Thursday, November 22, 2012

AES, mp bn mengundi untuk melaksanakannya,alasannya mengajar bukan untuk menghukum,

Tahniah buat rakyat Malaysia, jika kena saman, jangan tuduh kerajaan zalim,kerajaan hanya nak mengajar,bukan untuk menghukum dan tiada diskaun kalau kena saman..
Nampaknya selepas ini.  akan kaya lah kerajaan Malaysia,maka akan bertambah baik la sistem jalan raya di negara kita,,

1 comment:

Anonymous said...

Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya berbangga bahawa negara kita memiliki teknologi AES setaraf dengan negara-negara maju di dunia.

Kita juga sebagai rakyat Malaysia wajar berbangga jika disaman oleh AES kerana sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan pendapatan negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia wajar berbangga jika disaman oleh AES memandangkan secara jelas kita memiliki kenderaan yang laju di jalan raya.

Malah kita sebagai rakyat Malaysia wajar amat-amat berbangga jika menerima saman dari AES kerana perkara ini adalah dipersetujui oleh ahli Parlimen BN kesayangan kita dengan undi berbelah bagi 78 berbalas 49, saya sayang sayang sayang sangat BN, buatlah lagi banyak undang-undang yang boleh buat kami kena saman sebab saya cukup patriotik.

Oleh yang demikian, sesiapa yang kena saman wajar berbangga untuk beratur dalam barisan untuk membayar saman. Sesiapa yang pergi bertemu dengan peguam-peguam KASE yang dikendali Mahfuz adalah pengkhianat negara kerana berani untuk berlawan kerajaan.

Sila bingkaikan surat saman AES dan resit pembayaran di dinding rumah anda sebagai tanda anda seorang yang amat patriotik kepada negara.

Yang benar,

Saya yang tidak memiliki lesen kenderaan motor.

* Seandainya aku adalah UMNO totok.