Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini (15 Julai).
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.
Perdana Menteri ketika mengumumkan kenaikan memberikan alasan.
Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.
Sekarang ni..kena buat dua versi..gula rakyat malaysia, gula warga asing, bagitu juga dengan minyak..
Sebab warga asing la maka kerajaan malaysia menaik kan harga minyak..biar warga asing yang punyai kereta mewah terasa akan kenaikan itu.
Rakyat malaysia kebanyakan nya guna proton..jimat minyak..
Betul la yang pm cakap...kebanyakan bangla yang kerja kilang,kerja kat felda..indon yang kerja buat bangunan,, kesemua mereka guna kereta mewah..
Mangkok sungguh..berapa ramai sangat rakyat asing yang ada, berbanding dengan rakyat Malaysia sendiri?
Ini bukan nyusah kan rakyat asing, tetapi menyusah kan rakyat sendiri..Bengong betul la..
Sebab warga asing yang tak berapa kerat punyai kereta mewah...semua rakyat jadi mangsa kenaikan harga minyak..
Memang naiknya tak banyak mana, tetapi terfikirkah oleh pm yang bijak kesan kenaikan minyak itu kepada kenaikan harga barangan yang lain?
Sikit hari lagi.bukan roti je naik harga, biskut biskut kering juga akan naik harga,, siapa yang akan membayar akan kenaikan harga ini?
rakyat juga...
Bijak bijak..
Kata la yang sebenar nya..kerajaan dah tak ada duit..bukan masaalah penggunaan oleh warga asing atau kilang...
Depa nak tipu siapa sebenarnya ni?
No comments:
Post a Comment