Thursday, September 23, 2010

La.... Takut nak debat, buat lapuran polis pulak.. Tak perkasa la kalau macam tu...Siapa nak bela melayu kalau perkasa jadi penakut?

 Pelik sungguh la..
Kata nak membela Melayu..bila Nurul Izzah ajak berdebat,, hangpa lari kecut perut...Habis macam mana ni...
Sape yang nak membela melayu lagi?


KUALA LUMPUR, 22 Sept: "Terima kasih Perkasa balas jemputan saya dengan membuat laporan polis," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai reaksi awal selepas dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis hari ini.

Beliau dipanggil ekoran laporan yang dibuat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Wirawati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhubung kenyataan media mengenai jemputan beliau untuk berdebat tentang kedudukan istimewa orang Melayu.

Dua pertubuhan tersebut pada 2 September lalu yang mendakwa beliau mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.


Sebelum ini beliau menjemput Perkasa untuk berdebat mengenai isu kedudukan istimewa orang Melayu yang dibangkitkan dalam artikelnya berjudul The ultimate Malaysian debate: Malaysia or Malaysaja? yang disiarkan di web Themalaysianinsider.

Perkasa bagaimanapun menolak cabaran debat tersebut dan membalasnya dengan membuat laporan polis.

MAKSUD TERSIRAT DAN TERSURAT....TAKUUUUUUUT LA TU

No comments: