ikhsan. nescafeais.com
Isteri kepada pelakon veteran Datuk Yahya Sulong,84, iaitu Datin Alisah Ali berasa malu apabila perlu membawa gelaran yang dikurniakan kepada suaminya disebabkan kehidupan mereka yang dihimpit kesusahan.
Alisah berkata, terdapat individu menghantar surat dan berkunjung ke rumahnya di sebuah flat di Sentul dekat sini untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.
“Ada orang datang ke rumah saya minta derma. Saya nak korek duit dari mana? Kami ni susah. Orang ingat bila kita ada pangkat Datuk, kita ni kaya?” ujar Alisah.
Datuk Yahya Sulong pernah dihalang oleh isterinya dari menerima gelaran datuk yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perlis kerana tidak sesuai dengan suasana kehidupan mereka. Bagaimanapun yahya Sulong tetap berdegil kerana menganggap gelaran itu adalah untuk mengenang jasanya sebagai anggota keselamatan yang berkhidmat mempertahankan negara pada tahun 1948 dan bukan atas kapasiti seorang artis.
“Pada tahun 2009, tiba-tiba saja orang panggil dia Datuk. Saya tak tahu pun. Dia ambil gelaran itu senyap-senyap. Saya bukan apa, orang ingat sesiapa yang ada Datuk kaya tapi kami bukannya macam itu,” katanya.
Daripada mana beliau dan suami menyara kehidupan?
Alisah memberitahu mereka mengharapkan bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM400 sebulan dan juga wang pencen salah seorang arwah isteri Yahya sebelum ini iaitu dalam jumlah yang sama. Wang sebanyak RM800 itu digunakan untuk membeli makan minum serta keperluan ubat-ubatan Yahya yang semakin uzur.
“Kos untuk beli ubat suami saya pun bukannya sedikit. Dia mengidap macam-macam penyakit tetapi syukur jugalah ada pihak-pihak tertentu dan juga persatuan artis yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan,” katanya.
Alisah berkata walaupun dihimpit kesusahan dia tidak pernah meminta sumbangan daripada sesiapa pun kerana tidak mahu dituduh terlalu bergantung dengan orang lain.
Sebaliknya kata Alisah, sumbangan yang diterimanya selama ini adalah atas rasa belas individu yang melihat kesempitan hidup mereka.
Yahya atau nama sebenarnya Yahaya Loong pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang dekat sini pada 20 Februari lalu akibat terjatuh daripada bilik air selain menghidapi beberapa komplikasi penyakit lain termasuk asma. Yahya yang pernah berkahwin sebanyak empat kali mempunyai 11 orang anak.
Read more: http://www.nescafeais.com/isteri-yahya-sulong-malu-denga-gelaran-datuk/#ixzz2Eq4ltJJo
No comments:
Post a Comment