Sunday, May 23, 2010

Bro ni cakap. lesen judi bawah kerajaan negeri, sekali undang2 pulak tulis ianya bawah kerajaan pusat. Bro jangan main serkap jarang je, yang mana betul ni?


Ibrahim bertegas sekiranya PAS betul-betul konsisten dalam isu ini tiada alasan bagi mereka untuk segera bertindak menghapuskan judi kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. "Sesuatu lesen judi termasuklah lesen empat ramalan nombor ekor, lesen loteri, kilang arak dikeluarkan mesti dengan mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan. "Bila di bawah kuasa kerajaan tempatan, maknanya kerajaan tempatan berkuasa pada bila-bila masa untuk menarik lesen itu, tapi kenapa mereka tidak buat begitu sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang menarik semua premis judi nombor," katanya.


Ape sebenar yang boleh di lihat di sini, Undang2 telah menyatakan, lesen hanya boleh di keluarkan oleh kerajaan pusat, nampak gaya nya ada orang yang sudah salah tafsir kerana nak menyokong perbuatan orang lain yang dia naggap nya betul...



a) Perlembagaan Persekutuan,
b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953
c) Akta Pertaruhan Pool 1967
d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948


Perlembagaan Persekutuan
JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I—Senarai Persekutuan
4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—
(l) Pertaruhan dan loteri

Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas-tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool.

Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri.

Copy paste: Justice For All


Aiseh men, macam mana boleh silap cakap pula salah seorang penggubal undang2, ni mesti sengaja nak menegak benang basah atau pun nak memperbodoh kan orang .

Macam mana ni. nak dengan cakap dia ke atau nak ikut akta yang telah tertulis?

Marah sangat ke,sampai terlepas cakap tu. Macam mana ni, peresiden melayu sedunia boleh sokong pertaruhan bola ni.?

1 comment:

Anonymous said...

salam, apa masalahnya tu yop ....tolong jelaskan sikit lagi....