Tuesday, June 8, 2010

Rayuan tokey judi agar sama sama melanggar hukum Allah.Negeri di bawah BN semua dah setuju..bagus la...

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu,


 Sampai macamtu sekali dia ni ngajak orang melanggar hukum allah, yang melulusnya pun ada share dapat bala allah

Kalau la depa ni islam, tentu depa ni tau tengtang hukum hakam halal dan haramnya judi..tapi awatnya depa buat bodo je?

Pernah ke ada berita ngatakan kan berjudi boleh jadi kaya? yang kaya nya tokey, yang lain papa kedana adalah

Negara Islam, pemimpin Islam tapi awat depa ni tak reti reti?
Ni la dia kalau dah tak reti halal haram..

Macamni la senang cerita,,pakat pakat lah semua ahli umno, bertaruh la duit mana yang ada, demi membantu ekonomi negara..Jika di takdirkan nyawa di cabut..katakan la mungkar dang nangkir..pemimpin kami telah menghalal kan judi ke atas kami..dan biar la pemimpin kamu pula menjawab nanti...Toke judi kata berjudi ini akan menaikkan ekonomi negara,,,

No comments: