Sunday, June 13, 2010

Rilex sat

Kisah tragis yang selalu terjadi selepas perkahwinan

SOPPING
Awal perkahwinan
Isteri: Bang jum kita p shopping
Suami: Kom la...duk umah pun bosan gak ni

Pertengahan perkahwinan
Isteri : Bang jum kita p shopping
Suami : Abg penat la, ayg p la sendiri, naik lrt ke..teksi ke

Penghujung perkahwinan
Isteri : Bang jum kita p shopping
Suami : Ape shopping shopping,aku lempang kang..

KEMAS RUMAH
Awal perkahwinan
Isteri : Bang. ayang masak abg kemas rumah ye
Suami : ok..no problem for u die also can la

Pertengahan perkahwinan
Isteri : Bang..ayang masak.abg kemas rumah ye
Suami : Saya penat la..awak je la yang buat

Penghujung perkahwinan
Isteri : Bang,,,ayang masak,,abg kemas rumah ye
Suami : Ape kata awak masak, awak kemas rumah,,awak buat semua..nia awak tak nampak saya dok baca paper ni

ANAK
Awal perkahwinan
Isteri : Bang..ayang ngandung
Suami : Abg tak sabar nak tengok..mesti comel macam ayg

Pertengahan perkahwinan
Isteri : Bang,,tolong buat susu anak
Suami : Abang ngantuk la..ayang buat aja lah

Penghujung Perkahwinan
Isteri : Cuba awak tegur anak tu sikit, suka buat menda tak elok
Suami : Aii..anak awak, memeng ikut perangai maknya..buruk!!!

MASAK
Awal perkahwinan
Isteri : Bang..ayang tak pandai masak..
Suami : Tak pe..biar abg masak

Pertengahan perkahwinan
Isteri : Ayang tak pandai masak
Suami : Masak je la ape ape pun

Penghujung perkahwinan
Isteri : Ayang tak pandai masak
Suami : Bakar je la dapor tu

MAKAN
Awal perkahwinan
Isteri : Bang ari ni makan kat kedai ye
Suami : Okey... no problem

Pertengahan perkahwinan
Isteri : Bang hari ni makan kat kedai ye
Suami : Awak tak boleh masak ke

Penghujung perkahwinan
Isteri : Bang ari ni makan kat kedai ye
Suami : Awak nikah je la ngan mamak kedai tuu


Tak ada la smapai macam ni kot,, hanya sekadar hiburan je..mungkin pernah terjadi kot...

No comments: