Monday, November 16, 2009

Apahal pulak SPR yang nak merayu bagi pehak BN DUN Kota Siputeh?

 Ngapa pulak SPR yang terhegeh ni..ajaib la,, bukan ke SPR tu badan bebas, Kalau dah mahkamah kata kosong,,,ape lagi.. jalankan la tugas, ni tidak, depa pulak lebih sudu dari kuah,
Mesti ada sesuatau kepentingan, kalau tak..tentu tak jadi macam ni kan,,
Kita tengok je la ape yang sebenar nya...

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama Isnin.
akim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

1 comment:

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Ala ! Otaiblues takkan lu tak tahu perihal barau SPR ni .Depa semua kenalah tunjuk ketekunan bekerja kepada orang yang bayar gaji mereka, lagi lagi nak masuk bulan BONUS ( Disember 09) ataupun untung untung PM 1 Malaysia naik kan pangkat dari Timbalan Pengarah ke Pengarah SPR .Depa semua ni ada impian dalam hati untuk menanti pemberian rezeki dari PM 1 Malaysia ,bagi depa nak tunggu rezeki dari ALLAH SWT lambat very lambat , so lu pikir la sendiri OTAI BLUES perihal kelakuan mereka.