Saturday, June 11, 2011

Pengedar Video porno melalui pos tak kena ape2 ke?

Pemandu bas tayang VCD lucah dijel 3 tahun

10/06/2011 8:28pm

MELAKA 10 Jun - Seorang pemandu bas dihukum penjara maksimum tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan cakera padat video (VCD) lucah kepada seorang penumpang wanita warga Indonesia di dalam bas yang dipandunya Isnin lalu.
P. Kanapathy, 38, turut berhadapan dengan tuduhan cuba merogol wanita tersebut tetapi bagi pertuduhan kedua ini, dia mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Bagi tuduhan menayang VCD lucah, lelaki itu didakwa telah menunjukkan secara awam VCD lucah bagi maksud menawar atau mencuba melakukan sesuatu perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap seorang wanita.

Macam mana ni..pengedaran video sex yang konon nya mirip ketua pembangkang masih berleluasa..bukan sekadar di pasar pasar malam, malah telah di poskan kerumah rumah..
Pelik juga kan?

Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah,” katan.Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah

Trio datuk yang menayang kan video tersebut kebal ke sampai polis tak boleh mendakwa ke depa tu?
Pasal pe pemandu bas tu boleh di dakwa. tetapi datuk2 tu tidak?

No comments: