Monday, December 31, 2012

allah,,,melayu islam la yang beria ria malam ni

sungguh sungguh umno mempertahan kan perkataan allah bila km pulau pinang meminta untuk menggunakan perkataan allah itu ,bagus la semangat macam tu,bangga rasa nya bila umat islam mempertahan kannya,
tetapi..bagaimana pula dengan suruhan dan larangannya?

sekarang ini, berapa ramai melayu islam yang terang terang melanggar hukum islam?
merry cristmas n happy new year..bukan kristian yang punya ke?
lihat saja malam ini..berapa ramai melayu islam yang menyambut hari raya kritian itu, secara tak langsung, membenarkan ajaran kristian di dalam diri,,


ape beza nya?

kita tak membenarkan menggunakan perkataan allah kerana ia adalah hak mutlak ugama islam, tetapi kita pula yang beria ria merayakan tahun baru,
walau pun kristian tak dapat menggunakan perkataan tersebut tetapi mereka telah berjaya membuat melayu melanggar hukum allah,malam ini.
hukum allah yang macam mana?

pergaulan bebas lelaki dan perempuan,itu yang paling nyata,
minum minuman memabuk kan,,tak menuduh,tapi tidak mungkin pula tidak.
penzinaan..
siapa yang paling hina?

sepatutnya kita mengerjakan suruhan allah,meninggalkan pe yang di larang nya sekuat kita mempertahan kan penggunaan allah oleh agama lain,
ni tidak,kita hanya kuat mempertahan penggunaan perkataan allah je,,suruhan dan larangan nya kita abaikankan.

Sunday, December 30, 2012

perangai setan jadian

Dengan sengaja puak puak ini memain kan isu kafir yang kononnya di sebab kan oleh ape yang mereka namakan amanat..

lepas sorang sorang mengusik.mencuit cuit agar haji hadi menjelaskan, atau pun menarik balik ape yang telah beliau katakan 30 tahun lepas..

Nak penjelasan,,,no problem, bagi peluang hanya satu jam sahaja rancangan khas secara lansung di dalam media eletronik,siar kan secara lansung di saluran satu rtm,atau tv3 atau mana mana saja,,

Menteri rais yatim kata,,,tak masaalah, tapi kena buat rakaman dan baru siarkan..

hahaha..  lawak sungguh, hangpa nak pejelasan, bila nak buat hangpa banyak songeh pulah..
ajak debat pun tak mau,,

cara menjual macam pendekar,,bila di beli,,semua lari..penakut...macam setan jadian,,bila di bacakan ayat ayat alquran...berterabur larinya,,



Friday, December 28, 2012

rasuah umeno,umeno rasuah.setan yang di kenali

hebat la depa ni.ketua bahagian pun makan ratus ribu,

Ada je puak puak ni punya kes.tetapi biasanya rasuah,kan dah sinonim,rasuah umno.amno rasuah.
ketua bahagian pun boleh makan ratus ribu,inikan pula yang lagi tinggi dari ketua bahagian ini.

Depa makan banyak banyak ni,,,bukan untuk tolong bangsa pun, tapi untuk mentedarah dengan kaum keluarga sendiri..

kata alim ulamak, barang siap yang memakan hasil yang haram, hati nya akan jadi hitam,payah nak dapat hidayah.
kata orang tua tua pula,,,siapa makan hasil haram.perangai selalu nya macam setan.

Depa ini lah yang di namakan oleh tun madet..setan yang di kenali.

Thursday, December 27, 2012

adap se orang pemimpin melayu islam..hinanya anak anak melayu di mata pemimpin parti melayu islam yang melaungkan hidup melayu

walau pun tinggi mana pangkat atau taraf nya,,kita masih ada adap lagi..lebih lebih lagi sebagai orang melayu.
walau pun yang di hadapan nya hanya budak budak...beradap la sikit..membuka kasut atau alas kaki bila masuk ke suatu tempat itu,,adap orang melayu,yang pakai kasut sampai ke tempat tidor itu,bukan adap kita..
ini pun nak kasi tau ke..

bersih sangat tapak kaki engkau atau lantai yang budak budak duduk dan baring itu terlalu kotor bagi tapak kaki timbalan perdana menteri?

yang pencacai pencacai tu pun...hanya tengok je...eh engkorang ni semua bangsa ape aaah?yang duduk baring di lantai tu bangsa ape ahh?

secara tak langsung mengambarkan penempatan mangsa banjir itu adalah tempat yang kotor dan menjijik kan bagi tpm juga bagi  orang umno...sahingga tak ada sorang pun yang sanggup membuka kasut untuk memijak lantai tersebut..

ape la salahnya buka dulu kasut pua cu kang tu.bukan nya jatuh darjat pun..

sedihnya aku..




hipokrit..



Dr Hasan selaku bekas Naib Presiden PAS amat terkejut dengan laporan media terhadap kesan amanat itu sehingga menyebabkan berlakunya solat dua imam,perceraian dan perpecahan keluarga di kalangan masyarakat Islam, hanya disebabkan perjuangan politik berbeza.

"Saya terkejut apabila media melaporkan setiap hari mengenai mangsa atau mereka yang pernah percaya kepada amanat Haji Hadi itu, yang berani tampil mendedahkan perbuatan mereka dan kesannya kepada keluarga mereka..

Mustahil sebelum di pecat, dia ni tak tau menahu tentang amanat tersebut,sekarang baru nak mengulas.. aduhai.

sebelum ni buat pe..tidor ke.. 

Diam bererti menyokong..kalender 2013





Umno,perkasa,jati tentu gembira dengan kelender yang mempermainkan hukum islam ini..

mengapa mereka lansung tak menghormati agama rasmi negara ini..adakah ini salah pas?
atau pemrintah yang harus bertanggung jawab?

Mengapa pemrintah hanya membiarkan penghinaan semacam ini..
walau hanya sekadar kalender,,tapi ia tetap menghina.

dan buat pembuat kalender itu.memang sial dan haram jadah la mereka.umat islam di negara ini, tak pernag pun menyentuh dan mempermainkan sebarang agama yang ada,baik budha,hindu,keristian atau pun yang lain lain.

Puncanya adalah dari umno sendiri,,mereka sendiri mempermainkan hukum islam.itulah sebabnya sekutu sekutu mereka ikut serta,,

Malaysia negara maju,bukan kata amah,buruh ladang, guru pun di import..

setakat hari ini..dah hampir 10 tahun penggunaan bahasa inggeris untuk mata pelajaran math dan sains.tak nampak pun bahasa inggeris semakin maju di malaysia.
dan ia menjadi semakin bertambah teruk.

Apa motif sebenar kerajaan nak mengambil guru guru dari india tu?
apekah dengan adanya  guru guru itu nanti, bahasa inggeris akan semakin hebat di kalangan para pelajar?

Ingat kan hanya amah,buruh kasar je yang di import.guru pun di import..semakin teruk rupanya taraf pendidikan kita. Anak bangsa malaysia terpaksa di ajar oleh orang india untuk memantapkan penggunaan bahasa inggeris..kemana pergi nya bekas bekas pelajar universiti yang masih menganggur.tak boleh ke kerajaan membina lebih banyak maktab atau kolej untuk mengeluarkan lebih banyak guru.tak kisah la guru yang mengajar apa pun..

kalau la 10 tahun yang lepas,  menteri pendidikan membuat kajian terperinci dan perancangan jauh tentu la tak jadi seperti sekarang ini. Ini lah akibat hanya mengikut je arahan PM.
dah tau bahasa inggeris akan di gunakan secara menyeluruh dan serentak..mengapa ketika itu
TIDAK di bena sekali maktab atau kolej atau mungkin universiti untuk mengeluar kan pakar bahasa inggeris dari kalangan rakyat sendiri..

Ini dah sepuluh masa berlalu. baru kelam kabut nak cari guru inggeris..
dah tu main import pulak,agak agaknya guru guru import itu akan menjadi guru yang baik ke?
menteri pelajaran ku yang bijak..

kembara oren..hebat sungguh sambutan orang felda..

tak perlu la kembara oren ni nk bersusah payah  membantu warga felda lagi.mereka semua bijak pandai.
biar la mereka dengan ke bijaksaan mereka,,

kenapa takut sangat nak dengar penjelasan. bukan kena bayar pun..
hanya orang yang kurang cerdik ye menolak penerangan orang lain..

tak mengapa la..moga ape yang mereka pertahan itu adalah betul..dan jangan menyesal di kemudian hari..

Monday, December 24, 2012

tak perlu masuk..

kita tak perlu masuk yahudi, kita tak perlu masuk keristian, kita tak perlu masuk hindu dan kita tak perlu masuk budha,,tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan agama suku politik suku..

sebenarnya...bukan sekadar mengatakan agama suku dan politik suku boleh jatuh kafir,,malah banyak lagi perkataan perkataan manusia membuat kan terkeluar ia dari agama..

jika berasa diri itu bersalah...berastagfirrullah la..kemudian.mengucaplah..bersaksikan bahawa tiada tuhan melainkan allah..nabi muhammad itu, pesuruh allah.

sesungguhnya..umat nabi muhamad di akhir zaman ini...pagi nya islam,,menjelang petang dah kafir..masuk magrib ia islam semula..selepas isyak..kembali kafir..

cermin la diri sendiri..

buat peneroka biru karat..

kembara oren bukanya nak merampas tanah, jauh sekali nak menjual para peneroka..
mereka hanya nak menerang banyak perkara yang mungkin peneroka felda tidak tau..
salah kah mereka menjelas kan berberapa perkara..

kalau tak nak ambik tau, jangan halang orang lain yang nak tau..

bodoh tak boleh di ajar..cerdik tak boleh di ikut..

bercakap tentang kemajuan,,ikat bata pun tak betul

gambar terbaeeek..


pemimpin,baik yang kecik, mahu pun yang besar,,,hanya pandai bercakap,bila buat...hampeh keledek

patut la negara semakin hampir kepada kemiskinan semuanya adalah kerana mereka
lihat saja kekayaan bekas pm berapa billion?????
adakah ia untuk umat melayu atau untuk kegunaan kaum keluarga nya sahaja..

Inilah pemimpin yang dipilih untuk mewakili rakyat..
lihat sahaja menteliti para penyokong di atas..terang terang memang menyalahi cara mengikat bata...tapi semua tengok saja...sama ada takut atau memang sama tak reti dengan si pengikat bata itu..

kenapa takut nak menegur?



Saturday, December 22, 2012

jasa mu di kenang. begitu juga dosa dosa mu..

.setiap hari,,melalu tv, radio.juga surat surat khabar...
sebuk para pemimpin kecik sampai ke yang paling besar,,tak ketinggalan bekas pemimpin,,
mengingat kan rakyat akan jasa jasa mereka..ye rakyat memang ingat,,bukan sekadar jasa,,,juga dosa dosa mereka kepada rakyat...
tiada la pencuri yang paling besar melain kan mereka inilah...
merompak wang kerajaan untuk kesenangan sendiri juga kumpulan pemimpin sahaja...
hanya sebilangan kecik sahaja yang dapat tempias harta kekayaan mereka...itu pun jika rajin membodek

mereka hanya nampak jasa mereka aje..
dosa mereka kepada rakyat.di tutup rapat rapat..
.
pru 13 semakin hampir,,,rakyat menuntut agar segala dosa dosa mereka ini di bayar tunai

jika membina sekolah itu jasa,,
dosanya ialah penyelewengan tentang harga yang tak setimpal kualiti bagunan yang di bina

jika membina masjid itu jasa
dosanya ialah pembinaan replika masjid di tengah pulau tak berpenghuni>pembaziran yang nyata

jika membuat jalanraya itu jasa
dosanya ialah harga yang sama boleh dibina lebih pajang lagi jalan nya

lebih banyak jasa yang war war kan>>
lebih banyak dosa yang akan di lihat

lebih baik duduk diam diam

Friday, December 21, 2012

Thursday, December 20, 2012

mungkin kah mereka ini akan di makan sumpah ?

“Saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.”

bagai mana kiranya salah seorang dari mereka ini melanggar lafas sumpah presiden umno ini?

siapa yang akan di makan sumpah>  bukan hanya presiden aje>>tetapi kesemua mereka ini>>



http://biaqpila.blogspot.com/

Tuesday, December 18, 2012

la,,,baru nak kaji ke?

saman aes di tangguh dan akan di kaji semula,
macam ni la yang selalu terjadi kat negara kita ini,,,sebelum buat sesuatu,,tak pernah nak kaji sepenuhnya dahulu,bila dah ada bantahan,,baru nak kaji,

bagitu juga la masa melaksanakan penggunaan bahasa ingeris dalam mata pelajaran matematik dan sains,
bila nampak ada bantahan,,mula la nak kaji

bagitu juga la agak nya ape yang kerajaan buat sekarang,rancangan 1 malaysia,,
adakah kerajaan membuat kajian sepenuhnya sebelum melaksanakankrancangan satu malaysia itu?
atau sekadar rancangan mee segera untuk meraih sokongan bagi pilihan raya?




Monday, December 17, 2012

membantu akhbar pemfitnah,bermakna mereka sendiri suka dan bersetuju dengan fitnah,,syabas,rakyat semakin faham siapa mereka.

pelik juga,,kenapa selain anggota perkasa semalaysia dan ahli umno johor,melancarkan tabung bantu lah utusan,?
kenapa masa persidangan agung itu hari,tak bagitahu awal.nampaknya ada agenda baru selain membantu umat melayu,,bantu lah utusan,hahaha..

kutip lah dari pemimpin2 kamu,bukan kah mereka kaya raya,kenapa la nak susah kan melayu umno yang di bawah ni,,makan sendiri pun kais kais je,ini nak membantu pula syarikat yang kaya..aduhai,

utusan di saman di sebabkan memfitnah se seorang,,membantu nya bermakna bersetuju dengan  pemfitnah,

kalau macamni lah,, sememang umno juga angotanya adalah di kalangan orang yang suka membuat fitnah,dan dengan itu,jangan lah percaya lagi kepada utusan juga ahli umno

Sunday, December 16, 2012

bukan sombongkah namanya jika mengaku diri sendiri itu hebat?

pertama kali dalam sejarah, sesoarang mengaku dirinya sangat hebat sahingga di cemburui oleh orang lain..ape la dia rasa sangat kehebatannya itu?
orang lain memang tengok dia hebat,tapi  bukan dari segi kehebatan kepimpinannya,,melainkan kehebatan mempromosi diri sendiri,kehebatan membodek..

ingat lah..allah cukup marah dengan orang orang sombong,,sedar la enkau tak sehebat mana pun,tak ada sape pun nak cemburu,

perasan lebih je tu

rundingan rahsia dalam mencetak wang polimer Bank Negara Malaysia.

kenapa ada rundingan sulit lagi rahsia dalam mencetak wang baru?
sama macam pembelian segala macam barang untuk kerajaan.contohnya.rundingan kapal selam,kapal terbang..
heran la,kebanyakan yang membuat kerja itu adalah MELAYU, mengaku ISLAM dan paling marah bila di tuduh murtad atau kafir.
tak ada kesalahan ke kalau tidak jujur,menyeleweng bila mengikut hukum hukum halal haram di dalam agama islam yang mereka anuti..
Satu dunia dah tau..betapa sangat rendah moral penduduk malaysia,lebih lebih lagi pemimpinnya,tempat teratas dalam carta rasuah,pecah amanah.

baca di sini http://shalehudin.blogspot.com/2012/12/owhh-umno-terkantoi-lagi-haram-betoi.html#more

peringatan bagi yang lalai

inagta la semua, kecik besar tua muda, selagi yang bernama manusia,makhlok allah,pasti akan merasai  mati..
bagi yang bekuasa,ingatlah...semua akan di pertanggung jawab kan nanti,,

Saturday, December 15, 2012

anggota perkasa kutip derma untuk utusan yang di saman.

pengarah, juga semua para perkerja utusan amat berterima kasih buat semua anggota perkasa kerana sedia menderma untuk menolong membayar saman.
mereka sendiri pun tak ambik kesah tentang saman tu,,,sebab walau telah di saman berberpa kali,,,mereka masih mengeluar kan berita berunsur fitnah.
punya la baik hati ngo  ini...nan bantu bayar saman.
hahaha,,
sebagai balasan.akan di promosikan lah perkasa satu ngo yang paling berpengaruh..paling mendapat tempat di hati orang melayu

presiden perkasa juga,mengarah kan semua umat membeli utusan,hanya utusan saja lah akhbar yang mendukung perjuangan memertabatkan bangsa melayu dan agama islam di negara ini.

bagus lah perkasa ni,,membantu syarikat yang di saman.tetapi..ape kata kalau duit atau barang kemas yang di kutip itu,,,di gunakan untuk melayu yang hidup susah,,lebih banyak faedahnya.

ikut suka engkau la,,

kalau lah kutipan itu di derma kan di rumah anak yatim,,,lagi banyak berkat nya berbanding menolong sebuah syarikat,,
depa untung juta juta,ada membantu ahli perkasa ke?

ha ha ha,,,

rumah mampu milik di penang

bila KM kata nak buat rumah mampu milik bernilai 70k.melompat semua ahli umno,mana boleh mahal tu...sepatutnya rumah mampu milik bernilai 42k aje..dan bagi pada kontaktor umno yang buat..

kat kg 20 dah jadi dah..peruntukan untuk baiki umah 10k, tapi barang di gunakan sekadar 5k je,,,ape cita?
kawan tu duk buat rumah kosnya 70k, tapi kena sain vocher nilai 120k.
pasal pe ada lebih 50k...sape yang makan duit tu.

baru ni najib datang penang,,berjanji,jika bn memang di penang,dia akan buat 20 ribu unit rumah mampu milik,,beharga 400k..dan boleh di kurang kan kepada 300k..

pakat senyap semua,,


Friday, December 14, 2012

pengadil korea aff suzuki berat sebelah, hangpa marah, tapi bila pru(spr) ,pengadil berat sebelah,,,hangpa pejam mata je

macam macam ulasan kerana kekalahan skuad harimau,,,kebanyakanya menyalahkan mutu pengadil dari korea tu..dah kalah..keputusan muktamad.

banding kan pula masa pilihan raya..ape permainan pengadi atau suruhan jaya pilihan raya,,bertahun tahun buat bantahan,,,mereka buat pekak je..

pengerusi, naib pengerusi,adalah ahli kepada parti yang memerintah..sedikit sebanyak..malah memang banyak pun keputusan atau undang undang akan memihak kepada parti memerintah...

adil ke macam tu?


sebelum buat tak nak pikir...siapa yang rugi? anak bangsa juga,,terutama anak melayu.

hanya kerana se orang mahasiswa yang tak berapa fasih bercakap bahasa inggeris dengan tun mahadir semasa ia menjadi pm dahulu..pm terus pukul rata,,pelajar sekolah dari rendah hingga menengah hendaklah mengguna ka bahasa inggeris di dalam mata pelajaran metematik dan sains..baru mereka akan fasih berbahasa inngeris nanti.
.
saranan yang merupakan suatu perintah kepada kementerian pelajaran, mula membuat pertukaran penggunaan bahasa,,
semua jadi kacau,pertukaran buku buku yang dialih bahasa,menggunakan  dwi bahasa,dan macam macam lagi, banyak juga yang mencari untung atas pertukaran tersebut,kontak buku buku, kontrek cd dan komputer...semuanya perjanjian selama sepuluh tahun.

alasan tahun pertama...kejutan buat murid murid dan guru..
alasan tahun kedua.. mereka sedang menguasai..
sampai sekarang... masih macam dulu juga...
penyudah nya untuk menunjukkan ada peningkatan.terpaksa la memanupulasi staandard untuk lulus matematik dan sains

baca di sini http://jalanpulang1978.blogspot.com/

hujan dah turun,katak mula bernyanyi nyanyi

banjir besar belum pun di ketahui..cuma hujan je yang dah mula turun,,,dah banyak katak katak berbunyi..baru baru ni..se ekor katak,denagn pujuk rayu bodek bodek,,dah di terima oleh sekumpulan musang berbulu ayam,,

ada seekor katak,,telah jadi ketua kumpulan,punyai ahli ratus ribu,,takut nak bertanding atas kekuatan ahli ahli nya,,menempek nak masuk juga kumpulan musang,tapi tak di terima,,

siap ugut ugut lagi...hahaha,, katak ugut musang,,
ada musang nak heran?

halo brader,,,orang dah tak nak...hang bukan boleh percaya sangat,,,
hang ada pengaruh. l
hang ada pengikut
pasal ape nak masuk kumpulan musang?

nampak sangat hang sendiri tak percaya yang pengikut kumpulan hang nak pilih hang dalam pru nanti,,

bodek lebih kuat lagi,pasti kumpulan musang akan ambik hang jadi pencacai...

hahahaha...katak yang sedang ketakutan..

Thursday, December 13, 2012

eh betul ke ni? we are the cham..bukan aff suzuki, tapi rasuah.

mana nak letak muka?letak je bawah tempurung retak,

''Kalau ada yang menghina Anda, anggap aja sebagai sebuah pujian bahwa dia berjam-jam memikirkan Anda, sedangkan Anda tak sedetik pun memikirkan dia," ujar Habibie melalui akun facebook The Habibie Center.

memang betul pun,berjam jam,berhari hari si mamat ni memikirkan cara nak menhina.nak memalukan anwar juga bj habibie ni..

habibie cuma kata ,tak ada masa pun nak memikir kan tentang mamat ni,,kenal pun tidak gamaknya..

hahaha...malunya,,

,sejak bila pula pengantin lelaki pakai wali..

ni ada satu cerita manusia maelayu yang mengaku islam,tapi hukum hakam islam hapah pun tak tau,
itu baru bab rukun nikah yang cuma ada 5, belum lagi rukun solat yang ada 13..

melaysia semakin maju,melayu mengaku islam juga semakin pandai membuat rukun nikah sendiri.

jurunikah tu,,yang menikah kan apek ia itu tgna, wali pula adalah ayah bagi pengantin perempun..yang mewakilkan tgna menikahkan apek untuk anaknya,,

pe jadah pulak apek kena pakai wali...

bengong...p ngaji dulu..

nampaknya pru 13 ini ,yang terakhir buat bn

pengakhiran pau yang lepas,,pesta tangis menangis ke banyakan perwakilan,sahingga ada yang mendapat gelaran datuk,,semuanya tak memberi makna lagi,,persidangan yang banyak mengondem pakatan rakyat tidak banyak membawa kebaikan lansung,

majoriti umat melayu, tertanya tanya,,ape agenda memartabatkan melayu ?
terbangkit pula cerita datuk yahya yang di halau keluar rumah..macammana parti yang mempertahan kan melayu boleh tak tau tentang ke susahan orang melayu sendiri?

berbangkit pula cerita pelesit jalanan, yang hanya cuba nak mendapat simpati penonton akan perlunya perangkap laju di kuat kuasakan..
sedang kan majoriti rakyat dah tau,,perangkap itu bukan untuk mengajar,,tetapi untuk keuntungan mudah untuk syarikat juga kerajaan..

perhimpunan orang india atas masaalah kewarga negaraan juga membuat rakyat membuka mata,,

pengakuan bersumpah oleh aahli parlimen sabah yang mengatakan umno sabah tidak pernah mandapat ape pe sumbangan sebanyak 40 juta, membuat kan umno terkedu...banyak tu,,40 juta untuk ketua menteri sabah,,

pengakuan deepak tentang akuan bersumpah PI bala yang ke dua juga membawa bala..

isu felda pun tak habis habis...

macam mana ni?

pengakuan musa hasan,juga suatu yang sangat membimbangkan ...

Jahanam,kalau ikut gaya nya,,hancur juga bn kali ni...

Wednesday, December 12, 2012

datuk yang tak seperti datuk datuk lain


ikhsan. nescafeais.com

Isteri kepada pelakon veteran Datuk Yahya Sulong,84, iaitu Datin Alisah Ali berasa malu apabila perlu membawa gelaran yang dikurniakan kepada suaminya disebabkan kehidupan mereka yang dihimpit kesusahan.
Alisah berkata, terdapat individu menghantar surat dan berkunjung ke rumahnya di sebuah flat di Sentul dekat sini untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.
“Ada orang datang ke rumah saya minta derma. Saya nak korek duit dari mana? Kami ni susah. Orang ingat bila kita ada pangkat Datuk, kita ni kaya?” ujar Alisah.
Datuk Yahya Sulong pernah dihalang oleh isterinya dari menerima gelaran datuk yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perlis kerana tidak sesuai dengan suasana kehidupan mereka. Bagaimanapun yahya Sulong tetap berdegil kerana menganggap gelaran itu adalah untuk mengenang jasanya sebagai anggota keselamatan yang berkhidmat mempertahankan negara pada tahun 1948 dan bukan atas kapasiti seorang artis.
“Pada tahun 2009, tiba-tiba saja orang panggil dia Datuk. Saya tak tahu pun. Dia ambil gelaran itu senyap-senyap. Saya bukan apa, orang ingat sesiapa yang ada Datuk kaya tapi kami bukannya macam itu,” katanya.
Daripada mana beliau dan suami menyara kehidupan?
Alisah memberitahu mereka mengharapkan bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM400 sebulan dan juga wang pencen salah seorang arwah isteri Yahya sebelum ini iaitu dalam jumlah yang sama. Wang sebanyak RM800 itu digunakan untuk membeli makan minum serta keperluan ubat-ubatan Yahya yang semakin uzur.
“Kos untuk beli ubat suami saya pun bukannya sedikit. Dia mengidap macam-macam penyakit tetapi syukur jugalah ada pihak-pihak tertentu dan juga persatuan artis yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan,” katanya.
Alisah berkata walaupun dihimpit kesusahan dia tidak pernah meminta sumbangan daripada sesiapa pun kerana tidak mahu dituduh terlalu bergantung dengan orang lain.
Sebaliknya kata Alisah, sumbangan yang diterimanya selama ini adalah atas rasa belas individu yang melihat kesempitan hidup mereka.
Yahya atau nama sebenarnya Yahaya Loong pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang dekat sini pada 20 Februari lalu akibat terjatuh daripada bilik air selain menghidapi beberapa komplikasi penyakit lain termasuk asma. Yahya yang pernah berkahwin sebanyak empat kali mempunyai 11 orang anak.


Read more: http://www.nescafeais.com/isteri-yahya-sulong-malu-denga-gelaran-datuk/#ixzz2Eq4ltJJo

kerana mulut longkang,orang lain bakal jadi mangsa.

gatai mulut sangat..engkau pilihan raya yang lepas pun tak menang nak kondem presiden Indon.
dia buat salah ape kat engkau sebenarnya,
nak ikut kan dia lansung tak kenal engkau,,
sedangkan rakyat negara nya menyanjung dia, enkau pulak nak menganjingkan dia,
berapa ramai rakyat nya yang sanggup bergadai nyawa untuknya,,
tunggu mulut gatai tu nak kena cili kot
tak pun pasal mulut longkang ni la,ada nyawa rakyat malaysia yang terancam.sedangkan kalah bola sepak je depa macam hilang akai, ni pulak dok usik bekas persiden mereke..

janji allah kepada pemimpin.

Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya: Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga. (Riwayat imam muslim)
 



berbuat janji tapi tak di tunai kan,,terima la balasannya..

Tuesday, December 11, 2012

ce dema memandu di lebuh raya di waktu malam,,kenapa papan tanda kemera tak memantul kan cahaya?

sepanjang perjalanan aku dari kajang menuju ke kedah,,terfikir aku tentang papan tanda kemera pengawasan jalan tu,,
mengapa ye,,kebanyakan papan tanda memberitahu jarak sesuatu tempat menggunakan bahan yang memantulkan cahaya..dalam jarak 500 meter semua dapat di baca dengan jelas,,
kenapa papan tanda kemera pengawasan itu,,bukan dari bahan yang memantulkan cahaya.?
ada agenda sembunyi ke?
kalau di waktu siang,ye memang tak ada masaalah..kebanyakan pemandu akan dapat melihat dengan jelas,,
di waktu malam..kalau menggunakan lampu rendah...sorry la ...memang tak nampak lansung papan tanda tersebut,,
minta tolong la...tukar kan papan tanda tersebut..kemera mahal,,tak kan papan tanda kemera tu..yang low klas punya..
kalau kata nak buat perangkap,,,lebih baik jangan letak pun papan tanda tu..lagi bagus..

wei,,,aku nak juga sebiji umah

bertahun tahun dah aku kerja,,jeles nya tengok orang ada umah,,,aku dah beli sebijik kat kg pokok sena alor setar kedah. tahun pembinaannya pada 2005..sampai sekarang,disember 2012,tak siap siap lagi..haram jadah punya pemaju,bulanan 480 rm.tak pernah mis bayar pun..
baru pak jib.umumkan, umah mampu milik.syoknya dengar,,tp macam haram jadah juga,,mampu milik ke kalau 400.000 rm sebijik bagi orang macam aku ni,,
tkat kerja makan gaji ngan kerajaan,,makan gaji ngan swasta pun...terkencing nak memnbayar bulanan,
najib nak tolong orang miskin ke atau orang susah ni?
ni sape nak tolong aku yang tak berumah ni?

Saturday, December 8, 2012

nanti.sisa nya boleh ambik sorang sikit...buat baja

 kesiannya.
ia lebih kurang macam makanan yang kita makan...memang tak bahaya,,
tapi selepas di proses di dalam perut.
keluar kat punggung,,,ada siapa yang nak pegang?...

semua pakat nak rasa,tanah  yang di imprt,

nanti makcik makcik, minta la depa hanta kat umah sorang sikit na,,buat baja.

Friday, December 7, 2012

kenapa kaum cina terima lynas di kuantan ,agaknya lah

agaknya  kan.
itu kata pemimpin je,,,bukan ada bukti pun...
bukan boleh percaya sangat depa ni..
ada ke depa buat demo,buat perarakan menyokong lynas seperti depa buat demo anti lynas?
ada ke depa buat program berjalan kaki anty lynas sampai ke kl?
ada ke depa buat tshirt menyokong kilang tersebut macam depa buat baju anti lynas?

Ape? tak ada ke?
abis tu yang kata kaum cina menyokong lynas tu..datang dari mana?
kalau hanya sekadar sorang dua ketua cina bagi tau,,,itu bukan bermaksud semua,,
itu hanya propaganda je..
nak memberitahu negara,bahawa kaum cina menyokong bn.
kan dah nak pilihanraya ni.

kat kuantan tu,,,rasanya bnyak melayu dari cina,,
dulu depa buat anti lynas sebab sayang kan bangsa melayu,tak mau nanti terkena sakit akibat kilang tersebut.
tapi di sebabkan melayu semua sokong,,nak kan kilang tu beroperasi,maka biarkan lah,,,buat pe nak susuahkan diri,,
orang melayu kan bijak.kilang yang mungkin berbahaya tu,banyak mendatang kan menafaat.
asap nya membawa udara segar,,
bahan buangannya boleh di buat baja,,
jika di buang kelaut,,,sumber makanan ikan,,
tentu hebat kan.


ape punya turrr, tak ada aes je,,kemalangan pun berlaku

bukan aku yang cakap.tetapi ketua pengarah jpj yang cakap

Katanya, aspek kepentingan moral iaitu menjaga kepentingan nyawa awam perlu diutamakan berbanding soal hak dari segi undang-undang boleh dipasang atau tidak kamera AES.

"Kami hendak menjaga nyawa orang ramai. Mereka hendak menghalang usaha ini... ini soal moral," kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz2ELcD3NZ9


kalau sekadar menggunakan kamera, menangkap yang berbuat salah,belum cukup berkesan lagi untuk mengelakan kemalangan, jalan raya yang rosak juga penyebab kemalangan,ketiadaan lampu jalan juga penyabab kemalangan,,
kemera di gunakan hanya untuk menangkap,,kalau tak ada kemera pun,,kemalangan masih boleh berlaku di sebab kan faktor lain...
jalan raya yang berlubang. jalan raya yang sempit,jalan yang di naiki air,,,ah seribu macam alasan lagi.

bukan rakyat tak tau,,,kamera aes tu sumber duit, lubuk emas,,tu la yang beria ria nak gunakan juga,kan kan?


ahli umno tak boleh sombong..kata che det..tetapi..

mereka ini lah yang paling sombong.bukan kata pemimpin je...sampai ke jkk kampong pun sombong  semacam je..
dari dulu lagi, mereka ingat tanah bertuah ni pusaka mak bapak mereka,,
dengan sombong nya mereka kata dengan perjuangan mereka la tanah ini merdeka,,menafi kan penglibatan orang lain adalah satu pembohongan yang nyata..
mereka boleh sombong kerana kuasa di tangan mereka,,tunggu masanya kesombongan mereka di balas dengan penuh kehinaan,
tak sombong ke kalau belum bertanding lagi dah kata boleh menang,,,siap nak potong telinga lagi..
tak sombong ke kalau mengaku kononnya mereka lah pejuang islam,sedang anak isteri depan mata tak tutup aurat?
betapa sombong nya pemimpin mereka,,segala pendapat orang lain tak nak terima walaupun ternyata lebih baik,,masih nak guna akal sendiri kononnya ia paling baik..lihat saje pennyenaraian saham felda,
tengok saja pemimpin wanita nya,,,ternyata memang keluarga nya mendapat berjuta rm,dengan sombong dan bongkaknya,,,masih tak mau mengaku.
kesombongan ketika berkuasa , contoh nya mb selangor,,memalu kan ketua daerah dengan menghadiah kan penyapu...dah allah telah membalas perbuatan itu dengan menjatuh kan dan menyediakan hukuman penjara kerana rasuah..
kerana kesombongan mereka la...dari 3 juta ekar tanah rizab merlayu tergadai..sekarang hanya tinggal kurang dari 1,5 juta je..
allah maha besar...pasti ada balasannya,,

Thursday, December 6, 2012

lagu baru...kanak kanak main ipad

yang main api tu,,hangpa la,,bodoh piang..buat pe kerja tak nak pikiaq..
mana alasan yang kuat mengata kan atas sebab pas dan pkr..tanah di pijak milik orang...
setan mana yang menjualnya?
ce baca cita
dulu main api, semua cerita sembunyi...la ni  main ipad,maklumat di hujung jari,,,

mekasih suara sang merbok.blogspot

BN Kedah rugikan RM400 juta wang rakyat!!!


SENARAI ‘BIAWAK HIDUP’ TINGGALAN BN KEDAH 
(DIKEMASKINI)


Senarai projek di mana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ‘pikul biawak hidup’ akibat onar yang dibuat kerajaan BN dahulu.


1) Yayasan Islam disaman RM11 juta

Akibat penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini, maka Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) di bawah kerajaan negeri Kedah kini diperintahkan mahkamah membayar sebanyak RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd.

YIKed di bawah pemerintahan yang lepas gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama, dalam projek besar yang dimulakan di zaman Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.

Long Island Development Sdn Bhd (syarikat bersama YIKed + Long Island Properties) bertanggungjawab tebus tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad, tapi gagal tebus lagi 16 keping tanah.

Atas ‘arahan politik’ walaupun tanah tersebut belum dimiliki Pejabat Tanah Galian dah keluar surat hakmilik dan ubah syarat, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Exco. Jadi, satu tanah ada dua hak milik. Maka Syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL) Southern Finance Berhad pun menyaman YIKed RM11 juta dan mereka berjaya di mahkamah.

YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan diselesaikan secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.

2) RM6.15 juta hilang, RM2.16 juta disaman projek udang

Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun bersama seperti dalam perjanjian.

Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60.

Hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama. KASB tidak dibayar satu sen pun keuntungan. Rupanya duit itu juga tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan. Ke mana duit keuntungan sebanyak RM6.15 juta itu pergi? Inilah baru penyelewengan namanya dan polis mesti siasat ke mana perginya duit itu. Adakah ia masuk ke dalam kantung dana politik UMNO?

Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta.


3) Kerajaan negeri akan disaman RM22 juta

Sebuah syarikat besar dalam proses menyaman kerajaan negeri Kedah sebanyak RM60 juta ekoran kegagalan projek Jerai International Park pada masa Tan Sri Osman Aroff menjadi menteri besar. Syarikat itu dikatakan mendapat pembiayaan dari pihak tertentu di Qatar untuk projek JIP.

Kerajaan pada masa itu melalui Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk melakukan usahasama membangunkan Jerai International Park di atas tanah seluas 1,145 ekar dengan nisbah 40 peratus PKB dan 60 peratus syarikat tersebut. Bagaimanapun apabila projek raksasa itu dibatalkan kerajaan negeri tidak berunding atau membuat penyelesaian dengan pihak berkenaan.

Kerajaan negeri sedang menunggu perbicaraan dan mereka dijangka menuntut gantirugi RM60 juta, dan sebanyak RM22 juta daripadanya adalah melibatkan cadangan tanah untuk projek perumahan.


4) Gagal Projek 990East Langkawi rugi RM48 juta

Projek 990 East Langkawi bermula sejak 15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di England. Ketua Pegawai Esekutif KCB pada masa itu ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana PKB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut tetapi hanya mendapat 20 peratus saham, sedangkan Terra Monda yang membiayai projek memegang 80 peratus saham. Mengapa benarkan pihak asing kuasai pemilikan sampai 80 peratus?

Isu besarnya ialah tanah yang dimasukkan dalam perjanjian itu bukan milik KCB. Terpaksa buat pengambilan terhadap tanah pihak lain yang bukan milik kerajaan negeri, termasuk individu. Terpaksa membayar pampasan pertanian, bangunan dan sebagainya yang melibatkan kos yang terlalu besar sedangkan tidak semua kos tersebut dinilai semasa penilaian agihan saham. KCB juga dikatakan akan membina ‘mahligai’ bernilai RM5 juta untuk pihak tertentu (terdapat dalam terma perjanjian, kini harga cecah RM9 juta). Nilai untuk semua kos, termasuk kos luarjangka yang sangat besar itu, premium tanah sahaja RM39 juta; KCB hanya mendapat 20 peratus saham.

Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.2 billion.


5) Beban dan rugi Seri Temin RM25.6 juta

Syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) di masa BN telah membuat pembayaran di bawah item ‘sumbangan’ sebanyak RM8 juta. Daripada jumlah itu RM7.5 juta tidak mendapat pengecualian cukai kerana sumbangan kebanyakannya dibuat untuk membiayai aktiviti politik UMNO. STDC di bawah PR kena jelaskan cukai RM3.1 juta dan penalti RM1 juta kerana pengurusan lama lambat bayar cukai tanpa rebat pengecualian. Dibebankan pula dengan tuntutan hutang oleh pihak pembekal lebih RM14 juta sehingga memaksa syarikat tersebut hampir gulung tikar.


6) Logi air Padang Sanai & Lubuk Buntar rugi RM145 juta

Kerajaan negeri di zaman BN menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan Pusat, sebaliknya mahu status pinjaman.

Pembinaan logi pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta. Tetapi harganya RM65 juta. Logi pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN, harganya melonjak menjadi RM155 juta. Ia mungkin menjawab persoalan mengapa kerajaan lalu beriya-iya menolak geran peruntukan Pusat. Mereka menerima pinjaman yang memberi peluang menentukan siapa kontraktornya serta tidak terikat dengan harga berasaskan spesifikasi dari Kementerian.


7) Perjanjian dengan Taliworks Langkawi rugi RM125 juta

Di zaman BN, Taliworks dilantik sebagai operator air Langkawi dengan kontrak sehingga 2020. Terma perjanjian sangat merugikan kerajaan negeri kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA) mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.80 untuk satu meter padu air. Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian. Kerajaan terpaksa tanggung setahun RM25 juta, bermakna RM125 juta untuk lima tahun.


8) Kemusnahan alam projek kuari Gunung Jerai

Terma perjanjian berat sebelah (menguntungkan pemaju) dibuat antara kerajaan negeri dengan Syarikat Kemelong Sdn Bhd yang mengusahakan kuari di Gunong Jerai. Sewaktu jadi pembangkang PAS bersama dengan NGO yang memperjuangkan alam sekitar membantah projek tersebut kerana di samping merosakkan sistem ekologi, memusnahkan kawasan tadahan air, ia juga membawa bencana dan kemudharatan kepada penduduk tempatan.

Malangnya apabila PAS memegang tampuk kuasa, kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM40 juta jika mahu membatalkan projek. Jumlah tersebut terlalu besar jika ditukarkan dalam bentuk kebajikan untuk rakyat.


9) Kompleks MPSPK lesap RM10 juta kerja tak jadi

Kerajaan BN pimpinan Mahdzir Khalid telah meluluskan pembinaan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan harga siling RM40 juta, dinaikkan menjadi RM46 juta oleh Pegawai Kewangan Negeri pada masa itu. Projek belum bermula tapi pendahuluan sebanyak RM10 juta diberi oleh kerajaan pada awal tahun 2007 kepada Permodalan Kedah Berhad (PKB) selaku kontraktor pemaju. Anak syarikat PKB, Pembinaan Sintok subkan kerja kepada syarikat rakan MB, Najwa Bina yang tiada dalam daftar PKK. Duit dikeluarkan sebanyak RM10 juta tetapi kerja tidak berjalan. Kerja terbengkalai, menyebabkan kontraktor terpaksa ditukar. Kerajaan kini yang menanggung kerugian yang dibuat oleh BN.


10) Projek balak laluan TEKIH hilang RM3 juta

Dalam projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling, terdapat beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu diserahkan oleh MB BN kepada KCB. Datuk Tajul Urus Md Zain dan menantunya yang bertugas di KCB menguruskannya. KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu. Di hujung cerita (apabila PR mengambilalih Kedah Mac 2008), sebuah site office kontraktor jalan dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan itu. Sehingga ini rekod pembalakan yang dianggarkan lebih RM3 juta itu hilang.


11) Projek Feedlot di Pendang lesap RM3.5 juta

Projek Feedlot di Pendang adalah di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.5 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah.

Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana projek itu hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun.

Kalau KAIMB nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu KAIMB kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang syarikat berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan tidak dibayar. Insfrastruktur yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang serta tiada perjanjian dibuat dengan tuan tanah.


12) Tambah harga RM2 juta ubahsuai Seri Mentaloon 

Majlis Mesyuarat Exco (MMK) di zaman BN tetapkan kerja mengubahsuai kediaman rasmi MB iaitu Kompleks Seri Mentaloon dengan harga siling RM5 juta. Semasa pembinaan syarikat Seri Temin Development Corporation menaikkan harga tanpa persetujuan MMK menjadi RM7 juta. Lebihan RM2 juta itu terpaksa dibayar di zaman Pakatan mentadbir.


Jumlah anggaran kerugian keseluruhan:

1) Yayasan Islam RM11 juta


2) projek udang Kerpan RM8.31

3) Jerai International Park RM22 juta

4) Projek 990East Langkawi RM48 juta

5) Seri Temin RM25.6 juta

6) Logi air Pdg Sanai & Lubuk Buntar RM145 juta

7) Taliworks Langkawi RM125 juta

8) Kuari Gunung Jerai (tiada anggaran)

9) Kompleks MPSPK RM10 juta

10) Projek balak laluan TEKIH RM3 juta

11) Projek Feedlot di Pendang RM3.5 juta

12) Ubahsuai Seri Mentaloon RM2 juta

JUMLAH RM403.41 juta

Wednesday, December 5, 2012

pekejadah pemuda umno datang waktu ceramah pakatan?

datang tak di jemput...
beramai ramai pemuda umno datang waktu ceramah pakatan itu adalah kerana nak menghalang pakatan rakyat dari membuat kecoh,,bukan kah pemuda umno dah anggap diri mereka  sebagai polis bantuan kebangsaan,
muka yang tak malu bertampal kulit babi datang kacau majlis orang, ni ke manusia yang mengaku amempertahan kan ugama dan bangsa?
3 hari 3 malam hangpa buat pau,ada sape yang kacau,,,?
Memang benarlah ape yang mami ijat (L) kata,,akan ada pertumpahan darah macam 13 mei 69, jika pakatan menang,,
inilah geng geng yang bakal menghuru hara kan negara,,
ingat le,,negara malaysia,bukan negara bapak engkorang aje,,ia juga negara bapak orang orang pkr,pas juga,
ingat, orang lain pun ada kaki tangan,,

Tuesday, December 4, 2012

cukup ke sekadar ucapan minta maaf. semua hukuman kira terbatal ke? .

pada aku la,,,
setelah bertahun tahun melakukan kesilapan.melakukan kesalahan,,tidak memadai hanya sekadar meminta maaf je,,mesti ada sesuatu sebagai hukuman..
sedang kan dalam mahkamah,kesalahan memandu laju,,minta maaf lah berjuta kali pun,,hukuman denda tetap ada,,

ape,,,ucapan minta maaf yang ikhlas,,semua hukuman terbatal... undang undang mana yang pm dan pemimpin bn pakai..

hakim kat mahkamah pun tak boleh terima,,,inikan pula bila rakyat jadi hakim..
pemimpin umno ingat,,ucapan minta maaf je,,semua tanah rezab melayu yang tergadai akan bertambah?

ucapan maaf yang ada makna,,tak payah mengaku salah,,,sebab dah ramai tahu,,mereka memang buat salah,,minta maaf tu ikut suka,,,tapi hukuman pasti di kenakan,,

hukuman nya terletak di tangan rakyat pada pilihan raya akan datang,

rakyat selain 3 juta ahli umno,tak sebodoh yang di sangka..

dah 4 tahun berberapa negeri di semananjung ini di perintah oleh pakatan rakyat,,rakyat negeri mana yang merasa mereka di zalimi,,?
berapa orng yang telah di bunuh oleh kerajaan pakatan,,?
berapa ramai pemimpin pakatan yang di dapati menyalah guna kuasa?

Cuba banding kan rakyat di penggerang,,di negri johor,,kubu kuat umno,,tanah penduduk di rampas atas nama pembangunan,,
kubu kuat umno,akan jadi kubur paling besar nanti..

Ujian selama 4 tahun ini,sebenarnya telah meyakin kan rakyat,,termasuk ahli umno sendiri,,bahawa di bawah pakatan rakyat,,mereka lebih terjamin.yang berasa tergugat sebenarnya adalah pemimpin umno yang korap..takut jika pakatan menang..segala kekayaan mereka akan terbongkar..

Usah lah memperbodohkan rakyat ,,
usah percaya propaganda tak ada asas,jika pakatan memrintah,melayu akan terpinggir,melayu akan hilang.islam akan di hina..

hanya mereka yang banyak berbuat dosa pada rakyat yang berasa sangat takut,,


Monday, December 3, 2012

tanah di pijak jadi milik orang sebab hangpa juga la..

dah nak pilihanraya dah ni,,,janganla buat muka seposen.
konon konon sebab pembangkang la tanah milik melayu itu tergadai..
pikir cara logik akal pun hangpa dah salah,pikir cara halus...lagi banyak hangpa salah..
hangpa dapat kuasa...semua hangpa nak jual...dah nak ilang kuasa baru kelamkabut nak betulkan keadaan

persidangan bersama sedara sepusat sepusing. unno

tak sangka,inilah penyokong tegar orang melayu,muka pun semacam,dan ramai juga yang dah mengaku melayu,,
ni la dia,kalau dah pemalas nak buat final check,,,semua pun bingai macam yang menulis benner...
mesti depa tempah kat kedai bangsa nepal,,.

perbezaan bersedia harimau malaya dengan bersedia orang umno

Boleh selute paras telinga untuk m rajagopal, kerana memang sungguh pasukan itu bersedia menghadapi perlawanan,walau pun menghadapi kekalahan,layak  juaga ke separuh akhir, ini baru di panggil jantan walau pun hanya mempunyai 11 orang je,,berani turun padang,

bukan macam orang tu,,cakap berdegar degar,,ahli berjuta juta,berani turun padang bila dah dekat nak pilihan raya,,pulak tu takut nak bagi tarikh pilihan raya..bersedia ape nya,,
orang kalau berani,kalau betul dah cukup bersedia,,buarkan aje parlimen..
buat macam ikon orang melayu..hang tuah,,
ini baru pendekar,,berani ajak hang jebat bertarung,,
baru ajak debat je,tak berani...kalau ajak bertarung...sah sah putih tapak kaki.
 berani mengaum di kandang sendiri je
kata mendapat sokongan penuh dari akar umbi,,
takkan takut kot? hang tuah apenya,,,hang buah kot?

ape cerita nya dengar lagu pun boleh menangis,,menangis beramai ramai pulak tu,,mati ada yang mati je,sedih sangat ke?
sedih tang mana tu?
tanah melayu tergadai? siapa yang gadaikan?
umat melayu terpinggir adalam ke ekonomi?

dah selesai bersidang..yang jauh penat melancung,penat membeli belah,
yang duda penat usya mak janda,
yang pemuda penat mengayat pemudi,,

epe agenda memertabat kan agama?
ape agenda memertabat kan bahasa melayu?
dan paling penting,,memertabat,menjaga orang melayu?

usah mengata dulang,paku serpih,,
pau,atau kuah pau ni,,,sama je,,,berjanji berjanji,,
pilihlah kami,kami akan membantu orang melayu.....dah 55 tahun kata macam tu,,,tatapi yang banyak merempat,,masih melayu,yang banyak miskin masih melayu,,,yang banyak menghuni  pusat seranti juga melayu..
memang tak ada perubahan pun
dah 55 tahun,,masih macam tu juga..
yang kaya raya,,pemimpin melayu yang diangkat menjadi pemimpin oleh melayu yang kurang cerdik..
baru sepenggal jadi pemimpin,,,umah pun dah bertukar,,dari kos sederhana menjadi banglo,,,yang banglo menjadi istana..
3 juta ahli di perbodoh kan oleh tk sampai pun 2 ribu orang yang bersidang..

tu yang aku benci  kalau beli kueh pau ni,,beli pagi,belum sampai petang dah keras kejun,nasib tak baik,,terus  basi..
tak percaya,,,beli la,,