Sunday, September 6, 2009

Sejuta dah hilang, kuil tak di pindahkan juga atas sebab tak abis bincang lagi,,,Patut la jadi lembu naik angin

SHAH ALAM 4 Sept. - Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk memindahkan tapak kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke Seksyen 18 seperti yang dibincangkan dengan pihak pengurusan kuil sebelum ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjelaskan, perbelanjaan tersebut melibatkan kerja-kerja pembinaan infrastruktur meliputi jalan raya, lampu jalan serta kemudahan elektrik di atas tanah seluas 0.6 hektar di Pesiaran Raja Muda, Seksyen 18 yang merupakan lokasi asal untuk mengalihkan rumah ibadat itu dari Seksyen 19 yang didapati tidak sesuai.

Katanya, walaupun pembinaan infrastruktur telah pun siap pada tahun 2007 namun, pembinaan rumah ibadat di kawasan berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana ketika itu ia masih lagi di peringkat perbincangan.

Beliau berkata, bagaimanapun perbincangan itu terhenti selepas pilihan raya umum lalu sehinggalah kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang memerintah Selangor hari ini menukarkan tapak kuil tersebut ke Seksyen 23. - Utusan

Hah, dah bersuara pun bekas mb selangor, dalam perbincangan lagi,dut dah keluar sejuta, tapi kerja tak siap juga,,, dah salahkan Kerajaan PR plak,,,

Macam Kg Buah Pala juga la,,,Kerajaan BN yang jual, Kerajaan PR yang kena tanggung, dah tu tak mengaku pulak tu....

No comments: