Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor.
Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.
"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.
Ini adalah alasan yang di berikanoleh Pengerusi Felda..
Mengapa peguam yang di lantik gagal hadir?
Kenapa firma peguam tersebut berbuat demikian?
Kena jawab sendiri la..
Jawapan dari aku senang je.. memang felda menipu pun..kalau p mahkamah, akan terbongkar penipuan yang lain pulak...cara paling senag... biar kan peneroka menang dan felda kalah..itu lebih berbaloi dari rahsia mereka terbongkar...
Agaknya la,,,
No comments:
Post a Comment