Sunday, January 10, 2010

Hangpa yang buat taik,hangpa tak nak mengaku, sedang kan kat taik hangpa siap ada nama dan bendera sekali? Sapa nak percaya cakap hangpa? Kucing tak ada kepala pun tak kan percaya, inikan pulak manusia yang ada akal..kecuali mereka yang gila dan bengongggg.

Perdana Menteri Najib Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.

Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' .

Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili PEKIDA."

Arman Azha Abu Hanifah, 35 tahun merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Beliau juga merupakan pentadbir kumpulan (group) Facebook Pemuda UMNO PJU yang diberi tajuk "@MB Pemuda UMNO PJU"

BUKAN ORANG UMNO KE NI?

Sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat dan sayap parti itu, sama ada di Pemuda, Wanita, Puteri UMNO di peringkat cawangan, bahagian ataupun negeri, yang turut sama dalam demo itu..

Semua nya bukan sekadar tuduhan, malah siap ada bukti lagi..
Nak mengelak macam mana?
Maleh nak cakap la...cakap pun tak guna...tengok dan lihat je la permainan mereka hingga tamat.
Bukan susah sangat nak kenal,nak tau..macam mana nak sembunyi pun..pasti akan terbongkar juga.

No comments: