Semakin ramai warga emas yang memulangkan wang sumbangan yang telah mereka terima kepada kerajaan Negeri PP. Mengapa ianya terus berlaku...sedangkan di dalam blog blog pakatan, telah berpuluh artikael yang menerang kan hukum menerima wang tidak jelas sebagai suatu sumbangan..
Ini berlaku kerana kebanyakan atau mungkin semua warga emas tersebut tidak tahu akan hukum sebenar,,mereka telah di takut takut kan oleh orang orang yang dengki, orang orang yang dengki ini pula memberi penerangan dari rumah ke rumah..jadi bagaimana kan warga emas ini dapat mencari hukum sebenar?
Setakat memberi penerangan panjang lebar di dalam blog2..tidak akan memberi ape ape kesan pun, kerana warga emas bukan lah warga yang melayari internet untuk membaca blog blog.
Kerajaan PP sekarang, seharusnya memberikan penerang secara terus,,memberi ceramah, tazkirah atau pun mengedarkan artikel penerangan di masjid2. surau2 mahu pun di tempat awam,,perhentian bas, pasar malam contohnya,,,
Jika lambat memberi penjelasan, semakin bertambah ramai warga emas.mungkin juga semua umat islam akan terusan di tipu oleh mereka mereka yang tidak bertanggung jawab itu....
Kepada yang bertanggungjawab bersegera lah berbuat sesuatu....
1 comment:
Kalau warga emas yang berkarat biru ni, jangankan pamplet, hatta ustaz duduk di depan depa menerang hukum haram dan halal takkan diterima mereka. Bagi mereka UMNO je yang betul sebab mereka hidup sezaman dengan perjuangan mereka ketika itu.
Mereka ni hidup mati dengan UMNO/BN... masih terkenang makan ubi kayu dan pakai karung guni masa zaman Jepun. Malah mereka masih terkenang bahawa mereka menyumbang dana sempena rombongan menuntut merdeka, namun barang kali mereka juga terlupa dengan loteri kebajikan yang mereka beli semasa UMNO mencari dana diawal penubuhannya. Jadi jangan harap depa nak ambil pot apa yang parti lain kata.
Apa yang dibincangkan oleh blogger lebih menjurus kepada membincangkan isu ini dari sudut hukum, akademik, logik sambil menempelak agenda UMNO yang cuba membodohkan masyarakat. Sasaran bukan kumpulan Saluran 1, tetapi sasaran adalah golongan yang lebih muda yang dinamik, progresif dan segar untuk menerima pendapat secara terbuka.
Jadi jangan nak diharapkan karat biru di Saluran 1, karat ni kalau lekat pada sudu dan direndam dalam asid paling pekat sekalipun takkan keluar karatnya, melainkan sudu itu akan terhakis sehingga meninggal karat itu je.
Cuma satu je perubahan di dalam karat biru ni, dulu mereka memakai songkok... namun kini mereka berkopiah/ketayap.... konon-konon penyokong PAS lah yang banyak hadir dalam majlis UMNO. Cuma mereka masih gagal memahami identiti sebenar PAS menyebabkan mereka tetap kelihatan seperti UMNO.
So... UMNO perlu menyelidik lagi jika mahu menyerupai diri macam ahli PAS.
Post a Comment