Saturday, September 4, 2010

Umno semakin kuat dengan kemasukan 756 ahli baru...Betul ke?

SELAMA: Seramai 756 ahli Pas dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.
Bekas Timbalan Ketua Pas cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.
Kesemua ahli Pas itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis Rahmat Ramadan Bersama Menteri Besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di sini, Jumaat.
Mat Arop berkata beliau menjadi ahli Pas selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.
Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga mendorongnya untuk beralih arah kepada UMNO.
"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.
Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian UMNO secara besar-besaran.
Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih UMNO menunjukkan parti itu semakin teguh di negeri itu. - BERNAMA
Alasan hilang kepercayaan, terkeluar dari perjuangan asal...amat biasa sekali  di perkatakan jika adanya anggota Pas yang masuk Umno,,

Hilang kepercayaan yang macam mana yang di maksudkan tu...
Terkeluar dari perjuangan asal,,, perjuangan macam mana yang sedara Mat arop makasud kan?
Demi ikhlas nya masuk umno,,beliau akan mengadakan kempen secara besar besaran,,,

Bekas Tmbalan Ketua cawangan  berkata... hanya zambry yang berjaya menyatukan semua pehak...
Entah la,,,kalau timbalan ketua pun tak nampak perkara yang sebenar...ape lagi kalau perkara yang sembunyi...payah la kalau jadi ketua...
Tepuk dada tanya selera....

No comments: