Tuesday, September 28, 2010

Pemutar fikiran rakyat...

Dah berapa banyak fakta yang di putarkan semenjak ia di tubuhkan ,,tak tau la,,hanya mereka saja yang tau,,
Berapa banyak kata temu bual dengan pemimpin yang bukan dari umno/bn yang telah di putarbelit kan..
Kerana apa ini berlaku?
Kerana politik ...kerana arahan pihak atasan?

Merka tidak pernah belajar dari kesilapan pun...apa yang mereka fikirkan hanya kepuasan dapat memutarbelitkan fikiran pembacanya..tak heran la semakin hari pernerbitannya semakin merosot... 

Berapa hari sangat la berita ini boleh bertahan, 3.4 hari kemudian, rakyat akan tau juga berita yang sebenarnya,,Dan dengan itu tahap menyampah rakyat akan naik sedikit demi sedikit,,

Padan muka hangpa...padan muka mereka yang jadi peminat setia akhbar pemutar fikiran rakyat itu...

Berita Harian.

Tinjauan pelaburan Malaysia menggalakkan: Branson 2010/09/27 KUALA LUMPUR:
Tinjauan pelaburan Malaysia di seberang laut pada masa ini amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani supaya tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing, kata usahawan Britain, Sir Richard Branson. Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di sini, beliau berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya. "Saya rasa Malaysia mempunyai reputasi yang baik tetapi beberapa isu seperti apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Perdana Menteri anda, menjejaskan Malaysia," kata beliau pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di sin


 Utusan Malaysia

Iklim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar 27/09/2010 4:10pm
Oleh

WAN NAJIB WAN DAUD KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. – Utusan



No comments: