Itu sebab nya nabi berpesan, ajar la anak kamu pada umur nya 7 tahun, ni la masa nak kasi kaunseling ke nak ngajar ke..bukan nya pada umur akil baligh baru nak ajar
“Salah tetap salah tetapi ada banyak cara untuk menangani isu ini termasuk pemulihan dan kaunseling,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika mengulas lanjut isu merotan tiga wanita Islam wanita berhubung kesalahan seks haram awal bulan ini.
Nak pemulihan ape nya,? Cara pemulihan yang nabi ajar ialah dengan merotan, itulah cara yang paling baik . kerana ia akan meninggalkan kesan mendalam di dalam diri se orang pesalah. Hukuman itu nabi yang ajar dan ia nya dari Allah,
Ketua Wanita Umno itu mengakui hakim-hakim Syariah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman sebatan tetapi menekankan, merotan wanita adalah isu sensitif.
Bukan kira sensitif atau tidak,masaalah nya hukuman yang hakim jatuh kan bukan dari akal fikiran nya, tetapi dari hukum yang telah di lakukan sejak dari zaman Nabi Muhamad lagi. dan ia hukuman darri alquran.
Beliau menambah hukuman sebatan juga memberi ruang kepada mereka yang mengambil kesempatan dengan mendakwa kaum wanita di negara ini tiada suara.
Bagaimanapun Shahrizat menafikan mengenakan hukuman sebatan akan menjejaskan imej negara.
Ini adalah negara Islam, Agama islam adalah agama rasmi Malaysia, kenapa pula imej negara akan jatuh kerana menegak kan hukum agama islam itu sendiri?
Bersuara kerana nak menidakkan hukum, ? tak bersuara pun tak pe.
“Hanya mereka yang berfikiran sempit akan melihat dari sudut ini,” kata beliau.
Memang berfikiran sempit,? Kalau menegakkan hukuman agama Islam itu di katakan sempit,Tak payah la beragama, kan senang, jadi macam haiwan,, bebas malakukan ape sahaja.
Khamis lalu Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.
Diskriminasi kepala hotak hangpa.Wanita tersebut adalah wanita yang mengaku Islam,secara lansung,kesalahan bagi kesalahan mengadakan sek tanpa nikah hukuman nya adalah sebatan. dimana yang di katakan sebagai diskriminasi?
Kalau mereka itu bukan islam. nak buat hari hari.siang malam pun ikut suka depa la,,sebab depa tak termasuk di dalam undang undang agama islam,SIS berpendapat bahawa melaksanakan hukuman sebatan ke atas mereka tindakan itu secara tidak langsung menggambarkan yang kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan orang ramai.
Layanan mana kan yang paling adil bagi yang melakukan kesalahan? Langgar lampu isyarat warna merah, denda 300rm, adil ke?Mencuri sebotol nescafe berharga 15rm di penjara selama 2 tahun. adil ke?
Pada Rabu lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan minggu lalu, menjadikan yang pertama menjalani hukuman ini di bawah undang-undang Syariah kerana mengadakan hubungan seks haram.
Hukuman dijalankan di Penjara Kajang 9 Feb lalu.
Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga bulan lalu.
Langkah melaksanakan hukuman sebatan ke atas wanita mencetuskan kontroversi tahun lalu selepas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.
Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata pihaknya juga terkejut dan kecewa dengan kenyataan Hishammuddin semalam bahawa tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan yang dikendalikan oleh Penjara Kajang.
Akhir kata, kalau tak mahu menjalankan hukum Islam, jangan la mengaku Islam. Hanya yang bukan Islam sahaja yang tak mahukan hukuman islam.
Undang undang dan hukuman yang ada didalam ajaran Islam, bukan lah hukuman ang Nabi Muhamad fikirkan sendiri, tetapi aianya adalah datang dari Allah.
Jadinya janganlah nak memandai mandai buat hukuman sendiri,kalau nak gubal undang undang di parlimen, sila kan lah, sebab itu adalah undang undang manusia,
No comments:
Post a Comment