Monday, February 1, 2010

MPSP( Majlis Perbandaran Seberang Perai) - Hanya nak kutip untung aje ke? Kebersihan taman permainan pengunjung sendiri yang kena bersih kan ke? Mana pergi nya kontraktor perbersihan.?

 

Kawasan permainan  Taman Permaina Robina di Pantai Telok molek sering  di guna kan oleh berberapa kumpulan sepakraga tu sekitar Butterworth. Kawasan ini digunakan pada setiap cuti umum dan pada setiap hari Minggu.Setiap kali sebelum bersukan ,mereka bergotong royong membersih kan kawasan tersebut. Jika menunggu pihak kontraktor yang di pilih atau dilantik oelh pihak MPSP. jawab tak kan bersih la tempat itu.

Pada hari Jumaat 22 Jan 2010, sebatang dahan pokok rhu telah tumbang kerana di tiup angin. Menandang kan ianya hari jumaat dan telah pukul 3 petang maka tiada lagi kerja2 pembersihan ymengalihkan pokok yang tumbang itu di jalan kan. Kumpulan sepak raga yang selalu berkumpul dan bersukan di situ telah pun besukan di atas pasir  yang ada.

Sahingga gambar ini dia ambil 31 Jan 2010, masih tiada sebarang pembersihan mengalihkan ranting rhu yang tumbang itu di jalan kan Hampir seminggu kawasan itu terbiar dengan pohon tumbang yang tidak di alihkan,

Persoalan nya, apakan pihak MPSP tidak memantau setiap taman yang ada? Apakah tiada sebuah syarikat pembersihan ke yang di pertanggung jawab kan membersihkan taman taman awam yang ada di sekitar Telok Air Tawar ini?
Apakah pembersihan mesti di laku kan oleh setiap pengguna dan pengunjung itu sendiri?
 Ini pula adalah gambar rumah YB Jahara, wakil rakyat bagi kawasan telok Air Tawar ini, Rumah nya hanya berada 100 meter sahaja dari taman permainan tersebut.  Apa guna jadi wakil rakyat kalau sebuah taman yang terletak tak jauh dari rumah nya pun tidak di pedulikan nya, Macam mana nak menjaga kebajikan rakyat dalam hal hal yang lain.
Buat MPSP. ambil tau la sikit tentang kebersihan taman2 yang ada,,,Kepada yang berkenaan jangan la sekadar makan gaji buta je, tak berkat kalau hari hari kena marah dan sumpah seranah pengunjung Taman tersebut.




No comments: