Thursday, October 8, 2009

Poltik wang bukan rasuah...ape kebenda la yang kau malalut ni labu?

"Politik wang bukan rasuah," demikianlah pendirian yang dipegang calon UMNO-BN Bagan Pinang, Mohd Isa Abdul Samad . Bekas Naib Presiden UMNO ini menganggap dirinya hanya melanggar kod etika pemilihan parti UMNO, malah menyalahkan media yang memutar-belitkannya sebagai rasuah.
Saya bukan rasuah. Ini ialah politik wang. Apa yang berlaku sebenarnya adalah, saya melanggar kod etika. Kami mempunyai kod etika dalam pemilihan parti. Kemudian, media memutar-belitkannya kepada politik wang dan rasuah," kata Isa Samad kepada wartawan MerdekaReview dalam satu wawancara pada malam Isnin yang lalu.
Nak kata nyanyok, sehat walafiat, nak kata tak tau undang, dah bertahun dapat title datuk,,,

Atok...ni nak kira macam mana..

Dalam satu perlawanan bola, Manchester United  melawan Chelsea. sebelum perlawanan di mulakan. penolong pengurus Arsenal telah menghulur kan sejumlah 3 juta untuk MU supaya kalah kepada Chelsea. dan di akhir perlawanan, memang MU kalah..

Masaalah nya pengurus arsenal telah di tangkap..didapati salah, pada perbicaraan dia tak mengaku salah kata nya,ini politik wang dalam bola sepak, kami didalam bola sepak ada etika tersendiri, ini bukan salah,,cuma beli perlawanan je.
salah ke bagi wang?

Sama macam atok juga le..Rasuah teknikal, tak bagi duit cuma bagi hadiah je,,
Alasan yang tersangat tak boleh pakai,,
politik wang tu rasuah le..kok ,kok kook yun tul la

No comments: