Tuesday, May 25, 2010

Program di masjid mesti dijalankan kerana ia boleh menjadi kekuatan kepada parti dan Wanita UMNO. Woit...ni nak berpolitik dalam masjid pulak ke?

KUANTAN 24 Mei - Skuad Sayang Wanita UMNO diminta melaksanakan dua program teras dalam usaha mendekatkan lagi pergerakan itu dengan masyarakat di peringkat akar umbi.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dua program teras itu adalah program masjid dan hospital bagi menjaga kebajikan orang sakit.
Beliau berkata, pelaksanaan kedua-dua program itu sebenarnya tidak memerlukan peruntukan yang besar tetapi boleh memberi kesan yang sangat baik dalam meningkatkan imej Wanita UMNO dan parti di kalangan masyarakat.
"Program di masjid mesti dijalankan kerana ia boleh menjadi kekuatan kepada parti dan Wanita UMNO. Kenapa hanya orang Pas yang dilihat boleh menjalankan program sedemikian, sedangkan kita terutama wanita UMNO ramai dan boleh juga melakukannya.
"Antaranya, Skuad Sayang boleh menyediakan makanan atau minuman untuk para jemaah selepas menghadiri program di masjid-masjid dan surau-surau pada malam Jumaat," katanya.
Kenapa hanya orang Pas yang dilihat boleh menjalankan program sedemikian, sedangkan kita terutama wanita UMNO ramai dan boleh juga melakukannya.
"Antaranya, Skuad Sayang boleh menyediakan makanan atau minuman untuk para jemaah selepas menghadiri program di masjid-masjid dan surau-surau pada malam Jumaat," katanya.

Ni la dia...Kalau orang lain buat, nak buat report polis lg,, kalau depa buat,,,no hal la...
Politik makan minum di masjid,,nak sedia kan makanan tu dari duit mana? duit parti ke? hangpa makan sendiri la,,,
Kalau duit tabung masjid... ajk masjid kan ada...tak payah nak sibuk le..
Wanita nya pulak nak meramai kan masjid..ok la tu..tapi mana p pemuda atau putera nya? 

No comments: