan Islam mereka tidak henti-henti disekat malahan secara terbuka dan lantang dihina oleh rakan mereka sendiri iaitu DAP.

''Ramai umat Melayu dan Islam terhiris perasaan akibat tindak-tanduk dan kebiadapan pemimpin DAP.

Masa halang hukum Hudud di Kelantan tu,,,bukan main lagi UMNO mendabik dada, menghina hina hukum Allah,kenapa ye?

Ketua penerangan kena baca sejarah penghinaan UMNO juga,

Antara ucapan Mahathir ketika PAS ingin mejalankan Hukum Hudud..

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

Umno lagi jahat dari yang jahat, Mengaku Islam, tp tak mau menegak kan Islam...

boleh jalan la ucapan, saranan KPU Reezal Marican Naina.........



Pengkhianat Melayu. Cuba jelaskan satu persatu jenis pengkhinatan tu,

Pengkhianat Melayu, pengkhianat tanah air. pengkhianatan pada agama, mengapa tak di jelaskan satu persatu, mengapa nak sembunyi kan, kalau benar seseorang tu adalah pengkhianat, memang patut la dia ambil tindakan.

Contoh pengkhianatan....

Pengkhianat pada agama.
Sengaja tidak mahu mengikut hukum agama yang telah di tetap kan, minum arak, berzina,tidak solat, puasa, buat fitnah. membunuh, menzalimi orang... banyak lagi la..

Anuar khianat pada agama yang macam mana?

Khianat pada Bangsa Melayu.
Sengaja membiarkan bangsa melayu tertindas, sengaja memenjarakan melayu walau tiada salah, tidak memberi bantuan pada melayu yang miskin, memeras keringat melayu tanpa membayar upah, menjual tanah melayu yang diambil secara paksa, eh banyak lagi...

Anuar khianat pada melayu yang macam mana?

Tak faham la... kata anuar pengkhianat bangsa, tapi tak cakap pun khianat yang macam na?

Jelas kan la...

Monday, August 10, 2009

Ali Rustam dengan Khairy Jamaludin sama aje, perasuah yang cabar PAS keluar PR, pa punya turrr da?

Idea kedua mamat yang terkenal dengan rasuah ni nampak semacam je..kenapa ye,

Ali mencabar pas keluar dari pakatan jika PAS serius nak memperjuangkan Islam,

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali keluar dari pakatan pembangkang jika dia memiliki niat yang betul, dan serius untuk menegakkan agama Islam dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata sekiranya PAS juga serius dengan apa yang diperjuangkan, parti itu perlu keluar daripada Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh DAP di Kedah baru-baru ini.

"Barulah 'gentleman' jika DAP Kedah sanggup keluar dari pakatan, PAS juga boleh keluar di Selangor, boleh lihat siapa lebih hebat PAS atau DAP," katanya selepas merasmikan majlis penutup hari keluarga Kelab Media Massa Melaka (KEMM) di sini pada hari Sabtu.

Bagaimana pulak umno, taknak keluar dari bn ke...kan ke umno sangat2 serius dalam memperjuangkan Islam, sampai kan gambar Najib bin letak sebelah patung dewa muruga kat Batu Cave,

Hebat kan keseriusan umno dalam memperjuang kan islam.

KJ pun sama hebat, pelawa pemuda pas sama berdemo, ngutip tanda tangan memprotes. konon nya DAP menghina Islam.

Hebat nya KJ, bukan ke kalau berdemo tu,,,KJ samakan dengan beruk2 jalanan, KJ dah sedia ke nak di panggil Ketua Beruk Jalanan atau ringkas nya KBJ tau khairy b Jamaluddin.

Hebat sungguh puak2 umno ini memperjuang kan islam, wa salute pada lu semua...

Ptuiiii ape punya turrr da...

Pengkhianat ? Siapa pengkhianat yang sebenar nya?

Sebuk se sebuknya media masa dan media eletronik memain kan lagu pengkhianat, siap beratur lagi ...semua nak jadi saksi nak jadi saksi, kononnya anuar ibrahim pengkhianat perjuangan melayu.

Siapa yang mengadai tanah rezab orang melayu? sekarang hanya tinggal 54% je.. siapa?
Auar Ibrahim ke?

Siapa yang mengadai bahasa melayu, diganti pada bahasa inggeris?
Anuar Ibrahim ke?

Siapa yang membunuh orang melayu (memali) ?
Anuar Ibrahim ke?

Dalam kamus UMNO, dalam kitab ikutan semenjak 52 tahun yang lalu...barang siapa umat melayu yang tak mengikut,tak menyokong, yang tak jadi ahli UMNO ada lah pengkhianat,

Tu la pasal. Anuar Ibrahim dituduh pengkhinat, pasal tak menyokong UMNO memperbodoh2 kan umat melayu.

Umno itu sendiri adalah pengkhianat pada melayu, 52 tahun..bukan suatu masa yang singkat, setkat ini sejauh mana melayu telah terbela?

Melayu yang membunuh melayu...UMNO
Melayu yang membunuh kuasa sultan...umno
Melayu yang menggadai tanah melayu... umno

Ngapa la lidah UMNO bercabang macam biawak tanah?



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Bernama berkata, pembinaan replika gergasi gambar penasihat PKR itu di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya.


Replika gambar Najib nak kira macam mana?

Ada sape berani nak tegur ke?

Alahai ali rustam...kesian nya la engkau...

Saturday, August 8, 2009

Sesumpah sanggup jadi saksi utama.

''Memang tidak salah untuk kita mengkritik tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar ini sudah sampai ke tahap menghina dan sebagai seorang Islam dan seorang Melayu saya tidak boleh terima apa yang berlaku,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.

Zam,yang ni kira mcam mana pula?

Sebagai se orang islam hang tak rasa ape2 ke? Dasar ekonomi baru termasuk dalam hukum islam ke? Itu yang hang rasa cukup malu ?

Kesian kat hang no...Ikut hang la...nak jadi saksi pun jadi... ape ada hal.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

Banyak lagi yang tersembunyi ni..

Kalau setakat DEB tu...mmmm baru tahap menghina je.

Friday, August 7, 2009

Kecoh peniaga rugi 20 juta pasai demo GMI, Cuba kira pembaziran era Pak Lah ini pulak

Merujuk kepada laporan harakah (sumber) - Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri ,

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet baru Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
Hakikatnya, rakyat tiada pilihan sekarang, jika dijemput wabak sebagai tanda untuk mati, nasib hang lah..'rakyat didahulukan'..itu hanyalah gimik dan slogan sahaja. Ia retorik. Slogan tetap slogan, dan tinggal sebagai slogan untuk dingat dan dihafal.

Yang membuat peniaga rugi, bukan peserta GMI, tapi pihak polis dan FRU segala puncanya.

Tengok aje waktu MU datang, beribu rakyat yang p stadium. kalau lah pihak Polis Dan FRU sembuk air asid, tembak gas pemedih mata, mesti huru hara jadinya,

Bagitu juga bila ada perarakan maulidur rasul, atau pun perarakan hari merdeka, kalau la polis dan FRU kecoh, mesti huru hara jadi nya,

Awal2 lagi penganjur dah umumkan, ini ada perarakan yg bersih, barang siapa yang membuat huru hara, pasukan amal pas akan bertanggung jawab untuk memberkas mereka yang tak ikut arahan, tapi mengapa pihak polis umpama org pekak, tak menerima janji2 pihak penganjur.

Lihat saja di negara yang tiada UMNO. rakyat bebas untuk berarak untuk menentang ketidakpuasan terhadap pemerintah, taka ada pun kecoh ape pun, polis pula yang menjaga peraarakan tersebut,,,

Berbeza sungguh di Malaysia..Negara jajahan Puak UMNO. buat semua ikut kehendak pemimpinnya sahaja

hairan bin ajaib...

Thursday, August 6, 2009

Ronnie liu kata bir bukan minuman keras,Mahathir kata hukum rejam pada penzina adalah primitif,

“KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melahirkan kesanggupan mereka untuk turun padang menyertai demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Jumaat ini bagi mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Exconya, Ronnie Liu.

Sebuk nya la pemuda UMNO ni, hidung tak mancung, pp tersorong2, macam hebat sangat la nak mempertahan kan islam,

Tak payah berlakon la, satu malaysia dah kenal ketua pemuda UMNO yang perasuah tu..

Mana pula penyokong,pejuang , alim ulama , mufti UMNOyang mempertahan kan Islam?

SHAH ALAM 5 Ogos – UMNO Selangor hari ini mencabar Pas negeri agar mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Exconya, Ronnie Liu kerana menyalah guna kuasa dan mempersendakan hukum Islam dengan mengatakan bir bukan minuman keras.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar berkata, Pas juga dicabar berdemonstrasi demi menegakkan hukum Islam yang cuba diperlekehkan wakil rakyat DAP itu.

Beliau berkata, Pas sepatutnya tahu isu mana yang perlu diketengahkan jika benar apa yang diperjuangkan mereka adalah demi menegakkan syiar Islam.

Buat Noh Omar, kuncu2 nya juga penyokong UMNO, Kalau sekadar Ronnie Liu yang cakap arak bukan minuman keras, ape kelas banding dengan pemimpin UMNO sendiri yang cakap, yang lebih hebat dari ronnie liu tu.

Padan la pun Ronnie tu bukan Islam, sedangkan depan mata dia berlambat manusia yang mengaku Islam dok togok arak tu, salah ke dia kata arak bukan minuman keras kalau dah org islam minum depan dia.

Yang melayu mengaku Islam tap dok peleceh Islam tu Noh tak kata ape pun..

Isu terbaru, bertafakur depan tugu...ape cita?


Mana hero2 pembela Agama dari UMNO?

TOLONG JAWAB.... tak terjawab pun,

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997): “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC) : ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

(Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001) : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

(Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001) : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

(Dato’ Rais Yatim Jun 2001) : Mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya.

Tuesday, August 4, 2009

mentaliti pemikiran pemimpin UMNO, buat sesuatu je pikir nak kasi upah mahu pun ambil upah, Ingat kita ni macam dia kot?



'Anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka menerima upah untuk berarak'

Kalau nak bagi kenyataan pun. jangan la secara umum, orang bangang je yang selalu cakap macam tu, bagi fakta dan bukti yang jelas baru la betul.

Contoh nya, saya telah membakar jambatan, saya takkan masuk umno lg, cakap macamtu je org dah tau siapa yang cakap kan.

Ini dok main tuduh tuduh sembarangan, kalau anak muda tu dari Pekasa,Pewaris atau Mageran memang betul la depa amik upah, kalau selain dari tu,,,minta maaf la ye..

Sendiri mau ingat la,,Hanya orang umno je yang suka amik upah beri upah atau RASUAH.Tu pun nak kasi tau ke?

BN ada harapan- Hrapan menang atau KALAH ?

PULAU PINANG 3 Ogos - Barisan Nasional (BN) berpeluang memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir jika seluruh jentera parti bekerja keras.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, yang penting, pengundi perlu memahami mesej yang hendak disampaikan dan untuk itu jentera BN perlu memperhebatkan kempen.

Berkempen,berjanji,menyediakan projek mee segera, tuduh siapa saja pengkhianat dan ape2 saja la, janji berkempen.

Manusia ni, kalau dah sesuatu itu baik, tak payah promosi pun mereka akan cari,

Kalau dah tau yang UBN tu dah reput,berbau busuk, berulat. nak pilh buat ape lg.campak kat tempat buang sampah je la...

parti yang di selaputi kekotoran luar dalam, nak buat ape?

Rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan macam2 lagi la...

Kempen yang macam mana agak nya boleh menyakin kan rakyat Permatang Pasir tentang kejujuran UBN ini?

Tengok dan lihat ajae la...

Kg Buah Pala- kenyataan KM PP

Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Georgetown pada 30 Jun 2009:

Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) perlu sedar bahawa Kampung Buah Pala masih utuh sehingga kini kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berjaya menghalang mereka daripada diusir pada pertengahan tahun 2008.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak pernah meluluskan mahupun membenarkan sebarang tindakan untuk merobohkan Kampung Buah Pala.

Sebarang tindakan yang diambil oleh syarikat pemaju (developer) adalah menerusi perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah-mahkamah yang berkaitan.

Pampasan sehingga RM200,000 seisi rumah telah ditawarkan oleh syarikat pemaju kepada penduduk kawasan berkenaan yang kemudiannya dipersetujui dan diterima oleh kebanyakan keluarga kecuali penduduk-penduduk yang masih berada di Kampung Buah Pala.

Kerajaan negeri menghormati keputusan yang dibuat oleh mereka yang masih menghuni di Kampung Buah Pala untuk menolak sebarang tawaran pampasan dan melawan kes mereka di mahkamah.

Sekiranya Kerajaan Negeri tidak bersimpati dengan rintihan penduduk di situ, maka syarikat pemaju berkenaan sudah tentu telah berjaya mengusir penduduk-penduduk pertengahan tahun lalu sebaik sahaja mereka memperolehi perintah mahkamah.

Pengusiran tersebut berjaya disekat kerana usaha-usaha yang diambil oleh P. Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri II dan Abdul Malek selaku Ahli Exco Pulau Pinang yang menghalang syarikat pemaju daripada memasuki perkampungan tersebut dengan jentolak beberapa kali di pertengahan tahun lalu.

Oleh yang demikian, kesemua pihak mestilah sedar bahawa hanya kerana usahausaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, penduduk Kampung Buah Pala masih berupaya menghuni di kawasan itu.

Tan Sri Koh Tsu Koon mesti menjelaskan sepenuhnya mengapa beliau menjual Kampung Buah Pala dengan harga RM10 sekaki persegi pada tahun 2007 tanpa rundingan dengan penghuni-penghuni di sana.

Tanah tapak Kampung Buah Pala yang merupakan milik Kerajaan Negeri telah diberikan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang sebanyak dua kali oleh Exco Kerajaan BN Pulau Pinang yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada 18 Ogos 2004 dan 8 Jun 2005 dengan premium berharga RM6.42 juta atau RM20 sekaki persegi.

Saya tidak memahami rasionalnya Kerajaan Negeri BN meluluskan projek ini tanpa berunding dengan penduduk-penduduk mahupun menjualnya pada harga serendah itu.

Lanjutan daripada itu, Exco di bawah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah mengurangkan premium sebanyak 50% kepada RM3.21 juta atau RM10 sekaki persegi, mengikut 2 cadangan Timbalan Ketua Menteri dari UMNO.

Koh Tsu Koon perlu menjelaskan perkara ini kepada penduduk Kampung Buah Pala mengapa beliau menjual kampung tersebut pada harga yang murah iaitu hanya RM10 sekaki persegi pada 2007 apabila harga pasaran di kawasan perdana tersebut berkali-kali ganda dan jualan dibuat tanpa sebarang rundingan dengan penduduk.

Dalam usahanya untuk membantu penduduk Kampug Buah Pala, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak patut dipersalahkan dan menjadi sasaran oleh Hindraf.

Masalah ini berpunca daripada BN, Gerakan, MIC, UMNO dan MCA yang menjadi dalang, mengabaikan kepentingan penduduk kampung, dan menjual tanah Kampung Buah Pala.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasa kecewa atas tindakan Hindraf yang tidak bertanggungjawab kerana mensasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas tindakan yang diambil oleh syarikat pemaju dalam pengusiran penduduk di Kampung Buah Pala.

Hindraf mahukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertindak melawan perintah mahkamah yang diperolehi oleh syarikat pemaju bagi mengusir penduduk di situ. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang mentadbir di bawah kedaulatan undang-undang dan terpaksa akur kepada perintah mahkamah yang dikeluarkan.


Selain itu, timbul cadangan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil tanah tersebut secara paksaan bagi tujuan awam di bawah Akta Pengambilan Tanah. Tetapi dengan melakukan sedemikian, pihak syarikat pemaju sahaja yang akan mengaut keuntungan yang banyak tanpa perlu membelanjakan sesen pun.

Sememangnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahukan penyelesaian yang baik, tetapi pengambilan tanah secara paksaan sepertimana yang dicadangkan itu akan melibatkan kos raksaksa di luar kemampuan kewangan Kerajaan Negeri. Kos pampasan yang terlibat bukan sekadar jutaan ringgit atau puluhan jutaan ringgit, tetapi jauh lebih tinggi lagi!

Jelas sekali bahawa Hindraf tidak dapat membezakan siapakah rakannya dengan membandingkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan tindakan-tindakan zalim UMNO yang merobohkan kuil-kuil Hindu. Kita tidak nampak pun Hindraf menganjurkan protes besar-besaran terhadap perobohan beberapa kuil Hindu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang tidak sepatutnya dipersalahkan atau menjadi sasaran Hindraf bilamana kita sedang cuba membantu seberapa yang boleh dan tidak terlibat dalam perobohan mana-mana kuil Hindu di Pulau Pinang.


Mengapakah Hindraf tidak mengadakan demonstrasi terhadap UMNO atau Gerakan, MCA mahupun MIC yang menjadi dalang di sebalik isu Kampung Buah Pala?

Sikap seperti ini mencetuskan syak wasangka samada berkemungkinan Hindraf kini telah dipengaruhi MIC dan BN apabila mereka sepatutnya berjuang dalam mempertahankan perobohan kuil-kuil bukannya menentang Kerajaan Pulau Pinang yang sedang berusaha mencari jalan penyelesaian yang adil bagi penduduk Kampung Buah Pala.

>Hindraf perlu mengiktiraf usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk masyarakat India, kuil-kuil dan sekolah-sekolah rendah Tamil.

Kami bukan hanya mempunyai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kaum India yang pertama di Malaysia, malah kesemua 28 sekolah rendah Tamil telah diberi peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta sama seperti yang diperolehi oleh sekolah rendah Kebangsaan Cina, Sekolah Agama Rakyat, sekolah wawasan dam sekolah menengah bebas Cina.

Selain itu, Pulau Pinang telah mendirikan papan-papan tanda jalan (road signs) berbahasa Tamil yang pertama di negara ini bersama-sama tanda jalan dalam Bahasa Arab, Cina dan Inggeris di Georgetown. Sedangkan Hindraf tidak pernah membangkitkan perkara papan tanda jalan berbahasa Tamil.

Dengan menghentam Kerajaan Pulau Pinang, secara tidak langsung Hindraf membantu UMNO dan BN dengan meletakkan kesemua kejayaan yang diusahakan oleh Kerajaan Pulau Pinang dalam keadaan berisiko.

Kita mungkin tidak ada lagi Timbalan Ketua Menteri II berkaum India, tiada lagi peruntukan dana untuk sekolah-sekolah rendah Tamil dan tidak ada lagi papan tanda jalan berbahasa Tamil.

Hindraf sepatutnya rasional dan bukannya bertindan secara emosi dan marah, dan patutlah mengkaji semula siapakah musuh dan rakan sebenar masyarakat India.

Apa yang lebih mustahak ialah untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang melayan masyarakat India samarata bersama masyarakat Cina dan Melayu sebagai warga Malaysia, di mana pemimpin Cina boleh menjaga masyarakat Melayu dan pemimpin Melayu dapat menjaga kebajikan masyarakat Cina.

Malah pemimpin India juga mampu untuk menjaga masyarakat semua kaum. DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan tunduk kepada BN atau diintimidasikan oleh BN, UMNO mahupun Hindraf yang melihat segala masalah daripada sudut sempit kaum Cina, India atau Melayu.

DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang percaya bahawa isu-isu India bukannya masalah masyarakat India, isu-isu masyarakat Cina bukanlah masalah kaum Cina mahupun isu-isu Melayu bukanlah masalah kaum Melayu. Kami menganggap semua masalah sebagai isu rakyat Malaysia.

Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia di bawah prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan kebajikan rakyat bagi memastikan kita melawan rasuah dalam usaha menjana pertumbuhan dan kemakmuran di samping memastikan setiap rakyat dapat berkongsi keuntungan dengan adil.

Sungguhpun kami berasa kecewa terhadap kenyataan Hindraf yang mengutuk secara melulu terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin Hindraf mempunyai hak di bawah peruntukan hak asasi manusia untuk berhimpun secara aman dalam membangkitkan isu yang mereka prihatin.

Saya telah pun mengarahkan pegawai-pegawai saya supaya menghormati hak-hak mereka dan menerima sebarang memorandum yang dihantar selaras dengan prinsip tanpa keganasan Mahatma Gandhi.

Saya juga menyeru pihak berkuasa polis supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang akan membawa kepada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak akan terjejas oleh tindakan-tindakan penduduk yang menuduh Kerajaan Negeri sungguhpun pelbagai bantuan telah dihulurkan. Kerajaan Negeri akan terus membantu penduduk-penduduk Kampung Buah Pala, dan akan membantu sekiranya penduduk yang daftar ingin menerima tawaran pampasan sehingga RM200,000 seisi rumah daripada syarikat pemaju Kampung Buah Pala.

Setakat ini, Kerajaan Negeri juga tidak memberi sebarang kelulusan mahupun persetujuan kepada syarikat pemaju untuk merobohkan mana-mana bangunan.

Sebarang tindakan sedemikian adalah atas keputusan syarikat pemaju sendiri mengikut perintah dan kuasa Mahkamah TInggi dan Mahkamah Persekutuan.

LIM GUAN ENG

kenyataan

Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Dato’ Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.

(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’.

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997): “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC) : ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

(Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001) : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

(Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001) : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

(Dato’ Rais Yatim Jun 2001) : Mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,” katanya.