Saturday, November 14, 2009

Unsur kejatuhan moral masyarakat Islam melayu tak pernah nak dikaji di mana salah nya, kes memberi kuliah tampa tauliah pulak yang diperbesar besar kan

Setap hari, jutaan rakyat menonton pelbagai rancangan dari tv1 hangga lah yang mempunyai astro, boleh dikata kan semua rancangan tersebut akan memberi tak banyak sedikit pada penonton nya.

Banyak juga rancangan yang berunsur keagaamaan..tak dinafikan,tetapi siapa kah golongan penontong nya? orang lama,veteran dan warga emas je..mana pergi nya golongan muda?

Tudia, akademi fantasia,sehati bedansa,dan entah berapa bnyak lagi yang menjadi pilihan,,

Pihak yang di beri kuasa untuk kemajuan umat islam tak nampak ke ini ada sumber keruntuhan bagi remaja islam? mengapa didiam kan aje?
Tak ada kuasa ke nak menghalang,atau sebenar nya takut dan hanya nak menjaga periuk nasi sendiri?

Tak nampak ke rancangan tersebut adalah racun yang sangat berbisa untuk jangka masa yang lama.

Yang di perbesar2kan kuliah tampa tauliah, ape yang tak kena nya dengan kuliah tersebut? Adake penceramah kuliah tersebut cuba nak mangajak pendengar untuk mencuri,merogol atau membuat keganasan?

Seorang yang pernah menjadi mufti,yang mempunyai sijil dan kelulusan tidak layak menjadi penceramah? tidak layak memberi kuliah?

Dah tu ada negeri yang membenar kan bekas mufti tersebut membuat kuliah, apakah perbezaan polisi jabatan agama islam didalam setiap negeri didalam malaysia ini? Islam selangor berbeza ke ngan islam johor atau perlis? pelik juga tu?

Telah menjadi sejarah, Allahyarham mufti selangor telah di pecat dari jawatan mufti kerana mengnegak kan agama...

Hebat kan ...Negara yang di katakan sebagai negara islam memecat mufti yang menegak kan hukum islam..

Kalau tauliah tu menjadi masaalah. beri je la pada yang layak untuk mendapat kan nya.. napa nak memperbesar kan cerita bekas mufti tak ada tauliah?

Yang menjaga kemajuan islam pun tak reti nak menjaga maruah islam, ape cerita?

Adakah ia sehebat menangkap rasul melayu atau sehebat ayah pin?

Ni semua ada udang sebalik mee, ada tangan tangan jahat yang  mau menghukum bijak pandai agama yang mengajak kepada kebaikan menghalang kejahatan...

Siapa kah mereka2 ini... entahlah...

No comments: