KUALA LUMPUR 11 Mei - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 malam ini.
Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam yang pernah berkhidmat di Utusan Melayu (M) Berhad bermula dengan jawatan wartawan kadet sehingga dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan diiktiraf sebagai pejuang bangsa yang banyak berjasa ketika zaman beliau menjadi wartawan sehinggalah berada di dalam Kabinet.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Zainuddin menganggap anugerah tersebut sebagai penghargaan yang paling tinggi oleh UMNO kepadanya.
''Saya berterima kasih kepada UMNO yang menjadikan hidup saya lebih bermakna. Ini adalah satu pengiktirafan terhadap sumbangan saya selama ini. Tidak pernah saya jangka ia boleh sampai ke tahap ini," katanya.
Ooo Melayu umno yang kasi anugerah rupa nya...Tak semua Melayu yang iktiraf mamat ni tokoh..
Mana boleh tak jangka,,,semua orang tau...siapa kaki kipas. kaki bodek paling hebat?
Lagi ramai yang lebih baik dari dia ni///
No comments:
Post a Comment