Tuesday, July 20, 2010

Datuk Mufti...boleh tak buat kerja sebagai mufti je..Bnayak lagi kemungkaran yang belum di atasi,, tak payah le sebuk pasal politik

 Utusan online 20 Jul 10

Ulama cadang UMNO dan Pas berdialog

KUALA LUMPUR 19 Julai - UMNO dan Pas disaran berdialog dalam suasana penuh ikhlas dengan hati terbuka demi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Kenapa melayu nak hilang kuasa pula? Sebab umno akan kalah la tu..
Selama ini..telah bertahun umno mendapat kuasa melayu, tetapi melayu umno inilah yang memusnahkan melayu juga ISLAM.. DATUK MUFTI BUTA KAYU KE?


Para ulama di negara ini berpendapat, cara berdialog sahaja dapat menghapuskan persengketaan antara dua parti terbesar orang Melayu itu.

Datuk mufti sendiri pun tahu, umno dan pas ada parti melayu terbesar,,,sepatut nya datuk seru semua ahli umno itu masuk Pas..

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, menerusi dialog juga boleh memberi peluang kepada UMNO menjelaskan secara konkrit mengenai dasarnya yang selama ini dituduh sebagai parti sekular.

Nak jelaskan ape lagi ni datuk mufti...datuk ingat selama ini Pimpinan Pas ini buta atau pekak ke dengan ape yang telah umno lakukan yang mencerminkan ke sekularan parti tersebut?
Datuk sendiri yang buta kot?

Beliau berkata, realitinya UMNO selama ini mendokong Perlembagaan yang mendaulatkan Islam termasuk memperuntukkan kewangan yang banyak untuk pendidikan agama, ekonomi umat dan juga kewangan Islam.
"Isu-isu seperti ini antara yang harus dibincangkan supaya rakyat tidak lagi keliru dengan persoalan pihak mana yang lebih Islam dan tidak Islam sedangkan umat Islam mengucap dua kalimah syahadah, ibadah yang sama dan tidak mengamalkan fahaman sekular," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Realitinya mendokong juga merebahkan islam,,rakyat yang memahami dan tiada kepentingan politik tidak pernah keliru yang mana lebih islam..
Bukti yang sangat jelas..Siapa kan yang mengharamkan tazkirah2 di bulan ramadan? 
Siapa kah yang menutup sekolah agama rakyat?
Siapa kah yang menentang perlaksanaan hukum hudud?
Siapa kah yang mempersenda kan hukum hukum allah?
Datuk mufti nampak.dengar, tapi tak pernah bersuara.. kenapa?

Beliau mengulas kebimbangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu boleh hilang kuasa sekiranya UMNO dan Pas enggan bersatu.

Datuk mufti tak bimbang ke dengan kadar murtad yang berleluasa?
Kadar anak melayu islam yang melahir kan anak luar nikah?
Kadar penurunan akhlak melayu islam?
Yang lebih besar,,datuk tak takut ,,,di akhirat nanti datuk akan di tanya tentang ape yang telah datuk laku kan demi agama allah ini..
Ada datuk fikir akan pertanyaan allah tentang penyatuan parti politik melayu ini ke?

Bukan kuasa Melayu yang hilang,, tetapi kuasa membodohkan melayu yang di pegang oleh umno itu akan hilang..Itu lah yang sebenarnya.
Selama ini pun..tak pernah bersatu pun antara pas dan umno..tetapi kuasa melayu tetap ada..kenapa sekarang pula ianya menjadi satu ketakutan bagi mufti kuasa melayu akan kehilangan kuasa pula?
Semasa pas menganggotai  umno..ape yang telah lakukan?
Umno mengkhianati akan pas..

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, saranan Harussani itu harus dijadikan iktibar kepada semua pihak supaya lebih mengutamakan perpaduan.

Yang memain kan peranan utama dalam menyatukan sesuatu kaum..bukan kerana bangsa, tetapi kerana ugama.
Nabi Muhamad juga tidak dapat nak menyatukan bangsa arab jika berdasar kan kepada bangsa,, tetapi ia melakukan juga demi ugama.Dan seluruh bangsa arab dapat bersatu..
Itu yang sepatutnya datuk mufti lakukan,,

Ismail berkata, menerusi dialog akan dapat memberi kefahaman jelas kepada orang Melayu tentang Islam, makna Islam, perjuangan Islam dan sebagainya.
"Apabila hal-hal ini diselesaikan maka orang Melayu beragama Islam ini akan menjadi orang yang terbuka mentalitinya dan tidak lagi taksub dengan individu tertentu dalam politik negara ini," katanya.

Nak berdailog lagi...bukan masanya nak berdailog..berapa lama umno berkuasa, orang melayu islam masih di tahap dulu juga,,
Bukan kerana taksub pada individu kerana politik tetapi kerana politik individu itu menjelaskan tentang hukum hakam islam yang sebenar..Sebagai se orang pemimpin parti yang menjalan kan ajaran islam..tentu lah orang akan menghormatinya,,

Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz berkata, hanya dengan perbincangan sahaja dapat menghuraikan segala permasalahan antara kedua-dua belah pihak ini.
"Ketepikan dahulu fahaman parti masing-masing sebaliknya gunakan peluang ini sebagai jalan terbaik untuk mengukuhkan perpaduan ummah supaya Melayu dan Islam terus berkuasa di negara ini," katanya.

Bukan nya baru ini je pas telah menyertai umno..telah berberapa kali pun..
Perjuangan pas untuk menegakkan islam yang benar telah di tolak oleh umno..Apa yang umno mahu..adalah islam acuan mengikut kehendak umno sahaja..

Abu Hassan menyarankan UMNO dan Pas perlu mengambil iktibar sejarah puak Aus dan Khazraj di Madinah yang telah bersengketa selama berpuluh tahun tetapi akhirnya kembali bersatu demi perpaduan ummah.
"Jika umat Islam bersatu maka mana-mana pihak yang mahu melihat umat ini saling bertelagah tidak akan berjaya," katanya.

Memang benar jika umat islam bersatu...sememang nya amat baik..
Yang umno mahukan sekarang adalah penyatuan bangsa melayu,,
Memang kebanyakan bangsa melayu adalah islam..
Tetapi islam yang berbeza,,Bukan kah umno mengamalkan Islam Hadiri..
Islam yang berbeza..
Jika benar mereka ingin kan tentang penyatuan ummah melalui agama..telah lama hukum hudud yang di rancangkan oleh pas,,yang mengikut ajaran islam sebenar di terima oleh umno..
Itu adalah bukti yang sangat jelas..umno tidak mahu akan ajaran islam sebenar,,
Bukan saja tidak di terima,,malah di permain main kan pula tentang hukum tersebut..

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut pula mahukan orang Melayu bersatu dengan mengambil falsafah bahawa seekor harimau itu digeruni hanya kerana kelebihan taring dan belangnya.
"Begitu juga dengan orang Melayu maka perlu bersatu supaya Islam ini terus digeruni oleh bangsa lain," katanya.
Nooh berkata, Islam juga menyarankan umatnya tidak berpecah belah kerana kelemahan ini akan digunakan oleh musuh untuk memusnahkan perpaduan yang disemai selama ini dengan mudah.

Islam itu bukan hanya untuk melayu ..tetapi untuk semua..
Umno adalah untuk melayu yang islam sahaja..
Pas pula adalah untuk semua bangsa yang islam..

Buat umno...
Dah sakit, dah hampir nak pupus,,dah nak PRU 13.
baru nak sedar 
Tak payah mainkan sentimen kuasa melayu akan hilang..selama ini pun melayu memang tak berkuasa ape ape pun..
Sekadar di permain main kan mereka yang gila kuasa dan tamak akan harta,,
Itulah yang sebenar nya..


Buat datuk datuk mufti..
Sejauh manakah ke berkesanan datuk mufti di dalam menegak kan syiar islam?
Masih ramai melayu islam yang buta akan akan ajaran Islam..
termasuk la akan pemimpin politik yang datuk mufti agong agong kan itu..
Sebanyak mana berani nya datuk datuk mufti di dalam menegur akan pelanggaran ajaran islam yang telah mereka lakukan...
Tugas datuk adalah menegak kan islam..bukan nya berpolitik..


Tepuk dada tanya iman masing masing...

No comments: