Thursday, October 8, 2009

Dacing dan darah. dacing berisi duit,penuh ngan rasuah, Dacing yang semakin mereput dan senget di dalam darah rakyat Malaysia.

PORT DICKSON 7 Okt. - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meneruskan kempennya hari ini dengan membawa kisah 'dacing dalam darah.'
Mohd. Isa secara berseloroh berkata, kalau diperiksa dan buat imbasan, maka akan dapat lihat simbol dacing dalam darah setiap pengundi di kawasan ini.
Beliau memberikan senario itu sebagai lambang bahawa penduduk di sini terhutang budi dengan kerajaan BN dan telah menerima banyak bantuan dan sumbangan.
Sebagai contoh katanya, boleh dikatakan setiap orang tanpa mengira pangkat dan kedudukan menikmati subsidi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
''Mereka sepatutnya tahu sama ada yang susah, yang senang dan dari semua peringkat di Malaysia sedang menikmati pelbagai subsidi disediakan kerajaan demi kesejahteraan hidup," katanya.

Yang bagi kepada rakyat hanya sekadar hujung kuku je, yang pemimpin dan kroni sapu sampai tak habis makan anak cucu,
Ape la subsidi yang hebat sangat tu?
satu kerajaan bagi, 10 yang kerajaan kutip semula..

No comments: