Saturday, June 11, 2011

Prisiden pemikir kata Pas semakin terpesong..Tolong la jawab...

Pas semakin terpesong

KUALA LUMPUR 9 Jun – Orang Melayu diminta agar tidak lagi menyokong Pas kerana perjuangan parti itu semakin terpesong dan mengetepikan Islam.
Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, Pas kini bukan sahaja bersekongkol dengan DAP malah tunduk kepada ideologi parti itu.
Menurut beliau, Pas sanggup diperkudakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh semata-mata demi menjayakan agenda politik masing-masing.
“Nyata sekali Pas kini tidak lagi memperjuangkan Islam kerana bersekongkol dengan DAP yang lebih cerdik daripada mereka. Dahulu Karpal pernah kata langkah mayat dia dahulu kalau Pas mahu menubuhkan negara Islam. Sekarang belum apa-apa, Pas mahu jadi negara berkebajikan pula.
“Di mana keikhlasan perjuangan Islam mereka? Saya menyeru orang Melayu jangan lagi menyokong Pas kerana mereka tidak lagi memperjuangkan Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kamaruddin berkata, perjuangan terbaru Pas iaitu menumpukan kepada negara berkebajikan membuktikan parti itu sanggup mengetepikan perkara yang bertentangan dengan prinsip mereka hanya kerana mahu memerintah negara sedangkan UMNO sejak lebih 50 tahun lalu telah melaksanakan projek-projek kebajikan bagi membantu rakyat.
“Mereka ini suka putar-belit. Dahulu mereka kata macam-macam kepada Melayu dan UMNO termasuk kafirkan ahli-ahli parti itu. Sekarang mereka jilat balik kata-kata itu. Mereka bersekongkol dengan DAP. Orang Islam patut bercakap benar, ikhlas dan jujur.
“Ini bukan perjuangan sebenar Islam. Tukar sahaja nama kepada Parti Amal Jariah Se-Malaysia kalau nak jaga sangat soal-soal kebajikan yang memang sudah lama kerajaan amalkan,” katanya.

No comments: