Sunday, August 29, 2010

Aduss...kantoi lagi....Pelancung asing bukan Islam je diharuskan masuk masjid. YB Teo bukan pelancung

Kantoi lagi apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid.  
Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa :

pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

7. Tindakan dan sikap yang diambil oleh Pengarah JAIS Khusrin Munawi dan Pengerusi MAIS Mohamad Adzib Mohd Isa yang tidak membenarkan non muslim memasuki masjid dan surau adalah bertentangan dengan fatwa yang telah diputuskan baru - baru ini .

Apa agaknya alasan bagi kekantoilan dia atas?
Yang di benarkan oleh Muzakarah Majlis fatwa itu,pelancung asing..YB Teo MP Serdang bukan nya pelancung,,dia rakyat malaysia...Jawapan mudah..Rakyat Malaysia yang bukan berugama Islam di larang masuk masjid.
Itu lah gamaknya jawapan paling bernas oleh Pengarah JAIS...

No comments: