Nape nak salahkan pembangkang pulak? pasal berita dah pecah ke? Kalau tak di bongkarkan,,tak tau berapa ramai lagi yang senang je dapat mycard..senang senang je jadi warga negara,,tahniah buat pembangkang...bongkarkan lagi segala penyelewangan pihak yang bertanggung jawab...
Mismah sedih pembangkang tidak dapatkan penjelasan
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Mismah Naim yang menimbulkan kontroversi apabila didakwa memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam selepas mendapat status penduduk tetap hari ini menyuarakan rasa kesal kerana pihak pembangkang tidak berusaha mencari kebenaran sebelum membuat tuduhan.Ibu empat anak berusia 47 tahun itu berkata, dia berasa sedih dengan tindakan pembangkang tersebut dan pada masa sama terkilan kerana hanya namanya yang dibangkitkan oleh pembangkang walhal ramai lagi yang dikaitkan dengan isu berkenaan.
Menurut Mismah, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak melayan atau mempedulikan tuduhan berkenaan setelah dimaklumkan mengenai kontroversi tersebut kerana mendakwa, dia sangat faham dengan sikap pembangkang di negara ini.
"Saya dan suami, Mawasi Mawardi, 51, telah dua kali berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak 29 tahun tinggal di sini namun hanya saya diberikan status warganegara.
"Malah, kami langsung tidak mendapat bantuan mana-mana pihak termasuk UMNO dan kami telah melalui proses yang agak sukar sama seperti yang dilalui oleh penduduk tetap lain yang mahu memohon status warganegara," katanya.
Mismah berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar di kediamannya di Desa Coafields, dekat sini hari ini.
Sementara itu, anak sulung Mismah, Shuhaifah Mawasi, 28, berkata, dia kecewa kerana usaha ibunya selama 29 tahun untuk menjadi warganegara Malaysia dijadikan isu politik oleh pembangkang.
Katanya, dia turut mengambil pendekatan tidak mahu ambil kisah apabila isu mengenai ibunya itu dijadikan modal politik pembangkang kerana tahu ibu dan bapanya tidak pernah menggunakan cara mudah termasuk mendapatkan bantuan UMNO bagi mendapatkan status berkenaan.
No comments:
Post a Comment