Monday, October 18, 2010

Mamat yang sengal ajak ahli PKR dan Pas jadi sengal macam dia juga

SHAH ALAM 17 Okt. - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor menggesa pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pas supaya berhenti memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Atas nama Allah dan akidah Islam saya seru mereka supaya meninggalkan Anwar.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan Ke-2 (SSDE2) di Dewan Bunga Kertas TTDI Jaya di sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah di majlis itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Satim Diman, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan penceramah bebas, Rosdi Long.

Mohamad Ezam berkata, dua laporan polis yang dibuat oleh dua pembantu Anwar baru-baru ini sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak layak disokong sebagai pemimpin.

''Saya tidak tahu apa lagi yang pemimpin dan ahli PKR serta Pas tunggu, semuanya sudah jelas bukan sahaja melalui laporan polis berkenaan malahan keterangan oleh doktor pakar di mahkamah dalam perbicaraan kes liwat Anwar telah memberi petunjuk yang jelas siapa Anwar sebenarnya,'' katanya.

Ezam juga membidas, tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mengadakan demonstrasi bagi membantah konsert Adam Lambert yang dikatakan gay tetapi menyokong Anwar sebagai salah seorang pemimpin pakatan pembangkang.

Makna nya mamat ni memang peminat setidak2 nya membenarkan di dalam hatinya akan konsert penyanyi yang terang terangan se orang gay... haram zadeh..
Menyokong penyanyi gay tu di benarkan ke dalam akidah islam hadhari yang lu anuti tu?
.lu lagi teruk dari ahli pas dan pkr...
Masih dalam perbicaraan yang masih belum habis lagi lu dah buat keputusan sendiri,,,
Memang lu dah sengal...

No comments: