Friday, January 8, 2010

Setiap petang jumaat, pelajar yang menghuni asrama di arah pulang ke rumah, kerana tiada peruntukan makanan pada hari sabtu dan ahad. Mengapa jabatan Pelajaran ada masaalah peruntukan ke?

 BELI BUAIAN 17 JUTA, KAYANYA KERAJAAN MELAKA.

Kerajaan Melaka bersedia untuk membeli buaian pusing 'Eye On Malaysia' yang telah diarah menghentikan operasinya mulai hari ini, berikutan arahan sita daripada mahkamah. Tindakan menyita kawasan Eye On Malaysia, yang terletak di muara Sungai Melaka di Taman Kota Laksamana di sini, dilakukan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lepas yang membenarkan permohonan pemilik asal buaian itu dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambil balik daripada Eye On Malaysia Sdn Bhd (Eom), pemilik buaian itu di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau berharap syarikat dari Belgium itu segera mendapatkan perintah mahkamah bagi melelong Eye On Malaysia supaya kerajaan Melaka dapat membelinya.

"Jika dilelong, kerajaan negeri bersedia membayar hutang sebanyak RM17 juta itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Pengawasan Bersepadu Melaka (MISSY) di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini.

Baru seminggu aje persekolahan berlalu, sepatut nya 2 minggu lagi baru anak2 yang menginap di asrama akan pulang kerumah atau di panggil outing, Pelik bin hairan, semalam anak perempuan aku mengubungi aku mengata kan petang ini ( petang jumaat) mereka di khendaki pulang ke rumah masing2 kerana tiada peruntukan makan untuk hari sabtu dah ahad.
Bukan hanya asrama yang dihuni oleh anak aku sahaja. boleh di kata kan semua asrama yang ada di Pulau Pinang dan mungkin juga seluruh negara...catuan makanan kerana tiada wang peruntukan..Kenapa jadi begini?

Peruntukan untuk kementerian Pelajaran dah abis ke?
Alahai..

1 comment:

Anonymous said...

apalah mangkuk punye komen..baguslah suruh pelajar balik tiap2 minggu..bior mak&ayah dia pulak jaga..rapatkan hubungan dgn keluarga..bior mak&ayah dia ambil berat sikit..tahu hal anak2..jgn mak&ayah nak lepas tgn je..buat anak pandai..jaga anak tak pandai..bila anak lari asrama yg kena maki warden&kerajaan..anak dia buat hal diluar asrama yg kena hamun warden&kerajaan..mak&ayah sibuk dgn parti tak habis2..lu pikirlah sendiri..