Thursday, May 27, 2010

Umno pukui Mic, Mic libas umno... baru ada akai..teruskan lakunan dengan aksi sebenar..

Kedegilan dan ketamakan Samy Velu untuk ters berkuasa membuat kan umno naaik muak,ini meninbulkan perasaan untuk menyingkirkan orang lama itu,Dengan SV masih menjadi pemimpin menyukarkar kan umno untuk terus menguasai pemikiran mic
Ini adalah kerana SV bukan saja tau di mana kelemahan pemimpin baru umno, itu sebabnya setiap ugutan umno lansung tidak menimbulkan rasa takut pun di hati nya, Sebabnya ...semuatu ada dalam poketnya,

Sama ada  ngaku atau tidak, sememngnya ada tangan tangan gaib dalam umno yang menaja dan memberi sokongan pada kumpulan tertentu untuk menyerang SV.





Buktinya jelas pada pilihan raya Hulu Selangor baru ni..

Sekarang ni masa nak menjatuh kan pimpinan mic yang lama agar sebelum PRU13 ini, mic boleh menambah sokongan baru dan lebih banyak mendapatkan kerusi di dalam parlimen.

Sekarang ni..krisis dalaman mic telah merebak menjadi kudis dalam bn,,cakap cakap dalam mic menimbulkan sakit hati dan menjatuh kan umno..tentu saja umno tak mahu macam tu...

Ape yang perlu sekarang ni..engkau libas aku..aku hentam engkau semula.. janji samy velu turun takta.. tu je

Tengokla pe nak jadi dalam perhimpunan GAS nanti....Perhimpunan yang mendapat restu dari polis dan juga Umno....
Ni la nama nya kawan makan kawan....

Tuesday, May 25, 2010

Program di masjid mesti dijalankan kerana ia boleh menjadi kekuatan kepada parti dan Wanita UMNO. Woit...ni nak berpolitik dalam masjid pulak ke?

KUANTAN 24 Mei - Skuad Sayang Wanita UMNO diminta melaksanakan dua program teras dalam usaha mendekatkan lagi pergerakan itu dengan masyarakat di peringkat akar umbi.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dua program teras itu adalah program masjid dan hospital bagi menjaga kebajikan orang sakit.
Beliau berkata, pelaksanaan kedua-dua program itu sebenarnya tidak memerlukan peruntukan yang besar tetapi boleh memberi kesan yang sangat baik dalam meningkatkan imej Wanita UMNO dan parti di kalangan masyarakat.
"Program di masjid mesti dijalankan kerana ia boleh menjadi kekuatan kepada parti dan Wanita UMNO. Kenapa hanya orang Pas yang dilihat boleh menjalankan program sedemikian, sedangkan kita terutama wanita UMNO ramai dan boleh juga melakukannya.
"Antaranya, Skuad Sayang boleh menyediakan makanan atau minuman untuk para jemaah selepas menghadiri program di masjid-masjid dan surau-surau pada malam Jumaat," katanya.
Kenapa hanya orang Pas yang dilihat boleh menjalankan program sedemikian, sedangkan kita terutama wanita UMNO ramai dan boleh juga melakukannya.
"Antaranya, Skuad Sayang boleh menyediakan makanan atau minuman untuk para jemaah selepas menghadiri program di masjid-masjid dan surau-surau pada malam Jumaat," katanya.

Ni la dia...Kalau orang lain buat, nak buat report polis lg,, kalau depa buat,,,no hal la...
Politik makan minum di masjid,,nak sedia kan makanan tu dari duit mana? duit parti ke? hangpa makan sendiri la,,,
Kalau duit tabung masjid... ajk masjid kan ada...tak payah nak sibuk le..
Wanita nya pulak nak meramai kan masjid..ok la tu..tapi mana p pemuda atau putera nya? 

Terbukti memang Umeno la punca segala nya..tunggu la akibat nya,,,

KUALA LUMPUR 24 Mei - S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. - Utusan Meloya

Ni bukan orang lain...anak pemimpin besar Mic..yang berpuluh tahun duk bawah bn, di bawah kuasa Umeno,dia sendiri pun tau...siapa sebanar nya gunting dalam lipatan,
Ni pun Umeno tak nak ngaku lagi,, berapa ramai katak yang telah umno lahir kan, musang berbulu ayam yang makan hasil,,
Kerajaan PR Perak runtuh pun kerana mainan jahat umeno,, tu pun masih ngaku kata mereka pilihan rakyat,,
Kat Selangor pun sama...
La duk buat kecoh nak runtuhkan Kerajaan kedah pulak,,, tak nak ngaku...tapi ianya bukan rahsia lagi,,,
selagi ada setan setan kecil, kulit je hijau, tp dalam biru...haru biru di buat nya
 
BALING 24 Mei -Ketua Penerangan UMNO Kedah, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom  berkata, sehubungan tu adalah tidak wajar sekiranya BN dikaitkan dengan spekulasi kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang di negeri ini akan melompat parti.
Menurutnya, jika benar terdapat ADUN pakatan pembangkang melompat parti, ia mungkin disebabkan oleh rasa tidak puas hati mereka sendiri terhadap kerajaan negeri.
''BN tidak pernah membuat sebarang tawaran kepada ADUN terbabit,'' katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil di sini semalam.
Katanya, beliau kesal dengan pihak tertentu yang menyalahkan BN apabila ada wakil rakyat mereka bertindak berpaling tadah.
''Apabila ada isu lompat parti, mereka akan menyalahkan BN yang kononnya membuat tawaran dan pelbagai lagi andaian," ujarnya.
Hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Naib Ketua UMNO Bahagian Baling, Ishak Mat; Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Hasliza Harundan dan Penyelaras DUN Kuala Ketil, Mohd. Khairul Azhar Abdullah.- Utusan Meloya


Berapa ramai yang guna PR untuk naik,,,bila ada suara sikit mereka kembali menjilat bos asal mereka,,,.
Ini la ulat ulat taik yang akan membawa runtuhnya PR,dah banyak bukti... tu pun tak ngaku..


Alasan nak keluar, melompat memang macam tyu...tak puas hati pada pucuk pimpinan,,,konon nya,, bila dah keluar,,,elok pula istihar masuk Umeno /bn... kalau bn tak ada kena ngena...memang pembohong besar la,,,
Datuk Uztaz tak payah la  cakap pe..nanti terbelit lidah tu   tak cakap ape pun,,,.semua orang pakat tau dah...cakap pun ngabih boreh yooo
Macam ang depa tanya tu la pasal pertaruhan judi bola...jawapan nya pasal lompat parti...
lain tanya lain jawab...so jangan buang masa la nooo..


Berhati hati la.............



Sunday, May 23, 2010

Ibrahim kata " Pas jadi kaldai kepada Dap" meninggalkan perjuangan menegak Islam kerana cita cita politik je.

MACHANG 22 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Dewan Pemuda Pas mendesak kerajaan-kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang supaya menghapuskan juga lesen judi di negeri terlibat.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan itu berasa aneh dengan sikap sayap parti tersebut yang hanya menyalahkan Kerajaan Pusat kerana meluluskan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 tetapi membiarkan premis judi lain terus beroperasi di negeri-negeri pakatan pembangkang.

Macammana tak aneh nya. sebab Pemuda Pas banyak yang tau tentang akta undang undang, dan meraka tau, bukan kuasa kerajaan negeri boleh batalkan lesen judi, Hanya mangkok mangkok yang tak reti akta je yang masih memikirkan kerajaan negeri yang berkuasa.

Menurut Ibrahim lagi, sikap pemimpin muda Pas itu juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam memperjuangkan Islam tetapi hanya mahu meraih sokongan politik demi kepentingan peribadi.
“Ini satu sikap hipokrit, satu sikap berat sebelah. Jadi saya tidak nampak keikhlasan Pas menentang isu lesen judi ini kerana hukumnya haram tetapi lebih menjurus kepada isu politik,” jelasnya.
Sementara itu, beliau berkata, tindak tanduk Pas hari ini menunjukkan mereka hanya menjadi ‘keldai’ kepada DAP sehingga sanggup meninggalkan perjuangan asal iaitu menegakkan syiar Islam semata-mata mahu mencapai cita-cita politik.

Ibrahim sendiri tak berasa ke dia juga mempunyai agenda politik nya sendiri? 
Ikhlas sangat ke dia dalam memperjuangkan Islam? dalam memperjuang kan Perkasa, yang konon memperjuangkan Melayu?



“Orang bukan Islam akan melihat kecelaruan di antara ulama Islam sendiri dan akhirnya mereka tidak lagi menghormati agama suci ini,” kata Ibrahim lg

Orang bukan Islam pun tau judi haram pada orang islam, depa lagi celaru bila kerajaan yang di terajui oleh  umeno boleh meluluskan semua yang berkaitan judi,, tak heran ke?
Bukan perbuatan Pas yang membuatkan orang bukan islam hilang kepercayaan pada Islam,

Pak beraim ... lu pikir la sendiri..

Bro ni cakap. lesen judi bawah kerajaan negeri, sekali undang2 pulak tulis ianya bawah kerajaan pusat. Bro jangan main serkap jarang je, yang mana betul ni?


Ibrahim bertegas sekiranya PAS betul-betul konsisten dalam isu ini tiada alasan bagi mereka untuk segera bertindak menghapuskan judi kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. "Sesuatu lesen judi termasuklah lesen empat ramalan nombor ekor, lesen loteri, kilang arak dikeluarkan mesti dengan mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan. "Bila di bawah kuasa kerajaan tempatan, maknanya kerajaan tempatan berkuasa pada bila-bila masa untuk menarik lesen itu, tapi kenapa mereka tidak buat begitu sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang menarik semua premis judi nombor," katanya.


Ape sebenar yang boleh di lihat di sini, Undang2 telah menyatakan, lesen hanya boleh di keluarkan oleh kerajaan pusat, nampak gaya nya ada orang yang sudah salah tafsir kerana nak menyokong perbuatan orang lain yang dia naggap nya betul...



a) Perlembagaan Persekutuan,
b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953
c) Akta Pertaruhan Pool 1967
d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948


Perlembagaan Persekutuan
JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I—Senarai Persekutuan
4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—
(l) Pertaruhan dan loteri

Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.

Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri.

Copy paste: Justice For All


Aiseh men, macam mana boleh silap cakap pula salah seorang penggubal undang2, ni mesti sengaja nak menegak benang basah atau pun nak memperbodoh kan orang .

Macam mana ni. nak dengan cakap dia ke atau nak ikut akta yang telah tertulis?

Marah sangat ke,sampai terlepas cakap tu. Macam mana ni, peresiden melayu sedunia boleh sokong pertaruhan bola ni.?

Saturday, May 22, 2010

Alo Bapak. gi mana 3 negeri saja, kok negeri yang lain judi nya masih halal

Selaku Presiden Perkasa saya mencabar Pemuda PAS desak kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah untuk haramkan penjualan Nombur Ekor (Empat Digit) megnum, TOTO, DAMACHAI dan Loteri saperti yang dibuat oleh kerajaan Kelantan.

Bukankah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dibawah kerajaan Pakatan Rakyat? Gajah didepan mata yang di langgar sedang mata melihat kuman di seberang.

Saya Cabar jika mereka ada Telor dan Anak Jantan,Desak Kerajaan Pakatan Rakyat menghapuskan semua bentuk judi di negeri dibawah Pakatan Rakyat. - Perkasa

Kalau bapak nak tau, semua nya itu adalah warisan sejak zaman bn memerintah lagi, berapa lama lesen yang bn dah keluarkan? setahun? 3 tahun? 50 tahun?

Bukan ke kerajaan pusat yang keluar kan lesen..kerajaan pusat la yang kena batal kan

Kalau dah lesen nya tak ada..tak ada la kedai nya.

Macam kat Negara Brunai. tak ada pun lesen judi dikeluarkan, tak ada pun kedai judi. tak ada lesen minuman keras.. tak ada pun kedai yang menjual nya... kalau mau semua nya...boleh la datang ke Malaysia.

Woih bapak, beria ria benar mempertahan kan pertaruhan bola ni kenapa?
Awat marah sangat? Pemuda Umno rilex je, pekasa plak yang lebih2...nape?
Ada udan sebalik mee ni...
Kita tengok la drama episod akan datang...

Friday, May 21, 2010

Sebab perkara ini la pemuda Umeno pulau pinang marah sangat,,LGE takut pecah tembelang, nanti semua org tau .

PERMATANG PAUH 20 Mei - Dalam usaha meningkat mutu penganjaran sekolah agama di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pinang telah menambah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz pada tahun 2010 menjadikan jumlahnya RM1.75 juta berbanding RM1.5 juta tahun lepas.


Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebanyak RM380,950 diberikan kepada 102 Sekolah Rendah Agama dan RM25,000 lagi kepada lima buah Sekolah Tahfiz.


"Kerajaan Negeri berjaya menambah peruntukan RM1.5 juta peruntukan untuk SAR menjadikan jumlah sebanyak RM1.75 juta tahun ini.


"Sumbangan ini juga membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat prihatin terhadap SAR yang pernah dibatalkan peruntukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini," kata beliau pada majlis penyampaian sumbangan peruntukan untuk SAR tahun 2010 di Madrasah Al-Aminiah di Kampung Pertama, Permatang Pauh semalam.


Dengan peruntukan kerajaan negeri pada tahun 2009 telah membolehkan Madrasah Al-Aminiah mewujudkan makmal sains untuk pelajarnya.


"Melalui peruntukan tersebut maka Madrasah Al-Aminiah telah berjaya mewujudkan sebuah makmal sains bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sains," kata Guan Eng.


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir dalam majlis tersebut berharap peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merealisasikan aspirasi kepada SAR yang lain terutamanya dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sains.


Menurut Anwar lagi bantuan pada kali ini juga meliputi Madrasah Manabil Ulul, Penanti sebanyak RM197,000, Madrasah Al-Irsyad Al Asyraf Al-Watanaiah RM159.000, Madrasah Al-Aminiah RM183,000, Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah RM166,275, Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sebanyak 120,000, Sekolah Menengah Othmaniah RM90,000, Institut Pengajian Ar- Razi RM70,000 dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Khairiah Islamiah RM23,000.


Manakala SABK Al-Masriyah menerima bantuan berjumlah RM30,000, SABK Maktab Wan Jah RM13,000, SABK Faqiyah Daimiah, Permatang Pauh RM22,000, SABK Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah RM25,000, SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1 RM25,000, SABK Daeratul Maarifil Wataniah 2 RM19,000, SABK Al-Mashoor Islami RM25,000, SABK SMATI RM22,000, SABK Al-Mashoor Islami RM25,000, SABK Al-Imam An Nawawi,Lahar Minyak RM3,000, Sekolah Menengah Al-Itqan RM96,275 dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum, Permatang Pauh RM45,000.


Turut sama dalam majlis tersebut termasuk Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Salleh Man serta ADUN Sungai Bakap, Makhtar Shapee.

Mana Perkasa, Pemuda Umno, tak sertai pun himpunan protes judi lepas jumaat tadi.Hangpa ada share ke ngan berjaya group tu?

Selepas solat jumaat td. duk menunggu juga kalau kalau ada orang kuat Perkasa, orang kuat pemuda Umno yang menganjurkan demontrasi protes penghalalan judi bola, Biasa nya kat penang ni...depa juara memprotes. lihat saja masa kecoh perarakan maulidur rasul,, lepas jumaat berduyun2 depa p berarak kat komtar,
Ari ni tak ada plak,, mana depa p?
Yang ada cuma ahli pkr, ahli pas, juga ada dap.. Ahli pakatan rakyat yang cukup di pandang hina oleh BN ,,,
cuma ni je makluk yang nak protes,,, tak pe sikit bukan makna lemah,,,ramai bukan makna kuat

Makin lama. makin membusuk pe yang telah lama depa sembunyi kan,,

Jangan jangan depa ni ada share kot..
biasa nya macam tu la.. lu tolong gua, gua tolong lu...cincai ma...berapa mau?
Kat sibu pun macam tu kan. u help me..i help u...
Macam mana depa nak protes,kaki tangan depa semua dah terikat, mulut kena kunci.. tak tau la kena ikat dengan ape. kunci dengan ape,,,

Sendiri mau ingat la...tak gitu...tepok poket tanya berapa mau,,,

Rupa nya jabatan agama islam tak perihatin pun issu semasa

Telah di ketahui, semua teks khutbah di tulis di edarkan ke semua masjid oleh jabatan agama, setiap bulan telah disediakan cuma menunggu di baca oleh imam je.
Meluluskan lesen perjudian pertaruhan bolasepak piala dunia rupa nya tidak lansung mengusik mereka yang berkerja di jabatan agama, Senyap itu bererti bersetuju ..Bersetuju ke jabatan agama dengan kehendak kerajaan tu?
Lansung tak ada rasa bersalah pun pada pihak yang berkuasa, juga pada pihak yang menjaga agama.
Kenapa sampai jadi macam ni..
Kat tv, ada forum perdana, ada semanis kurma, ada itu ada ini...satu pun tak berani nak sebut,,, semua jaga periuk nasi.
Yang bertaraf alim ulama pun, diam menyepi..kenapa ni...
Ikut suka la...berani buat berani tanggung..jawab la nanyi kat akhirat nanti..

Issu ALLAH, perkasa, umno, ngo2 semua macam nak perang je, tapi bila judi di halalkan, macam ayam berak kapor, diam je

Pelik sungguh perangai depa ni. ada satu bahagian depa sungguh2 mempertahan kan, termasuk la kononnya isu yang konon menyentuh hak sultan, tetapi bila berkaitan isu judi bola, semua nya diam.baik yang duk kampung yang jadi penyokong tok tok, yang tak reti apa sampai la pemimpin besar. awat nya jadi lagu ni.
Hangpa ada isu2 yang terpilih je ke yang nak di perjuangkan?
Mana perkasa yang nak mempertahan kan kesyumulan islam sampai ke titisan darah terakhitr tu?
dah tak ada darah dah ke?
Mcam menyokong je...
Ni la rupa nya kumpulan yang pandai bermuka muka...mmm tak sio le teman nak ngikut kamu..

Jom bantah judi. jangan jadi manusia MUNAFIK kata benci judi tapi sokong dan beri lesen judi...

Hari ini akan dia adakan sekurang kurang nya 5 perhimpunan membantah judi di seeluruh negara,
Protes yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang  sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu.

Bercakap kepada Malaysiakini, ahli jawatankuasa PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya tidak memohon permit untuk perhimpunan itu kerana ia akan dibuat "secara aman di dalam perkarangan masjid".
Sebelum ini, kerajaan secara rasmi dilaporkan memberi lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA.

Tindakan itu dibantah pelbagai pihak, khususnya termasuk pakatan pembangkang dan NGO Melayu-Islam di Malaysia.

Sementara itu, Di Perak, Naib Ketua Pemuda PAS negeri Salman Salleh berkata kira-kira 2,000 orang dijangka menghadiri demontrasi di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh bagi membantah keputusan kerajaan itu.

Umno juga dijemput- KUMPULAN YANG MELULUS KAN LESEN TERSEBUT... Juga di jemput

"Semua pertubuhan termasuk Umno, Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO dijemput bersama kita untuk menzahirkan bantahan pemberian lesen judi," katanya.

Menurut Salman, demonstrasi itu akan diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri, Zawawi Hassan.

Di Negeri Sembilan, dijangka 1,500 orang akan menyertai demontrasi di Masjid Negeri Sembilan dekat Seremban selepas solat Jumaat.

Ketua Pemudanya Khairil Anwar Mohd Wafa berkata pihaknya turut menjemput pemimpin Pemuda Pakatan yang bukan Islam, termasuk Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

"Kita tidak pohon permit, kalau hendak tangkap, tangkaplah. Kita buat perhimpunan aman. Dulu masa (demonstrasi) membantah (firma perundin) Apco Worldwide tiada tangkapan pun," kata Khairil Anwar.

Di Pulau Pinang pula ketua Pemuda PAS Mohd Yusni Mat Piah berkata pihaknya menganjurkan demontrasi esok di hadapan Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat.

Perhimpunan aman tersebut dijangka seramai 1,000 penyokong Pemuda Pakatan, tambahnya.

Demonstrasi di 22 kawasan PAS

Di Selangor pula keadaan agak berbeza apabila tiada demonstrasi di peringkat negeri dianjurkan PAS.

Ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata Pemuda PAS negeri telah mengarahkan 22 Pemuda kawasan mengadakan demontrasi itu sama ada esok atau Jumaat depan.

"Setakat ini Pemuda PAS kawasan Hulu Langat akan mengadakan demontrasi membantah keputusan kerajaan itu esok," katanya.

Hasbullah berkata, dijangka kira-kira 200 orang bagi setiap kawasan akan hadir dalam demontrasi itu.

Menurut pemimpin negeri yang dihubungi, kesemua perhimpunan esok dijalankan tanpa memohon permit polis kerana "ia adalah satu perhimpunan aman".

Difahamkan, pembangkang di negeri-negeri lain, Perlis, Kedah, Pahang dan beberapa kawasan di Selangor akan mengadakan demontrasi itu Jumaat hadapan.

Kemuncak kepada siri demonstrasi tersebut akan dilaporkan diadakan pada 3 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

malaysiakini

Kalau dengan anak isteri yang ada pdia tak jujur, boleh percaya ke dia jujur dengan rak yat

Kalau nak berpoligami pun pe salah nya beritahu istri pertama, lelaki kan ada hak nak kawin berapa pun selagi mampu, ni tidak..dapat pucuk muda, terus je nak nikah, Jujur dan amanah tu sifat orang muslim. kalau dengan isteri  pun tak jujur, boleh percaya ke dia boleh jujur dengan orang lain...

Monday, May 17, 2010

Pas itu Melayu, Umno itu Islam.Boleh pakai ke ?

Mana punya idea gamaknya sesiapa ahli umno yang guna motto di atas.

Pas itu melayu,,tak di nafikan, memang ramai ahli pas ada lah melayu islamyang terang terangan menyokong sebuah parti yang memperjuangkan kesyumulan islam, memperjuangkan hukum islam, tetapi di sekat oleh pemerintah yag di terajui oleh umno,

Bagai mana pula ahli umno boleh mengaku umno itu islam, sedangkan isu terkini. meraka yang meluluskan leen perjudian pertaruhan bolasepak piala dunia,
PM yang terdahulu terang terangan menghalang juga menghina akan hukum hudud yang belandaskan hukum islam dari di laksanakan, sahingga terkeluar kata kata  kalau nak makan sup tangan, boleh la pergi ke Kelantan,

Sebelum ini. umno mengaku sebagai parti Melayu terbesar di dunia, memperjuangkan Melayu..Mereka memperjuangkan Islam pun hanya dengan membina masjid dan surau, Dan mereka juga lah yang merobohkan nya,
Mereka juga la yang menyekat juga memotong bantuan buat sekolah agama rakyat.
Macam ni ke yang di namakan Islam?

geli aku...

Utusan Membodek memeriah kan sambutan Hari Guru, cuba nak tutup kekalalahan di Sibu yang memalukan .

 Tajuk Utama, Hadiah hari Guru.

KUANTAN 16 Mei - Berita baik kepada semua pengetua, guru besar dan guru.
Bermula tahun depan, mereka layak menerima wang ganjaran sehingga RM7,500 setiap seorang jika berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Mana nya berita kekalahan PRK di Sibu?

Kena cari kat mukasurat 5 atau 6  je...itu pun hanya berita ringkas. berita tentang kes rogol lagi panjang lagi...

Kenapa jadi macam tu?

MALU.... MALU ...MALU

Betapa bijak nya editor um,( ada harapan dapat pingat datuk ni menutup kekalahan parti yang kunun nya hanya perihatin dengan kehendak rakyat, parti yang mana kehendak rakyat di utama kan,

Kekalahan di Sibu menjadikan parti tersebut macam ayam berak kapor, terkulat kulat, ingat kan minda rakyat Sibu boleh di beli dengan wang ringgit dan janji2..

Berita yang mengesahkan kekalahan yang memalukan kan itu hanya di siar kan pada pukul 10 malam,Itu pun hanya berberapa minit sahaja, Berbanding kemenangan di Hulu Selangor bulan lepas, dari pukul 8 malam, sahingga la 3 hari yang berikut nya dalam semua siaran telivision, radio, tak berhenti henti di siar kan kemenangan mereka,.

UM mengalih kan berita kekalahan  di Sibu dengan SambutanHari Guru,

Dengan pengalihan berita utama, editor UM  fikir mereka telah dapat menutup malu kekalahan parti yang paling sombong dalam dunia,

Parti yang menganggap dan memaksa rakyat malaysia juga menganggap. jika tiada mereka, maka kesemua rakyat Malaysia akan mati tak makan.akan huru hara,

Itu hanya anggapan yang paling bodoh.mereka yang mempercayai nya juga, adalah mereka yang bodoh tak ada otak langsung, Masaalah nya, kenbanyakan nya adalah Melayu,

Melayu yang mudah lupa, mudah memaafkan, mudah di tipu, dapat jumpa, dapat pegang tangan pemimpin penipu macam dapat jumpa nabi je.Padahal itu la manusia yang telah banyak membuat Melayu Sengsara, Membuat Agama Islam turut di pandang hina.

Memang meraka patut kalah pun...Sebab tiada pun dalam dunia ini yang kekal seperti motto Parti Utama dalam kerajaan...yang selalu mereka sebut

Dulu kini dan selama nya..

Dulu... dulu boleh la hangpa tipu sana, tipu sini, sampaikan kalau calun pilihanraya  kalau letak lembu pun,,, pasti akan menang juga,,,
Kini.... kini nak tipu pun tak boleh macam dulu,,semua orang dah buka mata,,dah nampak siri pembohongan yang berterusan.. Kalau letak menteri pun sebagai calun,, belum tentu boleh menang lagi,,
Selama nya.... yang ni belum tau lagi..harap harap...selamanya mereka akan terus kalah dan terus mati je paerti tersebut...tanda tanda dah ada,,,,dah 64 tahun pun... ingat semakin matang...tapi tidak...semakin nyanyuk lagi upa nya,

Malu weh...dah jadi macam pak pandir je..

Gagal pertahan kerusi walau berjuta wang dan janji di tabur.Pengajaran yang memedihkan

SIBU 16 Mei - Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.

Kerjaaan telah memperuntukan hampir 18 juta ringgit untk membina berberapa buah sekolah Cina,, tapi sayang.. duit terlepas undi tak dapat.

Majoriti 378 itu hampir sahaja seperti angka anggota PKR di Perak yang dikata kan keluar dari parti kerana tak bersetuju dengan pimpinan, kisah keluar parti tidak menjadi kudis bagi Rakyat Sibu.

Sekolah, jalanraya, hospital adalah kemudahan asa bagi sesbuah kerajaan yang memrintah, bukan umpan atau gula gula untuk meraih undi,

Meraih undi menggunakan kemudahan asa itu ada suatu kezaliman, juga ia merupa satu yang dinamakan RASUAH POLITIK..

Banyak pihak yang menutup mata bila melihat keadaan yang sedemikian..

Kenapa ye?

Pasal depa tu memang buta hati,,sial

Sunday, May 16, 2010

Aku se orang penipu..aku yang pengotor,aku yang tak reti tentang hukum ugama

Aku tak mengaku aku ni menipu, tapi segala yang berlaku menampak kan sebenarnya aku ini penipu...
macam mana nak buat ni..

Ini kronologi tipu aku.
1. 24 jun, aku jumpa YB ngadu akan liwat
2. 25 jun aku buat panggilan kat ketua kampong, nak ngadu aku akan di liwat
3. 25 jun malam, aku jumpa ajak kampong beri keterangan aku akan di liwat
4. 26 jun baru aku di liwat
5. 27 jun jumpa tokey kotak, bekas kawan orang yang buat aku tu

Ini kotor nya aku
Masa di antara 0303 petang sahingga 0333 petang 26 Jun..aku dah kena,,dan semenjak dari waktu itu..aku tak mandi mandi pun.niat aku nak simpan bukti yang ada tu,
Masa tu, aku lupa nak solat..
Masa hari jumaat tu..ngenangkan aku dah bape bulan tak p jumaat, aku mandi lenih sukit,,,tapibukan mandi hadas pun..hanya satu sebab, nak tayang muka kat masjid..jangan imam amik nama tak p jumaat.
Kau orang tak kesian ke kat aku...2 hari aku tak berak... sakit tali perut aku tau..tapi tak pe..demi satu keadilan.aku sanggup.
Nasb baik la masa doktor check lubang pungkok aku,, aku kentot pun tak...lau tak mau pengsan doktor tu.

Panjang lagi cita aku ni...
Aku dah loya dah ni...nak muntah...

EEEE pengotor nya aku........

Kebenaran pe yang Pemuda Umno Pulau Pinang nak tunjukan?

PULAU PINANG 15 Mei - Mungkin takut kebenaran diketahui rakyat, kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan kebenaran menggunakan Dewan Kongsi di Balik Pulau di sini bagi program Pentas Pemuda UMNO yang sepatutnya berlangsung malam ini.''Adakah ini yang dinamakan kebebasan bersuara yang mereka laungkan sebagai dasar kerajaan negeri? Saya rasa ia amat bertentangan. Matlamat untuk menyatakan kebenaran disekat hanya kerana amalan dwi standard," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kononnya LGE takut pada kebenaran yang Pemuda Umno PP nak tunjukan?
Semua pun dah tau puluhan tahun BN perintah PP,pe yang melayu PP dapat?
Semua pun dah tau, Bape banyak tanah melayu PP yang umno jual demi untuk perut,
Semua pun dah tau, umno halalkan Judi pertaruhan bola.
Semua pun dah tau...

Nak tunjukkkan kebenaran pe lg?
Semua pun tau sape Lokman Noor Adam tu.

Rasakan pulak bagaimana pedih nya hati orang lain bila dulu masa berkuasa, hangpa buat kat orang,

Friday, May 14, 2010

Alo Sedara, penyokong kuat Umno, kamu pun sokong judi ke?

Ini la sedara kita yang akan mempertahan kan kesucian islam hingga ke titisan darah terakhir, tapi bila kerajaan meluluskan pertaruhan dan perjudian bola, sedara kita ni diam je. Nape ek?
Bos besar marah ke?
Kalau selain dari Umno buat, macam cacing kepanasan buat kenyataan akhbar,,,
Alo sedara jangan bersifat hipokret, Jangan bersifat MUNAFIK,
Jangan pandai cakap, tapi tak berani nak melaksana kan...

Boleh jalan la lu

Thursday, May 13, 2010

Perlacuran itu haram, tapi kalau ada lesen,, halal kot. Kena tanya menteri juga ni..

Seluruh dunia telah tau bahawa Thailand adalah sebuah negara perlancungan berasaskan sex.Industri sex telah menjadi kan keuntungan buat thailand,
Malaysia kalau nak buat keuntungan juga.. pe salah jadikan industri sex itu HALAL asalkan ada lesan yang sah. Ala ape nak malukan, judi pun kita dah halalkan, takkan pelacuran tak boleh kot.
Walau tak ada lesen, orang tetap buat juga,, alang alang ... bagi je lesen, Perlacuran halal, hebabkan seluruh dunia, Malaysia Negara Ialam, anggota OIC pertama talah menghalalkan judi, juga akan menghalalkan perlacuran.

Menda yang allah haram kan tu,,bukan ape..tak ada lesen halal. kalau ada, tentu allah tak haram kan.
Umno juga para ahli kebinet punyai kuasa untuk menghalalkan pe yang allah haram..
Kuasa yang boleh melampaui hukum allah..
Syabas..

Haram zadeh...

Buat orang islam yang nak membuat pertaruhan judi bola nanti,, dapat kan surat rasmi dari kebinet atau mana mana ahli Umno, judi itu halal sebab ada lesen, Tunjukkan pada Allah di padang mahsyar nanti.

Mana pergi nya PERKASA.yang akan mempertaruhkan nyawa demi membela islam. Ni apa dah jadi?
Negara islam yang menghalalkan judi, 
Rakyat di dahulukan pencapaian di utama kan. demi keuntungan dunia yang sedikit kerajaan telah mengadai hukum Allah .. terima kasih kerana telah mengundang bala dan kemurkaan allah untuk semua,
Tahniah buat barisan kebinet yang berugama islam, buat pm yang juga islam, buat parti yang memperjuangkan islam, hukum allah yang ini hangpa boleh halalkan.
Bertuah buat penyokong kerajaan,minta la ape saja walau menyalahi hukum agama, kerajaan pasti akan tunaikan kerana kehendak rakyat mesti di dahulu kan dari kehendak agama.
 
Dari akar umbi.sampailah kepada pemimpin ni 1,bersama sama lah tanggung dosa sampai hangpa mati.. aku tak campur sebab aku tak pernah bersetuju dengan sebuah parti melayu islam terbesar bernama UMNO. Nama je parti Islam, menda yang haram hampa halalkan..

Buat penyokong UMNO, mulai sekarang boleh la berjudi sepuas hati..tahniah,,angan angan dah jadi nyata.. tak perlu takut lagi...

Umno ada surat rasmi untuk kamu semua di padang mahsyar nanti. Dengan surat tersebut akan terlepas lah kamu dari kesalahan berjudi,,

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.
 Menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
S

ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.
BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.
Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Wednesday, May 12, 2010

Dasyat ni dia Tokoh Melayu terbilang tu..Geli geliman aku....Meloya tekak nak sebut..Yang anugerah pun hanya Melayu dalam kumpulan nya sendiri..Bagi la anugerah ape pun...Pada melayu selain dari Melayu Umno...mamat ni tak ada guna seduit pun...

KUALA LUMPUR 11 Mei - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 malam ini.
Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam yang pernah berkhidmat di Utusan Melayu (M) Berhad bermula dengan jawatan wartawan kadet sehingga dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan diiktiraf sebagai pejuang bangsa yang banyak berjasa ketika zaman beliau menjadi wartawan sehinggalah berada di dalam Kabinet.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Zainuddin menganggap anugerah tersebut sebagai penghargaan yang paling tinggi oleh UMNO kepadanya.

''Saya berterima kasih kepada UMNO yang menjadikan hidup saya lebih bermakna. Ini adalah satu pengiktirafan terhadap sumbangan saya selama ini. Tidak pernah saya jangka ia boleh sampai ke tahap ini," katanya.

 Ooo Melayu umno yang kasi anugerah rupa nya...Tak semua Melayu yang iktiraf mamat ni tokoh..

Mana boleh tak jangka,,,semua orang tau...siapa kaki kipas. kaki bodek paling hebat?

Lagi ramai yang lebih baik dari dia ni///

Monday, May 10, 2010

Piala dunia dah tak lama lagi...jum kita berjudi,,umno dah halal kan ...sebab lesen judi halal dah ada.

Lesen judi yang bakal di keluarkan akan menyaksi kan hukum allah yang haram, telah pun di halal .
Jangan takut dosa...Menteri dah jamin kata halal. kita kena ikut pemerintah kan.

Suatu hari nanti akan ada tempat sembelihan babi halal..masyarakat islam jangan takut..babi pun dah jadi halal kerana berkat nya pemerintahan kerajaan BN.

Ape lg yang kita mau.. Hiburan. sudah jadi satu kemestian, buang bayi tiap hari pun ada..Islam jadi tokey arak pun dah ramai...kan Malaysia dah cukup maju sekarang ni...Melaysia boleh..

Tak baik kita lawan pemerintah tau...depa dah berusaha menghalal kan semua yang islam haram kan...Mana nak cari pemrintah yang perihatin macam ni....

Sunday, May 9, 2010

Menghalal kan yang haram hukum Allah hanya kerana ada lesen?

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا


Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya"

( Al-baqarah : 219)


Dan juga larangan selanjutnya


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)


Tak ada yang nak menentang ke?
Bagus..kita sama sama tanggong bala dari allah hanya kerana keputusan yang di buat pak menteri yang telah kamu pilih telah jauh terpesong dari hukum agama Islam. 

Jabatan agama Islam tak suara ape2 ke?
Bagus la tu...

Wednesday, May 5, 2010

3 Hari ..amaran Perkasa kepada TGNA. Ape jadi agaknya selepas 3 hari itu berlalu?

Sebelum ni Perkasa pernah juga bagi amaran kepada Gerakan. Amaran yang hanya jadi bahan lawak bagi parti tersebut..Ape yang leh perkasa lakukan?
Ni nak bagi amaran kepada TGNA pulak..Hebat juga kan,kerana perkasa kata,TGNA telah menghina undang undang juga  arahan Sultan Selangor.
Di kedah pun sama juga, Yb dari pas di katakan menghina bidang kuasa sultan...

Nak tanya sikit..

1, telah terbela ke melayu melayu yang merempat di sekitar bandar2 besar?
2. Dah terbela ke ibu ibu tunggal melayu yang melarat?
3, Dah di perjuangkan ke bahasa melayu?
4. Dah banyak mana tertebus nya tanah milik melayu yang tergadai atas nama kemajuan?

Banyak agenda semasa pernubuhan perkasa dulu, berlalu seperti angin je,, haram kot ada tindakan yang konon memperjuangkan bangsa melayu.

Perkasa tak payah lah nak menunjuk jantan, sedangkan pihak istana tak bising, perkasa pulak yang lebih2. jangan jadi lebih sudu dari kuah,
Amaran Sultan Selangor bukan di tujukan kepada Pas sahaja, ia juga yang membabit kan Umno juga, Cuma kedtangan TGNA itu di perbesarkan, sedang kan hakikat sebenar, Umno itulah yang lebih menggunakan masjid sbagai tempat politik.
Tak lebih dari lontar batu sembunyi tangan..
P rah mabuk, sedangkan ugutan bunuh dari budak terncat akai tu TGNA tak heran, inikan ugutan perkasa yang syok sendiri ,,, Boleh jalan la.

Rachel Motte ? Siapa dia? Penyokong Umno tu...

KUALA LUMPUR 4 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.
Melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.

Motte berkata, beliau berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.

Nak tanya, siapa Rachel Motte ni...terang terang menyokong UMNO,

Sememang bagus kalau khianati yahudi..dan rasanya sememang benar la dakwaan Anwar itu,,Rahel Motte ucap tima kasih pulak pasal tak pilih Anwar, sebab nya Anwar semai semangat anti yahudi...

Jadi sah2 umno pro yahudi...Mekasih kerana membenar kan dakwaan anwar

Tuesday, May 4, 2010

Puteri Umno nak penjelasan rm4 juta, Penjelasan tentang telaga minyak benilai ratusan ribu juta tu, tak mau ke?

KUALA LUMPUR 3 Mei - Puteri UMNO menggesa Pas tampil memberi reaksi terhadap pendedahan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berhubung peruntukan RM4 juta yang diberikan parti itu kepadanya bagi menjalankan operasi gerak saraf.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Puteri UMNO percaya jika Pas berada di pihak yang benar, parti itu tentu tidak akan teragak-agak untuk tampil menafikan atau memberikan penjelasan tentang pendedahan itu.

Tak payah nak penjelasan ape ape, sama juga macam buku 50 dalil mangapa Anuar tak boleh jadi pm, terbuktu segala isinya hanya fitnah,Masa tu berapa juta gamak nya yang telah di berikan kepada penulis buku yang telah pun aruah tu..

Ni cerita yang benar, tentang telaga minyak yang di serah kepada brunai, tak ada pulak walau seekor ahli umno yang bangun meminta penjelasan,Kalau Mhathirtak bercakap sampai kesudahlah cerita tersebut beku macam tu je

TGNA tak hebat berbanding Umno seluruh nya

' Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Srlangor berkata, kenyataan Nik Aziz itu menunjukkan Pas dan orang Melayu tidak menghormati Sultan"

Yang benar benar menghormati sultan adalah umno dan kerana itu lah mereka pernah membuat banner yang tertera kami mahu deris natang, yang di tujukan kepada sultan Terngganu,pernah melantik sultan sedangkan sultan yang ada masih memrintah, dan yang paling meraka hormati dalah bila mereka dengan sebulat suara cuba mengurangkan kuasa raja raja melayu pada tahun lapan puluhan dahulu.
Bagini lah cara umno menghormati sultan,

Jika Nik aziz masuk kemasjid di negeri selangor walau hanya sekadar bersolat itu di kira melanggar hukum atau undang2 negeri selangor.Ini adalahkerana Nik aziz adalah ketua Pas yang juga merupa kan org politik,

Solat hajat dan bacaan yasin untuk calun bn pada PRK hulu selangaor baru2 ini bukan kira politik.. itu di kira sebagai ibadat tambahan.

Di Selangor juga telah berkuat kuasa larangan mengada kan tazkirah pada bulan ramadhan, tazkirah yang menyampai kan perbagai penerangan tentang ugama juga di anggap sebagai ceramah politik,  Hebat kan,

Sememang nya, tak di nafikan..memang orang selangor juga kuat beragama..syukurla...

Monday, May 3, 2010

Ai malunya ...Perasan dia MB pulak,,,

Sejak bila la mamat ni perasan jadi MB,,, jauh panggang dari api la..
Nak jadi jurucakap bagi semua penduduk kelantan,,hahahaha..
Juru cakap bagi kawasan nya sendiri pun tak abis lg...

Ish ish ish...ada juga yang macam ni,,

Bagaimana pula sebagai jurucakap bagi melayu perkasa? dah tak laku ke?

PRK sibu ni tak mau join sekali ke?
Kat sana pun ada melayu juga..
P la tonjolkan diri..promosi mana yang boleh...

Uztaz,,boleh ke buat solat hajat dan bacaan yasin untuk sesorang yang bukan muslim hanya kerana nak menang PRK?

Konpius betul aku bila tengok banner yang mengajak membaca yasin dan solat hajat bagi calun PRK hulu selangor  P Kamal nathan,

Boleh ke? tak menyalahi hukum ke?

Boleh la kot, mesti tak salah pada hukum, yang jadi salah kalau TGNA masuk masjid dan beri tazkirah sepatah dua ayat.

Ape je yang umeno lakukan, mana boleh jadi salah, bukan kan islam hadiri jadi ikutan mereka selama ni..

hancussss

Sememang peruntukan itu telah ada untuk di salurkan, kebetulan saja ada PRK di situ.

 Alasan yang telah biasa sangat bila ada nya PRK di satu2 tempat...


Peruntukan yang secara kebetulan, sama je kat Hulu Selangor, peruntukan untuk sekolah tu,,memang telah di luluskan bukan kerana ada prk pun.
Bagitu juga yang akan terjadi di Sibu nanti,

" Sememang semua perencangan telah pun di lakukan, peruntukan pun telah pun di salarkan dan kami memang telah merancang untuk menyelesaikan pada penghujung Mei ini. kebetulan saje di adakan PRK,.."
 
- Surau - RM 35 ribu x 10 = RM350,000.00
- Sek Agama - RM 40 ribu x 8 = RM320,000.00
- SRK St Mary - Geran
RM 1 Juta

Sekolah itu dibina pada 1954 merupakan sebuah daripada sekolah rendah mubaligh kayu yang tertua di negeri ini - BERNAMA





Sunday, May 2, 2010

Syabas. lu sekarang sudah glamour, setaraf artis..


Hebat sungguh anak muda ini,,,bagitu tinggi harapan nya,sayang..ingat kan mau membunuh musuh allah,tapi rupanya nak membunuh sesama islam je,

Mengapa dan siapa agaknya yang mendorong anak muda ini meluahkan niat di hati nya nak membunuh TGNA?

Kalau rasa nak membunuh pun simpan la dalam hati. tak payah nak kecoh2 sampai satu dunia pun tau..
rasa hebat,bagus atau berani sangat, pergi je la kerumah TGNA, p je kerumahnya, bukan ada pengawal pun

Pembunuh upahan yang dapat berjuta  bila tugas selesai tergelak besar bakal pembunuh sukarela yang bodoh, meletak kan gambar dalam fb sambil bercerita...aku nak bunuh TGNA.

Agak2 betul ke fius mamat ni...jangan2 ada yang putus kot..
Sabarje la..nak glamer pun tak kena gaya,, sama lah macam saipool..glamer pasal kata kena balun pungkok..
Pe rasa nya jadi glamer dengan cara macam tu..
Ape lu ingat TGNA tu anak ayam ke..?
Badan besaq, kepala pun besaq, tentu otak nya pun besaq, tp sayang...ada fius putuih...

molo punya olang..