Thursday, July 29, 2010

Al kisah pengadu Azizan dan Saful..sama je...

Sewaktu kes liwat yang pertama dahulu...sedang pendakwa bersungguh cuba membuktikan bahawa Azizan se orang yang terinaya,se orang yang jujur, sekali tak sangka pula si azizan di pangkap polis dan jabatan agama kerana berkhalwat..

Di dalam kes yang kedua ini pula..si saful budak baik yang telah pun brtunang, di kata kan ber skandal dengan penolong pendakwa raya...dan hari ni..penolong pendakwa itu telah di pecat,,,

Dari gambaran ini..dapat di faham kan secara kasar..se oarng yang cuba memalukan orang lain..pasti allah akan memalukan dirinya tampa di sedari..

Saiful yang sukakan pubisiti..telah dapat ape yang dia mahukan,,,

Mahu kah dia brsumpah laknat sekira nya skandal ini hanya fitnah?

Sememangnya azzizan dan saiful ini tak boleh di percayai..

Tuesday, July 27, 2010

Bukan takbur,,tetapi tidak mau tertipu buat kali yang kedua..

Telah pun berlaku akan pergabungan antara Pas dan umno sebelum ini..dan memang elok la jika pas berkeras tidak mau akan bergabung untuk kali kedua,,,kerana pas tidak mau di patuk oleh ular yang sama di lubang yang sama,,
Tabur ke kalu itu pegangan TGNA?
Siapa yang membuat onar dan akhir pas keluar dari pergabngan tersebut,,Sekarang ini. terhegeh pula umno menjemput masuk semuala..atas alasan melayu...
P rah mabuk...siapa yang nak percaya..orang bodo boleh la depa tipu..

Mebangkang cakap mufti kira takbur ke?
Ikut cakap mufti kira orang beriman ke?

KOTA BHARU 26 Julai - Sikap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam keras ulama yang menjadi perantara kepada kerjasama antara UMNO dan Pas menunjukkan Mursyidul Am Pas itu semakin takbur.
Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, kekuasaan dimiliki Nik Abdul Aziz dalam Pas dan kerajaan negeri menyebabkan beliau lupa bahawa Islam mahu umatnya sentiasa menjalin hubungan persaudaraan.
Jelas beliau, komen-komen Menteri Besar Kelantan itu yang selama ini konsisten mengecam mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan pendapatnya, menampakkan lagi sikap takburnya itu.
"Jangan takbur, saya menganggap Nik Abdul Aziz ini sudah sampai ke peringkat takbur sebab cap mufti macam itu sekali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Md. Alwi mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu dengan mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Ynag depa kalut sangat sampai suruh mufti masuk campur politik ni kenapa?
Kalau mufti pun dah campur politik..maka hancur le jadi nya..
Kerja mufti mengislamkan umat islam yang murtad pun tak bernuat lagi..ni nak suruh main politik pula,,,,

Hangpa pikiaq lagu mana ni...?

Tuesday, July 20, 2010

Kat negeri Pakatan je pasir hilang,,,kat negeri BN..Pasir tak ada masaalah

Inilah yang dinamakan cerita karut..boleh percya ke cerita yang semacam ini..
Pasir yang ada di kawasan Negeri pakatan je yang hilang...
Ape yang sebenarnya boleh di percayai ialah,,hilangnya mata pencarian dan
kekuasaan puak umno bn di dalam projek projek lombong pasir..
Itu lah sebabnya meraka menyalak tak berhenti henti...

Logik akal ke kalau dalam masa 2 tahun sahaja..Kerajaan Pakatan Negeri selangor telah membuat kan selangor hampir tenggelam?
Sebelum ini..semasa pemerintahan Umno.. tak ada langsung ke lombong2 pasir?
Nampak sangat akan pembohongan yang nyata..
Berapa ramai datuk,,kroni2 Umno yang telah baham duit pasir?
Bahan duit tanah?
Baham duit kayu balak?

Kat Pahang, Johor, N Sembilan..tak ada kelombong2 pasir..tak ada masaalah tentang lombong pasir haram?
Jangan nak menegakkan benang yang basah..
Pasir2 kat Johor...mana pergi nya?
Dengar kata...melintas tambak johor je..
Tak ada pun yang bising..

Pasir di selangot pula mana pergi nya...bukan untuk projek di dalam selangor yang banyak di kuasai oleh puak2 umno ?

Saja bising pasal pasir kena bayar..dulu main angkut je..
dah rugi je bising..
Bukan ape...depa nak kuasai semula lombong2 tersebut..

Datuk Mufti...boleh tak buat kerja sebagai mufti je..Bnayak lagi kemungkaran yang belum di atasi,, tak payah le sebuk pasal politik

 Utusan online 20 Jul 10

Ulama cadang UMNO dan Pas berdialog

KUALA LUMPUR 19 Julai - UMNO dan Pas disaran berdialog dalam suasana penuh ikhlas dengan hati terbuka demi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Kenapa melayu nak hilang kuasa pula? Sebab umno akan kalah la tu..
Selama ini..telah bertahun umno mendapat kuasa melayu, tetapi melayu umno inilah yang memusnahkan melayu juga ISLAM.. DATUK MUFTI BUTA KAYU KE?


Para ulama di negara ini berpendapat, cara berdialog sahaja dapat menghapuskan persengketaan antara dua parti terbesar orang Melayu itu.

Datuk mufti sendiri pun tahu, umno dan pas ada parti melayu terbesar,,,sepatut nya datuk seru semua ahli umno itu masuk Pas..

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, menerusi dialog juga boleh memberi peluang kepada UMNO menjelaskan secara konkrit mengenai dasarnya yang selama ini dituduh sebagai parti sekular.

Nak jelaskan ape lagi ni datuk mufti...datuk ingat selama ini Pimpinan Pas ini buta atau pekak ke dengan ape yang telah umno lakukan yang mencerminkan ke sekularan parti tersebut?
Datuk sendiri yang buta kot?

Beliau berkata, realitinya UMNO selama ini mendokong Perlembagaan yang mendaulatkan Islam termasuk memperuntukkan kewangan yang banyak untuk pendidikan agama, ekonomi umat dan juga kewangan Islam.
"Isu-isu seperti ini antara yang harus dibincangkan supaya rakyat tidak lagi keliru dengan persoalan pihak mana yang lebih Islam dan tidak Islam sedangkan umat Islam mengucap dua kalimah syahadah, ibadah yang sama dan tidak mengamalkan fahaman sekular," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Realitinya mendokong juga merebahkan islam,,rakyat yang memahami dan tiada kepentingan politik tidak pernah keliru yang mana lebih islam..
Bukti yang sangat jelas..Siapa kan yang mengharamkan tazkirah2 di bulan ramadan? 
Siapa kah yang menutup sekolah agama rakyat?
Siapa kah yang menentang perlaksanaan hukum hudud?
Siapa kah yang mempersenda kan hukum hukum allah?
Datuk mufti nampak.dengar, tapi tak pernah bersuara.. kenapa?

Beliau mengulas kebimbangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu boleh hilang kuasa sekiranya UMNO dan Pas enggan bersatu.

Datuk mufti tak bimbang ke dengan kadar murtad yang berleluasa?
Kadar anak melayu islam yang melahir kan anak luar nikah?
Kadar penurunan akhlak melayu islam?
Yang lebih besar,,datuk tak takut ,,,di akhirat nanti datuk akan di tanya tentang ape yang telah datuk laku kan demi agama allah ini..
Ada datuk fikir akan pertanyaan allah tentang penyatuan parti politik melayu ini ke?

Bukan kuasa Melayu yang hilang,, tetapi kuasa membodohkan melayu yang di pegang oleh umno itu akan hilang..Itu lah yang sebenarnya.
Selama ini pun..tak pernah bersatu pun antara pas dan umno..tetapi kuasa melayu tetap ada..kenapa sekarang pula ianya menjadi satu ketakutan bagi mufti kuasa melayu akan kehilangan kuasa pula?
Semasa pas menganggotai  umno..ape yang telah lakukan?
Umno mengkhianati akan pas..

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, saranan Harussani itu harus dijadikan iktibar kepada semua pihak supaya lebih mengutamakan perpaduan.

Yang memain kan peranan utama dalam menyatukan sesuatu kaum..bukan kerana bangsa, tetapi kerana ugama.
Nabi Muhamad juga tidak dapat nak menyatukan bangsa arab jika berdasar kan kepada bangsa,, tetapi ia melakukan juga demi ugama.Dan seluruh bangsa arab dapat bersatu..
Itu yang sepatutnya datuk mufti lakukan,,

Ismail berkata, menerusi dialog akan dapat memberi kefahaman jelas kepada orang Melayu tentang Islam, makna Islam, perjuangan Islam dan sebagainya.
"Apabila hal-hal ini diselesaikan maka orang Melayu beragama Islam ini akan menjadi orang yang terbuka mentalitinya dan tidak lagi taksub dengan individu tertentu dalam politik negara ini," katanya.

Nak berdailog lagi...bukan masanya nak berdailog..berapa lama umno berkuasa, orang melayu islam masih di tahap dulu juga,,
Bukan kerana taksub pada individu kerana politik tetapi kerana politik individu itu menjelaskan tentang hukum hakam islam yang sebenar..Sebagai se orang pemimpin parti yang menjalan kan ajaran islam..tentu lah orang akan menghormatinya,,

Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz berkata, hanya dengan perbincangan sahaja dapat menghuraikan segala permasalahan antara kedua-dua belah pihak ini.
"Ketepikan dahulu fahaman parti masing-masing sebaliknya gunakan peluang ini sebagai jalan terbaik untuk mengukuhkan perpaduan ummah supaya Melayu dan Islam terus berkuasa di negara ini," katanya.

Bukan nya baru ini je pas telah menyertai umno..telah berberapa kali pun..
Perjuangan pas untuk menegakkan islam yang benar telah di tolak oleh umno..Apa yang umno mahu..adalah islam acuan mengikut kehendak umno sahaja..

Abu Hassan menyarankan UMNO dan Pas perlu mengambil iktibar sejarah puak Aus dan Khazraj di Madinah yang telah bersengketa selama berpuluh tahun tetapi akhirnya kembali bersatu demi perpaduan ummah.
"Jika umat Islam bersatu maka mana-mana pihak yang mahu melihat umat ini saling bertelagah tidak akan berjaya," katanya.

Memang benar jika umat islam bersatu...sememang nya amat baik..
Yang umno mahukan sekarang adalah penyatuan bangsa melayu,,
Memang kebanyakan bangsa melayu adalah islam..
Tetapi islam yang berbeza,,Bukan kah umno mengamalkan Islam Hadiri..
Islam yang berbeza..
Jika benar mereka ingin kan tentang penyatuan ummah melalui agama..telah lama hukum hudud yang di rancangkan oleh pas,,yang mengikut ajaran islam sebenar di terima oleh umno..
Itu adalah bukti yang sangat jelas..umno tidak mahu akan ajaran islam sebenar,,
Bukan saja tidak di terima,,malah di permain main kan pula tentang hukum tersebut..

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut pula mahukan orang Melayu bersatu dengan mengambil falsafah bahawa seekor harimau itu digeruni hanya kerana kelebihan taring dan belangnya.
"Begitu juga dengan orang Melayu maka perlu bersatu supaya Islam ini terus digeruni oleh bangsa lain," katanya.
Nooh berkata, Islam juga menyarankan umatnya tidak berpecah belah kerana kelemahan ini akan digunakan oleh musuh untuk memusnahkan perpaduan yang disemai selama ini dengan mudah.

Islam itu bukan hanya untuk melayu ..tetapi untuk semua..
Umno adalah untuk melayu yang islam sahaja..
Pas pula adalah untuk semua bangsa yang islam..

Buat umno...
Dah sakit, dah hampir nak pupus,,dah nak PRU 13.
baru nak sedar 
Tak payah mainkan sentimen kuasa melayu akan hilang..selama ini pun melayu memang tak berkuasa ape ape pun..
Sekadar di permain main kan mereka yang gila kuasa dan tamak akan harta,,
Itulah yang sebenar nya..


Buat datuk datuk mufti..
Sejauh manakah ke berkesanan datuk mufti di dalam menegak kan syiar islam?
Masih ramai melayu islam yang buta akan akan ajaran Islam..
termasuk la akan pemimpin politik yang datuk mufti agong agong kan itu..
Sebanyak mana berani nya datuk datuk mufti di dalam menegur akan pelanggaran ajaran islam yang telah mereka lakukan...
Tugas datuk adalah menegak kan islam..bukan nya berpolitik..


Tepuk dada tanya iman masing masing...

Friday, July 16, 2010

Semua ahli UMNO pakat buat sujud syukur,,tanda terima kasih kepada kerajaan BN...diatas kenaikan harga gula, minyak dan gas...

Alangkan bertuahnya menjadi ahli umno, penyokong penyokong nya termasuk pewaris, perkasa, dan ramai lagi la,,,mereka semua di kecuali kan dari membayar lebih akan harga gula, gas dan minyak, dulu kini dan selamanya,,

Atuk,pakcik makcik, abang dan adik kakak penyokong setia UMNO boleh la buat kenduri doa selamat..mana yang ada kad ahli umno juga boleh buat jaga,,,

Bersyukur la,,kerajaan telah menaikkan harga barang 5 dalam 1 hanya untuk warga asing dan penyokong PR sahaja...tahniah buat ahli umno..impian anda telah di realisasikan oleh kerajaan...

Apa la hangpa ni..kerajaan bukan naik kan harga, cuma selaras kan je

Sumber HARAKAHDAILY

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini (15 Julai).
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Perdana Menteri ketika mengumumkan kenaikan memberikan alasan.


Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

Sekarang ni..kena buat dua versi..gula rakyat malaysia, gula warga asing, bagitu juga dengan minyak..

Sebab warga asing la maka kerajaan malaysia menaik kan harga minyak..biar warga asing yang punyai kereta mewah terasa akan kenaikan itu.
Rakyat malaysia kebanyakan nya guna proton..jimat minyak..

Betul la yang pm cakap...kebanyakan bangla yang kerja kilang,kerja kat felda..indon yang kerja buat bangunan,, kesemua mereka guna kereta mewah..

Mangkok sungguh..berapa ramai sangat rakyat asing yang ada, berbanding dengan rakyat Malaysia sendiri?
Ini bukan nyusah kan rakyat asing, tetapi menyusah kan rakyat sendiri..Bengong betul la..
Sebab warga asing yang tak berapa kerat punyai kereta mewah...semua rakyat jadi mangsa kenaikan harga minyak..


Memang naiknya tak banyak mana, tetapi terfikirkah oleh pm yang bijak kesan kenaikan minyak itu kepada kenaikan harga barangan yang lain?


Sikit hari lagi.bukan roti je naik harga, biskut biskut kering juga akan naik harga,, siapa yang akan membayar akan kenaikan harga ini?
rakyat juga...


Bijak bijak..


Kata la yang sebenar nya..kerajaan dah tak ada duit..bukan masaalah penggunaan oleh warga asing atau kilang...


Depa nak tipu siapa sebenarnya ni?

Sunday, July 11, 2010

Ala. saje bawa cita CIA,,nak tutup isu felda muflis..

Elaine Meinel Supkis  ini siapa?
Menurut cerita nya dia ni banyak menulis di blog2,majalah,forum dan laman berita di Amerika
Ternyata lah kerja nya adalah menulis,menulis untuk mencari duit. Ape saja yang dituliskan nya asalkan dapat duit.
 Jangan janga dia ni adalah sebahagian dari blogger upahan..
Siapa tahu?
Puak puak kat Malaysia ni pun bangang, percaya sangat la akan tulisan nya,entah ia entak tidak..setakat menulis nak cari makan, tampa bukti bukti yang nyata dan kukuh,, tak payah la nak perbesar kan..

Ala semua orang tau, akhbar sengaja  bawa isu agen CIA,,nak bagi hilang isu sebelum nya,,

Baru temuramah je dah kata Cnn kena beli ...

Hebat sungguh depa ni menilai akan seseorang.Anuar bayar cnn untuk menemuramah beliau, Rasa rasa nya CNN tu, bukan macam TV1,2,3 ..yang jelas menemuramah untuk mengampu.untuk memunjukkkan konon nya kerajaan amat betul dalam semua segi..pi rah...

Hangpa ingat penerbit  CNN tu bodoh sangat macam yang ada kat sini?
setakat cakap2 tak ada bukti...rentikan la...

Thursday, July 1, 2010

Pelik sungguh dengan depa yang mengaku peneroka felda yang menunjuk perasaan tu...

Ish tak faham sungguh aku dengan akai depa ni..aai depa ni letak kat lutut ke? atau sebenar nya memnag tak ada akai?
nak cakap bodoh..dah tua tua,,tapi pikir la sendiri,,

Wahai peneroka,,berfikir la sejenak..

akhbar tu siarkan Felda bengkrap, yang hangpa p serang pejabat akhbar tu buat ape?
Kan bagus kalau hangpa p tanya kat menteri yang jaga felda tu,,benarke felda dah bengkrap..apa la bodoh sangat sampai buat tunjuk perasaan, siap nak saman lagi..

Nabi dah pesan,,kalau dapat satu berita, kena selidik betul atau salah berita tersebut, siapa kah yang menyebarkan, kena selidik juga siapakah yang di tuduh.benar atau tidak berita tersebut,,

Di senangkan cerita,,,lebih kurang begini la...

Se orang peneroka felda sedang  makan di sebuah kedai..datang se orang manusia yang tau keadaan sebenar  kedai makan tersebut memberitahu kepada peneroka felda yang sedang enak makan ,,,

Alo sedara sedara ku..tokey kedai makan ini telah meletak kan taik anjing dalam makanan kamu.....

Sepatut nya peneroka felda itu memeriksa kedai dan juga tokey kedai tersebut berdasarkan tuduhan manusia tadi, bukan nya menyerang orang yang memberi tahu tadi..

Bagitu lah cerita yang senang berkaitan dengan isu felda yang sedang hangat sekarang ini...

Tak payah baiki,,,biarkan macam tu je..Inikan salah satu projek kerajaan barisan nasional..Bukti yang nyata..nilai bahan binaan yang tak setimpal dengan kos membina nya.

Konon konon nya berasa amat malu dan kecewa sangat sangat akan mb yang sorang ni..dah setahun berlalu..baru sekarang nak rasa tu semua?

Sebelum stadium tu di bina, dah berapa ramai kaki kaki kipas yang dah sapu duit,,katakan lah stadium tu berharga 30 juta..bahan binaan yang di gunakan mungkin bernilai hanya 10 ke 15 juta je..mana yang selebih nya?

Perkara macam ni dah biasa sangat berlaku. bagitu juga dengan peruntukan membaik pulih rumah rumah rakyat miskin,,peruntukan sebuah rumah katakan lah 4 ribu..nilai sebenar yang di gunakan hanya 1500 ke 2 ribu je..mana yang lebih?
JKKK...dah sapu dulu...bukan cerita kosong, tapi terbukti benar,,

Ala pe nak heran..bukan duit mak bapak mereka..tu duit kerajaan,,duit rakyat..siapa pandai,,dia yang dapat.

Tak payah baiki terus stadium tu..biarkan macam tu je..biarkan ia jadi tukun,,dan boleh jadi bahan cerita untuk generasi muda..Inilah satu lagi projek dari kerajaan barisan nasiaonal ...