Wednesday, June 15, 2011

Perkasa di naik taraf polis pencegah rusuhan.

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai “mengacau”.


Sengaja nak mencari  publisiti murah la tu...Mengacau  yang macam mana di maksud oleh perkasa tu...tak faham la...
Sejak bila pulak perkasa di beri kuasa untuk menghalang perarakan bersih ni...

Ketuanya, Ibrahim Ali berkata PERKASA akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”. - mkini

Nak bukti ka pada siapa sebenar nya ni? pada kerajaan malaysia? pada pe em... yang konon nya perkasa 
ni hebat?
Semua rakyat dah tau..perkasa nakmengampu, nak membodek..kalau kalau pilihan raya kali ini..ada tempt untuk ketuanya masuk bertanding...
Tak ke gitu?

Saturday, June 11, 2011

Makcik...ni bukan pasal dengki...

hahrizat: Tiada majlis perkahwinan anak PM di Kazakhstan

10/06/2011 8:45pm

KUALA LUMPUR 10 Jun — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan antara menteri pengiring dalam lawatan rasmi Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kazakhstan, hari ini mengesahkan bahawa tiada majlis perkahwinan anak Perdana Menteri berlangsung di negara tersebut.
"Mungkin pihak pembangkang berasa amat cemburu dan dengki atas kejayaan lawatan Perdana Menteri dan isteri sebab itu mereka menyebarkan fitnah yang dahsyat ini,” katanya. — Bernama

Awat la makcik ni tak boleh nak pikiaq...tak ada sape nak dengki atas kejayaan lawatan tu...masaalah nya...pergi kesana tu mengunakan duit rakyat.. salah ke rakyat bertanya?

Selama ni pun dah beratus kali malah beribu lawatan menteri menteri keluar negara,konon nya semua berjaya...nak tanya juga..ape yang berjaya tu?

Berjaya ngabih kan duit rakyat tu adalah,,rakyat masih macam tu juga...

Berikan satu alasan yang kukuh apa yang rakyat dapat dengan berjaya nya lawatan makcik juga menteri2 yang lain?
Ape yang makcik bawa untuk pembangunan wanita keluarga dan masyakat?

Dah tentu tentu anaknya dak kawin orang sana secara kebetulan ke lawatan tu kesana..atau sebenarnya memang ada kena ngena dengan urusan perkahwinan?
Agak agak makcik...siapa yang nak percaya alasan makcik tu?

Pengedar Video porno melalui pos tak kena ape2 ke?

Pemandu bas tayang VCD lucah dijel 3 tahun

10/06/2011 8:28pm

MELAKA 10 Jun - Seorang pemandu bas dihukum penjara maksimum tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan cakera padat video (VCD) lucah kepada seorang penumpang wanita warga Indonesia di dalam bas yang dipandunya Isnin lalu.
P. Kanapathy, 38, turut berhadapan dengan tuduhan cuba merogol wanita tersebut tetapi bagi pertuduhan kedua ini, dia mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Bagi tuduhan menayang VCD lucah, lelaki itu didakwa telah menunjukkan secara awam VCD lucah bagi maksud menawar atau mencuba melakukan sesuatu perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap seorang wanita.

Macam mana ni..pengedaran video sex yang konon nya mirip ketua pembangkang masih berleluasa..bukan sekadar di pasar pasar malam, malah telah di poskan kerumah rumah..
Pelik juga kan?

Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah,” katan.Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah

Trio datuk yang menayang kan video tersebut kebal ke sampai polis tak boleh mendakwa ke depa tu?
Pasal pe pemandu bas tu boleh di dakwa. tetapi datuk2 tu tidak?

Prisiden pemikir kata Pas semakin terpesong..Tolong la jawab...

Pas semakin terpesong

KUALA LUMPUR 9 Jun – Orang Melayu diminta agar tidak lagi menyokong Pas kerana perjuangan parti itu semakin terpesong dan mengetepikan Islam.
Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, Pas kini bukan sahaja bersekongkol dengan DAP malah tunduk kepada ideologi parti itu.
Menurut beliau, Pas sanggup diperkudakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh semata-mata demi menjayakan agenda politik masing-masing.
“Nyata sekali Pas kini tidak lagi memperjuangkan Islam kerana bersekongkol dengan DAP yang lebih cerdik daripada mereka. Dahulu Karpal pernah kata langkah mayat dia dahulu kalau Pas mahu menubuhkan negara Islam. Sekarang belum apa-apa, Pas mahu jadi negara berkebajikan pula.
“Di mana keikhlasan perjuangan Islam mereka? Saya menyeru orang Melayu jangan lagi menyokong Pas kerana mereka tidak lagi memperjuangkan Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kamaruddin berkata, perjuangan terbaru Pas iaitu menumpukan kepada negara berkebajikan membuktikan parti itu sanggup mengetepikan perkara yang bertentangan dengan prinsip mereka hanya kerana mahu memerintah negara sedangkan UMNO sejak lebih 50 tahun lalu telah melaksanakan projek-projek kebajikan bagi membantu rakyat.
“Mereka ini suka putar-belit. Dahulu mereka kata macam-macam kepada Melayu dan UMNO termasuk kafirkan ahli-ahli parti itu. Sekarang mereka jilat balik kata-kata itu. Mereka bersekongkol dengan DAP. Orang Islam patut bercakap benar, ikhlas dan jujur.
“Ini bukan perjuangan sebenar Islam. Tukar sahaja nama kepada Parti Amal Jariah Se-Malaysia kalau nak jaga sangat soal-soal kebajikan yang memang sudah lama kerajaan amalkan,” katanya.

Monday, June 6, 2011

Kambing hitam ke, kambing putih ke...ianya spesis haiwan juga,,,halal haram semua dia bedal...

Kami bukan kambing hitam ,tapi kambing putih....kami kambing yang baik,,,makanan kambing putih semanya baik2 belaka,,makanan import...
itu adalah kata2 timbalan presiden  persatuan kambing kambing se malaysia....
Boleh percaya ke yang spesis kambing putih tu baik2 belaka?
entah la,,,,,

TV2+1...semua ada....

Bukan sekadar ceramah agama untuk peringatan buat masyarakat islam, kartun untuk kanak2..irama muzik untuk peminat muzik...sekarang ini, terutama pada malam jumaat,,ada slot untuk cerita seram,cerita hantu,cerita tahyol untuk hiburan sambil menggugat kepercayaan kepada allah..
Dan sejak mac lepas, ia telah menjadi salran tv porno pula..di siarkan pada waktu2 puncak didalam berita jam 8 malam ..hebat tu..
Telah dihapuskan ke garis panduan untuk penyiaran sesuai untuk tontonan lapisan masyarakat?
Kanak kanat tadika pun telah di sajikan akan gambar video lucah...
hebat kan....

Sunday, June 5, 2011

Mengapa? lebih takut hukuman manusia dari hukuman Allah?

pertama tamanya kenapa manusia takut akan hukuman dari manusia dalah kerana manusia itu nampak., dapat rasa akan hukuman tersebut...itu sebab mereka takut...
hukuman dari allah pula hanya akan dapat di rasa bila dah mati kelak..
itu sebab manusia takut melanggar undang2 manusia dari melanggar undang2 allah..
Sebab yang lain adalah tahap kepercayaan nya kepada allah...

Friday, June 3, 2011

September menabur benih, jun menuai hasil

Setaip hari, sepanjang jun ini, telah di lapurkan didada akhbar, bayi dicampak dari bangunan,bayi di letak didalam loker, di buang di tempat sampah.di campak di dalam sungai,,,macam macam lagi la..
Bagaimana semua ini boleh terjadi?
31 ogos hari merdeka, semua orang berciti,malamnya ada pesta, dan anak muda juga ramai yang tak balik kerumah,,,
pesta minum minuman keras, pesta tarian di disko2,,tan yang paling menyedihkan..pesta sex anak remaja..
hasil pesta sex itu..negara sekarang sedang menuai hasil anak haram.
siapa yang bersalah diadalam hal ini?

Sunday, February 13, 2011

Salam sejahtera semua.....

Lamanya tak mngeluarkan buah fikiran dan kritkan..banya sangat yang bermain dalam kepala ni...insyallah selepas sihat ni...macam2 ada nak di keluarkan...
Taman pelangi...cerita sebenar di sebalik lapuran media...
Tunggguuuuuuuuuuu

Friday, November 12, 2010

Datuk Mufti kata dalam Berita Harian,,,Datok Tiang Seri tak salah, Orang Kampung Guar Manong, Kuala kangsar yang salah.

Harussani seperti dilapor Berita Harian berkata, Zambry, tidak melakukan syirik dan khurafat kerana tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.

Nampak tu..Tuan mufti Perak sendiri yang kata Zambri tak salah, yang bersalah melakukan perbuatan membawa syirik itu adalah penduduk kampong tersebut,
Sebagai menteri besar, beliau hanya datang memnuhi jemputan je,,

Siapa yang nak bertanggung jawab sekarang?
Imam kg tu?
tok ketua?
Penghulu?

Siapa yang menganjurkan majlis tersebut?
Penduduk kg Guar Manong Kuala Kangsar

Ketua tak tau ape yang anak buah nya nak lakukan
Betul ka alasan yang sedemikian?
Alasan tak tau ni...alasan budak tadika je..
Tak kan lansung tak tau agenda perjalanan bila melawat se suatu tempat?
Ngarut betul la tok ketua ni..
Sedangkan sebelum mesyuarat hatta mesyuarat PIBG pun semua orang dah tau, setiap perjalanan mesyauarat.
Inikan pula perjalanan se orang ketua negeri..
Hnacur la negeri kalautak ketua buata alasan tak tau....

Sebagai seorang ketua, sepatut nya dia tau ape yang salah dan ape yang tidak..ini adalah melibatkan pegangan agama?
Ni tidak...sebagai ketua...main redah je..ada ke patut?

Datuk mufti pula,, untuk menyelamat kan se orang ketua, satu kampung pula yang di persalahkan,,,
Nampak nya Datuk kena turun lah kampung tu...membetulkan aqidah mereka yang telah tercalar sikit,,,
Macam mana  masih ada lagi amalan sedemikian di kampung kampung...

Pelik sungguh

Wednesday, November 10, 2010

La hai...macam belanda minta tanah rupanya perangai dia ni...

Ni la perangai yang takboleh di ubah pada segelintir manusia,,,tetamu yang di jemput masuk cuba menghalau tuan rumah, cuba nak mengalih alih rumah yang bukan milik nya,,,

Perangai jahat ini telah di jadikan bidalan oleh orang tua tua,,,seperti belanda minta tanah,,,
Bagus sangat ke tetamu yang dia jak masuk itu?

Di rumah lamanya tetamu telah di halau kerana rasuah...masuk di rumah baru dengan senang di lantik pula menjadi ketua,,,alih alih rumah barunya pun dia nak kongker?

Tak ada kulit muka langsung mamat ni rupanya,,,,
Lansung tak ada perasaan malu rupanya...

Ini ke perangai untuk menjadi ketua?

Boleh jalan la,,,,,

Tuesday, November 9, 2010

Madu atau racun?

Rasanya macam ada duri je dalam daging ini...

Di mana kah mamat berprinsip ini ketika era reformasi dahulu?
Berapa ramai lagi yang berjuang lebih lama, lebih ikhlas, yang lebih dahulu bermandi air racun,peluh dan darah tidak mengharapkan ape ape kecuali keadilan di tegak dan di sanjung..
Mereka  lebih mulia berbanding mamat ni...

Masuk nya ia dengan penuh penghormatan, di beri jawatan, di beri peluang untuk bertanding dalam PRK...Semuanya dapat dengan mudah berbanding ahli lain...
Jawatan besar yang di pilih..
Jika iklas,,takada jawatan pun tak pe...

Sampai masa permilihan naib perisiden..kononnya ada penipuan, ada konspirasi menjatuhkan beliau...

Maka keluar lah ia konon kerana prinsip nya...
Prinsip ko tak sehebat mana pun,,,,,

Boleh la tubuh kan satu parti baru, Party Prinsip,,, dan lantik la diri ko sebagai perisden se umur hidup...
hidup prinsip...

Boleh jalan laaaaaaaaaaa

Sunday, November 7, 2010

Ianya bukan tuduhan,,,tetapi kebenaran...

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menempelak sikap pembangkang yang tidak mahu menerima 'penghukuman' rakyat di atas kekalahan mereka di Galas dan Batu Sapi, apabila menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan agensi kerajaan untuk meraih kemenangan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya BN memperalat agensi kerajaan hanyalah bertujuan menidakkan kesedaran rakyat terhadap penyelewengan mereka, terutamanya selepas diberi kuasa memerintah pada 2008. -um,

Setakat nak menafi kan penggunaan  jentera kerajaan dalam setiap PRU dan PRK,, adalah satu penafian kepada kanak kanak tadika aje..
Rakyat bukan nya buta,bukan nya pekak...

Kenapa SPR mengaanggap bantuan perjalanan dari Passebagai rasuah tetapi pemberian wang, basikat,barang barangan makanan,projek projek dari BN itu sebagai sebagai bantuan?

Bukan kah ini sebagai contoh yang cukup nyata bagi orang yang celik mata hatinya...

Masih nak menafikan lagi?

 Entah la...buta gamaknya.

Wednesday, November 3, 2010

Menaikkan harga minyak di tengah malam, memang perangai perompak macam tu

Alahai..naik lagi minyak rupanya,, tampa ada notis atau pemberitahuan,,,tau tau naik je...
Mekasih la kerajaan,,,
Tapi kenapa di lakukan secara senyap senyap?
Macam perompak pulak..

Peragut beg lagi berani melakukan jenayah waktu siang,,,ini sebuah kerajaan yang di katakan mempunyai sumber ekonomi yang kukuh,, yang boleh menghapuskan duti import pada barangan yang lansung tak di perlukan oleh rakyat....hanya berani menaikkan minyak di waktu tengah malam?

Mana perginya kekuatan sebuah kerajaan yang gagah ini?

Dalam pembentangan bajet 2011...tak pe la pulak ura2 nak menaikkan harga minyak,,,cuma yang hebuh nak menaikkan Menara Warisan 100 tingkat, lambang kerajaan maju,,,Million million tu...

Ape alasan naikkan harga minyak kali ini?

Negara lain minyak lagi mahal dari Malaysia?
Lebih separuh dari pengguna kenderaan di Malaysia adalah warga asing?
Penyeludupan minyak tidak dapat di bendung?
Pendapatan Perkapita rakyat semakin meningkat?

Atau sebenarnya kerajaan dah tak berduit kerana banyak berbelanja?

Makin teruk la rakyat kalau macam ni.....

Tolong tolong....

Ngada betul la dia ni..Naik meluat la pulak....

Mulanya jadi 1st Lady la ni dah jadi pemangku PM plak.. banyak nya jawatan dia dalam kerjaan laki dia..
Gamaknya mesti dia teringin nak jadi wanita pertama di Malaysia yang jadi PM kan?

Tak ada masaalahnya,,Nanti PRU13,,,masuk jadi calon,, kat mana mana pun tak pe...Mana tau ada rezki..

Dah berapa bini PM yang ada. tak ada pulak yang mengada ngada macam dia ni,,,

Semua dia nak sapu...teringin sangat ke nak jadi ketua?

Kepada wanita Umeno, Puteri Umeno,,, cepat cepat la pilih dia ni...jangan sampai dia suruh laki dia marah kat hangpa semua...