Wednesday, August 17, 2011

Bila bercakap ikut sedap mulut...jadi lah kita umpama orang bodoh tak ada akai...atau sememangnya tak ada akai...

Bercakap biarla ada nas atau dalil atau bukti...lebih lebih lagi jika ianya berkaitan dengan ke ugamaan...
Bercakap tentang hukum agama tidak berlandaskan logik akal semata mata..tetapi kena belajar..bukan setakat kenal huruf..malah banyak lagi yangperlu di ketahui...


Untuk bercakap..semua orang pandai..lebih lebih lagi setakat nak perlekehkan seseorang.... Perhatikan la ape yang mamat ni merapu tentang hukum atau sunnah nabi...


KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.

Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.

''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak. 



Nota kaki..


Itu la sebab nya...biarkan orang ahli agama bercakap mengenai hukum hakam agama..
Seperti mamat ni...tersangat jauh pergi percakapan nya dengan isu yang ada..
Ini lah yang dinama kan mempolitikan agama.
Alim ulama telah menguarkan fatwa.berdasarkan hukum juga sunah nabi...kenapa nak mempertikaikan lagi?
Klau dia hebat...tentunya dia adalah salah seorang ahli majlis fatwa...bukan nya ahli politik...
Sabar je la...
Lagi dia bercakap...bertambah tambah la nampak ke bebalan nya dalam agama..


Tak faham ke dia tentang pe yang telah tertulis?.



Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak. 


Piang sungguh......

Pak Mat yang malang..Pusat zakat, JKM Butterworth sila ambil tindakan..

Kasihani la warga emas ini..Dah bertahun berada didalam keadaan susah.layak di panggil fakir..berkerja menebang pucuk nipah untuk di buat daun pembalut tembakau... Sehari banyak mana la yang dia dapat buat...
Telah berumur 72 tahun,,hidup keseorangan..tiada anak dan tak pernah pun berumah tangga.. saudara mara pun tiada..
harta yang  ada hanyalah sebuah basikal buruk..sebuah pondok buruk dan nyawa yang telah di hujung jalan..
Kepada yang mampu hadiahkan sedikitkesenangan yang ada kepada insan ini..
Untu mencari nya bukan la sesusah mencari jarum didalam timbunan jerami...hanya datang ke Kg Titi Mukim..Telok Air Tawar Butterworth..pasti anda akan terjumpa sebuah pondok buruk di sebelah Dewan Serbaguna Tii mukim.
Aidil fitri bakal menjelma..apa kata...kepada yang mampu...ceriakanlah warga emas ini...
Telah bertahun tahun dia menantikan Jabatan Kebajikan datang melawatnya...juga telah bertahun dia menunggu pusat zakat menghulurkan bantuan...hampa....
Kesian kat dia.....

Monday, August 15, 2011

Satu Malaysia juga satu dunia dah tau siapa mereka.

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Perkasa hari ini mengugut akan “melakukan sesuatu” terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak — perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan “konspirasi Kristian” DAP.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang. 



Katanya, Perkasa “sangat bersabar” meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

“Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong,”



Katanya, satu dunia tahu bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertindak secara tidak sah apabila meneruskan perhimpunan 9 Julai. 


DAN SATU DUNIA JUGA TAU..MEREKA CUMA BERANI BERCAKAP. TAPI TAK BERANI NAK BUAT...


Ape...orang lain tak hormat kan yang dipertuan agong ke?
Buat lawak bodo boleh leeeeeee

Sunday, August 14, 2011

Ada sesiapa yang suka nak jemput orang asing masuk kerumah,menjadi ahli keluarga, mengunakan semua kemudahan yang sepatutnya hanya untuk keluaganya sahaja?

Fikir fikrkan la sendiri..aku sedikit pun tak akan berbuat khainat kepada ahli keluarga ku..biar sampai mereka menyembah lutut meminta..tidak akan aku lakukan juga,

Ape alasan yang paling baik jika aku setuju melakukan kianat?
Adakah warga asing itu akan memberikan kekakyaan buat keluarga ku?

Kepada mereka yang sedia menerima juga sedia berbuat khainat kepada keluarga nya...silakan la..

Suatu masa nanti..kubur kubur mereka akan di kencing...nama mereka akan di sebut sebagai pengkianat...
Akan sampai masanya nanti..

Pembangkang kian terdesak - Hishammuddin... Ye ke? atau kerajaan yang kian gelabah?

Kenapa nak salah kan pembangkang aje......?
Pelik la cara berfikir para menteri menteri ini...
Cuba la berfikir cara mudah...

Didalam sebuah rumah, bila ketua rumah dengan senang menjemput dan mengajak orang luar datang,juga dngan senang mengaku sebagai ahli keluarga..tidak kah itu mendatang ,asaalah kepada keluarga tersebut?
Mudah cerita rumah hang sendiri la...jumpa je sesiapa kat luar rumah tu ajak masuk,menaku lah ahli keluarga,,agak agak mau ke anak bini hang terima dengan senang hati? Semua kemudahan. peralatan, juga belanja di kongsi sama rata...Rasa rasa na mau bini hang minta cerai..anak hang lari dari rumah..

Begitu lah juga jika di besarkan keluarga itu menjadi negara,,para menteri mungkin suka...tetapi...bukan semua rakyat setuju..hanya yang bodoh mengikut kata je yang kata ianya bagus...

Dari  dulu...aku sikit pun tak setuju...pendatang tetap pendatang sampai mati aku tak kan mengaku mereka sebagai warga negara malaysia yang sah...

Masaalah nya misnah ooi...bukan hanya pembangkang,,,tetapi rakyat seperti aku...


Nape nak salahkan pembangkang pulak? pasal berita dah pecah ke? Kalau tak di bongkarkan,,tak tau berapa ramai lagi yang senang je dapat mycard..senang senang je jadi warga negara,,tahniah buat pembangkang...bongkarkan lagi segala penyelewangan pihak yang bertanggung jawab...


Mismah sedih pembangkang tidak dapatkan penjelasan

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Mismah Naim yang menimbulkan kontroversi apabila didakwa memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam selepas mendapat status penduduk tetap hari ini menyuarakan rasa kesal kerana pihak pembangkang tidak berusaha mencari kebenaran sebelum membuat tuduhan.
Ibu empat anak berusia 47 tahun itu berkata, dia berasa sedih dengan tindakan pembangkang tersebut dan pada masa sama terkilan kerana hanya namanya yang dibangkitkan oleh pembangkang walhal ramai lagi yang dikaitkan dengan isu berkenaan.
Menurut Mismah, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak melayan atau mempedulikan tuduhan berkenaan setelah dimaklumkan mengenai kontroversi tersebut kerana mendakwa, dia sangat faham dengan sikap pembangkang di negara ini.
"Saya dan suami, Mawasi Mawardi, 51, telah dua kali berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak 29 tahun tinggal di sini namun hanya saya diberikan status warganegara.
"Malah, kami langsung tidak mendapat bantuan mana-mana pihak termasuk UMNO dan kami telah melalui proses yang agak sukar sama seperti yang dilalui oleh penduduk tetap lain yang mahu memohon status warganegara," katanya.
Mismah berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar di kediamannya di Desa Coafields, dekat sini hari ini.
Sementara itu, anak sulung Mismah, Shuhaifah Mawasi, 28, berkata, dia kecewa kerana usaha ibunya selama 29 tahun untuk menjadi warganegara Malaysia dijadikan isu politik oleh pembangkang.
Katanya, dia turut mengambil pendekatan tidak mahu ambil kisah apabila isu mengenai ibunya itu dijadikan modal politik pembangkang kerana tahu ibu dan bapanya tidak pernah menggunakan cara mudah termasuk mendapatkan bantuan UMNO bagi mendapatkan status berkenaan.

Saturday, August 13, 2011

Caya la lu bro.....


Bekas Komando TUDM dedah penipuan undi pos
“Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi,” ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar)yang berpangkalan di Butterworth.
Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.
Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.
Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.
“Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara,” tambahnya.
Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.
Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.

Simpang 4 Permatang Binjai

Selang berapa hari aja,,dah berlaku lagi kemalangan di simpang empat itu..masaalah nya..jalan di situ sempit...sepatutnya telah lama kerajaan membesarkan jalan yang ada..di kiri kanan jalan..terdapat nya tali air..dengan jurang sedalam 2 meter..
Hanya satu je  cara bagi mengelakkan kemalangan berlaku di situ...perluaskan jalan yang sedia ada...
Memang telah sedia ada lampu isyarat di simpang tersebut,,,tapi apa lak maknanya jika sering rosak..

Kemalangan memang tak berbau tapi boleh di elakkan.....


KEPALA BATAS 12 Ogos – Hasrat dua beradik untuk berbuka puasa bersama adik bongsu yang pulang bercuti dari Johor tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam nahas di Kampung Permatang Binjai dekat sini selepas membeli juadah berbuka puasa, petang semalam.
Norhashimah Hashim, 44, bersama adiknya, Normadiah, 38, dan menantu Norhashimah, Shamsul Kamal Razali, 38, maut selepas kereta Proton Wira yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner di persimpangan lampu isyarat kira-kira pukul 6.45 petang.
Anak tunggal Norhashimah, Siti Suraya Mansor, 23, yang juga isteri Shamsul Kamal dan sepupunya, Mohd. Firdaus Azlan, 10, cedera parah dan masing-masing dirawat di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Ketika kejadian, kereta yang dinaiki mereka berlima dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bakar Kapor dekat Penaga selepas membeli juadah di Bazar Ramadan Maklom sebelum dirempuh Fortuner itu yang datang dari arah Butterworth menghala ke Tasek Gelugur...

Al fatihah buat mereka...

Friday, August 12, 2011

Hidong tak mancung..pipi tersorong sorong..

Anwar, Karpal dicabar panggil lapan saksi

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan peguam belanya yang diketuai Karpal Singh dicabar memanggil semua lapan individu yang menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat, jika benar Ketua Pembangkang itu ikhlas memperjuangkan keadilan..
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan 8 ekor budak hitam
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Datuk S. Nallakaruppan, Datuk Zulkifli Noordin, Mohamed Ezam, Wee Choo Keong, N. Gobalakrishnan, Anuar Shaari serta Muhamad Rahimi Osman menjadi saksi kes liwat Anwar.

Nota kaki
Mereka yang di minta untuk kemahkamah tak berani pun nak mengata ye atau tidak...
ni orang yang tak berkenaan pula yang beria ia nak kemahkamah...
Ni betul betul atau setakat nak mengampu atau nak menonjol kan diri...
Tentu mereka ini semuanya bagus bagus kan...
rasa macam nak termuntah je..
Ikut suka la labu....

Pusat zakat...lu orang jawab la nanti

Duit yang di kumpul sepatutnya di gunakan untuk membantu,,,dan itulah tujuan sebanarnya...bukannya di kumpul aje.Buat bangunan tinggi,,besar,,siap beraikon lagi..gaji gaji pekerjanya pun boleh tahan juga tingggi...
Ada ke patut...bantuan bulanan bagi fakir dan yang setaraf dengan nya hanya rm 350 sebulan?
Dah la tu...nak mandapatkannya...terpaksa menyembah, merayu rayu..macamlah fakir2 tu minta duit bapak pengurus besar pusat zakat.

Bila ada satu kumpulan lain membantu fakir2 yang berugama islam..baru lah pusat zakat terhegeh hegeh nak menyalurkan zakat yang terkumpul...

Jika benar ada umat islam yang murtad kerana kemiskinan,,maka pusat zakat.pengurus besarnya yang akan bertanggung jawab di hadapan alllah nanti...tanggung la nanti..

Dengan berjuta duit yang terkumpul selama berpuluh tahun itu,,tak seharusnya masih ada umat islam di negara ni yang boleh di tarafkan sebagai fakir lagi..

Makan tido je ke lu orang...







Saturday, July 9, 2011

Pemegang mykad macam warga asing di negara sendiri...

Sepatutnya mereka membersihakan kl dari warga asing, pendatang tampa izin...bukan nya menangkap. menyoal siasat warga malaysia sendiri..

Kalau la mereka bijak...

KL yang biasanya sesak dengankereta,,,juga manusia...kini menjadi bandar hantu...di huni manusia berjeket hijau dan seragam biru tua...
semuanya berkerja sama untuk menangkap juga menyoal rakyat malaysia yang berada di kiri kanan jalan..
semuanya kerana perhimpunan bersih yang dikatakan mengganggu kenteteraman awan..
Yang ramai di kaki lima jalan hanya rakyat indonesia,myenmar,nepal,bangla...Jika mere ini bijak...
sepatut nya mereka menahan warga asing...kerana kebanyakan mereka mungkin adalah pendatang tampa izin..
bukannya menahan rakyat sendiri..
Semua ini menambah kebencian rakyat kepada pemerintah...

Tunggulah..........
Info terkini...telah hampir 30 orang rakyat Malaysia yang merdeka di tahan di tanah air sendiri....

Friday, July 8, 2011

Kuala lumpur...aku dah sampai...

Sepanjang perjalanan dari lepas isyak dari utara...selamat sampai pukul 3 pagi...alhamdulilllah..
Semuanya selamat...
Pagi td sempat kena roti canai di gerai Jalan Raja Alang.sempat berbual dengan peniaga tersebut...katanya...semua peniaga di arah kan menutup kedai atau premis, di katakan esok akan timbul kekacauan..cuba bertanya lagi...siapa yang mengarah mereka berbuat demkaian...peniaga tersebut terus diam dan menjauhkan diri dari aku...
Alahai..siapalah yang bawak cerita ni...
Nampaknya hari ini...kl sebut menyambut kedatangan tetamu dari luar...
Angkara sispa yang berniat untuk berbuat kacau tu...tak tau la....harap2 bukan dari anggota bersih je...

Thursday, July 7, 2011

Malunya....mana nak taruk muka....

Mana nak letak muka...Yg di Pertuan Agung tidak memperkenankan wakil perkasa mengadap baginda..kerana ape...hanya baginda yang mengetahui...
Tapi pada rakyat kebanyakan...perkasalah sebenar nya pengacau yang bertoping malaikat,,,kata mereka la..Perkasa yang beria ia nak menyokong pemerintah menyokong konon nya SPR sangat adil buat ape? Melain ia hanya pencacai pencuci najis je.
Mana layak untuk mmengadap DYMM ...

Tuesday, July 5, 2011

Jom beramai ramai ke stadium...perhimpunan sah

[MK] Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".

Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Nota kaki :

Habis la penjilat penjilat nak tunjuk kesungguhan menyokong kerajaan..Patriot , perkasa penjilat negara boleh minta kat stadium yang sama..atau pergi la ke stadium yang sama...