PASIR MAS 26 Sept. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi desakan supaya beliau mengosongkan kerusi Parlimen tersebut.
Katanya, Mursyidul Am Pas itu tidak berhak untuk mendesaknya melepaskan jawatan kerana kemenangannya pada pilihan raya umum lalu diberikan oleh penduduk Pasir Mas dan parti hanya menjadi landasan untuk berbakti.-Beghaim Ali
“Saya minta dia keluar... yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya.- TGNAKenapa saya perlu meletak jawatan, dia yang sepatutnya meletakkan jawatan, apa yang dia buat sejak memerintah Kelantan pada 1990? Tidak ada perubahan langsung. -Beghaim Ali
“Saya tidak makan duit haram, semua elaun saya sebagai Ahli Parlimen saya kembalikan kepada rakyat bagi memastikan mereka tidak hidup dalam keadaan susah kerana kerajaan negeri tidak membantu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pasir Mas di sini hari ini.- Beghaim ali
“Lebih baik dia letak jawatan... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas yang undi dia dan memenangkan dia, hanya sedikit orang UMNO mengundi dia,” katanya.-TGNA
Kalau dia hebat, maka akan menang la,tapi kalau kalah, makna nya...boleh masuk muzium la.
Kalau di ajak berbicara, tak penah nak mengaku kesalahan diri..tak pernah nak mengaku kemenangan nya adalah atas sokongan pas dan kekuatan TGNA, dia berasa kemenangan nya ada lah dia diatas kekuatan pengaruh nya,,,
Biarkan luncai terjun ngan labu labu nya....biarkan biarkan
No comments:
Post a Comment