Monday, August 15, 2011

Satu Malaysia juga satu dunia dah tau siapa mereka.

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Perkasa hari ini mengugut akan “melakukan sesuatu” terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak — perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan “konspirasi Kristian” DAP.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang. 



Katanya, Perkasa “sangat bersabar” meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

“Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong,”



Katanya, satu dunia tahu bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertindak secara tidak sah apabila meneruskan perhimpunan 9 Julai. 


DAN SATU DUNIA JUGA TAU..MEREKA CUMA BERANI BERCAKAP. TAPI TAK BERANI NAK BUAT...


Ape...orang lain tak hormat kan yang dipertuan agong ke?
Buat lawak bodo boleh leeeeeee

No comments: