Saturday, July 9, 2011

Pemegang mykad macam warga asing di negara sendiri...

Sepatutnya mereka membersihakan kl dari warga asing, pendatang tampa izin...bukan nya menangkap. menyoal siasat warga malaysia sendiri..

Kalau la mereka bijak...

KL yang biasanya sesak dengankereta,,,juga manusia...kini menjadi bandar hantu...di huni manusia berjeket hijau dan seragam biru tua...
semuanya berkerja sama untuk menangkap juga menyoal rakyat malaysia yang berada di kiri kanan jalan..
semuanya kerana perhimpunan bersih yang dikatakan mengganggu kenteteraman awan..
Yang ramai di kaki lima jalan hanya rakyat indonesia,myenmar,nepal,bangla...Jika mere ini bijak...
sepatut nya mereka menahan warga asing...kerana kebanyakan mereka mungkin adalah pendatang tampa izin..
bukannya menahan rakyat sendiri..
Semua ini menambah kebencian rakyat kepada pemerintah...

Tunggulah..........
Info terkini...telah hampir 30 orang rakyat Malaysia yang merdeka di tahan di tanah air sendiri....

Friday, July 8, 2011

Kuala lumpur...aku dah sampai...

Sepanjang perjalanan dari lepas isyak dari utara...selamat sampai pukul 3 pagi...alhamdulilllah..
Semuanya selamat...
Pagi td sempat kena roti canai di gerai Jalan Raja Alang.sempat berbual dengan peniaga tersebut...katanya...semua peniaga di arah kan menutup kedai atau premis, di katakan esok akan timbul kekacauan..cuba bertanya lagi...siapa yang mengarah mereka berbuat demkaian...peniaga tersebut terus diam dan menjauhkan diri dari aku...
Alahai..siapalah yang bawak cerita ni...
Nampaknya hari ini...kl sebut menyambut kedatangan tetamu dari luar...
Angkara sispa yang berniat untuk berbuat kacau tu...tak tau la....harap2 bukan dari anggota bersih je...

Thursday, July 7, 2011

Malunya....mana nak taruk muka....

Mana nak letak muka...Yg di Pertuan Agung tidak memperkenankan wakil perkasa mengadap baginda..kerana ape...hanya baginda yang mengetahui...
Tapi pada rakyat kebanyakan...perkasalah sebenar nya pengacau yang bertoping malaikat,,,kata mereka la..Perkasa yang beria ia nak menyokong pemerintah menyokong konon nya SPR sangat adil buat ape? Melain ia hanya pencacai pencuci najis je.
Mana layak untuk mmengadap DYMM ...

Tuesday, July 5, 2011

Jom beramai ramai ke stadium...perhimpunan sah

[MK] Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".

Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Nota kaki :

Habis la penjilat penjilat nak tunjuk kesungguhan menyokong kerajaan..Patriot , perkasa penjilat negara boleh minta kat stadium yang sama..atau pergi la ke stadium yang sama...

Ape kata mereka.....patriot perkasa penjilat negara

Patriot....gabungan  pemuda umno dan kelab putra malaysia. ketua pengarahnya datuk abdul azeeez berkata...pihaknya tidak akan meneruskan perangcangan mengadakan perhimpunan pada 9 julai ini..kerana menghormati titah YDPA..
katanya mereka akur dalam menyuburkan demokrasi dan mengelak kemusnahan negara,,,
Merka tidak teragak agak akan menerus kan juga perhimpunan jika bersih tetap mengadakan perhimpunan tersebut..kerana  kononnya bersih tidak menghormati intitusi raja,,
Kononnya mereka akanmempertahankan rakyat dari di khianati..

Najib pulak kata...perhimpunan tersebut adalah bermotifkan politik dan berniat merampas kuasa dengan cara tidak demokratik...

Zahid hamidi pulak kata..pihak yang menganjur kan perhimpunan bersih itu lebih gemar mengadakan perarakan kerana seronok mahu bertembung dengan polis..Ini di dedahkannya konon nya selepas menemui berberapa pemimpin pembangkang yang beria ria untuk menyertai perhimpunan tersebut,,,

Perkasa atau pertubuhan pribumi pulak denga presiden nya ibrahim ali berkata,,,mereka akan tetap meneruskan hasrat berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan dan membantu pihak keselamatan mengawai perhimpunan tersebut...

Nota kaki :

Mereka sengaja tidak cuba untuk mengulas apekah niat dan tuntutan sebenar perhimpunan bersih itu di adakan,,,ape kah perkara perkara yang tertulis di dalam memorandum yang akan di serahkan kepada DYMM itu..
Merka juga tidak mengulas akn titah baginda tentang di mana kesilapan pemerintah sehingga ada setengah pihak mempertikai kan tentang perjalanan pilihanraya juga demokrasi di malaysia.

T iada satu pihak pun yang berani berkata atau cuba untuk menrima cadangan membersihkan dakwaan yang SPR berlaku tidak adil dan berat sebelah didalam menjalankan pilihanraya..

Mengapa SPR sendiri menutup pintu rundingan bersama gabungan tersebut..? 
Kalaulah mereka bersetuju atas cadangan tersebut,,,tidak akan ada orang yang akan membuat perhimpunan pun..

Kononya perhimpunan nak merampas kuasa... tuhan beri akal...adake yang berhimpun lelaki dan perempuan juga bersama anak anak...tampa ada senjata ape2 akan menjadi satu perhimpunan merampas kuasa?
 ..

Ynag jelas,,,kerajaan takut membenarkan perhimpunan ini kerana tidak mehu rakyat mempertikaikan perjalanan pilihanraya yang di seliakan oleh SPR... kerana terbukti ianya ternyata banyak penipuan juga penyelewengan kuasa hanya kerana kemenangan di pihak kerajaan..

Saturday, July 2, 2011

SPR...guano ni...?

Bekas pemegang kad tentera T715511 amran zainuddin masih lagi didaftar kan sebagai pengundi di DUN O42 Tasik Gelugur...
Mengapa ini masih terjadi sedangkan angota tersebut telah pun setahun bersara dari perkhidmatan tentera..dan telah memegang kad pengenalan awam..
670104065603 no mykad nya tidak terdapat rekod di dalam SPR.
A0624038 no kad pengenalan lama nya pun tiada dalam rekod SPR.yang ada cuma 0624038,,,no yang sama cuma berbeza huruf A sahaja,,pemegang nya pula adalah se orang cina yang tinggal di cheras.

Nak buat macam mana ni?

Bersihkan pilihanraya kembalikan hak rakyat

Dasar yang kerajaan BN lakukan sekarang ini dulu nya adalah cara pemerintahan  penjajah...Dasar pecah dan perintah..Itu sebab nya..dalam pakatan BN adanya UMNO untuk melayu MIC untuk india dan MCA untuk cina.
Sangat senang bagi pemimpin tiap parti menguasai minda tiap ahli dalam parti tersebut kerana ia adalah bersifat perkauman.
Siapakah yang di maksud merosakan negara?Apakah hanya mengadakan perhimpunan bersih,,,telah rosak jadinya negara ini?
Rosaknya negara ini terletak pada pemimpin yang ada..bukan kerana rakyat yang berhimpun.
Sebelum ni pun telah ada Himpunan sejuta belia..kerana ia perhimpunan yang membodek kerajaan maka ianya di benarkan..tidak rosak pun negara..
Lihat saja Philipine, Thailand...Bila pemimpin hanya berfikir untuk berkuasa untuk selama lamanya..maka rakyat akan memberontak..
Ini berbeza di negara ini,,,rakyat bukan bangkit untuk memberontak,,,cuma berhimpun beramai ramai untuk menghantar memorandum kapada yang mulia Raja..mengemuka kan bukti penyalahgunaan kuasa yang ada pada SPR didalam menjalankan pilihanraya,,,

Mengapa kerajaan begitu melindungi SPR?
Sungguh sungguh pelik..Spr juga beria ria mengaku mereka sangat adil dalam menguruskan perjalanan pilihan raya,,

Bukan kan tuntutan pelbagai pihak di antaranya...

a) Penggunaan dakwat kekal..
Ianya untuk mengahalang pengundi dari mengundi berkali kali  dibawah gelaran pengundi hantu..
b) Membersih daftar mengundi,,,
Ianyakan bagus...tidaklah terjadi sebuah rumah berkongsi alamat sampai 10 keluarga,,
c) Permansuhan undi pos.
Ini lah yang paling penting sekali..ianya banyak berlaku kepada anggota tentera..tidak perlu undi pos lagi..kerana kebanyakan tentera...bukanya bertugas di dalam hutan..
d) Akses kepada media...


Susah sangat ke nak melaksanakan permintaan ini..Kenapa SPR juga kerajaan tidak sanggup melaksanakan tuntutan ini?
Tentu ada muslihat yang tersirat..
Menghalang perhimpunan bersih sebenarnya mengundang prasangka buruk rakyat kepada kerajaan sekarang.
Maka kerajaan akan menanggung akibatnya di dalam pilihanraya yang akan datang..