Tuesday, February 23, 2010

Kat PP saja ke Melayu merempat? Negeri lain macam mana?

Klau di ikutkan kata kata ketua UMNO pp..hanya melayu di pp sahaja yang merempat itu pun setelah 2 tahun PR memerintah, sbelum2 ini..semana BN memerintah semua melayu, termasuk di balik pulau, semuanya senang lenang dan makmur, tiada tanah yang di ambil, tiada gerai yang di robohkan,
Dinegeri lain, semua melayu hebat hebat belaka, taiada yang merempat, ini adalah kerana pemerintahan Umno juga, Bukan kan Umno pembela melayu selama 50 tawon.
Tak percaya, pergi la mana mana juga negeri Umno,...hebat2 tau..kalau tak tak la Umno berani kata depa juara .p la usya kat trengganu, melaka ,N9, pahang,perlis semua nya hebat,Payah nak cari Melayu yang berniaga kat warung kayu, semua niaga kat tempat berniaga batu, semua Umno yang buat,Mana pernah dengar warung yang kena roboh pun, kalau roboh pun sebab angin je, Macam stadium Mizan, kan kena angin monsoon cup, tu yang roboh tu,
Dinegeri jajahan takluk Umno, payah nak cari Melayu tak makan atau tak ada umah, semuanya di sediakan, terutama ketika nak mengundi,,,macam macam adaaaaaa
Cari la kalau jumpa..memang tak akan jumpa pun
 kalau jumpa pun...diam diam je dah la...
 

Meningkatkan Syiar Islam, peruntukan yang 50rm pun dipotong jadi 10rm..Ape cerita?

Makin menindas guru agama ada lah.suatu perkembangan Islam di sebuah negeri di semenanjung. apabila penarikan elaun guru takmir bermula Januari 2010, rm40 telah dipotong dan berbaki rm10 sekali mengajar.

Pada asalnya setiap guru takmir diberikan sebanyak rm50 setiap kali mengajar (rm40 dari Jakim, rm10 dari Jaim ) tetapi bermula Januari 2010, rm40 telah dipotong dan berbaki rm10 sekali mengajar .

Kerajaan Melaka tidak ambil tindakan drastik untuk selamatkan sektor agama seperti Ali Rustam segera keluarkan duit RM5.7 juta untuk selamatkan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor ( YBK ) yang tak ada kena mengena dengan rakyat negeri Melaka.tapi ngapa elaun guru takmir yang sah sah rakyat melaka tu pun nak kena potong?

Sebuk nak bantu negeri lain,berjuta juta plak tu  rakyat negeri sendiri ngajar ugama lg elaun hanya 10rm?
Tak ada plak yg bising, pemuda pemudi, ngo ke...pejam mata je semua...
betul2 menghina guru yg mengajar islam,
Melaka sape yang perintah ye?

Monday, February 22, 2010

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis

 Copy paste Dunia cacamarba Blogspot.

Eh jangan la macam tu, kat Pulau Pinang ada NGO yang nak buat demo kalau tak buat Maulidur rasul, LGE pun dah jemput TPM untuk ketuai perarakan.
Pasalp Negeri lain tak buat, tak ada NGO yang melompat, tpm yang bising,?
Macam mana ni.. nak buat ke tak ni?
Ada sape2 yang boleh jawab? Mana p perkasa, perwaris?

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.

Sunday, February 21, 2010

Bukan sekadar hormat, tapi kena ikut. Hang ingat hukum islam boleh ikut pendapat ngan akal fikiran hang ka?

KUALA LUMPUR, Feb 20 — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri) berkata beliau menghormati hukuman sebatan di bawah undang-undang Syariah tetapi berpendapat Islam juga membolehkan pendekatan pemulihan dan kaunseling.


Itu sebab nya nabi berpesan, ajar la anak kamu pada umur nya 7 tahun, ni la masa nak kasi kaunseling ke nak ngajar ke..bukan nya pada umur akil baligh baru nak ajar

“Salah tetap salah tetapi ada banyak cara untuk menangani isu ini termasuk pemulihan dan kaunseling,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika mengulas lanjut isu merotan tiga wanita Islam wanita berhubung kesalahan seks haram awal bulan ini.

Nak pemulihan ape nya,? Cara pemulihan yang nabi ajar ialah dengan merotan, itulah cara yang paling baik . kerana ia akan meninggalkan kesan mendalam di dalam diri se orang pesalah. Hukuman itu nabi yang ajar dan ia nya dari Allah,

Ketua Wanita Umno itu mengakui hakim-hakim Syariah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman sebatan tetapi menekankan, merotan wanita adalah isu sensitif.

Bukan kira sensitif atau tidak,masaalah nya hukuman yang hakim jatuh kan bukan dari akal fikiran nya, tetapi dari hukum yang telah di lakukan sejak dari zaman Nabi Muhamad lagi. dan ia hukuman darri alquran.

Beliau menambah hukuman sebatan juga memberi ruang kepada mereka yang mengambil kesempatan dengan mendakwa kaum wanita di negara ini tiada suara.

Bagaimanapun Shahrizat menafikan mengenakan hukuman sebatan akan menjejaskan imej negara.

Ini adalah negara Islam, Agama islam adalah agama rasmi Malaysia, kenapa pula imej negara akan jatuh kerana menegak kan hukum agama islam itu sendiri?
Bersuara kerana nak menidakkan hukum, ? tak bersuara pun tak pe.

“Hanya mereka yang berfikiran sempit akan melihat dari sudut ini,” kata beliau.

Memang  berfikiran sempit,? Kalau menegakkan hukuman agama Islam itu di katakan sempit,Tak payah la beragama, kan senang, jadi macam haiwan,, bebas malakukan ape sahaja.

Khamis lalu Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.

Diskriminasi kepala hotak hangpa.Wanita tersebut adalah wanita yang mengaku Islam,secara lansung,kesalahan bagi kesalahan mengadakan sek tanpa nikah hukuman nya adalah sebatan. dimana yang di katakan sebagai diskriminasi?
Kalau mereka itu bukan islam. nak buat hari hari.siang malam pun ikut suka depa la,,sebab depa tak termasuk di dalam undang undang agama islam,

SIS berpendapat bahawa melaksanakan hukuman sebatan ke atas mereka tindakan itu secara tidak langsung menggambarkan yang kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan orang ramai.


Layanan mana kan yang paling adil bagi yang melakukan kesalahan? Langgar lampu isyarat warna merah, denda 300rm, adil ke?Mencuri sebotol nescafe berharga 15rm di penjara selama 2 tahun. adil ke?

Pada Rabu lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan minggu lalu, menjadikan yang pertama menjalani hukuman ini di bawah undang-undang Syariah kerana mengadakan hubungan seks haram.

Hukuman dijalankan di Penjara Kajang 9 Feb lalu.

Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga bulan lalu.

Langkah melaksanakan hukuman sebatan ke atas wanita mencetuskan kontroversi tahun lalu selepas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata pihaknya juga terkejut dan kecewa dengan kenyataan Hishammuddin semalam bahawa tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan yang dikendalikan oleh Penjara Kajang.

Akhir kata, kalau tak mahu menjalankan hukum Islam, jangan la mengaku Islam. Hanya yang bukan Islam sahaja yang tak mahukan hukuman islam. 
Undang undang dan hukuman yang ada didalam ajaran Islam, bukan lah hukuman ang Nabi Muhamad fikirkan sendiri, tetapi aianya adalah datang dari Allah.
Jadinya janganlah nak memandai mandai buat hukuman sendiri,kalau nak gubal undang undang di parlimen, sila kan lah, sebab itu adalah undang undang manusia,

Wednesday, February 17, 2010

Salam dan selawat ke atas Nabi Muhamad setiap hari, mengikut dan mengamal kan sunnah nya, Tak perlu ada perarakan kalau sekadar nak menunjuk nunjuk

 Sunnah nabi ke ini? Bersentuhan drngan yg bukan muhrim

Pada Jumaat lalu, Abdullah berkata kerajaan Pulau Pinang tidak wajar membatalkan perarakan Maulidur Rasul kerana ia adalah perarakan aman dan tidak mendatangkan keburukan.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.\

Dimana agaknya penghayatan Islam tatkala berarak ketika Merayakan maulidur rasul itu?
Apekah dengan hadir nya menteri,timbalan menteri mengambarkan semua yang hadir itu benar2 mengagungkan Nabi Muhamad?
 Bukan ke menutup aurat itu sunnah nabi kepada umat nya, Bersentuhan bukan muhrim itu haram?
Sunnah mana yang di ikuti di atas sana?
Bagaimana pula dengan pengisian seharian, apekah orang yang beria ria nak melakukan perarakan itu mengikut sunnah nabi?
Bagai mana nk menunjukan contoh yg baik jika pemimpin juga isteri mereka sendiri tak mengikut sunnah nabi...
hancur semuanya,

Tuesday, February 16, 2010

Bukan mamat ni je yang punyai harta dan berbelanja di luar kemampuan..bersepah sepah lagi yang satu specis dan sewaktu dengan nya.

Bukan hanya Hasbie Satar je yang mempunyai harta atau kemampuan berbelanja  besar,,,masih ramai lagi yang sama atau mungkin lebih kaya lagi darinya.
Ada mata lihat lah sendiri..bermula dengan bekas menteri besar Selangaor, bawa duit tunai ke Australia, bekas menteri besar juga,,,punyai banglow dan kediaman yang seumpama istana..jika dikira dengan  kesemua gaji dan elaun, tak mungkin mereka mampu pun...Dari mana datang nya harta yang bertimbun timbun tu?
Kerja SPRM la yang kena siasat, kalau dari akal fikiran rakyat marhaen...punca duit itu adalah dari kegiatan rasuah.
Siapa yang boleh menafikan nya?
Berapa ramai wakil rakyat, belum pun habis sepenggal berkhidmat, dari proton saga dah tukar pakai merc mata belalang, dari rumah taman jadi bangglow.
Dari mana agaknya mereka dapat kekayaan tu...duit dari langit ke?
Tu dengar khabar, ada wakil rakyat keluar parti,, kononya kata hilang keyakinan pada pucuk pimpinan parti.. kini dah pecah berita...rupa nya tak dapat tender 40 juta..Ini la wakil rakyat yang berdegar degar mempertahan kan Melayu..Rupa nya ada udang sebalik mee.
Dah kaya lagi mau kaya ke...
Ingat sikit..mati nanti duit tak boleh bawa masuk kubur,
Ni baru se orang..berapa ramai lagi yang berhormat yang ada dalam satu Malaysia ini..
Berapa ramai dari mereka yang dah kaya raya pasal dok sebat semua tender yang ada..
Kalau bos dah kaya, tak kan pengikut nak tengok saja...
Dan itu lah sebabnya..setakat setiausaha politik pun boleh ada 2 juta tunai...
Tak mamat ni sorg je kot...SPRM... yang lain2 tu mcm mana ?

Monday, February 15, 2010

Sambutan Rumah Terbuka Tahun baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Keturunan Mamak ...Heran Juga

Kalau LGE yang buat rmah terbuka kat kediaman rasmi nya , tidak la menjadi suatu yang ganjil, kerana sememang nya Lim Guan Eng tu cina, ni yang Mmak pun sebuk nk buat juga, ape hal...buang tebiat ke?
Kalau Mamak tu buat rumah terbuka sambutan hari raya aldil fitri atau hari raya aidil adha,,,kira betul la juga,,,kalau nak buat juga, untuk sama sama memeriahkan tahun baru cina itu,,ape salah nya guna kan dewan atau tempat lapang untuksemua rakyat datang atas nama sambutan tahun baru cina tajaan kerajaan negeri,baru la betul,,bukan nya seperti yang mamak ni buat,
Punya la nak beli jiwa orang cina, sampai macam tu sekali mamak ni buat, Kerajaan negeri lain pun ada buat juga tapi tak la mamak ni...
Kesian nya la...
Nak balas peruntukan elaun keraian kot?

Tak kasi otaiblues menulis, depa hantaq virus,, kena la reformat balik,

Knapa ya, ada yg penakut tentang kebenaran,sengaja menghantar virus untuk memusnah kan harta org lain, kalau bunuh, hukumnya adalah bunuh, kalau pukul balasan nya adalah pukul juga,,, tetapi ngapa tulisan tak dibalas dengan tulisan juga,,, mereka bukan seorang yg 'gentleman',
Patut la dalam seminggu ni,,,berapa ramai blogger yang kena serang dengan virus, itu semua takkan melemahkan semangat untuk terus menulis,,,
Go blogger go...semuga selepas ini...akan ada tulisan yang lebih berbisa dan boleh membuka mata untuk menilai suatu kebenatan.

Thursday, February 11, 2010

Jahanam la hendaknya siapa yang memakaidan mereka kasut dan baju ini

Kata puak meno, sebut pasal raja je, semua anugerah kena tarik.

Macam dalam cita 3Abdul pulak..sebut pasal ospital je. semua harta kena tarik.
Macam tu la yg terjadi pada Nizar..sebut pasal raja je. ada la puak yang cepat minta raja tarik segera semua anugerah yang nizar dapat.
Puak ni cukup mudah lupa. Puak mana agak nya yang telah mengurangkan imuniti raja raja melayu?
Puak manakah yang bersorak membuat demo dengan kain rentang ' kami nak derih,,natang '
Dasyat kan puak yang sekarang ni mempromosikan diri mereka Juara rakyat. tak ingat pe yang telah mereka lakukan tidak lama dulu..

Anugerah siapa yang patut kena tarik dulu?

Ingat,,raja raja melayu tak pernah lupa akan ape yang telah umno buat pada institiusi raja tidak lama dulu....

Ideologi Kamal Artatuk-Hebatnya..

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!". Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

INILAH IDEOLOGI BELIAU

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Sumber : Malaysiasensasi.blogspot


Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:
1. Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
4. Suami taat pada isteri.
5. Anak mendurhakai ibunya.
6. (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
7. (dan) menjauhkan diri dari bapanya.
8. Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
11. Arak diminum di merata-rata tempat.
12. Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
14. Banyak jenis muzik dimainkan.
15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu. Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

Wednesday, February 10, 2010

pengumuman , perhatian...Sementara nak menunggu PRU 13, buat la penilaian sebaik mungkin,, Keluar kan mana2 kaki busuk,mulut busuk dan anggota yang berulat dalam kepompong PR.

Sekilas kejadian di Perak, bermula dari melompat nya ADUN PR,sahingga perebutan MB Mahkamah dan MB Rakyat,,,ia seharus nya menjadi pengajaran buat Pas,Keadilan, jangan main tangkap muat je calun calun untk di lantik mewakili rakyat dalam PRU 13 akan datang.
Ini la masa menilai. mulut manis hati busuk..Mulut busuk,hati busuk,,keluar kan segera kaki kaki ampu yang akan merosak binasa kan keharmonian PR.
Mana yang pandai cakap tu.kerja kurang..buangkan je.
Buat PKR cari la yang benar2 ikhlas bukan kerana nak nama dan nak duit.cari yang benar2 berkualiti.
Tragidi Perak benar2 menyakitkan hati, yb yang di pilih rupanya musuh dalam selimut,
Begitu juga dengan Pas yang melepas anjing gila tersepit.. cukup sakit hati.
Untuk DAP.. Berhati2 la ,,,jangan tersalah cakap..

Ooo rupa nya geng ini la yang sebuk buat demo Hidup Melayu kat Penang baru baru ni..

Sebenar nya satu Malaysia dah tau, selok belok perangai geng ni.geng sembang geleng kepala tangan naik atas, dari dulu lagi..
Depa ni nak klas kan melayu atau ape  tak tau la..
Sebuk nya nya melaungkan hidup melayu lebih dari melayu lagi..cukup pandai berlakun.contoh nya masa PRK Bagan Pinang, tak sentuh pun,,tapi masuk spital 2,3 hari.
Depa kata 16 Feb ni nak buat demo lagi,,besar besaran punya,,ada masa jum kita luangkan masa dan lihat...siapa sebenarnya pejuang Melayu Pulau Pinang yang tersangat hebat memperjuangkan Melayu tu?


Copy paste Jeebond-Blog list Malaysia

Jangan tertipu dengan aksi-aksi agresif puak-puak tu. Dia kata kepala-kepala demonstrans tu adalah kroni-kroni Mat noor Yaakob. Masa Pak Lah tengah kuat, puak2 786 tu jadi sangat rapat dengan Koh Tsu Koon. Koh Tsu Koon dok bagi depa projek sampai tak mau.

Koh Tsu Koon pun tauMat Noor Yaakob ni satu negeri dan kabel kuat dengan Pak Lah. Jadi, demi menjaga hubungan mereka, kepala-kepala demonstran ni diberikan banyak projek-projek dan kontrak-kontrak. Mereka macam buaya kenyang sepanjang Penang diperintah BN.
Dia kata lagi, Melayu-melayu UMNO Penang pun tak suka puak2 ni. Sebab tu demo di Penang minggu lepas, mana ada nampak muka Melayu sangat. Kalau ada pun Ibrahim Ali je. Ramai Melayu UMNO menyumpah puak2 ni sebab dulu, diorang ni yang monopoli projek dari kerajaan negeri.

Masa Mat Noor  Yaakob kempen 2008 dulu pun, puak2 ni yang dah kenyang dapat kontrak, bukan nak tolong kawasan lain sangat. Semua tertumpu di kawasan Mat Noor Yaakob bertanding. Last-last bila result keluar, semua tergolek dog, tinggal Nor Mat Yaakob je yang menang.

Jadi, kawan saya kata demo di Penang tu bukan demo Melayu tetapi demo 786. Jadi, dia sendiri pun “tak lapaq nak turun”.

Tuesday, February 9, 2010

Rilex sat......

KISAH INI BERLAKU DI SEBUAH TEMPAT BERNAMA KARAK
Ada sepasang suami isteri yang baru berumahtangga, isterinya bernama Melor Manakala suaminya bernama Wak Atan lanun. Boleh dikatakan hari-hari mereka melakukan hubungan seks... Tiba pada suatu hari... Wak Atan jatuh sakit.... dan mati....Wak Atan nie memang tinggi ilmunya sebelum mati dia sempat berpesan pada isterinya "sayang kalau abang mati kau jangan cari jantan  lain, abang dah jampi anu abang.....jadi bila abang mati nanti kau potonglah anu  abang.... bila kau rasa gersang kau cuma perlu jerit "Abang Atan !!!", maka anu abang akan datang puas kan nafsu mu"...
Maka isterinya pun menurut pesanan arwah suaminya..... di potongnya anu suaminya dan simpan di dalam peti sejuk..
Hari yang berikutnya.. ... Melor pun mencuba lalu dia menjerit "Abang Atan !!!!!" maka anu suaminya pun terbang pergi mendapatkan isterinya... ..Boleh dikatakan setiap malam apabila gersang, Melor menjerit "Abang Atan !!!" Perbuatan Melor itu menjadikan tanda tanya jirannya Mak Cik Nab yang dah berumur 60th... Akibat rasa ingin tahu Makcik Nab pun mengadu dengan Joyah...
"Kenapa aaa si melor tu tiap2 malam asik menjerit panggil
Abang Atan ??
"Dia jerit macammana?", tanya joyah....  
"macam nie.. Abang Atannnnnnnn !!!" maka terbanglah anu aruah Wak Atan menuju Ke pemanggilnya. ... kesian Makcik Nab kene "underdog".
Cerita ini makin tersebar luas seluruh kampung sehingga ke
pengetahuan Tok Penghulu..
 "Tok! Kami nak mengadu... ada perogol bersiri dalam kampung kita nie,habis nenek2, Janda, Anak dara semua disapunya!"
"iyeeeeee keee!!! "jawab tok penghulu dgn terperanjat. "Siapalah yang punya angkara nie agaknya",tanya penghulu lagi..
"Entahlah tok tapi yang saya tahu semua mangsa ada menyebut 'Abang Atan '", jawab Pak Lebai...
" Apaaaaaa Abang Atannnnn !!!!" Jerit penghulu dengan Marah....maka terbanglah anu si Wak Atan ini menuju ke pemanggilnya. ...
 Semenjak kejadian itu semua org kampung tak berani lagi menyebut nama "Abang Atan ",  manakala Tok Penghulu Kampung itu masih lagi
ditahan di Hospital Bentong Kerana mengalami koyak yang serius......
 KEPADA PEMBACA HATI-HATILAH KETIKA MENYEBUT ABANG ATAN MUNGKIN INI AKAN TERJADI PADA ANDA.... KERANA ABANG ATAN  NI TAK MENGIRA MANGSA,
SAPA JERIT SIAP LE DIA.... PERGGGHHHHH. ...!!!!!! !!!!
 oleh itu dinasihatkan anda supaya tidak menjerit2 namer Abang Atan.... kalu namer abang lain takper... Abang Atan  memang takbole....! !!!

Nizar...anda kalah, maaf la anda hanya manusia biasa,, tak punyai kuasa.

Mengikut maklumat yang di terima, yang di baca, makan dengan ini sah la Zambri menjadi MB Perak yang sah,setelah berlarutan hampir setahun, tiada pe yang menghalang nya menjadi peneraju kerajaan Perak.
Mka dengan ini, dengan penuh sombong bongkak nya konon nya rakyat telah kembali menyokong UMNO,,tp yang sebenarnya,, hanya hakim je yg memenangkan nya,Ape pun ulasan penghakiman terima je la...sebab hakim lebih arif tentang ape yang di hakim kan.
Jika di bubarkan DUN Perak. tak tau pihak mana akan memrintah..
Kepada yang menang, tahniah..pada yang kalah..berusaha la lagi...
Ala PRU 13 pun bukan nya jauh sangat lagi... Sabaq la no..

Bravo bravo gratia kongras.. Zambri MB Perak dulu kini dan selamanya.

 copy paste batu vs kayu

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria sedang membaca keputusan pengadilan bahawa Zambri MB perak Taniah......Zambri..

10.15 am:
Hakim Besar Malaya Chief Ariffin Zakaria membacakan keputusan penghakiman.

10.18 am: Hakim Ariffin membaca latarbelakang kes. Para hadirin di dalam mahkamah khusyu' mendengarnya.



10.35am: Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi.

10.48 am: Mahkamah Persekutuan menyatakan ia adalah berdasarkan penolakan Sultan untuk membubarkan DUN di bawah Artikel 16 (6) Perlembagaan Perak

10.50 am: Perlembagaan Perak Artikel 16 (6) memerlukan Nizar untuk meletak jawatan atau tidak di bawah Artikel 36 (2).

10.52 am: Didapati juga bahawa Nizr telah hilang kepercayaan dari majoriti ADUN telah diperolehi di dalam satu mesyuarat khas di Istana. Mahkamah Persekutuan merujuk kepada mesyuarat khas istana diantara Sultan Perak dengan 31 orang ADUN.

TANIAH ZAMBRI KITA TUNGGU 2 TAHUN DARI SEKARANG DALAM PRU 13 NANTI

100 Ahli PKR hilang kepercayaan, depa percaya kat UMNO, yang sebenarnya memang depa tu ahli UMNO pure.

 Berita yang semacam ni, telah lama berlaku. menjelang PRU, lagi banyak berita dalam paper yang di tulis macam tu..sampai kata PAS atau PKR tak ada ahli, punyalah ramai yang keluar.. selepas semnggu, baru tau...sebenar nya yang keluar PAS atau PKR tu sebenar nya memang org unmo pun. Konon nya nak jadi berita sensasi..rupa nya hanya gimmick semata mata...Kena tipu lagi siapa yang membaca nya

Copy paste Utusan Online
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Gara-gara tidak lagi percayakan kepimpinan yang mementingkan agenda peribadi berbanding nasib rakyat, 100 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim nekad keluar parti dan menyertai UMNO.
Mereka yang merupakan ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak turut mendakwa hilang kepercayaan kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap terlalu elit sehingga melupakan tugas selaku wakil rakyat.
Kumpulan itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di pejabat badan itu di sini malam ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan badan itu.
Perkembangan tersebut merupakan tamparan hebat kepada parti itu apatah lagi pada saat-saat kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dibicarakan di mahkamah.
Sementara itu, menurut Norasidi, keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang desakan.
"Kami yakin UMNO dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesejahteraan rakyat,'' katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Sunday, February 7, 2010

Memang dah agak dah..memang kerja orang yang tak ada otak.Ada otak pun, otak pembelit. tak guna sekupang lima duit pun. Memang depa ni haram zadeh betul la.


Setiap kali ada isu isu yang membabit kan corak pemerintahan PR mahu pun tentang kejadian yang konon nya penindasan terhadap Orang Melayu yang sengaja di perbesar besar kan dalam media cetak, itu tidak lain hanya la propaganda untuk memberikan persepsi buruk pada pengurusan pemerintahan terhadap Negeri yang di kuasai oleh PR.
Sememang nya la mereka ini seperti ular yang berkepala dua. 
Apekah tidak mereka fikir. setiap lakunan atau tipu daya mereka itu akan dapat mereka tutup atau sembunyikan?
Yang benar akan tetap benar... yang salah juga akan tetap salah. sebunyikan la ia tetap akan diketahui juga..
Pendedahan tentang pembohongan perobohan gerai gerai peniaga Melayu di Pulau Pinang menunujukkan bukti. Semua itu hanyalah mainan politik kotor, ia termasuk la lakunan NGO Melayu yang di ketui oleh Ibrahim Ali.Konon nak membantu melayu. tp sebenar nya mereka ini lah pemecah belah melayu nombor satu..
Jangan kata la NGO ini tiada agenda politik.. Sememang nya umum telah ketahui siapakah dia ketua NGO ini.
Selama ini siapa yang menindas orang Melayu?
Cina? India? Banggali?
Tak...yang menindas orang Melayu adalah Orang Melayu sendiri.
Dalam JKKK kg. sispa kah yang membezakan Org Pas atau Orang BN? Ape...kalau orang Pas pun..meraka tu bangsa ape? Bukan Melayu juga?
Siapa kan yang menidak kan bantuan bantuan buat Melayu Pas ini.. bukan nya Pemimpin Melayu dari UMNO juga?
Terlalu banyak contoh untuk di huraikan..
Cukup lah ape yang ada sekarang ini..Usah la nak membodoh bodoh kan lagi sebilangan besar Melayu yang telah sedar dan mempunyai akal fikiran yang terbuka,



Copy paste Tulang besi

PEMBOHONG!!!!!!

Terdedah lagi pembohongan UMNO di Pulau Pinang. Gerai2 yang dirobohkan oleh MPPP adalah atas arahan UMNO. Keputusan tersebut adalah keputusan UMNO dan arahan tersebut adalah arahan UMNO. Ia tidak pernah dirujuk kepada Ahli-Ahli Majlis Pakatan Rakyat.

Artikel di bawah menjelaskan situasi yang sebena. UMNO menggunakan beberapa ahli mereka dan menubuhkan SEDAQ untuk kerja2 "pelacuran" mereka.


Mereka yang berdemo ini, bukan Melayu pun, adalah baru2 UMNO yang digunakan kerana mereka bodoh dan mereka ahli UMNO. Sememangnya ahli2 UMNO suka membodohkan diri mereka dan dilatih menyebar fitnah.

Saturday, February 6, 2010

2010 tahun glamer i..dan bermula tahun ini juga, sahingga 7 keturunan glamer tu tak kan habis u...

Kalau la dah 9 kali kena balun, tak tau la nak kata dah jadi macam ape la lubang pungkoq lahanat sekoq tu. kalau la bosia..dah lunyai dah.
Kata la 9 kali kena,,sekali jumpa takan masuk sekali je sementara nak kua ai mahu dekat 30 ke 50 kali henjut. purata nya 40 kali henjut darab dengan 9.. berapa banyak da...mau boing 747 leh buat u-turn kat situ..
Bila doktor check..ok pulak..tak ada kesan..macam ne ni...alahai..
Kalau kali pertama dah kena, kenapa tak buat persediaan bukti, dalam dunia yang maju ni..kat handphone pun ada kemera, tak kan tak teringat nak amik gambaq?
Setakat bukti hadiah seluar dalam. ape kes...amik umah tunang pulak tu,,aik..ada ape -ape ke kat umah tunang tu..
Mat rempit dan bohjan pun ada akal juga..tiap kali balun bohsia..siap ada gambaq lagi.. ape kelas la bekat student yang tak abis belajar ni..otak taruk lutut ke.
2010 tahun paling glamer la engkau ye..masuk paper. masuk tv. ada temuramah, nanti boleh buat zoon in bersama pulak la..
Seronok juga baca cita macam ni..

Friday, February 5, 2010

HAIRAN BIN AJAIB, ANAK LELAKI PELIK. CUCU TAK LOGIK AKAL

Berdasar kan berita dari akhbar, nampak nya satu fenomena baru akan muncul di Malaysia nanti. bila mana perempuan yang tak penah melaku kan sex akan mengandung secara tiba tiba bila se seorang lelaki mengatakan kan kepada nya ' i want tu f##k u '
Ia adalah satu kejadian yang benar. sepaerti mana yang berlaku dalam kes DSAI.
3 orang doktor mengesah kan, tiada kesan tusukan benda tumpul pada saifool, tetapi masih ada dna  DSAI yg di ambil  bontot saifool.

Macam cerita Laxmana DoReMi...pekataan ajaib dari seniman P Ramlee... zam zam alakazam.. tikar mengkuang  boleh terbang. dalam cerita terbaru masa kini...perkataan ajaib nya ' I want f##k u ' boleh menghasil kan benih didalam tubuh siapa yang mendengar nya..

Jadi berhati hati la...dan jika anda terdengar sahaja ayat tersebut..cepat cepat buat pemeriksaan ke hopital berdekatan...mana tau nasib anda tak baik...anda akan mengandung secara ghaib bagi perempuan dan kelewatan bagi lelaki...

Puas sudah di fikirkan...macam mana ye leh terjadi macamtu?

Tuesday, February 2, 2010

Ini baru betul buaya darat


Ini baru la di namakan buaya darat,,hebat tu

Doktor. minta surat cuti sakit,saya tak tahan la doktor, usus saya terbelit, banyak ketawa baca berita hari ini...

Ayat paling power tahun 2010.

‘‘Kalau rasa popular, kenapa tidak bubarkan 28 kerusi yang mereka kuasai sekarang. Kita tengok sama ada mereka dapat kesemuanya semula atau tidak.

Zambry minta pembangkang henti ganggu usaha kerajaan bantu rakyat

IPOH 1 Feb. – Parti pembangkang di Perak perlu menghentikan tindakan mereka yang terus mengganggu-gugat pentadbiran kerajaan negeri, jika mereka benar-benar ikhlas mahu memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan pembangkang yang tidak henti-henti menabur fitnah memperlihatkan mereka tidak senang dengan kejayaan kerajaan negeri dalam membantu rakyat.

Mereka mendapat kan kerajaan negeri perak dengan cara putar belit, tapi tak mengaku . tetiba pulak minta semua bubarkan kan kerusi.
Sepatutnya kerajaan yang berlandas kan UMNO juara rakyat la yang bubarkan...baru boleh tau juara atau tak..

Kalau sebelah Pahang, terutama Bandar termerloh, yang jadi juara ada dua jenis je...Ikan lampam atau pun ikan patin..
Juara makan najis..

Cakap ala ape pun nak cakap.. orang kampung semua dah tau sebenar nya...

Monday, February 1, 2010

MPSP( Majlis Perbandaran Seberang Perai) - Hanya nak kutip untung aje ke? Kebersihan taman permainan pengunjung sendiri yang kena bersih kan ke? Mana pergi nya kontraktor perbersihan.?

 

Kawasan permainan  Taman Permaina Robina di Pantai Telok molek sering  di guna kan oleh berberapa kumpulan sepakraga tu sekitar Butterworth. Kawasan ini digunakan pada setiap cuti umum dan pada setiap hari Minggu.Setiap kali sebelum bersukan ,mereka bergotong royong membersih kan kawasan tersebut. Jika menunggu pihak kontraktor yang di pilih atau dilantik oelh pihak MPSP. jawab tak kan bersih la tempat itu.

Pada hari Jumaat 22 Jan 2010, sebatang dahan pokok rhu telah tumbang kerana di tiup angin. Menandang kan ianya hari jumaat dan telah pukul 3 petang maka tiada lagi kerja2 pembersihan ymengalihkan pokok yang tumbang itu di jalan kan. Kumpulan sepak raga yang selalu berkumpul dan bersukan di situ telah pun besukan di atas pasir  yang ada.

Sahingga gambar ini dia ambil 31 Jan 2010, masih tiada sebarang pembersihan mengalihkan ranting rhu yang tumbang itu di jalan kan Hampir seminggu kawasan itu terbiar dengan pohon tumbang yang tidak di alihkan,

Persoalan nya, apakan pihak MPSP tidak memantau setiap taman yang ada? Apakah tiada sebuah syarikat pembersihan ke yang di pertanggung jawab kan membersihkan taman taman awam yang ada di sekitar Telok Air Tawar ini?
Apakah pembersihan mesti di laku kan oleh setiap pengguna dan pengunjung itu sendiri?
 Ini pula adalah gambar rumah YB Jahara, wakil rakyat bagi kawasan telok Air Tawar ini, Rumah nya hanya berada 100 meter sahaja dari taman permainan tersebut.  Apa guna jadi wakil rakyat kalau sebuah taman yang terletak tak jauh dari rumah nya pun tidak di pedulikan nya, Macam mana nak menjaga kebajikan rakyat dalam hal hal yang lain.
Buat MPSP. ambil tau la sikit tentang kebersihan taman2 yang ada,,,Kepada yang berkenaan jangan la sekadar makan gaji buta je, tak berkat kalau hari hari kena marah dan sumpah seranah pengunjung Taman tersebut.