Monday, November 30, 2009

Kepada Siapa nak mengadu? Kerajaan 1 Malaysia atau Kerajaan Negeri ?


Projek ini bermula dari tahun 2003 Lagi,,,Ini lah gambar 2009.
Ikut kata kerani di pejabat syarikat tu,,,bangunan atas bank Ambank tu, syarikat ni sebuk duk buat Hotel kat bandaraya Alo Setaq..
Projek ini tak jauh dari Komplek Pejabat Tanah Pokok Sena,

Tolong la amik tau tentang masaalah ni..Hangpa ada rumah elok.cantik, boleh buat pinjaman bitulmal lagi..Orang yang tak ada tinggal ni macam mana..bukan minta free,,,dah bertahun bayar pun,



Sign surat beli pada Nov 2004..Bayar bulanan rm 485..masuk ni dah 5 tahun pun, Mana menteri yang selalu duk cakap untuk kesejahteraan rakyat.?
Mana Ahli Parlimen Pokok Sena?
Mana YB yang ada..
Hangpa sebuk ke?
Hangpa tak de masa ke nak tengok masaalah ni..



Aku anak beranak nak duk kat mana nanti, duit beribu abis,,rumah tak siap lg,,, Aku kena menyewa kat tempat lain ke?

Syarkat Perumahan?
Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan?
Kerajaan Negeri Kedah?
Daerah Pokok Sena?

SIAPA YANG PERLU BERTANGGUNG JAWAB KEPADA MASAALAH AKU INI?





Saturday, November 28, 2009

Konsert yang di nantikan oleh mangsa banjir terengganu.Anugerah yang di nanti nanti kan berbanding bantuan ..

KUALA TERENGGANU 27 Nov. - Konsert Piala Monsun yang diadakan pada 1 Disember ini akan memulakan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong, di sini.
Pengarah Piala Monsun, Datuk wan Hisham Wan Salleh berkata, konsert tersebut akan memperkenalkan 12 peserta kejohanan tersebut yang bermula 2 hingga 6 Disember ini.
Katanya, barisan artis yang dijangka turut menjayakan konsert itu ialah Dayang Nurfaizah, Aizat, Dafi, Fara Fauzana, Ramlah Ram, Jay Jay dan Tomok. - Utusan

Dengan konsert ini maka hilang la kesedihan mangsa banjir,,
Kejohanan layar monsoon cup ini la yang menjana ekonomi rakyat terengganu.Beri ribu pelancung asing akan datang melawat terengganu,,

Thursday, November 26, 2009

copy paste dari mutarligat
pembinaan beberapa buah tandas di Melaka jika dilihat sangat membazir seperti pembinaan tandas di dataran sejarah yang menelan belanja RM23,000, tandas orang kurang upaya di Alor Gajah berharga RM69,000 serta tandas di pasar Alor Gajah bernilai RM 117,000 . 

 ulasan otai
Tandas tu siap aikon, tempat tido lg, nanti KM nak melawat boleh tido sana.



"Bayangkan berapakah harga sebenar tandas tersebut jika dibuat dengan harga yang betul dan menasabah. Lepas ni kita pakat-pakat buang air dekat tandas mahal tersebut." katanya.

Beliau juga mendedahkan bagaimana kawasan rekreasi Bukit Langsat iaitu Kawasan Perkampungan Orang Asli Selandar dibina dengan harga RM1.6 juta tapi tidak ada apa yang boleh dibanggakan dan tidak sepadan dengan harga pembinaannya.
"Anda boleh lihat sendiri kawasan tersebut yang tidak ada apa-apa ! Begitulah keadaannya bagaimana kerajaan UMNO/BN memerintah".
"Sebab mereka ingat duit yang mereka gunakan itu bukan duit mereka ataupun duit emak bapak mereka,maka sewenang-wenangnya mereka menggunakannya. Yang untung ialah kontrektor di kalangan orang mereka." tambah Goh yang juga merupakan ADUN Kesidang.
 
Tak pe la...nanti mati...letak kan nisan bentuk tandas...

Tu la hangpa tak tau,,,Penyangak no 1

Dasat nya ...duit baitulmal boleh bagi pinjam ke?

Sekarang ni baitulmal dah ada kua skim pinjaman ke?
Yahuu. tak perlu pinjam along lg..
dengar kata, MBM Perak pinjam duit untuk ubah suai rumah,,
Aku pun sesak ni..umah yang ada pun kontaktor sial nya dah lari.mana la plak aku nak duduk tahun depan..
Pengarah baitulmal, org macam aku ni tak leh dapatbantuan pinjaman ke?
Tak kan bagi kat orang besar2 je...org kecik2 macam aku ni pakat tengok je ke?
Aku pun ada bayar zakat juga,,ada bayar fitrah...

Atau hangpa nak kena sumpah jadi mengkarung tanah atau jadi monyet...macam SPR juga la...
Belaku adil la...duit tu bukan pusaka tuk nek hangpa...

Wednesday, November 25, 2009

Dah banyak kali PRK di jalan kan, Alasan belanja besar..

Beliau menyatakan, kos pilihan raya DUN Kota Siputeh yang lalu melibatkan peruntukan sebanyak RM200,000 dan ia menjadi sia-sia jika satu lagi pilihan raya kecil diadakan.

Masaalahnya YB BN tu yang membazirkan boreh rakyat,Bila ada sidang DUN yang dia p ponteng buat pe? bila kena buang mengadu la pasal sakit konon,

Membazir ke kalau memilih seorang calun yang benar2 berkhidmat untuk rakyat berbanding yang ada sekarang ni?

Semua YB BN memang kaki auta ke?

Kata orang kalau anak  borek...maksud nya bapak nya rintik...

Siapa agaknya yang menjadi ikon yb yb bn kuat ponteng sidang?

Jawab sendiri la....

Aki aku kata la.....

Aki aku yang dah berumur 75 tahun, bekas tahanan keretapi maut di zaman Jepun baru sat2 ni cakap, jangan la kita menghalang kerja2 SPR untuk menidakkan pilihanraya kecil DUN Seputih kerana Hari Raya Qurban hampir tiba.
Anggota SPR nak Raya Qurban bukan nak bekorban,depa kerja ngan meno,bukan untuk rakyat, mana yg bagi sampul lebih mereka akan berkurban sampai mati...
Biasa la cu...sejak azali lagi macam tu,,

Tuesday, November 24, 2009

Sedap nya lidah tak bertulang ngata orang..dah cermin diri atau UMPNO tu sendiri.

Pas Kelantan tidak lagi perjuangkan Islam?

KOTA BHARU 23 Nov. - Pemuda UMNO Kelantan menyifatkan Pas negeri tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini tetapi lebih sibuk membahagikan 'harta perang'.
Ketuanya, Anuar Safian berkata, pemimpin parti terbabit pada masa kini menjadikan kuasa yang dimiliki mereka untuk mengumpul aset dan keuntungan sehingga mengabaikan rakyat.
Beliau berkata, oleh kerana kegiatan itu tidak lagi dapat dibendung dan semakin merebak, kepimpinan Pas Kelantan dipercayai telah berpecah sehingga wujud sekurang-kurangnya tiga kumpulan.
"Kesemua kumpulan ini sedang sibuk mengaut keuntungan dari kerajaan negeri ini sehingga melupakan dasar perjuangan mereka iaitu Islam.
"Mereka telah lupa semua perjuangan sebelum ini kerana terlalu lama berkuasa dan disebabkan itu mereka mengagihkan hasil negeri ini seperti balak seperti membahagikan 'harta perang'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mamat ni nak kata,,bahawa umpno la yang memperjuangkan Islam sepenuh nya, 
Harta perang mana yang mamat ni nak tunjuk kan?
Ynag harta rakyat di milikharta kan oleh meno, tak nak bongkar sekali ke?
Buat fesyen islam ke Amarika kira dah memperjuangkan Islam ke?
fesyen anak melayu islam kat malaysia ni nak kira macam mana?

Boleh jalan daaaaaaaaaaa

Sunday, November 22, 2009

Cari makan ? Nak kena makan atau nak kena saman?

KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu- Mingguan Malayssia 22 Nov 09.

Hebat nya,,,pagi terlihat berebut rebut rakyat Malaysia di kedai kedai runcit, kedah majalah untuk mendapat kan MM..Berita sensasi..Husam letak Jawatan.Syabas MM. tentunya hari ini dapat untung lebih..

Masaalah nya...dapat untung je la..pandangan rakyat malaysia yang tertipu tehadap MM terus jatuh merudum...
Padan muka hangpa..

MM sekadar buat bungkus nasi lemak je la..

Tuesday, November 17, 2009

Bila hati sehitam malam yang pekat tanpa cahaya semua kebaikan kebajikan orang lain manjadi suatu kesalahan,

Salah kah se orang murid meminta guru nya menunjuk ajar tentang kira kira atau kewangan yang dia kurang arif mengenai nya, Perlukah murid tersebut membayar akan harga tunjuk ajar tersebut, sedangkan guru tersebut ikhlas, tiada niat untuk mencari untung pun Dan salah kah jika murid tersebut membayar juga penat lelah gurunya walau pun rm 1 ?
Salah kah jika kerajaan Selangor meminta DSAI yang mana pernah menjadi menteri kewangan suatu ketika dahulu menjadi penasihat ekonomi untuk kerajaan Selangor?
Salah ke jika jika kerajaan Selangor memberikan rm 1 kepada DSAI?
Apekah yang DSAI buat ngan seringgit itu?
Apakah nilai seringgit itu jika dimasukkan kedalam tabung masjid dengan niat ikhlas rendah nilai nya berbanding seribu ringgit dengan niat menunjuk nunjuk?
Salah ke kalau DSAI menjadi penasihat walau pun tanpa sebarang bayaran, atau lebih baik menggunakan khidmat nasihat dari pakar ekonomi yang di bayar berjuta ringgit setahun?
Mengapa nak memandang rendah tentang pertolongan ikhslas?

Aruah datuk ku berpesan...jika hati dah hitam, segala kebaikan akan nampak hitam juga,,
jika hati telah busuk, maka akan busuk la segalanya,,,

UMNO buat rayuan berdasar kan keputusan SPR,Maknanya kuasa SPR lagi besar dari kuasa mahkamah.

KUALA LUMPUR 16 Nov. – UMNO akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah, kosong.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Shafie Apdal berkata, rayuan akan dibuat secepat mungkin berdasarkan keputusan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini bahawa kerusi itu masih disandang Datuk Abu Hassan Sarif.

“UMNO hormati keputusan mahkamah itu. Namun, kami tetap akan buat rayuan berasaskan kepada keputusan SPR sebelum ini yang menetapkan kerusi itu masih milik Abu Hassan.

 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah merasakan hakim yang membuat kepautusan itu ada lah salah, keputusan yang betul adalah pengerusi SPR,


Selama ini pun ketika ADUN yang melompat parti, seharus nya kerusi yang mereka sandang itu akan terbatal dan sepatut nya kosong, oleh kerana pengerusi SPR adalah hakim pilihan raya,,semuanya tak menjadi masaalah pun,

SPR hakim pilihanraya bebas nak buat atau tidak, berdasarkan pada kehendak pengerusi yang diatur oleh tangan tangan ghaib,,



Hidup SPR,,

Pandangan dari rakyat Malaysia yang perihatin diatas kesungguhan SPR untuk merayu untuk DUN Kota Siputih.

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Ala ! Otaiblues takkan lu tak tahu perihal barau SPR ni .Depa semua kenalah tunjuk ketekunan bekerja kepada orang yang bayar gaji mereka, lagi lagi nak masuk bulan BONUS ( Disember 09) ataupun untung untung PM 1 Malaysia naik kan pangkat dari Timbalan Pengarah ke Pengarah SPR .Depa semua ni ada impian dalam hati untuk menanti pemberian rezeki dari PM 1 Malaysia ,bagi depa nak tunggu rezeki dari ALLAH SWT lambat very lambat , so lu pikir la sendiri OTAI BLUES perihal kelakuan mereka.

Amat bersetuju sekali dia tas pandangan Tuan Haji,,Kata orang tua tua. kalau tiada ape masakan tempua bersarang rendah,
Sudah geharu cendana pula,,
Konon konon nya kura kura dalam perahu...

Semuga Allah membalas perbuatan mereka..

Monday, November 16, 2009

Apahal pulak SPR yang nak merayu bagi pehak BN DUN Kota Siputeh?

 Ngapa pulak SPR yang terhegeh ni..ajaib la,, bukan ke SPR tu badan bebas, Kalau dah mahkamah kata kosong,,,ape lagi.. jalankan la tugas, ni tidak, depa pulak lebih sudu dari kuah,
Mesti ada sesuatau kepentingan, kalau tak..tentu tak jadi macam ni kan,,
Kita tengok je la ape yang sebenar nya...

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama Isnin.
akim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Saturday, November 14, 2009

Malis penyampaian saguhati guru agama dan guru membaca Alquran N PP.


Majlis telah di sempurnakan oleh Mej Jen Jamil Khai bin Baharum. Seramai hampir dua ribu orang terdiri dari guru agama dan guru mengaji telah mendapat saguhati dari PUZ Pulau Pinang.

Majlis dalam surat yang di hantar bermula pukul 2.30..tapi menteri di jabatan perdana menteri nya datang pukui 3 petang...

Mmm tak pe la janji datang.

suatu sikap yang tak boleh dikikis dari bangsa melayu ini, tamak dan dengki,,malu menengok kan makcik,pakcik abg kakak duk berebut  sama ada untuk mengambil sampul berisi wang mahupun mengambil
makanan..

Bila la agak nya akan berubah sikap buruk ini..

Itu baru rakyat bawahan... orang atasan macam mana pula ye?

Tak ada beza banyak mana pun... kalau dah serumpun..sama je..dengki, tamak, zalim,

Sepantas kilat mereka bertindak... Hebat cukup hebat, lebih lebih lagi orang ump;no yang buat lapuran.

RANTAU PANJANG 14 Nov. — Pergerakan Pemuda UMNO meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRRM) menyiasat pengakuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja oleh pihak tertentu bagi menunaikan haji musim ini dengan bayaran RM65,000 seorang.
Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Afandi Yusoff berkata, tindakan tegas perlu diambil berdasarkan peruntukan yang ada memandangkan Mursyidul Am Pas itu mempunyai kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Kelantan akan menyerahkan memorandum kepada SPRM pagi esok untuk mendesak siasatan disegerakan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
 Lihat aje la bagaimana cepat nya mereka....

Unsur kejatuhan moral masyarakat Islam melayu tak pernah nak dikaji di mana salah nya, kes memberi kuliah tampa tauliah pulak yang diperbesar besar kan

Setap hari, jutaan rakyat menonton pelbagai rancangan dari tv1 hangga lah yang mempunyai astro, boleh dikata kan semua rancangan tersebut akan memberi tak banyak sedikit pada penonton nya.

Banyak juga rancangan yang berunsur keagaamaan..tak dinafikan,tetapi siapa kah golongan penontong nya? orang lama,veteran dan warga emas je..mana pergi nya golongan muda?

Tudia, akademi fantasia,sehati bedansa,dan entah berapa bnyak lagi yang menjadi pilihan,,

Pihak yang di beri kuasa untuk kemajuan umat islam tak nampak ke ini ada sumber keruntuhan bagi remaja islam? mengapa didiam kan aje?
Tak ada kuasa ke nak menghalang,atau sebenar nya takut dan hanya nak menjaga periuk nasi sendiri?

Tak nampak ke rancangan tersebut adalah racun yang sangat berbisa untuk jangka masa yang lama.

Yang di perbesar2kan kuliah tampa tauliah, ape yang tak kena nya dengan kuliah tersebut? Adake penceramah kuliah tersebut cuba nak mangajak pendengar untuk mencuri,merogol atau membuat keganasan?

Seorang yang pernah menjadi mufti,yang mempunyai sijil dan kelulusan tidak layak menjadi penceramah? tidak layak memberi kuliah?

Dah tu ada negeri yang membenar kan bekas mufti tersebut membuat kuliah, apakah perbezaan polisi jabatan agama islam didalam setiap negeri didalam malaysia ini? Islam selangor berbeza ke ngan islam johor atau perlis? pelik juga tu?

Telah menjadi sejarah, Allahyarham mufti selangor telah di pecat dari jawatan mufti kerana mengnegak kan agama...

Hebat kan ...Negara yang di katakan sebagai negara islam memecat mufti yang menegak kan hukum islam..

Kalau tauliah tu menjadi masaalah. beri je la pada yang layak untuk mendapat kan nya.. napa nak memperbesar kan cerita bekas mufti tak ada tauliah?

Yang menjaga kemajuan islam pun tak reti nak menjaga maruah islam, ape cerita?

Adakah ia sehebat menangkap rasul melayu atau sehebat ayah pin?

Ni semua ada udang sebalik mee, ada tangan tangan jahat yang  mau menghukum bijak pandai agama yang mengajak kepada kebaikan menghalang kejahatan...

Siapa kah mereka2 ini... entahlah...

SPRM ...Standard,double standard atau tripple standard?

Cepat sungguh jikalau sesuatu itu lapuran kesalahan,lapuran penyelewengan jika ianya datang dari ump'no dan di tujukan kepada pemimpin dari kalangan PR.

Anggota SPRM ...berkejaran untuk menahan dan membuat soal siasat, yang terbaru tentang konon nya tajaan untuk TGNA menunaikan haji..tak kesah la..dah tugas SPRM  memang macam tu..mencari unsur unsur rasuah atau penyelewengan, Bravo SPRM.

Tetapi mengapa pula ketika lapuran dari PR kepada yb,yb.ketua menteri,menteri2 juga bekas2 menteri tak pula SPRM berkejaran untuk menyiasat?

Baru2 ni...terdapat lapuran yang bekas menteri belia dan sukan mempunyai berberpa biji kereta yang harga nya mencecah jutaan rm...tak dengar sebarang ulasan pun dari pengarah SPRM ?
 
Kenapa ni..Logik ke kalau dikata kan bekas menteri tu membeli semua itu hasil dari gaji dan elaun nya sebagai menteri?

Bagaimana pula tentang kos pembaik pulih stadium Bukit jalil yang dikata kan mencecah 50 juta tu?
Tak ada unsur penyelewengan ke?

Bagaimana pula keadaan Stadium Tunku Mizan di Terngganu yang roboh tu? dengar kata ia runtuh kerana bahan binaan nya tak menepati spesifkasi yang telah di tetapkan..tiada unsur rasuah atau penyelewengan ke?

Bagai mana pula tentang MRR2, walau pun cerita lama..benar ke pembinaan nya tiada penyelewengan..

Kecuh kata DSAI mempunyai hampir 3billion di luar negeri, sekali bekas pengarah SPRM sendiri mengata kan cerita itu tidak benar..

Takut kena tukar tempat ke Datuk Pengarah ?

Tentu pernah dengar ayat dari Nordin Ahmad dalam Filem Sultam Mahmud Mangkat Di julang

Raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah

Dlam keadaan sekarang, boelh la ditukarkan raja itu kepada PM. kerana pm lah yang menjadi pemerintah didalam Kerajaan sekarang...

Jika pm disanggah, maka secara tak langsung,,suku sakat,kroni2 juga meraka yang beraja dimata bersultan dihati ketika pemerintahan pm juga akan disanggah.

Jika selama ini SPRM mencari segala bukti untuk mendakwa seseorang, tiba masa nya,,,mereka juga akan di perbuat begitu..

Berlaku adil la pada semua. jangan pilih bulu...

Thursday, November 12, 2009

Al kisah Dun Kota Siputih, macam cerita budak ponteng sekolah je

Di sebuah sekolah menengah dewasa, DUN Kota Seputih nama nya, adalah seorang murid dewasa telah ponteng kelas dua keli berturut turut tampa ada surat tunjuk sebab mengapa dia tak datang.
Dengan kuasa yang ada pada pengetua sekolah tersebut, yang juga telah termaktub didalam undang2 tubuh sekolah,memang layak dan sepatut nya murid yang di katagorikan sbagai ketegaq ni layak di buang sekolah,

Eh datang la pula timbalan bapak tirinya mempertahan kan alasan murid ketegaq ni atas alasan pengetua sekolah tak ada hak nak buang anak nya,,boleh pula mempergunakan SPR (Sekolah perasuah rakyat) untuk mempertahan kan anaknya yang bingai dari kena buang,,

Dalam paper ari ni timbalan bapak tiri nya marah kat pengetua pulak...

Anak buat salah,,,orang lain pula yang kena... heran heran.. pikir cara logik akal la sikit...

Copy paste angkasanuri.blogspot

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif supaya menghadiri sidang DUN Kedah yang dijadualkan Selasa ini.

Katanya walaupun Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail menganggap Abu Hasan hilang kelayakan sebagai ADUN, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

"Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa speaker itu saya tak tahu,"

Nak dapat beras percuma? Dapat kan dulu tanda tangan Ketua Bahagian Ump;noo.

Hebanya, telah diwarwarkan beras percuma untuk rakyat yang di ketogorikan sebangai rakyat miskin tak kira bangsa ape atau ape fahaman politik nya,,Sebagai rakyat Malaysia, semua nya berhak untuk mendapatkan beras tersebut sekira nya pendapatan nya kurang dari rm 500.

Pada fikiran rakyat, tentu nya ada satu badan khas yang akan bertindak untuk menyiasat, berindak untuk menyampaikan beras tersebut,,,sangkaan yang amat melest jauh,,,

Ketua Bahagian Ump;no adalah sebagai pemegang iventori beras percuma tersebut, tampa tanda tangan nya...jangan harap la nak dapat...

Siapa yang  akan dapat?

Tentunya sukusakat ump;no yang terbukti amat pelahap pada yang percuma ini..

Tak heran la,,,telah berlaku dan akan terus berlaku lagi...

Kenapa perlunya tanda tangan Ketua Ump;no Bahagian ini untuk mendapat kan beras?

Jawab la sendiri....
Copy paste angkasanuri.blogspot.com

Selama ini rakyat miskin pastinya merasa sedikit lega kerana pengumuman Skim Baucar Subsidi Beras (SUBUR) seperti yang diumumkan oleh Kerajaan 1Malaysia. Maka bermacam-macam pujian bahawa ini bukti kerajaan mengutamakan dan mendahulukan rakyat.

Tetapi semua itu rupa-rupanya hanya retorik dan satu lagi agenda membodohkan rakyat. Tembelang itu pecah apabila wakil Rakyat Pas Titiwangsa Dr. Lo'Lo Ghazali mempertikaikan keperluan mendapatkan tanda tangan Ketua Bahagian Umno dalam borang SUBUR.

Pendedahan ini menyebabkan berlaku perang mulut di antara Datuk Noh Omar Kementerian yang bertanggungjawab program Subur dengan wakil dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) turut mempertikaikan syarat berkenaan dengan bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping, permohonan baucer Subur hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja.

Apakah Umno sudah terlalu mabuk kuasa atau takut hilang kuasa dan sokongan rakyat sehingga terpaksa guna kaedah ini untuk memaksa rakyat menyokong mereka? Apakah Umno tak tahu nak beza duit kerajaan daripada pembayar cukai dengan duit Umno?

PAS yang salah ke atau Ump'no yang betul ? Atau sebenarnya ada yang tersepit?

Keengganan Pas punca Melayu terus berpecah?

TANJUNG MALIM 11 Nov. – Keengganan Pas meneruskan rundingan kerajaan perpaduan bersama UMNO menyebabkan masyarakat Melayu terus berpecah. Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, perpecahan itu akan menjadi semakin ketara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Saya kira kaum Melayu akan tetap berpecah daripada segi fahaman politik.
“Selagi Pas tidak mahu kerjasama dengan parti-parti selain dalam pakatan pembangkang, harapan kita untuk mengadakan kesepakatan yang lebih baik tidak akan berlaku,” katanya. (Utusan Malaysia 12/11/09)

Sejarah telah membuktikan kerelaan Pas untuk berkerjasama dengan  ump'no hanya seperti menyerah nyawa untuk di sembelih, ape saje dasar dasar Pas, syarat syarat Pas telah di buang, perjuangan Pas menegak kan islam terus tenggelam, yang ada hanya memperkasa kan bangsa, dalam pada itu, terbukti memperkasa kan bangsa menjadi memperbodoh2kan,mempermain2kan dan paling teruk...menindas bangsa sendiri,menolak kefahaman,menolak dasar Islam sedikit demi sedikit,,,
Pas kemudian dibuang macam anjing kurap...kesian
Didalam keadaan sekarang,setelah tersepit, baru la ump'no terhegeh2 memperkata kan tentang kerajaan perpaduan,
Siapa lagi yang kurang akal yang ingin kan ump;no?
Hanya mereka2 yang berkepentingan dalam mencari kekuasaan dan kekayaan je..
Usah lah memperkatakan tentang memperkasa kan bangsa lagi, kalau dalam ump;no pun masih bercakaran merebut kuasa,bagaimana nak menyatukan semuanya dalam satu kelompok? hanya satu sahaja... kembali la kepada islam
Nabi Muhamad s.a.w pun menyatukan semua bangsa arab dengan agama Islam, Pemimpin melayu pula nak menyatukan bangsa melayu sahaja dengan hanya parti politik dan semangat ketuanan melayu,,,,pasti tak akan
berjaya..
Buat pimpinan ump;no...bialah Pas dengan selogan nya Menegak kan Islam, barangsiapa yang berfikir untuk Islam,,,biarla ia dalam Pas..usahlah diracun fikiran bangsa lagi..

Perpaduan berasas kan bangsa hanya ada pada Bangsa Israil sahaja,,itu pun masih diselit kan juga dengan ugama mereka juga,,,

Gentikan lah angan2 untuk mengadakan rancangan kerajaan perpaduan itu
Seorang manusia yang berakal tidak akan terkena patukan ular pada satu lubang yang sama...fikir2 kan la...

Sunday, November 8, 2009

Diatas desakan wakil pemuda ump'no kota raja.Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi hari ini dilaporkan berkata seseorang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.

Kerana desakan wakil aje...bukan kerana ape pun, tergagap pengarah jais buat alasan.Tu belum kes tiada tauliah bagi kuliah lg..macam2 hal la depa ni..
Pening juga memikirkan, orang yang bukan islam masuk masjid, sama macam permpuan datang haid, tp kalau p la kat masjid negara, ramai juga yang bukan islam melawat kesitu.
Untuk membenar kan hanya satu golongan jangan la sampai membuat kenyataan yang salah,,,
Sama la juga bila alquran di baca oleh orang kafir,,salah ke?
Islam itu untuk semua makhlok allah, macam mana nak mendakwah kan mereka kalau masjid,kalau alquran itu di sorok kan kepada mereka.

Tuesday, November 3, 2009

Bingai atau Bangang?

Pernangkapan bekas mufti Perlis menunjuk kan satu tahap penghinaan terhadap mufti atau org yang berkuasa dan benar2 faham pada hukum islam, kenapa jadi begini?
kenapa jabatan agama islam sendiri yang memalukan islam?
hairan hairan...niat jahat sungguh mereka ini.
Alasan nya tak ada tauliah untuk memberi kuliah...
Bekas mufti tak ada tauliah untuk mengajjar memberi kuliah?
Kalau begitu...camna dapat tittle mufti?
Kenapa la buat malu org sampai macam ni....