Saturday, August 28, 2010

Se orang je bukan islam masuk surau Al Huda, jadi kecoh...Kat masjid Negara, dah beratus ribu bukan islam masuk...tak jadi berita pun.

Tindakan tegas jemput bukan Islam – JAIS

SHAH ALAM 26 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.- 


Heran juga la...kenapa pelancung asing di benarkan masuk ke masjid negara?
Tak ada tindakan ape2 ke ke atas pengurusan masjid?
Masjid terapung, dan banyak lagi la..tak ada pulak yang bersuara...


Heran la...

No comments: