Thursday, September 30, 2010

Selama ini,,apa pun yang dari dari umno, semua depa sapu,,tak kesah pun..

Selama ini..tiap kali pilihan raya ataupun masa nak raya, terutama sekali masa gerakan memerintah...ape je yang di hulurkan,,,membujur lalu, melentang patah...semua ambik,,tak kesah pun dari mana datang nya sumber duit yang di beri,,,,

KM PP dah beri penjelasan,,sumber duit yang di berikan kepada warga emas sebanyak RM 100 itu adalah dari sumber yang halal,,tapi dok percaya juga cakap umeno...tak pe..pulangkan lah,,,

Di sebabkan percayakan umeno lah..sebahagian besar penduduk pulau, telah keluar menetap ke tanah besar..
Siapa yang tak kenal timbalan KM PP Ibrahim Saad ?
Siapa yang menjadi dalang penjualan tanah2 tanah Melayu di PP?

Nanti nanti...buat warga PP ,bila siapa je menghulurkan derma atau sedekah , jangan lupa...tanya kepada ketua umeno dulu,,mereka boleh mengesahkan ianya halal atau haram..

Dah puluhan tahun depa sapu duit toto,duit magnum, duit genting...tak ada pula depa nak kata haram...

hentam je la,,,

Tuesday, September 28, 2010

Pemutar fikiran rakyat...

Dah berapa banyak fakta yang di putarkan semenjak ia di tubuhkan ,,tak tau la,,hanya mereka saja yang tau,,
Berapa banyak kata temu bual dengan pemimpin yang bukan dari umno/bn yang telah di putarbelit kan..
Kerana apa ini berlaku?
Kerana politik ...kerana arahan pihak atasan?

Merka tidak pernah belajar dari kesilapan pun...apa yang mereka fikirkan hanya kepuasan dapat memutarbelitkan fikiran pembacanya..tak heran la semakin hari pernerbitannya semakin merosot... 

Berapa hari sangat la berita ini boleh bertahan, 3.4 hari kemudian, rakyat akan tau juga berita yang sebenarnya,,Dan dengan itu tahap menyampah rakyat akan naik sedikit demi sedikit,,

Padan muka hangpa...padan muka mereka yang jadi peminat setia akhbar pemutar fikiran rakyat itu...

Berita Harian.

Tinjauan pelaburan Malaysia menggalakkan: Branson 2010/09/27 KUALA LUMPUR:
Tinjauan pelaburan Malaysia di seberang laut pada masa ini amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani supaya tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing, kata usahawan Britain, Sir Richard Branson. Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di sini, beliau berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya. "Saya rasa Malaysia mempunyai reputasi yang baik tetapi beberapa isu seperti apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Perdana Menteri anda, menjejaskan Malaysia," kata beliau pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di sin


 Utusan Malaysia

Iklim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar 27/09/2010 4:10pm
Oleh

WAN NAJIB WAN DAUD KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. – Utusan



Friday, September 24, 2010

Kesian....hanya se urat lagi urat urat di kepala nya yang masih tinggal...

Angin  apa agak nya yang melanda jiwa ini...kapada yang masih waras, mempunyai akal fikiran, jangan la jadi seperti ini..jadi bahan gelak ketawa orang je...

Kalau hendak bersedekah atau memberi hadiah pun, biar la ianya suatu yang nyata, hatta bersedekah di masjid pun, walau hanya seringgit, ia tetap duit..

Demi mengejar kemashuran, mengejar nama, replika cek hanya lah satu pembohongan,,sape sape pun boleh buat,,,,nukan cek tendang, tapi semata mata replika sahaja... alahai...

4 billion,,fuh,,,mak datuk, punya la banyak...cuma nak sedekah je tu..bayar zakat pun 1 trillion...mak aih..
Esset yang ada ber trillion2,, kalah raja arab  kalau di fikirkan.

Duit pun tak ada, projek pun tak dapat lagi, dah di senarai hitam pulak tu,,kertas kerja pun baru nak hantar..

Hantaq borang kat sptal bahagia lg senang,,pakai stem 20 je...

Apa yang penting nya,,,angan angan tinggi,,,

Rupa nya hanya ilusi, rupanya malam tadi tak makan ubat...

Kesian sungguh dia yang malang ini....

Thursday, September 23, 2010

Sekolah Remaja termengandung,,,lesen untuk remaja lebih bersosial

Kerajan Negeri Melaka telah menyediakan sebuah sekolah untuk remaja yang hamil, Setakat ini telah ada 5 pelajar di sekolah tersebut,,,
Di kalangan para pelajar sekarang, sekolah ini telah menjadi buah mulut percakapan seharian,,tentunya ramai yang berasa tidak takut lagi untuk melakukan sex,,

Apa yang perlu mereka risaukan?

Kalau mengandung,,masuk je sekolah tersebut, pernah dengar ke seorang remaja perempuan yang telah di hukum, baik dari segi undang undang Malaysia maupun dari mahkamah Shariah kerana telah mengandung di sebabkan sex di luar nikah ?

Jadi apa yang perlu mereka takut kan?
Setakat ancaman ugama Islam mengatakan bahawa mereka yang berzina hendaklah di hukum rejam sampai mati atau di rotan seratus kali,,lansung mereka tak heran,

Kerana apa?

Hukuman rotan ini hanya berlaku di dalam Filem Seniman P Ramlee sahaja, Semerah padi.

Di dunia nyata..hanya hukuman denda atau penjara sahaja..
Siapa yang nak takut?

Merka yang takut akan hukuman rotan atau di rejam sampai mati itu ada mereka yang telah di berikan pendidikan tentang agama sejak kecil lagi.
Mereka telah di ajar oleh ibu bapa mahupun guru agama sejak kecil lagi..
Meraka kenal hukum hakam di dalam agama..
Mereka tau akan aurat, tentang mahram atau halal haram nya...

Siapa kah yang bersalah jika anak anak remaja ini termengandung?
Ibu bapa?
guru guru?
Kerajaan?

Ibu bapa perlu mengajar anak anak tentang hukum hukum agama.
Guru2 juga menambah lagi akan kefahaman  anak anak tentang agama

Kerajaan la harus bertanggung jawab, kerana tidak melaksanakan hukum yang telah di tetepkan oleh agama Islam......
Jika masih mengenakan hukuman penjara atau denda,,ia tidak dapat menghalang atau menimbulkan rasa takut remaja atau masyarakat dari melakukan zina...

Mengaku berugama Islam, tinggal di negara Islam, mejori rakyat berugama Islam...tetapi hukum islam yang termaktub di dalam Al Quran juga hadis tidak di ikuti...
Siapa nak jawab ini semua di padang mahsyar nanti?

Mereka yang memilih kerajaan yang tak bertanggungjawab itulah nanti yang akan di soal kelak...
Siapa mereka mereka itu...

Tepok dada tanya iman....

La.... Takut nak debat, buat lapuran polis pulak.. Tak perkasa la kalau macam tu...Siapa nak bela melayu kalau perkasa jadi penakut?

 Pelik sungguh la..
Kata nak membela Melayu..bila Nurul Izzah ajak berdebat,, hangpa lari kecut perut...Habis macam mana ni...
Sape yang nak membela melayu lagi?


KUALA LUMPUR, 22 Sept: "Terima kasih Perkasa balas jemputan saya dengan membuat laporan polis," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai reaksi awal selepas dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis hari ini.

Beliau dipanggil ekoran laporan yang dibuat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhubung kenyataan media mengenai jemputan beliau untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu.

Dua pertubuhan tersebut pada 2 September lalu yang mendakwa beliau mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


Sebelum ini beliau menjemput Perkasa untuk berdebat mengenai isu kedudukan istimewa orang Melayu yang dibangkitkan dalam artikelnya berjudul The ultimate Malaysian debate: Malaysia or Malaysaja? yang disiarkan di web Themalaysianinsider.

Perkasa bagaimanapun menolak cabaran debat tersebut dan membalasnya dengan membuat laporan polis.

MAKSUD TERSIRAT DAN TERSURAT....TAKUUUUUUUT LA TU

Wednesday, September 22, 2010

0.5 sen minyak naik...siapa nak kesah? Engkau? Aku atau bapak bapak menteri ?

Reta yang aku ada pun hanyalah kapcai...kalau isi 5 rm pun dah penuh..seminggu jalan pun tak habis lagi. kalau naik 20 sen lagi,  aku masih mampu nak toupup.

Masih aku ingat,menteri ada cakap. kat tv, kat paper, kenaikan harga minyak tidak akan membeban kan golongan rakyat macam aku ni..yang susah hanyalah warga asing,yb yb, menteri menteri je..bukan kah mereka pakai kereta besar, kereta impot.

Rakyat bawahan yang macam kami ni, mana la ada kemampuan nak pakai keta besaq..

Gas memasak juga naik,,dari 25 rm. ke 26 rm..ala singgit je.ada aku nak kisah. umah aku pakai arang kayu, beli seguni 12 rm..sebulan boleh guna, kalau habis pun..kayu, ranting getah cukup banyak..setahun pakai pun tak habis...

Mekasih kerajaan, menaik kan harga minyak hanya akan menyusah kan orang2 berada dan kaya je..

Kami tetap macam ni..cuma yang  kami pegang adalah kata kata keramat dari kerajaan..

Kenaikan harga minyak dan keperluan yang lain TIDAK akan menyusah kan rakyat..

Tunggu lah PRU yang akan datang ini...kita tengok siapa yang susah....

cialan...hampeh keledek basi...

Tuesday, September 21, 2010

Dalam partI lagi , cakap nya tak boleh pakai, inikan pula bila dah keluar..sapa la yang nak ikut gamaknya?

Berebut rebut depa nak dapat kan temuramah eklusif  bekas menteri penerangan yang dah kalah bertanding...
Ramai juga yang pecaya pada katanya.....  pas mendesak tunku untuk merampas tanah cina pada 13 mei 1969 dulu..bersaksi pada yang dah tiada,,sape pun boleh..tak ada bukti,,
Nak kena saman dia ni..

Di lapurkan , dia meminta Umno melupa kan pas...hehehe..pinggan tak retak nasi tak dingin...engkau taknak...aku lagi tak teringin..

Gamak nya ..siapa lah yang nak terima pakai cakap2 dia ni...

ENTAH LA,,,

Memang benar,,gambar tidak menipu,,Selama nya memang macam tu.

Ikut pada benner ni..

 Melayu di tindas Umno

Mana Keadilan untuk menghalang

Rayuan pemuda Umno kota raja,,,

Siapa la gamaknya yang menindas pemuda Umno kota raja tu?
Pemimpin Umno sendiri la kot...
Melayu satu Malaysia, bukan kata dari umno je..semua yang ada..memang telah di tindas pun..

Bukan ajae bangsa, malah bahasa pun di tindas sama, tanah tanah pun di sapu sama..

Tak lama dah...memang nak terlungkup dah tu...
Kepada yang berasa telah tertindas. berdoa la..moga ianya terjadi...

Media pulun habis bercerita dari muka satu hingga muka 10...

Klau di harap naknaikkan rating pembaca dalam  berita politik,,nampak nya makin tak laku la media cetak yang sedang nazak sekarang ni..
Media mengambil kesempatan mensensasikan berita pembunuhan Datuk yang di lakukan oleh datuk juga,
Semua ceritadi kutip, di sensasikan hatta ada artis yang pernah bersalam pun nak masuk dalam cerita..
Rasanya sebelum kematian tragis datuk ini...setiap hari ada juga yang mati di bunuh..setakat berita kecil je..
Tetapi mengapa cerita Almarhumah Datuk Sosilawati ini mendapat tempat?
Kerana yang membunuh nya datuk juga?
Kerana nak mengalih berita,,mengalih pandangan masyarakat dari satu berita yang lebih penting?

Royalti kerajaan negeri kelantan.
Permashuran sultan kelantan yang baru
PM ke Singapura,

Tak penting ke cerita cerita ini

Entah la,,,

Monday, September 20, 2010

Majlis Raja bersama rakyat


Tertera di benner..Majlis Raja bersama rakyat...yang ada hanya yb je...mana wajah raja pahang?
Aik....yb dah merasa nak jadi raja pulak ke?

Sejak bila pula Kamalnathan mendpat restu Sultan selangor juga Mais..?

Mais bukan saje talam dua muka, malah tak ubah seperti ular yang lidahnya bercabang,,,Keluat segala fatwa yang mengatakan haram bila ada kafir yang masuk kedalam masjid. tetapi mengapa pula Kamalnathan di benarkan pula? Kerana ia YB dari bn?

Usah bermuka muka lagi,,segala nya telah jelas terang lagi bersuluh...jadi lah majlis agama sekadar mengikut telunjuk umno...bukan lagi di bawah kuasa sultan...

Malunya...bila di katakan..perkhidmatan awam yang tercorot sekali perkhidmatannya...

Marah bila ada yang tak bangga jadi melayu tapi cukup bangga tuan mereka jadi pemusnah melayu

Hampeh...ape masaalah dia ni kalau ada orang yang tak bangga jadi melayu? tetap merasa bangga kerana d lahir kan sebagai islam..

Jangan pertikaikan pe yang orang lain kata kan...cermin diri sendiri...sebangga mana, sejauh mabangga nya engkau menjadi melayu...atau engkau hanya sekadar penyokong mereka merak yang memusnah kan islam dan melayu,,,

Allah SWT Berfirman :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."  

 

Sunday, September 19, 2010

sesungguhnya, semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa nya)

Allah SWT Berfirman :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (QS Al Hujurat : 13)...   

Ada macam macam datuk...Datuk YB penipu yang paling banyak sekali..

Datuk..gelaran yang sangat di cari cari,,di nanti nanti pada setiap hari keputraan Sultan, Yam Tuan Besar mahu pun Gabenor gabenor..

Gelaran datuk di anugarahkan di atas jasa seseorang kepada masayarakat,negeri atau pun negara.. ia adalah hak sultan,atau gabenor untuk di berrikan kapada siapa yang berhak..

Datuk Panglima Hang Tuah...pahlawan melayu dahulu kala,,anugerah Sultan melaka, Sayang sekali,,datuk ini sanggup membunuh sahabat sendiri atas arahan sultan.

Datuk Panglima Hang Jebat,, membunuh ramai rakyat Melaka yang tak berdosa hanya kerana sahabat nya Hang Tuah di hukum mati kerana fitnah Datuk Patih Karma Wijaya..

Gelaran datuk datuk anugerah sultan semenjak dahulu lagi..telah banyak di salah gunakan. dengan adanya pangkat datuk tak bermakna mereka bebas melakukan ape saja,

Datuk pembunuh boleh dikira, perogol juga beleh di hitung..cuma datuk penipu yang terlampau banyak..

Tengok saja ketika hampir pilihan raya,berapa banyak Datuk2 YB yang menipu rakyat?

3,4 tahun sekali...datuk2 ini akan bersalin kulit menjadi manusia yang baik,manusia yang alim, manusia yang sungguh pemurah,,
Habis pilihanraya,,batang hidung pun tak nampak... hebat kan...

Datuk duta Malaysia di bollywood. DatukShah Rukh Khan..datuk paling glamer sekali..Promosi Negeri Melaka selama 20  saat je...dah dapat gelaran datuk...syukur la...Melaka semakin terkenal sekarang

Yang paling hebat datuk palsu pembunuh datuk,,,macam mana dia leh dapat gelaran tu? Siapa yang anugerah kan...
Bagitu hebat nya gelaran datuk sahingga mereka yang berada,kaya,ternama,,berebut ingin kan gelaran tu..
Datuk pembunuh, datuk banyak cakap, datuk penipu, datuk rasuah datuk pilihanraya adalah datuk datuk yang memalukan darjat datuk je,
buat malu datuk datuk yang ada je..

Tuesday, September 14, 2010

Celaka lah hendak nya...pembunuh,pembantu pembunuh dan mereka yang melindungi pembunuh itu.

Di saat umat Islam sedang berpuasa dan bersedia untuk menyambut hari lebaran.ada manusia yang sanggup membunuh demi untuk wang, harta...
Bagai mana rasa nya jika anak, isteri mahu pun suami atau anggota keluarga mereka di bunuh bagitu kejam?
Apakah mereka fikir mereka akan hidup selama lama nya..?

Pembunuh Sosilawati ini sebenar nya bukan manusia, tetapi syaitan yang bertopengkan manusia.
Syaitan yang tidak punya sifat kemanusiaan,,,

Apakah mereka fikir perbuatan mereka itu tidak akan mendapat balasan? Apakah mereka fikir mereka akan lepas bagitu sahaja?

Setiap perbuatan baik yang buruk, mhu yang baik..pasti ada balasan nya,,,
Jika sekarang mereka membunuh se seorang...suatu masa nanti mungkin mereka atau pun ahli keluarga mereka pula yang akan di bunuh..

Bagi yang berugama Islam..janji tuhan amat jelas..hukum membunuh seseorang tanpaa sebab yang sepatutnya,,jika sabit kesalahan,,hukumnya adalah bunuh juga,,keluarga si pembunuh harus menanggung segala kesulitan keluarga yang di bunuh...Inilah yang di namakan keadilan..

Mungkin si pembunuh ini tidak mempunyai ugama,,dan dia hanya mengikut kata hati dan kehendaknya sahaja...
Mungkin si pembunuh ini tidak mempunyai keluarga, jadi ia bebas untuk membunuh ahli keluarga orang lain..

Senang senang sahaja mereka mengambil nyawa orang lain..ape...mereka fikir mangsa mereka itu kayu, batu atau binatang yang layak untuk merka hapuskan?

Perpatah melayu ada tertulis...hutang nyawa..di bayar nyawa..Siapa kah yang harus membayar nya?

Mahkamah yang adil....

Sunday, September 12, 2010

Dasyat..pembunuhan kejam ala ala yahudi.mana depa belajar ni...

Di tangkap di Banting,,di bawa ke ladang kelapa sawit,,di pukul sahingga mati,,kemudian di bakar...
Sememang nya siapa yang melaku kan perbuatan ini..tidak mempunyai hati perut.tiada belas kesian pun..
Jika pembunuh ini adalah berketurunan melayu..sememng nya ia adalah melayu kacukan yahudi,,
Hanya yahudi saja yang tiada belas kesian kepada manusia yang lain...
Banyak perbuatan yahudi yang telah menjadi ikutan orang melayu juga umat islam,,,contohnya sex bebas.berapa ramai ramaja  yang dah jadi macam tu...
Ini lah pembunuhan paling kejam yang pernah orang melayu lakukan pada tahun ini...
Syabas...malaysia boleh,,melayu boleh...

Ni mesti pasal dengki berdengki..gamak nya la ...kan minda melayu sejak azali lagi macam tu...

Dah kata dah..sandiwara je....

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, UMNO tidak mampu berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan lebih banyak sokongan.
Bekas perdana menteri itu berkata, sebaliknya UMNO memerlukan seberapa banyak sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika parti induk Barisan Nasional (BN) itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi.

Dr M dah bagi pesanan atau arahan pada PM,,nampaknya...seminggu dua lg..hubungan perkasa umno akan pulih...
saja nak tengok pendapat ramai...rakyat tek kesah lansung..yang jadi kesah hanyalah orang politik yang takut kuasa hilang..

Gaduh la lagi...syok tengok

Jauhi perkasa , selamat kah umno?

Apakah wajar kesemua parti komponen termasuk UMNO mengambil pendirian menolak Perkasa?
Awang lontarkan persoalan ini kerana ia sudah menjadi bahan bualan terutama di kalangan orang Melayu. Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini mencapai persetujuan untuk menjauhi Perkasa. Alasannya kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejaskan konsep 1Malaysia.
Pada Awang, Perkasa hanyalah NGO biasa sebagaimana NGO bukan Melayu lain, yang sekadar membela kepentingan kaum masing-masing. Persekitaran politik yang dilihat tidak menentu dan berbahaya kepada kepentingan Melayu menyebabkan ramai menyokong Perkasa. Suka atau tidak, Perkasa menjadi sandaran baru kepada orang Melayu dan umat Islam. Dalam banyak isu melibatkan kepentingan bangsa dan agama, Perkasa lebih diyakini berbanding parti politik. Maka langkah menolak bulat-bulat Perkasa dalam membela kepentingan Melayu akan membawa UMNO ke ambang risiko besar. Hari ini, UMNO dapat bertahan di sebalik gelombang asakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, juga adalah antara lain disebabkan peranan NGO seperti Perkasa. Janganlah melihat Perkasa sebagai hantu jembalang - sebagaimana persepsi banyak parti bukan Melayu. Pada Awang, Perkasa bukanlah ultra rasis berbanding banyak NGO yang bertaut rapat dengan parti-parti Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan.,,,,seterus nya...cari le kat mm


Panjang lagi omelan si awang ni...

Ynag sebenar nya...dua dua pun nak terlungkup dah...engkau salah kan aku..aku salah kan engkau...mmm padan ngan muka engkau orang...
Dua dua pun dah kena sumpah dengan orang melayu sendiri...
tengok la pe nak jadi...2,3 hari lagi....
mesti depa berdamai semuala...
lakunan semata mata....
Agaknya la...

hidung tak mancung pipi tersorong sorong...kelakau la wei..

Najib telahpun sekali lagi mengesahkan status  antara Umno dan Perkasa apabila beliau beliau kata "They (Dr Mahathir dan Perkasa) are not against us"

 Diifahamkan bahawa Najib telah meminta pemimpin-pemimpin Umno agar tidak menyatakan sokongan kepada Perkasa.
Kelmarin, dalam kenyataan terbuka Ibrahim berkata, Perkasa pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Semua pun tau ahli perkasa juga adalah ahli Umno..Make galabah beruk la mamat tu bila pm  tak kasi pimpinan umno sokong perkasa..

Sekarang ni..lu lu..wa wa...

Macam mana nak perkasa nak hadapi PRU 13 ni kalau tiada sokongan umno?

Nak minta ngan pas...sorry gajah la pas nak tolong...

Nak kata semua umat melayu sokong perkasa...tak la juga...

Nmapak nya...dah ada batu nisan yang telah di tempah...

Siapa punya?

sendiri jawab la....

Pejuang bahasa...pejuang bangsa ...

Kelakor nya...mana punya parti n mana punya syarikat pengiklan yang tulis ni...sah sah  banner free ni...

Saturday, September 4, 2010

Umno semakin kuat dengan kemasukan 756 ahli baru...Betul ke?

SELAMA: Seramai 756 ahli Pas dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.
Bekas Timbalan Ketua Pas cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.
Kesemua ahli Pas itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis Rahmat Ramadan Bersama Menteri Besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di sini, Jumaat.
Mat Arop berkata beliau menjadi ahli Pas selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.
Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga mendorongnya untuk beralih arah kepada UMNO.
"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.
Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian UMNO secara besar-besaran.
Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih UMNO menunjukkan parti itu semakin teguh di negeri itu. - BERNAMA
Alasan hilang kepercayaan, terkeluar dari perjuangan asal...amat biasa sekali  di perkatakan jika adanya anggota Pas yang masuk Umno,,

Hilang kepercayaan yang macam mana yang di maksudkan tu...
Terkeluar dari perjuangan asal,,, perjuangan macam mana yang sedara Mat arop makasud kan?
Demi ikhlas nya masuk umno,,beliau akan mengadakan kempen secara besar besaran,,,

Bekas Tmbalan Ketua cawangan  berkata... hanya zambry yang berjaya menyatukan semua pehak...
Entah la,,,kalau timbalan ketua pun tak nampak perkara yang sebenar...ape lagi kalau perkara yang sembunyi...payah la kalau jadi ketua...
Tepuk dada tanya selera....