Thursday, January 28, 2010

Urut tradisional





Selamat datang ke premis urut tradiasional, siapa pengurut nya?
kesemua nya warga asing dari negara cina.
Bagaimana pula yang dikatakan tradisonal ?
Naik dulu baru tahu..
Berlesen ke?
Hanya pihak berkuasa je yg tahu,
Waktu operasi?
6 petang sahingga 6 pagi.
Lokasi?
Selang berberapa kedai je dari Balai Polis Mak Mandin.
Pengunjung nya dari berbilang bangsa.
Dari warga myenmar,bangladesh,indonesia, malaysia.pakistan pun ada
Menyediakan kepuasan urutan yang tak terhingga,,,hilang segala lengoh dibadan..
Tak percaya?
Percaya la..

Wednesday, January 27, 2010

Sama je hangpa.Ikut suka la,,,

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin disaran meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membolehkan beliau memperjuangkan Islam tanpa terikat dengan pendirian parti.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya dengan cara itu sahaja Zulkifli dapat memaksimumkan pembelaannya kepada agama Islam di Dewan Rakyat.
Beliau turut melahirkan harapan supaya Zulkifli tidak lemah semangat jika dikenakan tindakan tegas hanya kerana membela agama.
Katanya, semua tindakan atau 'hukuman' itu hanya bersifat sementara ketika di dunia namun beliau akan dimuliakan di akhirat nanti.

Tuesday, January 26, 2010

Nasib pencuri kebel



Note the bolt cutters.  The current price of copper is about $3.00 per pound.  
Note that there is quite a current that is going through that copper....
that is what makes your house light up and lit these guys up!

So ada berani ke?

Wednesday, January 20, 2010

Bertemu Anjing Jadian di Hentian Puduraya.

Dah hampir setahun tak menjejaki Hentian Puduraya, 18 Jan 2010 aku menjejak kan kaki kesana, itu pun sebab bas Durian Burung berhenti untuk mengambil penumpang di sana..
Pukui 11,45 malam aku turun dari bas, hajat nak cari tandas, itupun hanya dengan kebenaran pemandu yg memberi masa cuma 10 minit je..
Aku berkejar ke tandas awam, hampa...tandas dah berkunci, mana pulak nak cari tandas dalam masa hanya 10 minit?
Dalam pada duk usya cari tandas, nampak aku berberapa org  penumpang lain berkejar ke belakang pokok, belakang tong sampah.... la hajat nya sama macam aku...nak terkencing juga..
Ish naya sungguh, tak pasal berberapa lelaki berubah menjadi anjing jadian kencing merata rata..
Siapa yang bersalah?
Penumpang bas?
Atau DBKL yang tak perihatin?
Agak nya begitu la keadaan nya selagi Hentian Puduraya masih dalam pengubahsuaian...
Kasihani la kami penumpang bas yang tak tau mana nak melepas kan hajat. sekurang kurang nya letak la papan tanda Tandas awam...senang la kami melepas kan hajat..

Wednesday, January 13, 2010

Siapa lagi yang masih terkurung dalam pemikiran yang tak terbuka, Masih memandang rendah pada org lain?


Masa berlalu, tahun juga telah berganti tahun, tetapi masih ada manusia yang menganggap dirinya amat bagus, pemikirann nya amat bernas, sedangkan hakikat sebenar jauh meleset.
Kebanyakan YB yang ada hanya la orang yang dipilih oleh rakyat,Orang yang di pilih rakyat untuk membantu rakyat rupa2 nya adalah orang yang menyusahkan rakyat dengan idea2 kelakar...tak masuk akal.
Padan pun...kebanayakan nya bukan di pilih kerana kelayakan pendidikan, tapi kerana kelayakan pembodekan paling dasyat.
Tu la pasal, ngabih kan beras je..
YB yang ada, jangan la pikir rakyat ni bodoh sangat...Jangan pandang rendah lagi pada orang kebanyakan,,,

Dok sebok pasal kek sangat, Bagaimana plak Haji tajaan LUTH,,,Jawab le wahai penyiasat kek..Rupa dia tak semaksum mana pun..

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Datuk Husam Musa mendesak agar Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) menjelaskan pemergian ke Makkah untuk menunaikan haji yang dikatakan ditaja oleh Tabung Haji.

Reaksi tersebut diluahkan Husam setelah Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas mempersoalkan salah guna kuasa dalam pembelian kek untuk Hari Raya Aidilfitri diberikan kepada Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Saya nak tanya Alwi yang membangkit isu ini (kek), walaupun nilai kecil tetapi ia amalan lazim korporat. Saya difahamkan beliau ke Makkah sekali dengan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Badawi) bersama 20 orang VVIP dan tambang itu disediakan oleh Tabung Haji.

Biasa nya orang yang manegur atau mencari salah organ lain ,,,semesti nya seorang yang cukup bagus,,,
sekali cari salah orang..10 kali orang cari salah engkau.
Jawab la sendiri..

Kalimah Allah kata ezam permainan politik DSAI. Ye ke? Cita la sikit bro Ezam...

 Ikut cerita dari Umeloya

Jangan terperangkap, Anwar makin terdesak'

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Umat Islam dan rakyat negara ini diingatkan supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor (gambar) mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang semakin hampir.
Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Monday, January 11, 2010

Cukup kotor, jijik rupanya perangai,akai fikiran mereka ini..Janji ada isu, kek pun jadi masaalah,

Ketua pegawai eksekutif PMBK Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketika menjawat ketua pegawai operasi perbadanan itu, meluluskan pembelian enam kek bernilai lebih RM3,000 September lalu kepada enam pihak, kata ketua penerangan Umno negeri.

"Isunya bukan pada harganya tetapi bagaimana (beliau) beli hadiah untuk diri sendiri dan bapa mertua? Tidak bolehkah guna duit poket sendiri?

"(Perkara) ini saya fikir mungkin penyelewengan yang paling kecil berbanding dengan yang lain-lain, macam jerawat kecil yang sudah pecah," kata Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang juga ADUN Kok Lanas, kepada Malaysiakini hari ini.

Rumah bekas MB Selangor tu, tak ada pula penjilat dan pencacai yang nak kisah..ini sebiji kek jadi kecoh. mana la letak maruah nya... kenapa tak check sandal,serban TGNA juga.. sape yang beli.
Kalau dah hati busuk macam yahudi...campak kemana pun tetap akan busuk juga.
Boleh la bermegah ye..
Bravo bravo...

Masjid dan Surau Ahli jemaah Qariah setempat yang Jaga, , Biarkan NGO2 jaga Gereja, tepuk dada tanya selera.

KUALA LUMPUR, Jan 10 - Sebanyak 130 badan bukan kerajaan (NGO) bersama Ikatan Relawan Rakyat (Rela) hari ini menyatakan komitmen untuk menjadi “mata dan telinga” kerajaan dalam menangani sebarang ancaman ke atas rumah ibadat penganut agama Kristian.

Antara NGO yang terlibat dalam inisiatif sukarela itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Badan Tarbiah Sejagat (Batas), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Pertubuhan Peribumi Semenanjung (Perkasa), Darussyifa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Islamic Information and Services Foundation (IIS).


Mana mana Muslim ( muslim? Islam? Melayu Islam? ) yang perihatin dengan keselamatan masjid dan surau, bergabung la besama, Tak perlu nak minta tolong NGO2 yang sebuk jaga geraja, Kan Gereja dapat peruntukan 500.000 rm

Jaga masjid surah, dapat la teh o suam ngan biskut mayat je.


Masa MP bertanya akan peruntukan tentang Rumah ibadat, gegak gempita malaysia, jangan kacau tentang peruntukan tersebut,
Tapi bila PE EM kata peruntukan SETENGAH JUTA UNTUK GEREJA, tak ada plak yang bising.
Tak pula yang membantah.
Awat nya?

Utusan Meloya 11.Jan 10. Pembangkang Perlu Bertaubat- DS Hishamuddin Tun Hussain. Bertaubat macam mana tu?

HULU SELANGOR 10 Jan. - Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.

Ape yang PR buat sampai DS ni suruh depa bertaubat?
PR yang anjur kan demo ke?
PR hasut supaya ada pemberontakan ke?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.

Eskpoloitasi macam mana? 

"Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.

Siapa lagi yang buat? tengok je siapa yang menyertai demo? sape yg beria2 membuat bising? PR ke?
Siapa yang perlu bertaubat ni...

Sunday, January 10, 2010

Diatas kepala ku 'jangan cabar Islam' didada ku tersemat salib...siapa kah aku yang sebenar benar nya? Sendiri mau ingat la.


Mana satu yang nak di nilai. kertas yang di junjung dan akan di buang bila habis demo, atau baju yang akan di pakai pada setiap hari?

Tak terasa malu ke?
Beria ria berpanas, berdemo, seolah2 hanya dia yang tahu nilai Allah pada Islam. pada masa yg sama berasa megah memakai baju berlambang salib...Tak salah ke memakai baju berlambang salib tu?
Entah la... ikut suka engkau la..

2 Juta pound untuk prmosi makan. Anak anak yang duduk asrama kena balik kerumah pasal tak ada makanan yang di sediakan. Mekasih, rakyat di utamakan,tak sakit hati ke?

Perbadanan Perbangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memperuntukkan 2.0 juta pound sepanjang 2010 bagi melaksanakan kempen perhubungan awam pemasaran di sini (London) bagi mempromosikan makanan Malaysia.

Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia bagi United Kingdom, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata kempen itu yang akan dilaksanakan melalui Kempen "Malaysia Kitchen", bermatlamat mempromosikan restoran Malaysia di sini.

Sebanyak 38 daripada 62 restoran Malaysia di United Kingdom beroperasi di bandar raya ini, katanya kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi pertama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ke London mulai Ahad hingga 14 Jan ini.

Beliau berkata usaha itu juga bertujuan meningkatkan antara 20 peratus dan 30 peratus pengunjung ke restoran-restoran Malaysia, terutama di London, dan selain meningkatkan pengimportan makanan diproses dari Malaysia.

Kempen itu, yang diharap meningkatkan peminat makanan Malaysia, juga dijangka meningkatkan bilangan pelancong yang melawat ke Malaysia, katanya.

Sebagai permulaan, Muhyiddin dijangka melancarkan kempen promosi makanan Malaysia apabila Malaysia menjadi penaja utama program "Taste of London" selama empat hari di sini pada Isnin ini.

Hangpa yang buat taik,hangpa tak nak mengaku, sedang kan kat taik hangpa siap ada nama dan bendera sekali? Sapa nak percaya cakap hangpa? Kucing tak ada kepala pun tak kan percaya, inikan pulak manusia yang ada akal..kecuali mereka yang gila dan bengongggg.

Perdana Menteri Najib Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.

Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' .

Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili PEKIDA."

Arman Azha Abu Hanifah, 35 tahun merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Beliau juga merupakan pentadbir kumpulan (group) Facebook Pemuda UMNO PJU yang diberi tajuk "@MB Pemuda UMNO PJU"

BUKAN ORANG UMNO KE NI?

Sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat dan sayap parti itu, sama ada di Pemuda, Wanita, Puteri UMNO di peringkat cawangan, bahagian ataupun negeri, yang turut sama dalam demo itu..

Semua nya bukan sekadar tuduhan, malah siap ada bukti lagi..
Nak mengelak macam mana?
Maleh nak cakap la...cakap pun tak guna...tengok dan lihat je la permainan mereka hingga tamat.
Bukan susah sangat nak kenal,nak tau..macam mana nak sembunyi pun..pasti akan terbongkar juga.

Saturday, January 9, 2010

AL kafirun.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Katakan lah (Wahai Muhammad) : Wahai orang orang kafir
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
Dan kamu pula tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah
Dan aku tidak beribadat seperti kamu beribadat
Dan kamu pula tidak mahu beribadat seperti aku beribadat
BAGI KAMU AGAMA MU BAGI AKU AGAMA(ISLAM) KU

 Boleh faham tak terjemahan surah al kafirun ni... cukup senang,
Bagi mu agama mu..bagi aku agana ku...
Kenapa nak membakar gereja atau rumah ibdat agama lain?
Atau sengaja nk mengeruh kan keadaan.
bagi dia agama dia...biarkan lah
Siapa yang punya angkara?
Kalau si pembakar geraja itu adalah melayu islam... sememang nya ia hanya nak memburuk kan Ajaran Islam itu sendiri.
Jenis tak belajar adap kesopanan beragama.
Jaga agama sendiri..yang nak musnah kan tempat ibadat agama lain tu buat pe?
Nanti kalau agama lain balas dengan membakar masjid atau madrasah.. kan jadi kecoh
Janagan jadi sestengah yang mengaku Islam, tempat ibadat sendiri pun depa sanggup nak robohkan,Itu islam munafik..
Mengaku je islam tapi hati nya yahudi atau nasrani

Sama macam yang berdemo dengan membawa kepala lembu tahun lepas..
Otak ada cuma akai je yang kureng...

Kalau nak duduk juga asrama pada sabtu ahad, bayar duit makan, 15rm sehari.

Semakin lama semakin haru nampak nya pengurusan kementerian pelajaran.
Sebelum ni kisah yuran sekolah percuma, tp hampeh.makin bertambah lagi adalah, kemudian penggunan bahasa inggeris pulak.pe pun tak jadi, peruntukan beli barangan, buku2 berjuta ringgit malaysia habis..perlaksaan macam sial. yang kaya cuma kroni je.
La ni duit dah tak ada..pelajar, ibu bape lagi yang jadi mangsa,

Masa duit banyak, macam2 benda yang tak berfaedah kerajaan lakukan, Menaja kejohanan Formula One.
Ikut kata menteri.akan menguntungkan rakyat.dapat mengubah nasib rakyat. Rakyat yang mana telah berubah nasib? Makin tersepit lagi.

Membina Petronas Twin Tower?
Mana untung nya pada rakyat Malaysia?
Hanya boleh bermegah je,,
Ynag lebih megah hanyalah pada pemimpin yang suka bermegah,suka bermewah mewah.

Sekarang bila kantung dah kurang, bnyak pula cukai yang di kenakan ,,
Sebulan dua ni...tol pulak akan di naikkan..
mekasih kerajaan.

Friday, January 8, 2010

Setiap petang jumaat, pelajar yang menghuni asrama di arah pulang ke rumah, kerana tiada peruntukan makanan pada hari sabtu dan ahad. Mengapa jabatan Pelajaran ada masaalah peruntukan ke?

 BELI BUAIAN 17 JUTA, KAYANYA KERAJAAN MELAKA.

Kerajaan Melaka bersedia untuk membeli buaian pusing 'Eye On Malaysia' yang telah diarah menghentikan operasinya mulai hari ini, berikutan arahan sita daripada mahkamah. Tindakan menyita kawasan Eye On Malaysia, yang terletak di muara Sungai Melaka di Taman Kota Laksamana di sini, dilakukan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lepas yang membenarkan permohonan pemilik asal buaian itu dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambil balik daripada Eye On Malaysia Sdn Bhd (Eom), pemilik buaian itu di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau berharap syarikat dari Belgium itu segera mendapatkan perintah mahkamah bagi melelong Eye On Malaysia supaya kerajaan Melaka dapat membelinya.

"Jika dilelong, kerajaan negeri bersedia membayar hutang sebanyak RM17 juta itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Pengawasan Bersepadu Melaka (MISSY) di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini.

Baru seminggu aje persekolahan berlalu, sepatut nya 2 minggu lagi baru anak2 yang menginap di asrama akan pulang kerumah atau di panggil outing, Pelik bin hairan, semalam anak perempuan aku mengubungi aku mengata kan petang ini ( petang jumaat) mereka di khendaki pulang ke rumah masing2 kerana tiada peruntukan makan untuk hari sabtu dah ahad.
Bukan hanya asrama yang dihuni oleh anak aku sahaja. boleh di kata kan semua asrama yang ada di Pulau Pinang dan mungkin juga seluruh negara...catuan makanan kerana tiada wang peruntukan..Kenapa jadi begini?

Peruntukan untuk kementerian Pelajaran dah abis ke?
Alahai..

Thursday, January 7, 2010

When top level guys look down, they see only shit.When bottom level guys look up, they see only assholes


Dalam nya maksud ungkapan ingeris ni..
Dan kebiasaanya memang macamtu la...mana yang berada diatas tetap berada diadalam kesenangan, baik pemimpin mahupun pengurus MLM.

DEPA MENTEDARAH SEDAP SEDAP DAN  SEDAP ATAS KESUSAHAN DAN KESENGSARAAN ORANG BAWAHAN.

Baru seminggu je gula dinaikkan harga, kadar pesakit kencing manis telah menurun,,Apa kata naik kan harga minyak, tentu kejadian kemalangan boleh di elakkan.

KUALA LUMPUR 5 Jan - Kenaikan harga gula tidak akan memberikan sebarang kesan ketara pada syarikat makanan dan minuman (F&B) besar di negara ini.
Bagaimanapun, pengeluar dan peruncit F&B yang kecil kemungkinan merasai kesan kos bahan mentah yang lebih tinggi.
Sementara itu, OSK berkata, harga roti akan naik perlahan-lahan.
"Kami merasakan harga semasa tidak dapat dikekalkan pada tempoh yang lama kerana Persatuan Pengeluar Bakeri, yang bermesyuarat secara tetap untuk menentukan harga roti, dijangka menaikkan harganya secara perlahan-lahan mengikut harga gandum," katanya....

Tak akan ada nya peniaga yang nak ngikut cakap menteri...bodoh sangat la kalau niaga tak nak untung..Yang merana hanya la rakyat kelas bawahan.

Dengar kata pulak, harga minyak akan dinaik kan selepas tahun baru Cina ni... kita lihat, ape pulak alasan menteri...
a. Harga minyak kita masih murah berbanding dengan harga di Singapura, Thailand dan di antara yang termurah di dunia..
b. Kerajaan telah mengeluarkan subsidi harga.
c. Kerajaan cuba untuk mengelakan kadar kemalangan.
d. Kerajaan dah tak berduit pasal sebuk nak mengadakan FI.Monsoon Cup
e. Kenaikan harga minyak tidak akan membeban kan rakyat

Ape yang pasti..rakyat tetap akan merana,,,

Sunday, January 3, 2010

Gula pasir naik harga, nampak nya kena kurang gula dan lebihkan pasir di dalam permakana n rakyat malaysia, Cara mencegah penyakit yang baru. Menteri yang ajar.. naik harga gula,rakyat kurang dapat penyakit Kalau harga minyak naik..rakyat kurang dapat kemalangan. kalau harga beras naik...rakyat kurang makan...ok la tu.

 KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan lebih 60 syarikat pengeluar makanan di seluruh negara bagi mencari kaedah mengurangkan penggunaan gula dalam produk yang dihasilkan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, satu mesyuarat akan diadakan pada bulan ini bagi membincangkan perkara itu.
Jelasnya, ia selari dengan kempen kementerian untuk mendidik rakyat meminimumkan pengambilan gula.

Penjelasan paling lawak sempena tahun baru 2010,
Kalau KK menjalan kan kempen sahaja tampa menaikkan  haega gula tak boleh ke?
Kementerian dalam negei pula bagi amaran, jangan naikan harga mekanan berasas kan gula..
Kemenerian Pelajaran pula bagi amaran kepada pengusaha kantin sekolah,,,jangan naikkan harga makanan...

Selama ini rakyat malaysia menggunakan gula putih atau di kenali sebagai gula pasir, nampak gaya nya rakyat kena kurangkan gula dan tambah kan lebih pasir dalam makanan.

"Setiap hari rakyat kita mengambil 26 sudu gula dalam pemakanan seharian mereka berbanding hanya tujuh sudu yang disyorkan. Fakta ini amat menakutkan memandangkan bahaya gula terhadap kesihatan," katanya.

Setiap sesudu gula, tambah kan 2 sudu pasir kedalam nya..

Rosnah berkata, kebimbangan terhadap penyakit akibat pengambilan terlalu banyak gula di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.
Pesanan ikhlas buat kerajaan malaysia yang amat perihatin, Naikkan harga gula untuk elak penyakit..