Tuesday, March 2, 2010

Berebut depa nak keluar PKR, tapi mengapa?

Sedikit sedutan tulisan Dr Syed Husin Ali

Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.


DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN






Rupa rupa nya kebanyakan yang keluar memang ada masaalah dalaman,terutama nya wang, nampak sangat bukan berjuang untuk keadilan rakyat, tap untuk kaeadilan perut dan kekayaan,,,
Elok la keluar awal awal...tidak rakyat sangka kan intan cuma kaca semata mata.
Mengaku la ia lebih bagus dari sebarang alasan yang hanya nak menyalahkan org lain


Tan Tee Beng berkata, salah satu punca utama beliau keluar dari Parti Keadilan rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini adalah disebabkan sikap parti itu yang telah melakukan `pembunuhan karakter’ terhadap dirinya.

Beliau berkata, sebab lain ialah kerana tiadanya saluran yang disediakan oleh parti itu untuk wakil rakyat menyuarakan kritikan.

"Berikutan itu, mulai hari ini saya mengumumkan keluar daripada PKR dan juga meletakkan semua jawatan dalam parti.

Pembunuhan kerier...dasat tu... baik terus berenti je jd YB. hebat sangat ke dia ni.. banyak mana pengorbanan atau bantuan nya kepada rakyat?

No comments: