Sunday, March 28, 2010

Pegang keris je kira hebat la?























Meluat sungguh bila tengok dok cium keris macam ni.
Terasa gagah sangat ke?
Terasa melayu sangat ke?
Datuk Bahaman .Mat Kilau pahlawan melayu yang lagi hebat dari hangpa tak penah pun yang macam hangpa buat tu..
Konon nya semangat melayu ada pada keris...
Patut la makin lama makin berkarat..makin tak ada semangat..
mana tidak nya.besi buruk yang di agung kan
Semangat melayu letak nya pada Islam. bila mana Islam di agungkan, secara otomatik semangat melayu akan naik..
Tak ada makna nya setakat pegang keris nak menunjuk2
.

Untuk mu PERKASA.

Berapa ramai jantan melayu yang ambil ijazah kat Puasat serenti yang telah di bantu?
Berapa ramai gro melayu yang telah di selamat kan?
Berapa ramai melayu yang telah di selamatkan dari jadi penagih?
Berapa ramai bohsia melayu yang telah di selamat kan dari melahir kan anak haram?
Berapa ramai mat rempit melayu yang telah di beri kesedaran?
Sejauh mana mertabat bahasa melayu yang telah di perjuangkan?
Berpa ramai melayu yang kaki mabuk di sedarkan tentang halal haram?
Berapa ramai melayu yang merempat yang telah di beri bantuan?
Berapa banyak tanah melayu yang tergadai oleh pemimpin melayu sial yang telah di  tebus semula?
 Berapa ramai??///
banyak sangat la nak tulis...lu pikir la sendiri...
Yang masuk perkasa hanya la kerana agenda politik je.

Aku pun melayu juga

Dah 43 tahun aku di lahir kan oleh ibu aku yang juga melayu, dari zuriat bapa aku yang juga melayu.Tapi aku sedkit pun tak terniat nak masuk perkasa..
Perkasa yang harap nama je kuat, tapi hampeh..tak lain hanya sekadar alat bagi pertubuhan politik.
Setakat mana agenda nya nak mempertahan kan melayu?
Benar ke yang anggota nya semua melayu?
Mahathir mohamat tu melayu ke?
dari sini pun dah nampak, bukan melayu pun ramai kat dalam tu,
tak payah la nak mempertahan kan melayu...tak payah la nak amik kata kata Hang tuah, tak melayu hilang di dunia.
Memang cakap hang tuah tu betul..
Selagi ada lelaki melayu yang masih boleh menghasilkan benih dan zuriat, walau kawin ngan mana2 pupuan kat mana mana pun...tetap zuriat melayu, baka melayu akan jadi..
Mempertahan kan satu bangsa, sama macam arab mempertahan kan arab atau yang paling berjaya sekali, bangsa yahudi...walau ape pun agamanya dia mana pun dia, yahudi tetap yahudi.Ini lah bangsa yang brnar mempertahankan bangsa nya,,menolong bangsa nya..walau di mana pun yahudi berada, ia akan tetap akan di bantu..
Perkasa nak mempertahan ken malayu?
kirim salam la..
Melayu yang jadi ahli PKR,Pas...ada nak bantu?
Hanya melayu Umno je yang jadi pilihan
Kalau benar dan ikhlas Perkasa mempertahan kan bangsa melayu, seperti yahudi mempertahan kan bangsa nya,,, harus harus semua melayu akan masuk...tp ape yang sebenar nya hanyalah sekadar mainan politik aje..
Kesian sungguh,,,

Wednesday, March 10, 2010

Sape yang malu? Mereka dan kumpulan mereka juga. Jadi buah mulut orang PPinang.depa tak ada .toooot

Satu Pulau Pinang dah tau, depa ni penakut rupanya...
1. Ketua Pemuda Umno PP
2, Dipertua  DPMM
3. Peresiden GPMS

Napa la hangpa tak, karpet merah telah di bentang, tempat telah di sedia kan.. berduyun duyun warga balik pulau, bayang lepas mai nak tengok hangpa memperjuangkan melayu,,,tapi kecewa..

Terlepas la melayu P Pinang nak mendapat penjelasan dari depa , menngapa melayu PP tertindas..
Depa sendiri tak ada penjelasan...mengapa depa tak mai...


Eh ada pulak buat lapuran polis. kerana mempamerkan nama kat banner, alahai..yang p repot tu..adalah teloq..yang lain.dah kecut jadi angin pasang.

Tu la..cakap besaq sangat..bila jadi macam ni..sape yang malu?
Mereka dan ahli merka juga.
Malu nya ....

Tuesday, March 9, 2010

Sorang dah di pecat, ramai yang melompat, ape kata yang di pecat tu jadi ketua pada yang melompat

Setakat ni...dah berapa orang yang kluar parti...semua ada alasan tersendiri,,tapi yang paling memalukan kan apabila di pecat...Semua ada alasan tersendiri..
Pru 13 tak lama lagi..apakata hangpa semua buat satu parti baru...
Hangpa semua kan bagus2... tentu penyokong hangpa akan pilih hangpa lg...
tak payah cabar mencabar...
mana yang melompat tu...faham2 je la ye...
lompatan terakhir yang membawa maut...
kecuali la hangpa benar2 hebat...

Monday, March 8, 2010

Sampai hati depa tak mai..Sape la yg nak pejuangkan Melayu P Pinang.ni. Pejuang yang kalah bertarung sebelum masuk gelanggang.


Sebagaimana yang telah dijadualkan hari ini 07 Mac 2010, di tapak Ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai tepat jam 8.45 malam majlis ‘DEBAT PERDANA RAKYAT 2010’ yang dianjurkan oleh Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah dimulakan. 

Selaku Moderator Tuan Haji Mohd Suhaimi telah menjemput pendebat-pendebat dari Pakatan Rakyat ,UMNO, GPMS dan juga dari DPMM Pulau Pinang.
Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah diwakili oleh Ustaz Husni Mat Piah dari PAS, YB Rayar dari DAP dan PKR diwakili oleh Saudara Hazri Abu Bakar naik kepentas.
Yang dicabar mereka iaitu Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan, Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang dan Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung masih tidak kelihatan.

Kata pejuang melayu...kenapa lari? tak bawa keris atau rak ada teloq? Teloq tertinggal kot? Ape alasan nya...tempat telah di sediakan..masih tak datang juga...memang sah la penakut.Sape lagi yang nak pejuang kan melayu PP. yANG ADA PUN CABUT LARI...SEMBANG KEMASTAPI TAK BERANI....

Pejuang yang berani bercakap depan media, tapi tak berani bila bercakap depan khalayak ramai...
Arkkk ptuih...boleh jalan la....


 
 

Wednesday, March 3, 2010

Katak katak yang dah kembong menketedarah, tak pun masih lapar lg kot?

Orang yang melompat parti atau keluar dengan sengaja adalah mereka yang mungkir pada janji dan merosakkan amanah rakyat pada masa mereka di calun dipilah dan di menangkan oleh rakyat dahulu. Ape hukum nya kalau pecah amanah?
Salaikan aje pada PRU13 nanti...tunggguuuuuuuuuuuuu

Kurang asam garam belacan mereka yang keluar parti.

Bukan setakat kurang asam, malah memang kuranga ajar sungguh, masa nak pilihan raya, macam macam janji sebelum di calunkan ,, bila dah menang, suka suka hati buat keputusan diri nak keluar parti dan istihar bebas atau istihar masuk UMNO,
YB pakatan yang keluar ni, hangpa tak ada maruah ke? Atau hangpa memang duri dalam daging sebenar nya?
Hangpa jadi YB atas sokongan rakyat yang percaya kan parti yang hangpa sertai. bukan kerana diri hangpa yang perasan bagus, Atas dasar itu la hangpa menang dan jadi YB,
Belum pun habis sepenggal, gatai plak hangpa nak kua parti. Hangpa ingat bila YB kua parti, berduyun duyun ke rakyat nak ikut? Minta maaf la ye,,,hang nak klua. kluar la sorang2.. Pilihan raya yang akan datang tau la nasib hangpa,
Keluar la mana yang terasa nak keluar...sebab biar tinggal yang benar berjuang untuk rakyat, dan bukan untuk harta kekayaan dan perut sahaja.
Boleh jalan la dengan pegangan hanpa tu..

Hari ni..ada sorg lg dari Bagan serai. keluar parti alasan penggunaan kalimah Allah. berapa ramai pengikut yang memilih dia jadi yb yang sama keluar? atau dia sorg2 je keluar. Parti bebas ape yang dia masuk..ape perjuangan nya?
Bagi la alasan ape pun... hangpa dah jadi sampah sbnar nya dalam pandangan penyokong pkr,

Tuesday, March 2, 2010

Berebut depa nak keluar PKR, tapi mengapa?

Sedikit sedutan tulisan Dr Syed Husin Ali

Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.


DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN






Rupa rupa nya kebanyakan yang keluar memang ada masaalah dalaman,terutama nya wang, nampak sangat bukan berjuang untuk keadilan rakyat, tap untuk kaeadilan perut dan kekayaan,,,
Elok la keluar awal awal...tidak rakyat sangka kan intan cuma kaca semata mata.
Mengaku la ia lebih bagus dari sebarang alasan yang hanya nak menyalahkan org lain


Tan Tee Beng berkata, salah satu punca utama beliau keluar dari Parti Keadilan rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini adalah disebabkan sikap parti itu yang telah melakukan `pembunuhan karakter’ terhadap dirinya.

Beliau berkata, sebab lain ialah kerana tiadanya saluran yang disediakan oleh parti itu untuk wakil rakyat menyuarakan kritikan.

"Berikutan itu, mulai hari ini saya mengumumkan keluar daripada PKR dan juga meletakkan semua jawatan dalam parti.

Pembunuhan kerier...dasat tu... baik terus berenti je jd YB. hebat sangat ke dia ni.. banyak mana pengorbanan atau bantuan nya kepada rakyat?

Monday, March 1, 2010

Anwar cuba kelirukan rakyat - Ismail Sabri... Kenapa la buat macam tu.

BERA 28 Feb. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mengelirukan orang ramai dengan perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.
Katanya, Anwar cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu moral yang sedang dihadapinya itu kepada isu konspirasi kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba menamatkan kerjaya politik beliau.

Buat la macam pimpinan BN, mana pernah nak kelirukan rakyat pun...semua nya jujur dan ikhlas, Semua nya maksum berjiwa rakyat, ape yang mereka lakukan hanya lah untuk rakyat semata mata, Itu la datang nya slogan RAKYAT di utama kan
Ark ptuih...

Selamat datang ke alam baru

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu lagi tamparan apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar parti itu dan menyertai UMNO.Menurut Mohammad Fairus, keputusan itu dibuat kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap PKR dan perasaan itu semakin memuncak berikutan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Ramai yang keluar PKR atas alasan memperjuang kan Islam, Tp sbelum dia keluar pkr..ape yang dia dah buat untuk mengembalikan kesyumulan islam?
Betul ke keluar PKR atas alasan tersebut atau sebnar nya ada agenda lain?
Jangan pikir rakyat ni bodoh sangat...