Saturday, September 10, 2011

Majlis Prof bijaksana.tolong ubah kan sejarah yang tertulis.Banyak lagi fakta yang tak di gali


Pada tanggal 31.08.1957, tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam, Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur, bergema dan bergemuruh dengan laungan “MERDEKA” yang penuh bersemangat bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Negara itu ialah Persekutuan Tanah Melayu.
Pada keesokan harinya tepat pada jam 9.30 pagi bermula dengan nama Allah dan segala pujian baginya serta salawat dan salam ke atas para Rasul, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, telah mengisytiharkan kemerdekaan ibu pertiwi ini dari penjajahan Inggeris berdasarkan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Xomanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Jiwa dan semangat 20 ribu rakyat di stadium itu dan di mana jua semakin bergetar dan berkobar apabila di akhir pengisytiharan itu Tunku meneriakkanMerdeka sebanyak tujuh kali dan disambut dengan bergemurufi oleh rakyat yang hadir. Serentak dengan itu lambang perpaduan dan keutuhan bangsa dan kedaulatan negara, iaitu bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu KebangsaanNegaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan, dan diikuti pula dengan seruan azan dan tembakan meriam seratus satu das.
Dengan itu berakhirlah sudah cengkaman penjajah Inggeris dan kuasa Baginda Queen ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Sejak lebih 170 tahun yang Ialu apabila Francis Light mula-mula merampas Pulau Pinang dari Sultan Kedah. Sejarah berulang kembali, tetapi dalam bentuknya yang berlainan kerana pada hari ini dalam tahun 1957, Tunku Abdul Rahman seorang bangsawan Kedah juga yang mengambil kembali kedaulatan bukan sahaja negerinya sendiri malah sclui-uh negeri-negeri Melayu yang telah dirampas dari tangail bangsa Melayu oleh penjajah Inggeris itu. Pada jam 5.23 petang, hari yang sama bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivary dan isterinya ineninggalkan Persekutuan Tanah Melayu untuk pulang ke England. Tiada lagi kibaran Unioti Jack dan dendangan lagu God save the Queen.
Pada 2hb September 1957, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhuiii Tuanku Mohamad, Yang di-Pei-tuan Besar Negeri Sembilan telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, selaku Ketua Negara. Dengan itu maka sei-npurnalah kewujudan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka sebagai sebuah negara bebas yang mempunyai raja yang berperiembagaan, sebuah negai.a demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan meiigutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan kcaiiianan di antara segala bangsa di dunia”.
Sesunggiihnya pada hari yang bersejarah ini dalam tahun 1957, seperti kata Tunku sendiri, suatu lambaran baru telah terbuka-Tanah Melayu mara ke hadapan niengambil tempat yang hak baginya sebagai satu anggota yang bebas dan merdeka dalam Iiiigkungan negara-negara di dunia”. Mulai saat itu bermulalah pei-jalanan sejarah kewujudan negara baru-Persekutuan Tanah Melayu Merdeka di tengah-tengah masyarakat dunia yang lain khustisnya dalam lingkungan negaranegara Koinanwel. Ternyata bahawa kewujudan negara baru ini telah diakui oleh Pertiibuhaii Baiigsa-Bangsa Bersatu pada 17hb September 1957 dan diiktiraf bukan saliaja oleh negara-negara bebas di duilia malah oleh negara-negara konlunis dan sosialis. Sekaraiig negara ini amat dihorniati dan megah berdiri sebagai penjunjung utama dasar bebas dan berkecuali.
Bagi pejuang-pe,juang keiiierdekaan, liari yang bersejarah ini amat besar ertinya. Sumpahsudah terbukti, janji sudah tertunai, kecundang tidak, jaya yang tiba, namun perjuangan masih belum berakhir-perjuangan mengisi kemerdekaan.
ADVERTISEMENT

No comments: