Friday, April 30, 2010

Idea bangang, Hukum mana senator ni ikut? Mazhab mana yang ada hukuman 'kasi' ni?

KUALA LUMPUR, 29 April — Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman “kasi”.
Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk “mengajar” golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.
“Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita “kasi” bapa-bapa ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil , di Dewan Negara di sini hari ini.

Zina ni bukan baru sekarang berlaku, semenjak dulu lagi, Sewaktu Islam berkembang, zaman Rasullulah 1400 tahun yang lepas. jika di dapat uamat islam berzina..hukuman nya rejam hingga mati bagi yang sudah berkahwin, rotan pula bagi yang bujang.

Mereka yang berkuasa mengenepikan langsung cara Islam dalam mengatasi masalah penzinaan bebas yang makin buruk berkadar langsung dengan kes-kes pembuangan bayi di seluruh Malaysia!

Selagi menafikan secara tak formal akan keampuhan cara didikan Islam, selagi tu la masalah sosial ini tidak akan selesai malahan lebih buruk.

Hiburan yang semakin berleluasa tanpa batasan, pergaulan yang bebas punca utama kejadian zina ini, Jika ini tidak di bendung, jangan harap la nak halang zina dan buang bayi dari berlaku

Cuba kuat kuasa kan hukuman rotan dan rejam sampai mati itu..ikut sunnah nabi..insyaallah selamat.
Mengaku islam,negara islam, tapi hukum islam di nafi kan...
Ada akai ke?

Ketua Wira Perkasa Kedah, Shahrol Niza Omar.,,takat dua soalan tu..tak menggugat kuasa sultan, cuba banding ape yang telah UMNO lakukan dulu. Eh hang p belajar sejarah dulu la no..

ALOR SETAR 29 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Kedah akan membongkar motif di sebalik soalan mengenai bidang kuasa sultan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Isnin lalu.
Ketua Wira Perkasa Kedah, Shahrol Niza Omar berkata, pihaknya percaya terdapat maksud tersirat di sebalik pertanyaan itu yang cenderung kepada cubaan untuk campur tangan terhadap bidang kuasa sultan.

Semasa persidangan DUN Isnin lalu, Mohd. Nasir Mustapa (Pas-Kubang Rotan) telah mengemukakan dua soalan bertulis iaitu
1.sejauh manakah bidang kuasa sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat
Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

2.setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.
Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.
Awat nya yang Perkasa kalut sangat ni.tang mana yang salah nya?

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.
Berikutan itu, pelbagai pihak telah mendesak kerajaan negeri memohon ampun daripada Sultan Kedah.
Bagaimanapun, sehingga semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan melayan desakan tersebut kerana yakin kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Janganlah kuasa sultan hendak dimanipulasikan oleh ahli-ahli politik hanya kerana mahu mendapatkan keuntungan politik parti masing-masing," katanya wira perkasa kedah.

Tak tau sejarah ke bagaimana TDM ngan UMNO seluruh nya telah lakukan pada sultan?

Utz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;
  • Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
  • Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
  • Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
  • Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
  • Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
  • Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.
  • Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.


Beliau berkata, dengan berpegang kepada Perkara 3 Fasal 4 Perlembagaan Perkasa iaitu Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, pertubuhan itu menuntut Nasir dan kerajaan negeri memohon ampun daripada Sultan Kedah dengan segera bagi menyelesaikan kemelut itu.

Ni hang suruh UMNO melutut minta maaf dulu pada sultan na..

Thursday, April 29, 2010

Woyooo... dah jadi senator la... Berbaloi baloi kan?

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Alo kawan,,, mana itu kotak? suda jual ka?

Sebelum PRK hulu selangor, bergegar Malaysia...ada bukti terkini yang boelh membuktikan Anwar tali barut Israel..
PRK pun dah selesai...berapa ramai yang kecewa. kotak kotak yang di katakan sarat dengan bukti sebenarnya masih kosong lagi...yang pasti telah penuh,,akaun bank...sape punya entahlah..

Jangan la buat macam ni..kalau betul...tunjukkan lah.. biar siapa pun,,bawa la kemuka pengadilan.
Yang rakyat tau hanya lah APCO..tu je ejen Israel yang sah ada kat Malaysia ni..

Terbukti sekali lagi. rakyat tertipu dengan permainan tipu daya politik hampeh ...
Mnagkok hayun sungguh

Wednesday, April 28, 2010

Hari ni menang, esok boleh mula projek, Mari kita lihat...

KUALA LUMPUR : Selepas kemenangan tipis BN di Hulu Selangor pada 25 April lalu, kini adalah masa bagi parti itu menunaikan semua janji yang ditaburkan sepanjang kempen tersebut.

1, Pemberian RM49.000 Bank Overdraf kepada Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya.
2, Janji untuk membina UiTM di Serendah
3. Menaik taraf pasarana pasar peladang, BN meluluskan RM100.000 untuk tujuan itu
4.Pemulihan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kawasan Hulu Selangor dengan peruntukan RM1 juta
5. Janji kepada Masyarakat Cina Kg Hasan, Hulu Selangor.membina 200 buah rumah kos rendah di kawasan berkenaan
6.Lain-lain janji BN ialah RM2 juta untuk Projek Tebatan Banjir, Pembinaan segera Empat buah sekolah yang masing-masing satu sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah dalam PArlimen Hulu Selangor.
7.Turut dijanjikan  RM32 juta untuk projek perumahan Peneroka Felda,
8.Janji BN untuk membaik-bulih masjis-masjid dengan peuntukan RM100juta, RM1,000 untuk setiap peneroka Felda yang ingin menjadi Usahawan Inap Desa, dan tambahan RM2.1 juta untuk membaiki bumbung tujuh rumah pangsa yang sehingga kini dilihat belum dimulakan walaupun BN sudah pun menang dalam PRK Ahad lalu.

Najib, sehari sebelum pengundiaan turut menuntut Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar untuk memastikan semua janji itu ditunaikan sebelum PRU.

Pengundi di Hulu Selangor sehingga kini terus memerhati sejauhmana janji-janji (Pakatan Rakyat melabelkannya sebagai Rasuah dan strategi membeli undi oleh BN) itu ditunaikan terutamnya menjelang Pilihan Raya Umum yang kian hampir.

Tuesday, April 27, 2010

Peritkai kuasa sultan..Ye ke? Bukan mengurangkan kuasa raja raja Melayu seperti yang hangpa pernah lakukan dulu?

Huh kecoh puak puak Bn memprotes soalan lisan dalam perbahasan dalam DUN Kedah semalam,sungguh2 depa mempertahan kan kuasa sultan.
Tapi semuanya telah terlambat nak memperlihat kan kesetiaan kepada sultan kerana mereka2 ini, BN/umno lah sebenar nya kumpulan manusia yang telah menghancurkan kuasa dan imuniti raja raja melayu,
Bermula srjarah Malayan Union lg..Siapa yang mememujuk raja raja melayu untuk menanda tangani surat perjanjian?
Siapa?
Semasa TDM menjadi PM.. siapa yang membuat usul untuk mengurangkan kuasa raja2 melayu, siapa yamg menyokong nya?
Siapa? sendiri mau ingat la

Sekarang ini, mereka cuba nak lupa sejarah lama,cuba nak menunjuk seolah mereka lah yang memertabat kan kuasa sultan.. sayang sekali...sejarah tak akan terpadam macam tu saje..

Tak payah lah bermuka muka...semua dah tau siapa pengkhianat kepada raja raja melayu.

Sunday, April 25, 2010

Berdoa la..Senjata yang terakhir, moga Allah kabul kan. Ikut la nasihat TGNA.

Tuan Guru Nik Aziz bukan lah pemegang kunci syurga seperti yang blogger upahan UMNO war war kan, tapi beliau adalah penunjuk jalan menuju ke syurga, kalau tak nak ikut jangan la dok pelekeh kan nya.
Seorang tok guru yang juga seorang imam adalah lebih baik dari bloggers yang mengutuk beliau,
Seorang yang mengajak kepada kebaikan kedamaian..harus keh manusia yang berakal waras,berpelajaran juga seorang yang matang menolak akan pesanan dan nasihat dari nya?
Hanya orang yang bodoh tuli atau pun gila aje yang tak pedulikan nasihat dari nya.

Buat pengundi2 di Hulu Selangor khasnya juga penduduk Malaysia am nya.berfikir la dengan akal yang matang dan waras, tak ada ruginya mengikut pesanan nasihat juga pandangan se orang tua yang telah lama hidup, luas ilmu agamanya,
Nasihat yang akan membawa semua kepada kedamaian dan kenteteraman, jika di ikut pula ilmu agama yang di ajarkan nya seharus nya ia akan menuju jalan kesyurga,

Jangan la menjadi seorang yang telah mati hati .. tak nampak akan kebaikan kebenaran nasihat se orang tua bergelar tok guru ini..

Pesanan nya kepada pengundi Hulu Selangar... pilih lah Dato Zaid Ibrahim semuga ia akan membawa kedamaian, ketenteraman dan kegembiraan buat semua..

Amin

Thursday, April 22, 2010

UM,22 April..Anuar boneka Israel...Ezam ada bukti

Takut bila membaca tajuk berita utama utusan pagi ni... seperti mana juga tajuk dua tiga hari yang lepas. blogger akan bukti kan zaid ibrahim, calun PR untuk Pilihanraya Hulu Selangar adalah seorang kaki arak tegar, penyudah cerita hanya la gambar yang telah di super impose je.
Bukti ape pula yang ezam ada?

HULU SELANGOR 21 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi..


Bermula pilihanraya kat permatang pauh. inilah berita berita yang ezam nak buktikan, tapi sampai sekarang, masih tak terbuktikan juga, Mana kotak2 bukti yang di katakan ada bersama2 ezam tu?
Dimana ada pilihan raya kecil je...mesti mamat ni bawak bukti yang berkotak,,tapi hampeh..abis pilihantaya,,,kotak2 tak dibuka juga,

Bila Anuar buka kan rahsia kerjasama israel di Bukit Aman..tak ada pula ezam kata ape2.. pelik juga..
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Umno kini amat takut dengan pendedahan beliau mengenai pembabitan unsur Zionis Yahudi dalam kerajaan melalui firma antarabangsa Apco Worldwide.
"Mereka mahu gantung saya daripada menjadi Ahli Parlimen selama 3 bulan, 6 bulan, setahun saya tak tahu, saya tak peduli dan saya tak takut. Lepas gantung saya lawan mereka lagi. Kalau gantung saya ini akan memberi peluang saya menjelajah seluruh negara dan saya akan bongkar lebih banyak lagi penyelewengan Umno.
"Isu Apco saya dedahkan dalam Parlimen kerana saya mahu selamatkan Malaysia, saya mahu selamatkan negara ini daripada diresapi oleh unsur Zionis Yahudi tetapi Umno memilih untuk menggantung saya," tegas Anwar.Buka kanla segera kotak kotak rahsia tu,,,biar semua orang tau.. jangan rahsiakan lagi
Selamat membuka kotak kotak...

Perkasa,Ibrahim Ali dan Kamalanathan

Kata Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA ketika berkempen untuk
"Adalah menjadi dosa sekiranya saya tidak datang ke Hulu Selangor untuk menyokong Kamalanathan demi kepentingan orang Melayu dan negara".
Semuaa ahli perkasa sebulat suara bersetuju Kamalanthan di serapkan menjadi Ahli VIP perkasa, layak lah dia duduk sepentas ngan semua yang bergelar pembela ketuanan Melayu.

Ikut asal usul nya keturunan Kamalanathan adalah dari Orang melayu juga, cumaa datuk nenek nya dulu tinggal di bahagian tengah India,,nak dapat kan yang jelas,sila ambik salah silah kamalanathan kat Berahim.

Sebagai ahli perkasa, semua nya amat berbangga kerana kamalanatahan sudi memperjuangkan ketuanan melayu, bersama sama pengerusi perkasa.

P/S

tak terasa ke melayu ditipu oleh melayu, tak ada pulak ahli perkasa yang membantah... elok la tu...teruskanlah perjuangan ....
hidup hidup kena cilok... tak pe lu orang cilok sekali lagi...mesti ok punya.
Syabas....

Tuesday, April 20, 2010

Selamat,,,, kalau lah dia yang di pilih,,,,,Saekor lagi munafik dalam perjuangan.

Selamat.. tindakan memilih zaid sebagai calun membuat kan berberapa orang yang mengaku ikhlas melompat keluar dari pkr ke umno, Syukur la dia tak di pilih.. kalau tidak seharus nya dia juga akan melompat keluar seperti mana katak2 yang lain...atas 1001 alasan.
Fikirkan la sendiri,,,belum di pilih sebagai calun pun dah melompat..
Terbukti sekarang,,,berapa ramai yang menyertai PR, terutama yang mempunyai jawatan di dalam parti sebenar nya hanya mengejar  status YB
Berapa ramai penyakong kelas bawahan ini yang menyokong tanpa mengharap kan sesuatu pun, hanya tekat dan niat untuk menegakkan keadilan dan kebenaran,
Sememang nya ini lah musuh yang sebenar benarnya musuh ,musang yang berbulu ayam,gunting di dalam lipatan,lihat je lah, selepas dapat gelaran YB, berapa ramai yang keluar parti,yang tak di pilih pun keluar juga,

Wahai katak katak, dan bakal jadi katak. jangan la hidup mu di sumpah seranah di maki hamun sepanjang masa oleh pejuang penyokong  kebenaran walau hanya sekadar ahli biasa di dalam parti, tak kan senang hidup kamu, walau mewah,, tp tiada ketenangan di dalam hati kamu...

Sesungguhnya kami pejuang keadilan dan kebenaran walau sekadar ahli biasa adalah seratus kali lebih mulia dari kamu yang memegang jawatan , kamu la munafik dalam perjuangan.

Monday, April 19, 2010

Setakat tu je la kepandaian nak inaya dan buruk kan zaid

Kalau ikut kan dari berita depan UM...perang akan di mulakan kan,, dan adalah dua tiga blogger yang menyahut cabaran azmin,,,buktikan..siapa zaid.
Berkecai harapan nak tengok gambar yang original, setakat gambar yang di ubah suai,,budak budak pun boleh buat,kesian juga kat hangpa.
Gambar yang macam tu bersepah dalam internet, tak payah buang masa la.. kalau lu orang bawa keluar gambar yang betul pun...akan ada juga gambar pemimpin umeno yang sememnag nya taik arak pun.
lu orang tak mau keluarkan data lembaga pengarah syarikat yang ada kat malaysia ke?
lembaga pengarah syarikat judi ke?

Buang karang sungguh lapuran depan um..ni je hasil yang dapat...cheh,,,

Saturday, April 17, 2010

La...ada sekoq lagi upanya..

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini.
Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah yang digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.
Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.
Ni la gamak nya alasan nak keluar pun..
Selama ni pun bukan ikhlas mana pun..
  • Digugurkan dari jadi exco
  • Kurang la sikit elaun nya..dah biasa makan besaq..kurang sikit...tak cukup makan la
Melompat jauh sikit..dapat la habuan...

Boleh caya ke..keluar kerana kecewa...sikit pun tak boleh percaya,,, dah banyak contoh yang ada,,kat perak yang berlambak jenis2 macam ni...

Semakin bersih dari manusia yang bermuka muka macam katak2 ni semua...berambus la kalian...
menyemak dan menyakit kan mata je...

Thursday, April 15, 2010

Pemuda UMNO ada cara tersendiri halang kejadian buang bayi. UM.15 APRIL

Mesti dasyat pemikir pemilir ulung dalam Pemuda yang dapat memikir kan cara yang berkesan untuk menghalang kejadian buang bayi yang semakin berleluasa sekarang ini..
Mengikut ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi Muhamad s.a.w...
1, tutup la aurat bagi lelaki dan wanita yang akil baligh,
2.hindari pergaulan yang bukan muhrim
3,jauhi berdua dua dengan yang bukan muhrim..

Antara penyebab dan pembuka jalan untuk melakukan zina dan menghasil kan bayi luar nikah..

Antara jalan jalan terbaik untuk melakukan zina...

1. pergaulan bebas antara lelaki perempuan
2. penyebaran gambar lucah yang berleluasa..

Macam macam la lagi...

Isu utama nya...kalau tak mengikut ajaran agama..tak kenal halal haram..sampai bila pun kejadian zina sahingga buang bayi tak akan habis...

Ape yang pemuda Umno ada untuk menghalang semua itu?

Mari kita tengok siapa yang kena ? TPM, MB Perak, Umno Kelantan semua pakat nak "telanjangkan ' Zaid Ibrahim.

Cabaran pertama dari TPM, zaid di pilih kerana kekayaan nya bukan kerana kemampuan nya..
zaid bersedia nak dedahkan kekayaan nya,,,bagai mana pula TPM ? Menteri2 kebinet yang lain,,ada berani ke?

MB Perak pun nak tumpang sekaki juga..silakan la..
Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman.
Boleh la Zambri cuba cuba nasib , Kes kat perak pun tak berapa nak betul lagi ada hati nak campur kes lain...sila kan la..

Antara peluru BN terhadap zaid..

1, Kes rasuah politik kata UMNO la
2, Kes lawan isu hudud Kerajaan Kelantan
3. Kaya pasal dapat tender kes PTPTN

Itu peluru untuk zaid dan PKR... tp peluru untuk BN plak....
Antara nya APCO....
tak larat nak tepis dah,,, tengok la nanti...

Wednesday, April 14, 2010

Palanivel pilihan Samy. Mugilan pilihan Muhyiddin,

Mic dan Umeno dok bertelingkah nak pilih calun...dua dua nya  dari Mic juga...
perlu di ingat kan ,,kawasan hulu selangor itu dulu adalah kawasan umeno..tetiba je di jual kan pada mic.Penduduk setempat kena ingat tu...mana dia ketuanan melayu yang di perjuangkan oleh umeno? yang ada sekarang hanya semangat 1 malaysia je..
Jangan lupa juga...kawasan hulu selangor juga telah di hadiahkan dengan penyapu oleh bekas mb ...
tak rasa malu ke?
Umeno menghina melayu hulu selangor,,,dan sekarang lebih memalukan kan lg...umno tak ada calun sesuai untuk jsdi calun,,,sampai tergadai nya pada mic...
Macam ni ke nak jaga ketuanan melayu...pikir2 la sendiri...

Monday, April 12, 2010

Masih ada yang percaya,,

pabila terbongkar nya cerita ajen israel dalam malaysia ni..masih ada lagi mangkok mangkok hayun yang percaya, dsai lah dalang nya..ngapa la bengap sangat ...otak ada kat lutut ke...
cukup sakit hati dengan alasan demi alasan yang di berikan,,,
Perbodohkan orang yang sememang nya bodoh..tapi ingat...

Thursday, April 8, 2010

hehehe..MIC calun PRK Hulu Selangor

Penyokong Umno jangan marah ye..Ini semangat 1 malaysia tau...biar pun ramai melayu kat sana.. biar pempat itu dahulu nya calun melayu...demi 1 malaysia, melayu kena terima la...
Dengar kata nya la... kalau pilih selain calun umno...penyokong nya nak boikot...ish ke...
selalu nya gempak je..mana ada yang berani nak buat macam tu pun..
Mana perkasa ni...tak nak komplen ke? mengapa kawasan melayu, india yang jadi calun? mana semangat memperjuang kan melayu?
Yang nampak nya...nak bergaduh ngan mca garakan je..
Hebat la kan...melayu itu konon nya pekasa,, dan kaki gaduh..
sabar je la....

Perkasa yang seronok sendiri

Kata nya nak mempertahan kan Islam dan bangsa melayu sehabis2 nya,,Ngo yang tiada kepentingan politik,,kunun nya la... tepi dalam seminggu ni.. pe yang depa buat?
Ajak MCA, Gerakan bergaduh..ini termasuk dalam agenda mempertahan melayu ke?
Tak faham la aku..

Kata nya calun PRK Hulu Selangor dari MIC, peratusan Melayu yang tinggal di sana Lebih 50%..
Perkasa bukan kah telah berikrar nak mempertahan melayu... kenapa tak minta UMNO bagi calun melayu?

Yang  aku nampak .. taka ada satu pun agenda yang nak membela melayu...melainkan nak menonjol kan diri je...
Mana tanah melayu yang telah di tebus..
Mana melayu yang miskin merempat yang telah di bantu?
Mana bahasa melayu yang telah di mertabat kan?

Haram kot ada nya... melain kan buat kecoh,,itu je la yang depa tau pun...
Boleh jalan la....

Tuesday, April 6, 2010

Geng penarik kereta yang sangat hebat

Tarikh : 6 April 2010
Masa  1330H
Lokasi ; Bagan ajam Butterworth

Rasa nya mereka yang menarik kereta yang tertunggak bayaran bulanan  dalah mereka yang jenis tak ada hati perut, tiada simpati..

Kereta seorang ibu tunggal, punyai 3 anak, berkerja sebagai tukang masak asrama di sebelah siang, berniaga satay pada sebelah malam, hanya kereta itu lah kenderaan yang dia ada,,di ganakan untuk menghantar anak sekolah, untuk pergi kerja dan berniaga,

Ketika kejadian berlaku. 3 orang anak muda, semesti nya melayu,dengan lagak sombong talah merampas kunci kereta ibu tunggal ini,,ibu tunggal ini telah merayu,,dan sememang nya dalam perjalanan untuk menjelaskan pembayaran yang tertunggak itu..
Ia cuma minta 30 minit sahaja sahingga urusan pembayaran di bank selesai... itu je..bukan nya berat sangat

Tapi kalau jenis tak ada hati perut,layak nya di panggil yahudi, walau pun nama melayu..
Keluar je ibu tunggal itu dari kereta, 3 org pemuda yang tak ada hati perut itu terus melari kan kerata tersebut,
Hebat kan?

Berjalan la ibu tunggal 3 anak hampir 2 km ke balai polis berhampiran untuk membuat lapuran
dalam sedu sedan nya.. terpikir,,,mengapa kah anak muda melayu itu tidak lansung berasa simpati kepada nya,,

Berniat la dalam hati ibu tunggal tersebut di dalam hati,juga semasa berdoa selepas zohor,,,
tak akan senang hidup kamu wahai 3 orang anak muda penarik kereta....

sedih juga....

Minta maaf ye,, PERKASA bukan pertubuhan perkauman, sebab bukan Melayu je yang ada,,,mamak juga ramai dalam tu.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan mengumumkan tindakan lanjut terhadap dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina kerana gagal memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu.



Jumaat lalu, PERKASA memberikan tempoh 48 jam kepada Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press kerana didakwa melabelkan mereka sebagai "perkauman".


Pasal pe depa kata Perkasa tu perkauman, betul la depa ni tak reti menilai lansung. tak buat kajian ke..berapa ramai yang bukan melayu ada dalam tu..
Saja la cari pasal ngan Ketua katak sedunia tu.Tak nampak ke keris yang di cium nya...keris tu ada kuasa sakti..kalau di tunjukan pada musuh perkasa... akan terkena kenan katak,,,terlompat lompat 24 jam.

Ikut tempoh 48 jam tu dah habis..dah terlebih pulah... pe yang terjadi?
Hampeh,,,tak jadi pe pun..
Setakat gertak kosong, sape nak takut?

Ada pemimpin MCA atau gerakan nak takut ngan Perkasa?
Depa tak heran pun.
Ape yang perkasa leh buat pun?
Nak buat bemontrasi jalanan?
Nak anta memorendum kat Raja.
nak saman?
Akhit nya cuma buat sidang akhbar je la,,,

Ape lah mangkak sangat.. dah di promote, pekasa ngo melayu terbesar di dunia, kebanyakan ahli nya pulak adalah anggota parti melayu terbesar di dunia, parti melayu terkuat di dunia..bila orang kata  perkauman, marah pulak.

Budak sekolah pun reti...kalau semua ahli dalam satu persatuan tu terdiri dari satu satu kaum je...itu lah yang dinama perkauman...molo punya olang...cit. itu pun tak tau ke?

Perkauman tu macam mana pada pandangan perkasa?
Entahlah...makin nak PRU 13. makin melalut2 pulak mamat ni..

Boleh kata gerakan perti tin kosong, Kosong2 depa pun ada wakil dalam parlimen, Hang yang menumpang Pas tu ape cerita?
La ni dah jadi bebas., tu yang beria2 jadi perisiden Perkasa tu ye..cari sokongan le tu...
Masa nya dah hampir sampai...tungguuuuuu

GST tu untuk kakitangan awam je ke?Habis tu kalau untuk semua..ngapa gaji kakitangan awam bakal di naik kan kerana GST? Rakyat bawahan ni..macam mana pulak?

Ikut cetita nya, kakitangan awam akan naik gaji kalau sokong GST, gaji naik tak la sebanyak mana,kalai takat gaji peon, kerani cabuk, sampai la ketua kerani..berapa sangat la yang depa dapat pun,,,berapa pulak gaji bagi pegawai2 tingkatan A?
Gaji peon naik la seratus..gaji pegawai naik seribu...barangan pulak dikenakan cukai sebanyak 4%, eh kira sendiri la,,,,rakyat marhaen juga yang susah...
Pusing sana, pusing sini..sama je...
GST untuk semua rakyat,, bagai mana plak yang kerja sendiri? kerja swasta.. sape nak naik kan gaji depa?
Nampak nya rakyat malaysia yang bukan kakitangan kerajaan akan terinaya la...
Bertambah teruk kepada yang teruk dah ni...nak penaya rakyat ke ni...

Penanam padi atas bangunan yang hebat..

Temubual Mingguan Malaysia dengan mantan Menteri Pertanian, mantan Setiausaha Agong UMNO dan mantan Menteri Besar Kedah DS Sanusi Junid amat menarik.
Beliau menyimpulkan bahawa Anwar Ibrahim tidak sehebat mana hanya kita sahaja yang memberi ruang kepada Anwar.

Ape la hebat anwar berbanding dia, yang pernah menjadi MB kedah suatu masa dulu.Menjadi MB negeri yang terkenal sebagai negeri jelapang padi, yang ada muzium padi...dan paling hebat dalam segala sejarah padi padi seluruh dunia,
Orang selalu dengar padi huma, yang di tanam di kaki bukit, tapi dinegeri kedah pada waktu MB Sanusi Junid.terpahat satu sejarah. Padi bangunan.

Macam dah tak cukup tanah pulak sampai atas bangunan pun nak tanam padi. pikir secara logik akal..kalau cukup tanah, cukup air.. kat mana pun boleh tanam padi.. tapi bukan lah atas bangunan suatu tempat yang sesuai nak tanam padi.. ini kerja org setengah tiang, kerja nak mengabih kan duit, kerja yang membazir..

Dengar cerita nya berjuta duit di habiskan hanya nak mengangkut tanah naik ke atas bangunan tu...tak ke gila nama nya,,,tak ada kerja cari kerja,,,

Kalau la duit berjuta tu, di gunakan pada suatu yang berfaedah... alangkan baik nya..

dan benar katanya di dalam wawancara dalam mingguan malaysia..anwar tak sehebat mana berbanding dengan dia,,,

Sunday, April 4, 2010

Dengar kata nak bina 4 lagi sekolah kat Hulu Selangor, sekolah yang ada pun masih tak cukup sifat macam sekolah, macam mana cerita?

Dengar kata TPM, Hulu Selangor memerlukan 4 buah sekolah lagi, ni nak cita bagi semua tau... kat Sekolah Menengah Sains Kepala Batas Pulau Pinang, dah masuk 2 tahun dibuka,,,yang bersekolah, tingkatan 1,2 4 dan 5,,
Nama nya sekolah sains,, tapi makmal sains nya ape yang ada?
Jabatan Pelajaran p la tengok,,
Tahun ni...budak2 tingkatan 5 nak ambil SPM, makmal sains nya ape pun tak ada,,pe cerita..
Makmal komputer pun sama..
Penting ke untuk 4 sekolah baru yang entah tahun bila siap berbanding dengan kemudahan sekolah baru yang masih tak mencukupi?
Betul ke memang Hulu Sea
langor perlu kan sekolah atau sekadar sekolah politik je?

Ni nak tanya juga,, pe ke jadah nya murid2 yang tinggal kat asrama, tiap minggu kena balik ke rumah masing masing, kalau tak balik... tiada makanan di sedia kan bermula dari petang jumaat untuk makan malam, sarapan pagi hari sabtu, mkan tengahahari,malam..dan sampai la makan tengahari ahad...
Kerajaan dah tak ada duit nak kasi makan murid2 yang duk asrama ke?

Untuk buat F1 ada pulak..Ber billion habis macam tu je...
Untuk Perkasa, GPMS..tak nak cuba check sekolah melayu mana yang tak dapat bantuan kerajaan,, Jangan nak menyibuk dalam politik kalau nak benar berjuang untuk melayu..

Sebuat sekolah yang baru,,pastikan sekolah lama tu cukup bagi segala segi..jangan sampai pelajar2 berdendan ngan kerajaan nanti,, jangan ingat pelajar sekarang ni bodoh sangat..
Ingat la,,,

Saturday, April 3, 2010

Wei,,,,hangpa jangan la cabar dia...dia pantang di cabar..TAK PERCAYA... cuba la dok sekandang ngan rimau di zoo negara tu...ada berani?

Setau aku la,,,dialam nyata ini...hanya binatang je yang tak boleh dicabar, Berani kalau cabar la rimau atau singa yang ada dalam kandang,,mau ilang nyawa di buat nya. kalau setakat manusia yang sama2 makan nasi, minum ai paip..tak ada masaalah kalau nak cabar pun..

Cukup bukti, masakan ada yang berani cabar..Kalau benar...keluarkan segala bukti yang ada,,,baru la teserlah kebenaran...bagi yg mencabar atau terasa di cabar,,, bukan setakat buat kenyataan akhbar je.

Macam mencabar singa di kandang..tak payah nak buat kenyataan ape pun...yang perlu cuma surat wasiat je..

Setakat ni...dah ada 3 adun yang kata di tawar kan jadi mb,,, ada itam putih ke tentang tawaran tu?
kalau setakat cakap kosong,,, semua org pun boleh cakap...

Bercakap biar sampai orang percaya,,, bukan setakap bercakap buang ai lior...jadi macam orang putuih wayer je...

Membazir masa je..

Hebat nya aku...

ikhsan jeebon, blog list malaysia

Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bahawa beliau ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12 hanyalah satu pembohongan dan usaha mengalihkan perhatian umum terhadap krisis dalaman Umno negeri itu.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, 'pendedahan' itu juga merupakan cara Zambry menggambarkan kepada umum bahawa beliau merupakan calon paling layak memegang jawatan Menteri Besar.

Gamak nya aku ni tak pandai nak berfikir.. org kampung boleh la aku tipu..dalam 10 pun cuma 2 je yang termakan tipu aku...yang lain...semua nya dah pandai.

Dapat jadi mb ngan cara yang tak berapa betul pun dah besar tuah..Eh ni tidak...konon nya memang dah dilanrtik jd mb selepas PRU 12...

kesian kat aku ni... banyak makan semut gamak nya tu yang aku kurang ingat siapa aku sebenar nya...