Wednesday, October 20, 2010

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, berkata,'Masa depan PKR gelap'

Kata dia la,,,Itu hanya pendapat peribadi bagi orang yang telah kecewa,,kata la ape pun..sebenarnya ia tak menjadi kudis pun...seperti mana Golongan 60 tentera siluman yang mengaku ahli PKR yang menunjuk perasaan dan menghantar memo supaya DSAI bertaubat,,,setelah di selidik mereka hanya la budak budak upahan je..Siapa agaknya yang percaya akan kenyataan nya ini...
Semua pun dah tau...kekecohan yang berlaku tempoh hari adalah di dalangi oleh musuh musuh dalam selimut...
Tak perlu jadikan ia sebagai kayu pengukur kan kegelapan PKR..
Bagaimana pula akan kegelapan yang bakal di lalui oleh UMNO Kelantan setelah bangunan yang dahulu nya milik mereka dan sekarang telah bertukar milik kepada Pas?
Bukan sahaja bertambah gelap, malah ia menjadi  perkara yang amat amat memalukan....
Tunggu saja Perhimpunan UMNO yang bakal berlansung tak lama lagi...Kat akar umbi, kat bahagian aje dah berebut rebut nak pergi...
Setiap kali berlansung,,,duit dalam sampul berpindah tangan... tak percaya...
percaya la,,,,
Kerana ape jadi macam tu...kerana berebut jawatan..kerana kuasa ,,,,
Kalau tak..takkan lah berberapa orang telah di kenakan kan tindakan disiplin...
Takkan yang ni pun tak tau...sia sia lah jadi ketua dulu..


Yang tu nak kata ape pulak? 
Cerah masa depan kot....




IPOH 18 Okt. - Kerakusan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) merebut kuasa menandakan bahawa parti pembangkang itu bakal berhadapan dengan masa depan yang gelap.
Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, secara peribadi beliau melihat pemilihan yang akan berlangsung tidak lama lagi merupakan detik kehancuran parti itu.
''Budaya kotor dan jahat PKR bukan setakat perebutan jawatan di peringkat tertinggi parti, tetapi budaya kotor dan jahat mereka telah diamalkan di peringkat cabang dan negeri.
''Ia adalah sebuah parti yang menghalalkan cara, hanya indah khabar daripada rupa. Mereka seperti ayam jantan yang berkokok berdegar-degar, tetapi ekor bergelumang dengan tahi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

''Budaya fitnah, mengaibkan orang melalui surat layang dan berbagai-bagai lagi tindak-tanduk ahli dan pemimpin PKR dimulakan oleh kumpulan yang gila kuasa dan jawatan dalam parti.
''Jadi, tidak hairanlah jika sekarang pelbagai perkara berlaku dalam PKR seperti bertumbuk, bergaduh, baling kerusi, menipu ahli dan guna samseng demi kerana jawatan dan kuasa," katanya.
Katanya, perkembangan terbaru itu jelas menunjukkan walau sesiapa sahaja yang menang dalam pemilihan parti kali ini, ia merupakan titik mula kepada kehancuran PKR sendiri.

No comments: