Tuesday, September 29, 2009

Biawak lidah bercabang, takkan menipu sesama biawak, manusia lidah bercabang, lagi teruk dari biawak.

Semenjak dua menjak ni, telah keluar specis jadian, kalau dulu orang melayu cukup takut kalau ada cerita harimau jadian,anjing jadian,ular jadian,,
Makhluk jadian ini hanya keluar pada malam2 hari je.

Berbeza di zaman moden ini..biawak jadian keluar siang malam,biawak jadian ini kebiasaannya mempunyai lidah yang bercabang dua, bergantung kepada jawatan yang di pegang, lagi tinggi jawatan nya lagi banyak lah becabang nya,

Terlebih lebih lagi kalau ada PRK biawak biawak ini akan datang beramai ramai.muka yanng tak pernah nampak pun ada,

Bercakap, berjanji cukup pandai, kalau boleh,bukan sekadar anak emas,anak intan berlian pun depa nak kasi..dengar boleh...percaya jangan.

lihat la tak lama lg,, berduyun la biawak tanah,biawak ai, ada yang putih,kelabu,yang hitam,,tp biawak yang sawomatang ni yang bahaya sikit...
Tengok je la..

Dengar khabar, berduyun duyun steamroll,pengorek tanah,pembuat2 jamban,longkang yang sampai ke Negeri Sembilan sekarang ni...ada emas nak jatuh dari langit..
Dengar kata brader brader songkok tinggi bersama kepala lembu juga dah sampai..mesti hebat kali ini..

Kata nya kain pemidang 'take beer' tak di benaarkan di bawa pasal ada anak pm di lantik jadi lembaga pengarah, ada share kat philipine... kalau nak bawa juga kena ubah sikit ' dato' mukharas take beer'
Ada keberanian tak breder2 tu nak buat?

Slogan hapus kan rasuah tak leh nak pakai, sebab dengar kata, calun nya bekas penerima juga pemberi rasuah,

Memperkasa kan umat melayu,mmm lagi tak leh terima, kat labu,,tanah adat melayu dah nak kena jual,,,nk buat landasan kapalterbang,

Mendaulat kat raja2...boleh la kot,

mmm tengok dan lihat je la...1malaysia F1..

Monday, September 28, 2009

Pe yang depa faham tentang aurat?



"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita. - Bernama

Nampak nya kena ajar plak minah ni cara permakai menutup aurat cara melayu , nak ke minah ni pakai?


Nak cara nutup yang mana ye?
yang ada jambul di depan?

Yang kain tudung letak kat tengkok?



Yang letak kat bahu, atau yang macam mana?


Menteri penerangan kena keluarkan garis panduan menutup aurat yang baru ni..


Pelik juga kan....


Yang nengok persembahan nya nanti kena nutup aurat juga ke?


Berani nak mempermain kan hukum hakam tuhan kan?
tak pe,,,lu berani buat, lu berani tanggung la...


kalau benar2 mempercayai rukun Islam yang 5 perkara, rukun Iman yang 6 perkara, tentu tak ada yang berani nak buat hukum sendiri...


Ikut hangpa la...kubur masing2 kan...

Sunday, September 27, 2009

Ada mata lihat,ada telinga dengar, ada akal...fikir kan la kebenaran kata nya.

PASIR MAS 26 Sept. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi desakan supaya beliau mengosongkan kerusi Parlimen tersebut.

Katanya, Mursyidul Am Pas itu tidak berhak untuk mendesaknya melepaskan jawatan kerana kemenangannya pada pilihan raya umum lalu diberikan oleh penduduk Pasir Mas dan parti hanya menjadi landasan untuk berbakti.-Beghaim Ali

“Saya minta dia keluar... yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya.- TGNA

Kenapa saya perlu meletak jawatan, dia yang sepatutnya meletakkan jawatan, apa yang dia buat sejak memerintah Kelantan pada 1990? Tidak ada perubahan langsung. -Beghaim Ali

“Saya tidak makan duit haram, semua elaun saya sebagai Ahli Parlimen saya kembalikan kepada rakyat bagi memastikan mereka tidak hidup dalam keadaan susah kerana kerajaan negeri tidak membantu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pasir Mas di sini hari ini.- Beghaim ali

“Lebih baik dia letak jawatan... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas yang undi dia dan memenangkan dia, hanya sedikit orang UMNO mengundi dia,” katanya.-TGNA

 Biala dia berbakti sementara masih ada waktu.. bukan lama sangat untuk PRU 13.,
Kalau dia hebat, maka akan menang la,tapi kalau kalah, makna nya...boleh masuk muzium la.
Kalau di ajak berbicara, tak penah nak mengaku kesalahan diri..tak pernah nak mengaku kemenangan nya adalah atas sokongan pas dan kekuatan TGNA, dia berasa kemenangan nya ada lah dia diatas kekuatan pengaruh nya,,,

Biarkan luncai terjun ngan labu labu nya....biarkan biarkan

Friday, September 25, 2009

Suatu petang di tepi jalan,realiti warna kehidupan Warga Malaysia yang aman makmur.



Begini rupa nya kalau dah tak punya harta benda, asal boleh di makan,boleh di jual, ape pun tak pe, selagi tidak mencuri harta orang, merampas hak orang lain, tidak memberi atau menerima rasuah.

Mungkin uncle india ini, tak tau pun tentang 1 malaysia, atau F1. pe yang dia tau harga minyak telah naik, tapi syukurlah, dia cuma ada basikal aje, Mungkin juga beras yang di makan nya bukan beras terpilih dari bernas, tak pe la janji masih beras dan bukan ubi kayu, Mungkin bukan chicken chop,atau lamb chop, mungkin juga bukan KFC, atau bukan ikan tenggiri,siakap atau bawal,,sebagai lauk makan malam nya,,

Ape yang ada..itulah rezkinya,, rezki anak2 nya,tak kesah la,,
bukan dia mencuri pun
Dah menyerah diri ditepi jalan,ambil je la.ape pun.
daging boleh dimakan, kulit boleh di jual..duit cara halal juga.

Siapakah yang dapat membantu dia dan mereka
yang senasib dengan nya?

Entah la,,,fikir2 kan la sendiri.

Thursday, September 24, 2009

Depa nak ISA juga...biaq pi la kat depa...Sebenaq nya depa main wayang je...Jangan dok percaya sangat,



PORT DICKSON 23 Sept. - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang, Mohd. Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd. Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.

Konon kononnya  depa macam betui2 nak Isa jadi calun, yang sebenaq nya depa sengaja nak bagi PR rasa macam nak menang je..Ala depa bukan nya bodoh sangat, tentu nya depa tak mau jadi macam kat Penanti, amik calun bermasaalah.kan cari naahas je.

Tu semua lakunan semata2. Awat lau di pikiaq kan besaq mana la pengaruh ketua pemuda Telok Kemang tu,, hebat mana sangat suara nya sampai nak lawan bos?

Umum pun dah tau, kalau ada PRK..seluruh jentera kerajaan akan bertungkus lumus, semua menteri akan turun padang, kalau pemuda umno tak mau buat,,,huluq je...barang sekupang dua, gerenti tinggai la ketua pemuda tu sorang2.Dah faham sangat perjalanan politik depa ni.

Buat PR, jangan tertipu, depa nk letak sape,tu depa punya pasai..sbelum2 ni pun ada depa cakap.kalau letak lembu pun,depa boleh menang...jadi nya..biaq p la kat depa no..

PR jangan dok ganggu umah tangga depa,,

Wednesday, September 23, 2009

Pingat Datuk 'Shah ruch khan ' tu..pingat beli juga kot...Beli jiwa Isteri pemimpin,

Memang banyak pun..Dan pasai tu banyak nya 'datuk' datin' yang tak boleh pakai,,,nagbih boreh yo..

Tu kisah Shah Ruch Khan pakai datuk tu pun,,bukan mendatang kan paedah pun..
Pasal promosi melaka 4 saat je..

Awat tak bagi kat Jackei Chan juga,,,buat filem police story lagi kat kl...jual merata dunia..
Boleh panggil datuk jackie Chan..

Berhari raya di N9




Selamat hari raya Aidl Fitri...
Tahun ini kami sekeluarga beraya bersama di Negeri Sembilan...
Lama tak kena Lomang Nogori..rondang,,sodap...
podeh plak tu...Umang ai...

Belum ada idea nak menulis lagi...meleh nak mengata,,bulan baik ni...

Cuma tengok dan lihat je...

Kebanyakan blog2 pun belum ber 'upddate' pun..

MOOD RAYA KAN...

Ape2 pun bulan telah kelihatan penuh di telok kemang,, bukan setakat anak bulan syawal je...bapak bulan pun ada....

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri buat muslimin muslimat di mana jua berada...



Salam sejahtera buat semua, dengan ini aku menghulur sepuluh jari..memohon maaf sekira terkasar bahasa, tersilap bahasa...harap di maafkan, semoga tiada dendam sakit hati lagi di antara kita...

Selamat menyambut hari raya aidil fitri buat semua....

Esok dah nak raya, kesian warga emas ini..Mana nya PUZ,Mana nya JKKK .....Buta ke?



 Kenal kah kamu akan warga emas ini, bagi penduduk telok air tawar tentu biasa melihat warga emas ini mengayuh basikal yg hapir sama umor ngan nya.petang petang pasti terlihat warga emas ini,yang dikenali sebagai Pak Mat Tarzan mengayuh basikal menuju ke kedai makan mencari sesuap nasi.
Tahu kah anda,umur nya hampir 70 tahun, dilahirkan dan dibesarkan Telok Air Tawar,berkelana se orang diri hampir 20 tahun,tanpa sanak saudara.
Sangat-sangat menghairan kan.seorang tua yg boleh di kategori kan fakir miskin/dhaif ini,tak pernah mendapat sebarang bantuan, bekerja la warga emas ini memanjat pokok kelapa,memanjat pokok nipah untuk memotong daun muda untuk di buat daun rokok,menjadi jaga,menyapu sampah, Semua nya dilakukan itu mencari sedikit wang buat belanja.
Kemana perginya JKKK Titi Mukim?,Ketua UMNO mahu pun YB Telok Air Tawar ini,,Bukan kan warga emas ini anak jati Telok Air Tawar?

berikut adalah nama.umur,juga alamat warga emas ini....

Muhamad bin Kassim
22 Nov 1939 (69 Tahun)
No 1031 Kg Titi Mukim.Permatang Berah.13050.Telok Air Tawar,Butterworth,PP.

Beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masayarakat.Jabatan Agama Islam PP.atau pun bantuan zakat fitrah bagi fakir miskin.

Jangan makan harta org yang tak mampu....

Thursday, September 17, 2009

SAY NO TO MUNAFIQEEN memang hebat....syabas..hujah2 yang tak mampu di sanggah,

aku cukup salute dengan artikel ini...
Memang pemburu shayid dari blog say no to manafiqeen memang hebat...

POST BY PEMBURU SYAHID

Sejak Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, pelbagai peristiwa berkaitan politik telah berlaku di tanahair kita. Aku cuma ingin berkongsi pendapat dengan hangpa tentang suatu perkara yang aku panggil "politik Allah swt terhadap UMNO".

Ketika mana UMNO mengalami kekalahan memalukan dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, Pakatan Rakyat mendakwa di antara faktor kekalahan UMNO dan kemenangan PR adalan Anwar Ibrahim.

UMNO menafikan faktor ini sehinggakan Pak Lah sendiri menyindir di TV - "Siapa Anwar? Saya tak berapa ingat siapa Anwar nih". Begitulah lebih kurang kata kata Pak Lah.

Allah swt jawab keegoan Pak Lah dan UMNO dengan menggerakkan hati Dr Wan Azizah untuk meletakkan jawatan sebagai MP Permatang Pauh dan Anwar bertanding di situ.

Macam macam UMNO buat di Permatang Pauh untuk memburuk-burukkan Anwar. Namun, Anwar tetap menang. Malah, Anwar menang besar melampau lampau majoritinya. Maknanya, Allah swt nak tunjuk bahawa Anwar memang merupakan di antara faktor kemenangan PR dan kekalahan UMNO.

Tapi UMNO tetap ego. Maka, melalaklah UMNO sana sini kononnya Permatang Pauh adalah kubu Anwar.

Allah swt jawab keegoan UMNO dengan mematikan MP Kuala Terengganu. Kerusi Kuala Terengganu adalah kerusi milik UMNO dan seingat aku pembangkang cuma menang dua kali jer. Sekali oleh Semangat 46 dan sekali oleh PAS. Yang lain rasanya semua UMNO yang menang. Maknanya, kerusi tu kubu UMNO.

Allah swt nak tunjukkkan kat UMNO, nih Kuala Terengganu kerusi hangpa. Hangpa tetap akan kalah. Rakyat memang tolak hangpa.

Maka, berlangsunglah PRK Kuala Terengganu. Alhamdulillah, PAS berjaya merampas kerusi itu dengan majoriti membanggakan. Sah, rakyat tolak UMNO.

Malangnya, UMNO tetap ego. Kononnya, kekalahan di Kuala Terengganu adalah akibat daripada agresifnya penyokong PAS sehinggakan maklumat UMNO gagal sampai kepada pengundi.

Tak lama kemudian, berlakulah rampasan kuasa paling hina di Perak. UMNO menubuhkan kerajaan "luar tabi'e" apabila melompatnya 3 ekor kata setelah termakan umpan katak Bota.

Rakyat mahukan hak memilih ADUN di kembalikan. Banyak pihak menuntut pilihanraya kecil diadakan di seluruh Perak. Namun, UMNO enggan. Malah, UMNO dengan penuh keegoan mendakwa rakyat Perak bersama sama mereka.

UMNO memfitnah dan memburukkan Ir Hj Nizar semahu mahunya. UMNO menggambarkan Pakatan Rakyat di Perak sebagai penderhaka Sultan dan dituduh menyokong komunis.

Allah swt jawab keegoan UMNO dengan mematikan MP Bukit Gantang dari PAS. Kerusi Bukit Gantang adalah kerusi UMNO sejak merdeka. PAS hanya baru kali pertama menang kerusi itu ketika Pilihanraya Umum Ke 12.

Maknanya, Allah swt nak tunjuk kepada kita khususnya kepada UMNO bahawa UMNO ditolak oleh rakyat walau apa sekalipun dalih UMNO.

Maka, Allah swt mentaqdirkan Ir Hj Nizar yang dituduh sebagai penderhaka dan komunis itu menjadi calon PAS. DUN Changkat Jering juga berada di bawah Parlimen Bukit Gantang.

Secara tidak langsung juga, PRK Bukit Gantang berjalan serentak dengan dua lagi PRK iaitu PRK Bukit Selambau di Kedah dan PRK Batang Ai di Sarawak.

Dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, Allah swt mahu menunjukkan beberapa perkara :-

Pertama - adakah benar pengundi DUN Changkat Jering telah beralih menyokong BN?

Kedua - adakah orang Melayu terpengaruh dengan fitnah UMNO terhadap Ir Hj Nizar dan Pakatan?

Ketiga - adakah benar rakyat masih mahukan UMNO?

Keempat - adakah benar rakyat telah menolak Pakatan khususnya PAS?

Kesemunya soalan itu berakhir dengan jawapan TIDAK. Pengundi DUN Changkat Jering tetap mengundi Pakatan. Maknanya, yang lompat hanya katak Changkat Jering. Sokongan tetap kepada Pakatan.

PKR pula berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau walaupun terlalu ramai calon yang bertanding di situ. Batang Ai, tetap milik BN.

Malangnya, BN tetap ego. Tetap tak nak mengaku kelemahan.

Allah swt sekali lagi mahu menunjukkan kepada UMNO bahawa UMNO sudah hampir expired. Maka, berundurlah ADUN Penanti.

UMNO bukan setakat kalah tapi terus tak bertanding. Hanya berani letak proksi jer di Penanti. Maknanya, terbukti Anwar adalah faktor kekalahan UMNO dan kemenangan Pakatan.

Punyalah ego UMNO nih, tak mengaku jugak lagi. UMNO tetap dakwa partinya telah diterima semula oleh rakyat Malaysia. Dalam masa yang sama, PAS pun dah mula nak tergelincir daripada kesucian perjuangannya.

Allah swt matikan pula ADUN Manek Urai. ADUN itu ADUN PAS dan Manek Urai letaknya di Kelantan yang ditadbir oleh PAS sejak tahun 1990 lagi.

Pertama - Manek Urai tidak ada kaitan dengan Anwar Ibrahim. Kedua - Manek Urai kerusi PAS di negeri PAS.

Iktibarnya adalah kepada UMNO dan PAS secara sekaligus.

UMNO tabur macam macam di Manek Urai manakala PAS pula macam main main jer. Bila keluar keputusan, PAS menang walaupun nyawa nyawa ikan. Cedera parah PAS di Manek Urai walaupun menang.

Maknanya, Allah swt nak tunjuk kepada UMNO bahawa UMNO dah tak relevan dan nak beri peringatan kepada PAS supaya jangan tertipu dengan kemenangan dan ghanimah.

Oleh kerana berjaya mencedera parahkan PAS di Manek Urai, maka UMNO pun naik tocang. Dijaja sana sini bahawa rakyat sudah menolak Pakatan dan telah kembali menyokong UMNO/BN. Punyalah seronok sampai lupa nak bersyukur.

Allah swt sekali lagi nak tunjuk kat UMNO bahawa rakyat tak undi PAS di Manek Urai bukan sebab rakyat telah kembali menyokong UMNO tetapi kerana rakyat kurang berpuas hati dengan PAS. Maka, dimatikanlah ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang.

ADUN Permatang Pasir itu telah menjadi ADUN selama 3 penggal iaitu sejak tahun 1999 dan tidak kalah kalah di negeri majoriti Cina itu.

PRK Permatang Pasir adalah medan untuk Allah swt tunjukkan kepada UMNO bahawa UMNO tetap ditolak dan politik perkauman UMNO sudah tidak ada tempat lagi di negara ini.

PAS, menang lagi. Majoriti turun bukan kerana pengundi tolak PAS tetapi kerana faktor hari pengundian dan sebagainya. Tersungkur lagi UMNO. Bukan Islam dan umat Islam berganding tangan menguburkan UMNO di Permatang Pasir. Yang tidak berubah hanyalah UMNO.

Tu pun UMNO tak reti lagi. Maka, diberilah pelbagai alasan dan teori bagi menutup "kemaluan besar" UMNO.

Berlaku pula peristiwa Kota Siputeh. Layak untuk diadakan pilihanaraya kecil tetapi UMNO telah menunggang SPR bagi menafikan hak pengundi Kota Siputeh.

DUN Kota Siputeh adalah milik UMNO tetapi negeri Kedah sekarang ini milik Pakatan dengan diketuai oleh PAS. UMNO hampir hampir gila babi dibuatnya jika PRK Kota Siputeh menjadi kenyataan.

Kota Siputeh boleh dianggap sebagai penanda sama ada UMNO penakut atau berani. Jika UMNO berani menghadapi PRK Kota Siputeh, maknanya, UMNO sudah bersedia untuk PRU Ke 13. Jika UMNO tidak berani menghadapi PRK Kota Siputeh, maknanya, UMNO memang dah nak mampos.

So, bila SPR umumkan Kota Siputeh kekal ditangan UMNO, ertinya UMNO penakut nak mampos.

Gegak gempitalah sorak sorai UMNO kerana mampu mempertahankan DUN Kota Siputeh walaupun secara pondan dan "luar tabi'e".

Dan, sekarang, Allah swt matikan pula ADUN UMNO di negeri UMNO. ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, mati sakit jantung. Maka, pastinya PRK di negeri UMNO untuk kerusi UMNO. Lawannya, PAS.

Let see adakah benar UMNO masih mampu berdiri atau UMNO sudah lama kena stroke atau adakah masih banyak perkara yang PAS perlu buat untuk menawan Negeri Sembilan.

Jika UMNO kalah di DUN Bagan Pinang, maka Pakatan bolehlah bersiap sedia untuk menguburkan UMNO/BN. Kubur dah gali. Nesan pun dah tempah. Hanya kain kapan jer belum potong.

So, sediakan apa yang perlu secara adatnya untuk memandikan jenazah kerana boleh jadi UMNO terkubur di Bagan Pinang.

1 Malaysia ,formula 1..yang mana 1 didahulukan?

Ish yang mana nak di dahulukan ni,,,dua dua pun ada 1 juga,,,
ape2 hal bayar zakat dulu...
mengucap di dahulukan..
salam di dahulu kan..

Formula one malaysia..

Wednesday, September 16, 2009

Berfikir,buat kajian dulu sebelum buat, bukannya buat dulu baru nak fikir,baru nak kaji...bingai nama nya..

Punya la hebat YB2, para pemikir2, para pengabieh boreh yang ada, sebagai contoh, YB yang berkursus pertanian kat Taiwan setahun yang lepas, kalau nak belajar pun antak la sorang dua dulu, buat survey, ni tidak sekali pergi semua sekali, pas tu cakap la tanah tak sesuai la, tak kena ngan cuaca la,,, bukan ke satu kerja bodoh dan ngabih kan boreh je,memang betul kata haji tu...elok tanam depa je baguih,baru la tak nyusahkan orang,

Sama la macam PPSMI, buat dulu baru kaji...lepas tu nak batal kan...pe cerita ni..buat ikut suka je macam main main je..datang sorng menteri pelajaran, macam ni agenda nya, datang sorang lagi buat macam lain pulak caranya, mana p bahasa malaysia baku? dah tak ada dah... belum selesai satu kerja, tambah pulak kerja yang lain...betul2 menyusah kan...

 Mentang2 la telah di pilih sebagai yang berhormat, mengubal sesuatu, depa buat ikut sedap ja...yang susah rakyat juga..
.
Mana dia yb yang dah benti yang hidup biasa2 je melainkan kaya raya,,, ..

Setahun selepas YB BN berkursus bidang pertanian di Taiwan, Tiada pe kemajuan pun pertanian Di Malaysia.

Adun-adun dari BN mula menjalankan misi untuk belajar teknologi pertanian di Negara Taiwan secara mengejut sebelum 16 September 2008 . Nak tahu juga apakah hasil lawatan pertanian adun BN ke Taiwan setahun lalu.. Apakah implimentasi yang telah di jalankan..

Pertanian pe kah yang adun adun tu semua lakukan, di ladang manakah penghasilan pertanian mereka?
pertanian kat tas tanah ke? pertanian dalam poly beg ke?
atau sekadar mengabih kan boreh je poie ke Taiwan tu?

Senang sungguh nak memperbodohkan rakyat ye...
Waktu nya akan tiba juga..

Tuesday, September 15, 2009

Cadangan orang lupa diri - Perkasa (Ibrahim Ali)

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan perwakilan MIC yang mencadangkan supaya gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad diletakkan kalungan selipar sebagai orang yang lupa diri.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang berang dengan cadangan itu berkata, individu berkenaan juga layak dikategorikan sebagai 'sampah masyarakat'

Betui 2,,,Ibrahim Ali dah lupa cadangan nya nak kencing atas kubur Tun Mahadhir kalau la Tun madey mati dulu. eh banyak lagi la cadangan nya yang telah di lupakan ,,

Ape beza letak kalong selipar dengan kencing tas kubur ganti air mawar?
Sama je. Mic ngan Ibrahim ali sama je

PRU 13 tak lama lagi...cepat cepat ampu sana wa ampu sini... mana tau,,,

Senator Datok Seri Sharizat Abdul Jalil pejuang wanita menolak ajaran Islam

Parti Islam Umno begitu takut dengan hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika Sari Dewi, 32 tahun. Tuan punya tubuh merelakannya untuk disebat,

Parti Islam Umno semakin takut ianya menjadi kenyataan.

Menteri Pembangunan, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semakin takut. Sehinggakan beliau menghantar beberapa NGO untuk memujuk Kartika agar membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.
Sharizat berkata, pihaknya telah meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk pergi berjumpa dan menasihatkan Kartika supaya membuat rayuan keatas hukuman sebat tersebut.
"Daripada maklumat yang diperolehi mendapati Kartika masih bertegas dengan keputusannya untuk meneruskan hukuman meskipun ia akan memberi implikasi kepada wanita-wanita lain".

Kenapa pula takut ngan hukuman yang telah di tetepkan?
Ni la Party Islam umno,

Pertandingan 3 penjuru.1,PAS, 2, UMNO, 3, Bekas pengerusi tetap UMNO kota Lukut.


PORT DICKSON – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober depan bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila seorang anak tempatan di sini mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas.

Shahruddin Abd Hamid, 52, yang bekerja sendiri mengendalikan syarikat pengangkutan tampil membuat pengesahan akan bertanding atas tiket Bebas,
“Saya menyertai politik pada 1979 dan pernah menjadi Pengerusi Tetap UMNO Kota Lukut sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2004.

Thursday, September 10, 2009

Pewaris,Pesaka, dan yang terbaru, di tubuhkan PER LEMBU, Sila amik perhatian ,Masjid Lama KG bongek nak di runtuhkan, Sila turun padang, membantah..

Mana hulubalang songkok tinggi, mana pendekar pesaka,pewaris,dan PER LEMBU, ni Masjid Kg Bongek nak kena roboh,jangan diam je,,masjid ni.melayu Islam yang punya, pesaka perwaris kena mempertahan ken tanah melayu, bahasa melayu, masjid , dan ape2 je la..
bila lagi nak turun padang, Perwaris, itu ari takut nk turun masa demo anti ISA kan,, ni la peluang nak tunjuk ke JANTANan anda,,
Bawa banner, Jangan Roboh Masjid Kami, Jangan hina agama kami,macam2 lg la..
Jangan la plak bawa kepala lembu,tak kena la..
Janji buat la ape yang patut..
Nak tengok, setakat mana hebat nya pengampu melawan yang di ampu..
Tok Berahim Katak...tunjukan kehebatan anda...


Masjid Kg. Bongek di N.Sembilan akan dirobohkan atas nama pembangunan, iaitu terlibat dalam projek landasan keretapi berkembar.

Pelan tanah yang akan diambil telah terpampang dalam Masjid Kg. Bongek, namun hingga saat ini tiada suara sepatah pun dari pejuang Melayu yang akan mempertahankan masjid ini dari dirobohkan.

Apabila ditanya kepada seorang Pak Haji di masjid itu , sampai mana mereka akan ambil tanah ? Pak Haji tu berkata sampai tangga masjid. Ditanya lagi Pak Haji adakah masjid ini akan dirobohkan, Pak Haji jawab tunggulah buat masjid baru. Tanya Pak Haji nak buat di mana, dia pun tak tahu.

Masjid Kg Bongek

46% tanah Masjid Kg Bongek akan diambil. Kepada siapa pampasan tersebut diberikan ? Masjid Kg Bongek mesti dipertahankan oleh orang Melayu Negeri Sembilan kerana ianya Masjid yang unik. Ramai orang sembahyang di masjid ini termasuk pelakon veteran Dato Aziz Singah.


Ulamak Negeri Sembilan yang terkenal Almarhum Tuan Haji Ibrahim juga adalah dari Bongek ( kisah beliau di sini http://madrasahbongek.blogspot.com/

Semua orang Melayu Negeri Sembilan mesti bangun mempertahankan masjid ini.

Senarai undi hantu melalui pos untuk DUN Bagan Pinang.

 Di Petik Dari KerabuBersuara

 Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.
 sengaja SPR tak menghapus kan dari senarai undi pos untuk kegunaan di masa masa yang terdesak.
Boleh tengok sendiri...
senang je, Taip SPR, akan keluar borang kemudian maskan nombor ni,,,bermula huruf T...
Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN 

  1068340, , 1068499, , 1068548, 1068579, 1068602, 10686191068656, 1068666,1068764,   1068941, , 1068958, 10691141069124,,1069151, , 1069181, , 1069220, 1069456,, 1069595, , 1069657, 10697961069812,   10698501069931, 1069952,   1070000,

Wednesday, September 9, 2009

UMNO pembela umat Islam melayu tertindas?

KOTA BHARU 8 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat.Nik Abdul Aziz diminta menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengulangi kesanggupan berunding dengan Pas semata-mata untuk melihat nasib umat Islam negara ini terus dibela dan dipertingkatkan.
Najib dilaporkan sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan Islam tetapi tidak rela UMNO dihina oleh sesiapa sahaja.

Laa.. UMNO jangan di hina,,hina menda lain tak pe..padahal UMNO dan isi dalam nya la yang sehina hina nya yang ada di Malaysia sekarang ni.
UMNO hina hukum allah? tak pe.. mufti depa senyap je..tanda ok la tu.
UMNO hina agama lain?  tak pe..polis pun tak kata ape. mufti pun tak kata ape. tanda ok la tu..
UMNO runtuh kan rumah ibadat ISLAM? tak pe.. polis, rela, fru (kebanyakan nya islam) sanggup jadi jaga melihat traktor melanyak surau..tak pe. PM,mufti pun tak cakap pe..kira ok la tu. contoh,,surau Rimba Jaya.
UMNO menghalau melayu Islam dari tanah tuk nenek mereka? Tak pe...sebab mereka juga ahli umno tp ahli cokia,ahli yang bodoh, ahli yang makan cakap...

Eh banyak lagi la... UMNO buat tak pe..tp jangan hina UMNO,, nanti dapat balasan ,,hehhee

Malu nya ...PARTI MELAYU ISLAM TERKUAT, TERAMAI DI DUNIA MINTA NAK BERPADU DENGAN PARTI PAS ...

Ape aje yang UMNO tak kata kat PAS?

La ni nak jilat kahak sendiri,,, jilat le ,,,TGNA tak mau masuk campur... P jahanam la ....amin

Tuesday, September 8, 2009

BN Yakin miliki Permatang Pauh,BN yakin miliki Bukit Selambau,BN yakin miliki Bukit Gantang....dan yang terkini BN yakin miliki Bagan Pinang

Seriapa kali ada PRK aje..dengan nada sombong bongkak ramai pemimpin UMNO, dari juak JKKK sampai la ke Ketua bahagian, menteri2..semua yakin rakyat akan mengundi mereka..Keyakinan nya hanya lah bersandarkan pada PRU2 yang lepas,

Bagan Pinang memang milik BN, berdasar kan undi pos, boleh pakai lg ke undi yang macam tu? tak ada unsur2 penipuan ke?

SPR nak buat hari mengundi pada hari cuti, supaya senang hantu2 mai buat kerja.

Yakin la ape pun, kalau rakyat dah tak yakin, akan terlungkup juga umno makan tanah adat kat Negeri 9 nanti.

Biar buta mata, jangan buta hati...Iktibar buat MB(Mandella) Perak

SITIAWAN 7 Sept. – Kerajaan negeri tidak akan mengikut rentak pembangkang yang cuba mendapatkan perhatian rakyat melalui cara menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan politik di Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sikap yang ditunjukkan pembangkang itu hanya akan merosakkan rakyat negeri ini.
‘‘Saya tidak takut dengan apa yang mereka lakukan tetapi jangan anggap saya tidak tahu permainan mereka.
‘‘Mereka cerita kepada rakyat mengenai amalan demokrasi tetapi dalam ceramah-ceramah masih menabur fitnah dan pembohongan terhadap kerajaan negeri. Harapan mereka ialah mewujudkan suasana huru-hara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Siapa yang buat kacau? Sipa yang buat kecoh? Usah la menegak benang basah anak suadara Mandela,, Satu perak tau, siape yang menghuruhara kan Perak tu..

Ahli UMNO kena pakai logo baru ni,,,barulah sesuai...

Umno Menukar Nama Kepada
Parti Lembu Malaysia!
Pemimpin Dan Penyokong akal Macam Maskot Parti!



Lambang baru untuk UMNO.Hebat nya......

copy paste blog kerabu bersuara...mekasih.

Hero Projek Udang Rimau Kat Kerpan- Tan Sri Osman Arof ,kini anak nya pula hero dewan MBSA ,,,syabas

Penduduk kerpan seharus nya tak melupai akan kejadian ini, 2000 ekar tanah ORANG MELAYU di Kerpan telah di ambil oleh kerajaan Negeri Kedah untuk projek udang rimau,

Tanah yang diambil secara sukapaksa tu menjadi kan Osman Arof cukup popular sahingga jatuh nya dari kerusi MB, Tempat nya diambil pulak oleh MB Tanam padi atas bangunan...hehehehe.

Hebat... mana ada lagi orang tanam padi atas bangunan. Modai 2 juta dapat la padi dalam sekepoi, bila di nilai semula. se ulas padi jatuh harga 50 sen...siapakah dia?

Dari blog suara anak muda, angkatan muda keadilan, kini anak kepada Osman Arof pulak jadi hero kat bangunan Banquet MBSA.

Syabas dan tahniah, Inilah pejuang bangsa melayu,pejuang agama..

HARIMAU MATI NINGGAL KAN BELANG
MANUSIA MATI TNGGAL KAN NAMA

Nama baik jadi pujian, nama buruk jadi kejian,,,sampai ke anak cucu.

Monday, September 7, 2009

PDRM,SPRM di bawah naungan 1 malaysia

PDRM bertinndak begitu telus, cukup cekap, lihat saja satu peraarak mengarak kepala lembu pada 29 Ogos dulu, sahingga sekarang 8 Sept tiada sebarang tindakan diambil, Polis tidak dapat mengenal pasti anggota peraarakan tersebut, kerana semuanya kelihatan seperti lembu juga, mana boleh polis nak mandakwa lembu kan...menjadi misteri,, lembu mengaarak kepala lembu.

2 hari yang lepas, suatu pearrakan aman, dengan membawa lilin, seramai 16 orang termasuk 3 wanita telah ditahan.
Kenapa?
Ooo.... kerana mereka ini manusia,hanya manusia je bawa lilin, lembu mana bawa pun

Syabay dan tahniah PDRM.kecekapan,ketelusan anda amat kami hargai...

SPRM. Suatu badan penyiasat tentang salah guna, tentang rasuah yang bertindak amat cekap sekali...bayangkan la ....
Dalam satu kes yang melibat kan penyalahguanaan kuasa, konon nya ada unsur2 rasuah bernilai RM2.400 sahaja, SPRM menganbil masa hampir 10 jam lamanya untuk menyoal siasat tertuduh.

Di dalam kes yang melibat kan RM 10 juta, SPRM mengambil masa 2 jam sahaja...semua selesai.

Hebat, memang hebat,,,

Syabas dan tahniah.

Dalam keadaan UMNO di jangkiti penyakit lembu gila, PRK DUN Bagan Pinang tak semudah yang di jangka kan.Hati hati ...

Jankitan kepala lembu gila yang jatuh dari langit didepan Bangunan SUK Selangor.pada 29 ogos lalu mambawa kepada mengamuk nya sekawanan lembu berpenyakit sawan di Dewan Banquet MBSA.

Adalah di percayai penyakit tersebut akan menyerang pun ke Bagan Pinang N9 nanti.Mereka ini mengusai undang undang, tiada tertakluk kepada apa jua undang undang yang ada , mereka bebas membuat ape yang mereka suka, sementelahan pula mereka telah kalah dalam 7 kali PRK.

Sememang nya rakyat yang akan menentukan, tetapi di dalam permainan kali ini, pilihan rakyat akan dinafi kan dengan berbagai cara,,Seperti yang pernah mereka lakukan pada PRU,PRK yang lepas lepas.

Kalah kali ini..bererti mati, dari pada mati,lebih baik bermain kotor, ape nak takut,kuasa di tangan mereka,

Pakatan Rakyat harus berkerja lebih keras lagi, tidak boleh leka, jangan berasa kuat selepas kemenangan PRK PRK yang lepas..
Ia bukan semudah yang di jangkakan,bukan semudah menyebut A,B,C....
Semoga perjuangan menegak kan keadilan kepada rakyat mendapat pertolongan dari allah.
Amin

Sunday, September 6, 2009

Sedikit demi sedikit umno mereput dek kerana perbuatan ahli nya yang tak berapa pandai..

Terbukti bila sekumpulan ahli umno yang di ketuai oleh haji mencarut membuat onar di dalam perbincangan di Dewan Benquet MBSA.

Mereka ni tak faham bahasa ke? Perbincangan, maksud nya berbincang menyelesaikan masaalah, bukan terjerit jeril macam beruk kana belacan,5,6 ekor beruk buat pasal habis satu gerombolan beruk dapat nama, Nama UMNO cukup2 buruk, geli, getik nak sebut, dengar pun menanah telinga,

Bukan aje tak ada adap,memang tak sopan sungguh, ni la dinamakan KURANG AJAR, kecik2 tak nak mampus, dah besar, dah tua nyusah kan orang,

Masa Kg Bermbang, Kg Abdullah hukum kena roboh, penduduk kena halau, tak de pulak mamat2 ni mempertahan melayu...

Melayu ape ni...

Depa ni adik beradik kot, sama je..suka sangat mencarut,,sial betul la

Sorang haji, sorang lagi hanya la penulis upahan umno, persamaan antara mereka ....suka menggunakan perkataan lucah,mencarut, kenapa jadi begitu?

Sedikit sedutan ucapan haji sangkut ini..

"Woi, kaulah pengkhianat pengkhianat agamalah pukimak!" cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayai dari kenalan rapat Hj. Azmir.

"Aku tak nak dengar kau cakap. Duduk! Duduk YB bodoh! Duduk," cemuhnya.

"Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!"

Mereka fikir hanya mereka dua orang je yang pandai sebut, pandai mencarut?
Kesian ..nama je haji tak pandai jaga mulut, sia sia je puasa,haji sangkut ke ni?
Yang mamat sorang lagi, tak ketahuan identiti nya, entah melayu, mamak atau bangla...setiap penulisan nya tak lekang dari kata kata lucah,mencarut siang malam, hebat tu,
Baik haji sangkut dan mamak bangla ni...ape pun hangpa dah popular dah...satu malaysia dah kenal...mana mau lari...
Ape kata haji, bila jalan je serempak ngan haji orang jerit...woi haji p###...sedap tak kalau didengar?
Tua buat cara tua...mulut kena jaga...
Mamat bangla ni seronok sangat ke nyebut menda tu,seronok sangat ke mencarut? sehari tak nulis menda tu..tak senang duduk ke?
Badan besar, perut besar, otak pun besar...pikir2 la menda, ucapan yang baik..

Sejuta dah hilang, kuil tak di pindahkan juga atas sebab tak abis bincang lagi,,,Patut la jadi lembu naik angin

SHAH ALAM 4 Sept. - Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk memindahkan tapak kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke Seksyen 18 seperti yang dibincangkan dengan pihak pengurusan kuil sebelum ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjelaskan, perbelanjaan tersebut melibatkan kerja-kerja pembinaan infrastruktur meliputi jalan raya, lampu jalan serta kemudahan elektrik di atas tanah seluas 0.6 hektar di Pesiaran Raja Muda, Seksyen 18 yang merupakan lokasi asal untuk mengalihkan rumah ibadat itu dari Seksyen 19 yang didapati tidak sesuai.

Katanya, walaupun pembinaan infrastruktur telah pun siap pada tahun 2007 namun, pembinaan rumah ibadat di kawasan berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana ketika itu ia masih lagi di peringkat perbincangan.

Beliau berkata, bagaimanapun perbincangan itu terhenti selepas pilihan raya umum lalu sehinggalah kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang memerintah Selangor hari ini menukarkan tapak kuil tersebut ke Seksyen 23. - Utusan

Hah, dah bersuara pun bekas mb selangor, dalam perbincangan lagi,dut dah keluar sejuta, tapi kerja tak siap juga,,, dah salahkan Kerajaan PR plak,,,

Macam Kg Buah Pala juga la,,,Kerajaan BN yang jual, Kerajaan PR yang kena tanggung, dah tu tak mengaku pulak tu....

Jaga jaga, lembu gila mengamuk, minta di semelih kat PRK Bagan Pinang,jum ramai2 ada kenduri lembu Raya di sana.

Majlis dialog berhubung isu pemindahan kuil di Shah Alam, dicemari dengan kekecohan yang dicetuskan oleh beberapa "orang luar" dan pihak yang terbabit dalam tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil itu dengan mengheret kepala lembu pada minggu lalu.

Beberapa orang melemparkan kata-kata kesat kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam dan enggan memberi kerjasama untuk memastikan penduduk Seksyen 23 dapat memberi maklum balas mereka secara teratur dan berdisplin pada dialog di Dewan Bankuet MBSA.

Penduduk Seksyen 23 sendiri terpaksa menghalau beberapa orang yang dikenal pasti bukan menetap di kawasan itu daripada majlis dialog berkenaan.

Ajak berdailog, bukan suruh mengamuk, akai letak mana?
Macam mana lembu ni terlepas kandang ni...
Inilah perangai lembu gila, tak ada adab lansung, secara tak lansung menunjuk kan perangai sebenar mereka, dengar kata, semua lembu2 tu milik UMNO, kalau betul...jadi lah UMNO penternak lembu gila yang patut di tembak atau di semelih pada PRK Bagan Pasir dan PRU 13 nanti,
Sabar lah lembu2 gila, masa nya akan tiba....

Friday, September 4, 2009

Kerusi DUN Bagan Pinang kekal milik UBN. Ye ke?

Aduka taruna kata...

Dun tu kekal milik UBN kerana allahyarham meninggal dalam dua penggal yang berbeza,
macam kat Kota Siputeh la.
Undang2 tubuh negeri tulis...

Kalau tak hadir pada dua kali berturut2..tanpa kebenaran speaker, dun tersebut di anggap kosong, tp SPR pula cakap, tak pe...sebab ia dua penggal yang berbeza..

pelik juga...SPR hanya la jawatankuasa yang menguruskan pilihan raya je..tapi kuasa nya boleh tahan juga,,

Macam mana pulak kalau Jabatan kerja RAYA atau Hari RAYA KE?

Spr nak masuk campur juga ke...Bukan ke ada bunyi RAYA kat belakang tu...

Kalau JKR tu nanti, SPR boleh check jalan2, jambatan2, jamban2 juga kan.
kalau hari raya plak, buleh la tengok anak bulan, buat pengistiharaan raya...

Kesimpulanya....

Buat kerja yang berkaitan dengan bidang tugas SPR JE,,,jangan dok merapu bidang tugas orang lain...TOLONG JANGAN BUAT KERJA SPEAKER....

Jangan lebih sudu dari kuah...

PRK Kota seputih tak jadi. PRK Bagan Pinang pula dok menanti...



Takziah kepada keluarga Azman Mohd Nor. Kita dari dia, maka kita kembali kepadanya
. Adun Bagan Pinang Azman Mohd Nor yang baru sahaja disemadikan, meninggal kerana serangan jatung dan pendarahan dalaman di Hospital Pakar Seremban kira-kira 2.30 petang Tadi.

Dun Bagan Pinang terletak dalam kawasan Telok Kemang, di mana Tan Sri Isa Samad merupakan Ketua Bahagian Umno.

Tak habis2 lg dengan PRK, membuat kan UBN tak senang tido je. kemelut kat terengganu pun jadi masaalah..adusss

Pe plak janji UBN?

ANAK EMAS lagi la kot, tak pun anak intan berlian ke..

Satu Malaysia dah tau, Rakyat di dahulukan....

Thursday, September 3, 2009

Syarikat perumahan yang sial, melingkup bengkrap la nak nya.

BARTER FORTUNE SDN BHD
Tirai Makmur
1567 Tingkat 3, Jalan Kota
05000 Alor Setar

Kepada sesiapa yang dah beli rumah dengan syarikat ni, jum kita buat grouping p saman syarikat sial ni..

Aku dah beli rumah dah 5 tahun, bulan2 bayar RM 480,, sampai sekarang tak siap2 lg.ikut kata awal 2009, pastu awal 2010, tp nampak gayanya 2011 siap.nasib tak baik..2012 baru siap.

Jangan ingat UBN je pandai nak demo, aku sorg2 pun sanggup p bakar syarikat ni..
Tokey syarikat ni ingat ia hebat sangat ke...macam ubn la..perasan hebat...
Nanti sekali ngan pejabat, kereta dan tokey2 nya jadi abu..

Kepada yang pandai saman menyaman atau sebagai nya...minta tolong...

Wednesday, September 2, 2009

SPR,FRU juga SPRM..tahniah.

Spr..

Berikutan dengan tidak hadir nya Adun BN/UMNO kota Seputih berturut-turut, speaker sbenar mempunyai kuasa unruk mengosong kan kerusi Dun tersebut, Kuasa Speaker Dewan Negeri lebih besar dari SPR,tetapi...
Pengerusi Spr kata, kerusi tidak kosong, kuasa pengerusi spr lg besar dari undang2 tubuh negeri...lagi besar dari kuasa speaker..
Spr tidak lebih hanya la pencacai sahaja, umpan yang dihulur dilahap dengan rakus, jelas sekali,spr hanyala pencacai pencuci najis BN/UMNO je.

FRU...

29 ogos 09. demontrasai jalanan lembu2 yang membawa kepala lembu di Suk Selangor, tidak mendapat halangan dari FRU mahupun dari pihak PDRM.
Mengapa? Depa ada permit ke? Mangkak tu semua mana ada permit pun..
Permit terbesar yang mereka ada adalah KAD AHLI UMNO,
Dengan ada nya kad ini...POLIS dan FRU kecut teloq dan jadi lah pencacai pencuci najis kepada UMNO


SPRM..

Tahniah,,kononnya penyalahgunaan wang sebanyak RM24oo yang sebuk mereka selidik, Kes rasuah Khir toyo, khalil Yaakobyang berjuta2, dan beratus lapuran terhadap pemimpin umno yang telah dibuktikan dengan fakta, tak di hiraukan..kenapa?
Sebab mereka2 ini pemimpin umno?
Awat pemimpin umno tak buat salah,?
tak pela...hangpa jadi pencacai je la..


Tahniah sekali lg...

Pencacai pencacai tahap gaban untuk mencuci segala najis puak2 UBN.