Wednesday, August 17, 2011

Pak Mat yang malang..Pusat zakat, JKM Butterworth sila ambil tindakan..

Kasihani la warga emas ini..Dah bertahun berada didalam keadaan susah.layak di panggil fakir..berkerja menebang pucuk nipah untuk di buat daun pembalut tembakau... Sehari banyak mana la yang dia dapat buat...
Telah berumur 72 tahun,,hidup keseorangan..tiada anak dan tak pernah pun berumah tangga.. saudara mara pun tiada..
harta yang  ada hanyalah sebuah basikal buruk..sebuah pondok buruk dan nyawa yang telah di hujung jalan..
Kepada yang mampu hadiahkan sedikitkesenangan yang ada kepada insan ini..
Untu mencari nya bukan la sesusah mencari jarum didalam timbunan jerami...hanya datang ke Kg Titi Mukim..Telok Air Tawar Butterworth..pasti anda akan terjumpa sebuah pondok buruk di sebelah Dewan Serbaguna Tii mukim.
Aidil fitri bakal menjelma..apa kata...kepada yang mampu...ceriakanlah warga emas ini...
Telah bertahun tahun dia menantikan Jabatan Kebajikan datang melawatnya...juga telah bertahun dia menunggu pusat zakat menghulurkan bantuan...hampa....
Kesian kat dia.....

No comments: